Salam semua. Alhamdulillah dah habis masak dah untuk menu berbuka hari ini. Disebabkan hari mendung tak de nak pegang kamera petang ni jadi ada masa sikit untuk masukkan entry. 2-3 hari yang lepas amat sibuk dengan urusan rumahtangga. Penat rasanya nak jalan-jalan dapur kawan-kawan pun ada yang tak sempat.
Hari ini sampai blog kena hack dengan suami sendiri .. :P bukan apa saja suami ita masukkan info supaya sesiapa yang mencari maklumat tentang AP ini dapat. Senang katanya simpan dalam blog ita ni nak rujuk nanti buka je entry yang tu.. Suami ita adalah tulang belakang blog ni.. Dia mesti baca dan bagi komen apa2 yang ita tulis kat blog...:)
Ita buat roti sosej ni hari sabtu sebenarnya. Resepi ini dah banyak kali buat tapi tak pernah masukkan sebagai entry. Kali ini ita masukkan. Ini adalah menu yang semua seisi keluarga suka. Sedap dan mudah. Kalau jalan-jalan tak tahu nak masak apa ada roti keping menu ni la yang suka buat.Kanak-kanak suka sangat dan ia mengenyangkan.
Resepi ini ita ambil dirumah kak Nor secubit garam. Tengok tadi izah pun ada buat untuk anaknya. Tapi kali ini ita tak letak keju sebab tak de dalam simpanan. Terima kasih kak nor atas perkongsian resepi ini. Ita kongsi disini pula ye
Roti Sosej Rangup
Bahan:
10kpg roti
10 batang sosej ~ direbus sekejap- ita masukkan dalam microwave sekejap
10kpg slice cheese- ita tak letak kali ni tak de stok
1 bj telur ~ dipukul sedikit
sedikit garam diletak didalam telur- ita tambah
sedikit lada sulah diletak didalam telur- ita tambah
breadcrumbs/serbuk roti secukupnya
minyak utk menggoreng
Cara:
boley try kebetulan stok sosej pow ada lagik nie....
Nampak garingg jee tu. Tgok budak2 mkn rasa terliur je. Hehe
H.J .. ye lagi sedap makan dengan sos
izah tula sama ye tapi ita ni entry tertunda ni
mekasih sudi try resipi ni ya.. sama jer dgn n3 izah arini :)
wah sedaaap... dah lama x buat roti gini.... pasti anak2 akak pun dah rindu....
garing jerk...
sedapp tu..
juu mcm mana nak buat supaya roti tuu x gemuk sgt .. tgk ju buat nie cantik je :)
balas kat comment box akak ye dik .. tQ
anna.. oh yeke.. kat bahagian mana tu.. ye harapnya tetap meriah
kak nor thanks for sharing ye.. sedap kak
As.. tula anak2 sukakan .. mak budah dan bapa budak pun suka
Mas.. tula ita pun kak dah lama tak buat tu yang buat tu
Mas.. ye garing je sedap tambah kalau golek nipis2
Linda.. thanks ye linda.. selamat kenal ye
.. ye kak sedap anak2 suka lagi pun mudah
sue.. hait.. oishi desu yo..:)