Assalamualaikum.. selamat berhujung minggu buat semua. Tentu hujung minggu sebegini banyak perancangan yang telah dibuat bersama keluarga sama ada ingin berlibur atau membuat aktiviti berfaedah dirumah. Bagi yang berkerja hujung minggu dimanfaatkan untuk beraktiviti bersama anak-anak sambil ini lah masanya meluangkan lebih masa dirumah dan teringat dulu waktu di Malaysia bila hujung minggu sahaja pagi-pagi sibuk ke pasar dan mengemas rumah dan waktu tu ita dan suami bergilir-gilir membuat kerja rumah sama ada mencuci kereta, membasuh bilik air atau mengemop lantai. hihihii.. Bila diingatkan kembali rasa manis sangat rasanya.. dan tengahari jika tidak kemana-mana sambil suami cuci kereta ita memasak didapur dan kami akan makan tengahari bersama-sama. Selalunya hanya bila malam sahaja yang dapat makan bersama disebabkan kami berdua berkerja disiang harinya jadi hanya hujung minggu masa yang ada untuk dimanfaatkan
Labels: pastry

Salam semua. Salam ceria dan seronok rasanya dapat manaip disini. Kebetulan sekarang Fateh tengah tidur dapat la mama nak berkongsi cerita disini. Sebenarnya banyak sangat cerita dan gambar yang ingin dikongsi dan diletakkan di blog sebagai kenangan. Namun kekangan masa tak dapat nak dilaksanakan. Kalau dulu sempat juga tidur lambat sikit untuk berlegar-legar diblog tapi sekarang jika ada tempahan untuk 'Simple Homemade Cake'untuk esoknya ita kena bangun awal untuk menyiapkan tempahan. Walaupun begitu ita happy dengan jadual dan aktiviti sekarang.. Alhamdulillah..:)
Cerita tentang resepi hari ini, adalah antara tempahan minggu lepas. Alhamdulillah ita dapat 2 tempahan tart minggu lepas. Ita paling suka tart. Tak kisah la tart apa pn hanya yang ita tak pernah makan dan belum cuba adalah tart telur. Tak tahu rasanya macam mana, ita ni sebenarnya kurang gemar dengan resepi yang berbau telur sebab itu belum cuba agaknya. Bila buat tart ni seronok je makannya walaupun nak menekan kulit tart ni satu persatu ambil masa juga. Tambahan ita tidak menggunakan acuan tart seperti di Malaysia tu.. Di jepun ni belum jumpa lagi.. InsyaAllah kalau ada rezeki nak minta kakak ita tolong poskan. Suka ita dengan resepi ni hanya untuk kastadnya ita tidak menggunakan dari resepi Mat gebu ni. Ita guna resepi yang biasa ita guna kerana ia tidak menggunakan telur. Buah-buahan diatas tu ikut suka dan kegemaran tapi ita lebih suka gunakan banyak buah seperti Kiwi, Strawberi, peach, Blueberry dan limau. Gabungan buah-buah ini amat serasi.
Resepi ini untuk Pastrynya ita mengunakan resepi Mat gebu ini, tetapi untuk intinya ita menggunakan resepi yang lain seperti dibawah ye. Terima kasih kepada Mat Gebu diatas perkongsian resepi ini. Fathnin dan suami ita amat mengemari tart ini...:)
Tart Buah-Buahan
Labels: pastry

Salam semua. Hari ini keputusan UPSR sudah pun keluar, seronok ita dengar kejayaan anak kawan-kawan tidak ketinggalan anak kakak Ipar ita iaitu Nur Farhana diatas kejayaan 5A dalam UPSRnya. Tahniah Farhana. Farhana cucu sulung dalam keluarga suami ita.. semoga kejayaan ini akan menjadi contoh buat adik-adik dan sepupu yang lain terutama Fathnin dan Fateh.. InsyaAllah..:)
Semakin hari semakin sejuk suhu di Yokohama ni. Kalau sejuk-sejuk ni perut asyik minta diisi je. Kadang tu saja rasa nak mengunyah. Bahaya kalau dibiarkan macam ni. Nanti penimbang pun boleh rosak macam ni.. hahahha.. jadinya baik puasa selain ianya ibadah yang mulia dapat juga mengurangkan aktiviti mengunyah disiang hari.
Untuk menu berbuka ita buat cream Puff . Lama dah tak buat. Tapi nak buat cream puff ni kena betul-betul ikut langkahnya ye sebab ita pernah sekali tak jadi disebabkan tak ikut betul-betul resepi. Nanti cream puff jadi kurang gebu dan bantat. Lagi satu bagi ita penggunaan telur juga amat penting. Guna telur saiz L dan dikacau betul-betul setelah dimasukkan telur pada langkah terakhir tu. Tadi ita kacau sampai rasa lenguh la tangan..:) Untuk intinya ita saja gabungkan whipping cream coklat dan kastad. Sedap..:) lain kali boleh buat lagi.
Baikla resepi ni ita ambil di myresepi. Resepi dari kak yani . Terima kasih kak atas resepi ini. Ita suka sangat dengan cream puff ni. Resepi ini boleh menghasilkan 8 - 10 biji cream puff yang besar.
Cream Puff


Salam semua. Hari ini bumi yokohama dibasahi dengan hujan dari pagi. Waktu petang macam ni bila hujan je rasa sedap je tarik selimut mana taknya sejuk..:) Tadi pun tengah mengajar Fathnin mamanya boleh plak anak murid tegur cikgu kata cikgunya asyik mengantuk je:P.. Aduhai sian anak murid cikgu tu..
Hari ini pun Fateh tidur awal dari kebiasaan. Sejuk agaknya matanya cepat mengantuk. jadi sementara Fateh tidur ni ita update sekejap kat blog ni. Masa untuk berblog ni kena curi-curi bila ada anak-anak kecil dirumah kalau tak tak merasa mamanya nak duduk depan komputer. Selalunya ita Update blog sebelah malam tapi hari ini awal sikit.
Okla tak nak merepek lama sangat. jadinya hari ini nak share cheese tart yang ita buat semalam. Ita buat sikit je iaitu 1/2 sebab lama dah beli bahan-bahan tu tapi tak terbuat-buat juga. sedap cheese tart ni ita suka. Tambahan bila main deko-deko atas tart tu. Ita tak pernah lagi deko tart ni pertama kali juga. Macam-macam corak boleh buat. Ita rasa teruja tengok tart kak Azlita. Comel-comel.. jadinya ita cuba buat juga. Ok la walaupun tak secomel kak Azlita punya tapi sedap rasanya..:)
Resepi ini ita ambil dirumah kak azlita. Kata kak Azlita resepi asal dari Azita Zain. Kak Azita ni memang menerima tempahan cheese tart. Terima kasih kepada kedua-duanya kerana berkongsi resepi tersebut.
Cheese Tart
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Cara-cara




Labels: pastry
Salam semua. Tentu semua kawan-kawan di Malaysia sedang sibuk dengan aktiviti rumah terbuka yang ingin dihadiri atau diadakan. Bagi ita di sini, semalam kami warga Yokohama berkumpul dan bersama-sama di majlis rumah terbuka. InsyaAllah nanti ita kongsikan cerita dan gambar-gambarnya disini.
Belum sempat nak BW rumah kawan-kawan lagi dan balas komen di blog ni. Masukkan entry pun sekadar ingin memenuhi permintaan kawan-kawan yang ingin mencuba resepi tart yang ita buat kelmarin. Tart adalah antara menu kegemaran ita. Ita suka cuba resepi tart atau berbentuk pastry. Tapi akhir-akhir ini lebih gemar untuk membuat tart bersaiz besar berbanding yang kecil sebab senang nak tekan tak perlu tekan banyak-banyak kali dalam satu -satu bekas kecil.
Kali ini tart yang ita gunakan masih menggunakan resepi "crust" yang sama hanya ita ikut resepi ini untuk 'topping'nya sahaja. Bagi ita tart ini adalah tart yang sedap dan mudah bagi yang gemarkan cheese cake tentu menggemari tart ini. Rresepi adalah dari kak yani Myresepi. Tapi dalam resepi tu gunakan mangga jadi sesiapa yang gemar mangga boleh gunakan mangga dan bagi yang tiada bagi ita buah peach amat sesuai. Jika ingin resepi asal boleh lihat disini , resepi dibawah telah diolah oleh ita sendiri. Minta izin ita kongsikan disini ye kak..:)
Peach Cheese Tart
Bahan-bahan
Lapisan Crust - base
284 gram tepung gandum
45 gram Gula kastor
180 gram mentega
cara-cara
1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang atau putih
2. Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan gaul hingga adunan menjadi doh
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang
4. Canai adunan ke dalam loyang dan cucuk-cucuk dengan garfu
5. Bakar selama 20 minit dgn suhu 160'c.
6. Keluarkan doh setelah masak
7. Bila sejuk sikit.
Tips : Doh agak melekat2 ditangan sewaktu menekan didalam acuan ita sapukan tangan dengan tepung untuk memudahkan untuk menekan didalam loyang.
Crumble
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3/4 cawan mentega- yang sejuk dipotong kecil2
Cara-cara
1. Gaulkan tepung dengan gula dengan rata
2. keluarkan mentega dari peti sejuk dan masuk sedikit - sedikit kiub2 kecil dan gaul dengan tangan mentega dan adunan tepung tadi untuk menhasilkan crumble yang cantik. Jika tidak habis mentega itu pun tak pe .. Jangan uli seperti doh hanya gunakan hujung jari sahaja.
Filling
250g philadelphia cream cheese
1 biji telur
1/4 cawan gula
beberapa titik esen vanila
1 tin buah peach( boleh ganti dengan mango/apricot)
Cara-cara
1. Panaskan oven ke 200degree
2. Sapu butter pada seluruh acuan tart
3. Make a crust. Masa tekan kat acuan, jangan tekan kejap sangat.
4. Make a filling. Masukkan semua bahan untuk filling kecuali buah ke dalam food processor. Pukul rata sehingga smooth. Kemudian curah ke atas crust tadi.( ita pukul dengan mixer)
5. Aturkan peach yang dipotong memanjang ke atas cream tadi.
6. Kemudian tabur dengan crumble yang disimpan tadi.
7. Bakar dalam api 200C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit
8. Keluarkan dari oven. Sejukkan lebih kurang 20minit. Keluarkan dari acuan.

Labels: pastry

Salam semua. Selesai sudah puasa hari ini. Moga diberikan kekuatan untuk meneruskan puasa untuk hari-hari terakhir Ramadhan. Hari ini dijepun terasa beberapa kali gegaran. Terkadang cemas juga namun bila ianya berakhir dan semakin perlahan hati yang bergoncang reda semula. Alhamdulillah moga dijauhkan segala musibah.Amin..
Sejak ita buat Farmbrozen Kenari (FK) kelmarin terasa-rasa lagi kesedapannya. Jadi disebabkan masih ada blueberry yang berbaki baik ita gunakan sebelum ia kecut dan busuk. Resepi yang terfikir untuk dicuba iaitu 'Blueberry crumble pie'. Tempohari ada nampak dirumah Saba resepi ini.. lawa pie saba tempohari jadinya tertarik untuk mencuba. Tapi disebabkan sudah jatuh cinta dengan resepi 'crust' dari FK kelmarin menyebabkan ita menggunakan resepi crust dari FK.
Banyak juga resepi crust yang pernah dicuba resepi crust ini paling sesuai dengan tekak ita. Dan yang paling best ia mudah dipotong. Cukup ranggupnya dan sedap pula tu..:)Untuk "crumble"nya pula ita guna yang di Blog Saba tu tapi untuk butter tu ita adjust sikit untk mendapatkan crumble yang cantik...:)
Okla jom kita lihat resepi yang telah ita olah sana sini iaitu dari resepi Farmbrozen kenari (FK)dan juga blog Saba ( ShiawaseMrsBangpek) untuk menghasilkan pie yang enak ini. kebetulan ita bawa kerumah kawan untuk berbuka dan kawan-kawan pun mengemarinya. Alhamdulillah..:) InsyaAllah akan buat lagi dan lagi..:) Terima kasih Saba ye..;)
Blueberry Crumble Pie
Bahan-bahan ( untuk acuan 7 inci)
Lapisan Crust - base
150 gram tepung gandum
25 gram Gula kastor
90 gram mentega
cara-cara

Salam semua. Dah separuh Ramadhan meninggalkan kita. Terasa cepat benar ia berlalu. Tak lama lagi syawal pula yang akan menggantikannya. Itu adalah sebahagian putaran masa yang tidak dapat diganti lagi jika ia telah pergi dan berlalu meninggalkan kita.
Semalam dari pagi sibuk menguruskan rumah setelah 2 hari cuti agak sibuk dengan aktiviti dan undangan berbuka puasa. Tapi dalam pada sibuk-sibuk mengemas tu ita sempat juga buat satu resepi yang nampak je terus jatuh cinta iaitu "Farmbrozen Kenari". Ita nampak dirumah kak Azlita siapa lagi yang selalu je buat diri ini meluap-luap untuk mencuba resepi yang cantik je bila kak Azlita ni buat. Lepas tu nampak dirumah Mas pula. Lagi tak sabar nak buat..:) Jadinya sambil-sambil kemas rumah sidai baju tu sempat juga godek-godek bahan untuk buat resepi ni.
Seperti yang kak Azlita kata resepi ni nak buatnya agak lama tapi tak la susah sangat sebenarnya. Dari komen Mas kata manis jadi ita dah kurangkan kandungan gula dibahagian topingnya tu untuk telur walaupun ita hanya buat 1/2 adunan je untuk resepi ini tapi bahagian topingnya ia masih buat 1 adunan sebab ita hanya menggunakan telur bergred M. Jadi ita guna 2 biji putih telur bersaiz M dan gula 50g sahaja. Alhamdulillah tak la manis tambahan filling blueberry yang ita guna pun dah manis.
Bagi ita dan suami resepi ni sedap tambahan ia amat menarik dan cantik dipandang tambahan bagi penggemar tart sebab lebih kurang rasa tart sedikit tapi rapuh dan sedap..:)Ita tambahkan juga blurberry yang ita beli kelmarin dipasar sebab nampak murah tapi takde dalam perancangan nak buat apa jadinya bila nak buat resepi ini ita taburkan juga diatasnya untuk rasa yang lebih sedap dan menarik.
Okla jom kita lihat resepinya dari Maria dan ita ikut cara kak Azlita masam manis. Bagi yang gemarkan tart rasanya boleh buat resepi ini ia amar berbaloi dan sedap. Terima kasih bagi penyumbang resepi dan izinkan ita kongsikan disini pula ye..:)
Farmbrozen Kenari
Lapisan Cookies - base
10 oz tpg gandum (284 gm)
1.5 oz gula kast0r (45 gm)
6 oz butter (180 gm)
Lapisan Putih - Toping
60 gm putih telur - 2 biji putih telur
100 gm gula aising (ita guna 50g je)
1 sudu teh tpg jagung
Bluberry atau strawberry filling
cara-cara

Saja nak simpan resepi Blueberry cheese tart ni.. buat sebab banyak cheese dalam peti sejuk dan untuk hidangan open house anjuran kami disini. Gambar pun ambil dari kamera mariam sebab dah masak2 untuk open house tu langsung tak sempat nak ambil gambar tart ni.Ita memang suka pastry macam ni. kalau boleh memang teringin sangat nak belajar secara serius. Hanya buat pastry ni pada pandangan ita kena banyak sabar kerana menuntut ketelitian dan masa yang panjang. masih amatur dengan bentuk tart tambahan acuan yang ita guna bukan acuan tart macam kawan2 kat msia tu.. tapi cukup la untuk merasa makan. Resepi ni ita ambil dari sini.. thanks kepada Che pah kerana berkongsi resepi. untuk pastry ita guna yang biasa ita buat tapi filling ita guna resepi ni.
Pastry
| Filling 250g Philadelphia cream cheese 60g gula caster 20g butter 1 'B' egg Blueberry filling 6. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg. 7. Pipekan cheese dlm pastry dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Buat corak ikut suka. 8. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat. |

Alhamdulillah jumpa juga gambar Fruit tart yang agak clear .. Ini bukan menu berbuka ye.. Tempohari ada tempahan tart ni jadi waktu dah siap2 tu tak dapat nak ambil gambar sebab abang tertinggal kamera di Lab. Jadi Alhamdulillah hari ni terjumpa gambar ni dalam salah satu gambar majlis tersebut dapat nak share kat sini. Setelah minta izin nak copy dari tuan yg ambil gambar baru boleh tempek disini. Dah beberapa kali buat selalu lupa ambil gambar. Two thumb up to Mat gebu atas resepi ini.
Lain betul gambar yang diambil guna Dslr ni.. huhhuhu... saya tak de.. nak beli takut tak berbaloi plak tambahan harganye yang ribu riban itu...
Menu ni buat untuk bawa rumah kawan haritu.. hari birthday fateh haritu pun buat tapi tak ambil gambar.. menu ni lupa nak post ... Jadi saja nak share resepi ni.. ini pun untuk rujukan ita juga.. resepi dari myr kak yani..
Bahan-bahan ( 22 cm ).
* -Walnut crust-
* 1/2 cawan gula
* 100g mentega(potong kecil-kecil)
* 1 cawan tepung gandum
* 2/3 cawan walnut
* -Filling-
* 250g philadelphia cream cheese
* 1 biji telur
* 1/4 cawan gula
* beberapa titik esen vanila
* 1 tin mango( boleh ganti dengan peach/apricot)
Cara-cara
1. Panaskan oven ke 200degree
2. Sapu butter pada seluruh acuan tart
3. Make a crust. Masukkan gula dan tepung ke dalam food processor.Mix. Masukkan butter, mix again. Masukkan wulnut mix jadi macam serbuk roti. Ambik 1/2 cawan dan letak ke tepi untuk ditabur kat atas. Selebihnya masukkan ke dalam acuan dan tekan dengan jari pada bawah dan tepi acuan bagi serata. Masa tekan kat acuan, jangan tekan kejap sangat(tip dr tuan asal resepi)
4. Make a filling. Masukkan semua bahan untuk filling kecuali buah ke dalam food processor. Pukul rata sehingga smooth. Kemudian curah ke atas crust tadi.
5. Aturkan mango yang dipotong memanjang ke atas cream tadi.
6. Kemudian tabur dengan doh yang disimpan tadi.
7. Bakar dalam api 220C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit
8. Keluarkan dari oven. Sejukkan lebih kurang 20minit. Keluarkan dari acuan.
Labels: pastry
Hari ni nampak dalam peti sejuk ada buah peach dalam tin yang dah dibuka. Takut nanti tak sedap ita buat la fruit crumb bar. Ita guna buah peach dan lapisan atas ita guna buah kiwi.. Untuk tambahkan kesedapannya ita letak pecan kat atasnya.. resepi ni dari Skyblue myresepi... Ita ubah sikit-sikit je... ita memang suka pastri yang macam ni... jom kita tengok bahannya..
Bahan-bahan untuk Crumb
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu kecil tepung penaik (baking powder)
Secubit serbuk kayu manis (cinnamon)
Secubit garam
1 biji telur (dipukul, tak payah kembang)
1 cawan mentega
Bahan-bahan untuk Isi
buahan yang digemari
2 sudu besar gula
1 sudu kecil tepung jagung (corn starch)
Cara-cara
1.Panaskan oven, 190C.
2.Masukkan tepung, gula, garam dan sebuk kayu manis ke dalam mangkuk besar.
3.Gaul sampai rata.
4.Masukkan telur dan mentega, gaulkan dgn tepung sehingga jadi crumb.
4.Masukkan separuh crumb tadi dan tekan-tekan supaya jadi padat.
5.Dalam manguk lain, gaulkan blueberry dgn gula dan tepung jagung.
6.Masukkan buah ke dalam loyang.
7.Taburkan crumb di atas dan bakar selama 40-45 minit.
8.Biar sejuk sebelum potong. Boleh dapat lebih jika potong kecil-kecil