Salam semua. Hujung-hujung begini tentu ramai yang mengambil peluang untuk bersantai bersama keluarga atau mungkin menyediakan persiapan untuk menyambut lebaran. Bagi ita disini sama seperti hari-hari sebelumnya sekadar menghabiskan hujung minggu dirumah jika keluar sekadar untuk membeli barang dapur yang kehabisan.
gambar diambil oleh orang jepun yang pernah tinggal di Malaysia 10 tahun, boleh sikit-sikit berbahasa melayu..:)
family ita
family Adnin
Family murni
Family kak mekti
sebahagian kanak-kanak
Minggu lepas Adnin ada mengajak ita dan kawan-kawan untuk berbuka puasa diluar. Kebetulan pada hari itu suami ita tidak ke universiti kerana ada urusan untuk diuruskan jadinya kami terima pelawaan itu tambahan kami tak pernah lagi makan di 'Fisherman's market buffet restaurant' ni.Kami pergi dengan family Adnin, murni dan kak mekti. Seronok rasanya dapat berbuka ramai-ramai macam ni.Tambahan restoran yang agak mahal macam ni tak boleh selalu-selalu pergi ..:P
pintu masuk
Pinggan satu
Mee tomyum sea food
ketam
pinggan 2 ..:)
selesai makan..:P lupa ambil gambar-gambar desert
seperti ice cream dan ice blended yang sedap
Sebenarnya restoren ni ada di Kobe waktu ita ke kobe dulu ada cadangan nak ke sini tapi tak sempat dan baru-baru ni restoren ni dibuka di Yokohama pula jadinya ramai juga kawan-kawan disini yang dah cuba makan direstoren ni. Terletak di Akarenga atau bangunan merah yang berhampiran dengan pelabuhan Yokohama menyediakan permandangan yang cantik untuk bersiar-siar setelah makan direstoran ini. Restoran ni menyediakan semua makanan yang berasaskan "seafood" jadinya banyak pilihan bagi kita yang muslim. Dihidangkan secara buffet.Harga pula dari 1700++ keatas untuk makan tengahari dan 2500++ untuk makan malam untuk seorang dan kanak-kanak 4 tahun ke atas 600 yen. Masa yang diberikan pula 1 jam 30 minit. Untuk parking kereta pula sejam pertama diberi percuma jika makan disini lebih 3000 yen dan 500 yen sejam untuk jam berikutnya.
sekadar perhiasan namun ia amat mengiurkan..:)
Kali pertama ita makan buffet di Jepun dan menu-menunya amat menarik. Tambahan bagi penggemar seafood ia amat berbaloi. Dalam masa 1 jam 30 minit diberi masa untuk makan menyebabkan ita tak sempat nak ambil gambar disekitar kawasan itu dan menu-menu yang disediakan dibuffet, hanya sempat ambil gambar makanan yang diambil je. Tengok la gambar pun tak berapa cantik sebab tak dan nak set kamera dalam keadaan restoran yang diterangi lampu ala-ala malap untuk memberikan suasana yang lebih romantik..:) sebelum balik sempat bergambar dipintu masuk restoran ini dengan menu-menu tiruan yang amat mengiurkan..:)Bagi sesiapa yang ke Yokohama boleh la menjamu selera direstoren ni.
Ni yg akak kata keluar berbuka puasa ek???
Syok leh berbuka reramai gini ngeee
hubby akak lebih suke di rumah sbb senang trawih huhuhu
ramai juga keluarga kecil di situ ye, sekurang-kurangnya terubatlah rindu tanahair bila dapat berkmpul ramai-ramai gitu,
tengok gambar-gambar tu memang berbaloilah, nampak sedap, cantik & bervariasi...
oh oh abang fariuz kelihatan 'sihat'
berkat kak ita rajin masak
hehehheh gurau ye kak.
kak, menu kelihatan sedap
lapo
*cepatle buka
pssst : ha ah e-na guna lens macro utk shoot bunga kacang pnjg ari tu..
seronok kan Ita sesekali mkn berbuak diluar....kak nur suka tapi belum ada masa kesempatan...hehe.
wah!bestnya makanan2 tu...mesti sedap2 kan...
ye kak dzana.. first time kat jepun ni
As. terjah jangan tak terjah.. tula ada limit masa jadi makan tak toleh kiri kanan hahahaha
sue tak besar sangat sue ada yang lebih besar hahaha..
ika ada peluang nanti pergi la akak ni pun orang yang ajak
aida.. thanks ye nanti akak cuba pakai hanya kadang malas sebab sekarang tgh panas..:)
saba.. wow 3x saba.. banyak tu.. hahaha.. akak rasa best gak makan kat situ tapi nak makan selalu2 tak leh la mahu kering poket nanti
kak amie... yekak ini sikit je ada rami lagi kak..:)
Anum ada ramni anum kat sana tak ramai ke?
mama sya.. ye memang menarik harga pun sekali .. hahahaha.. tak pe sekali sekala kan
hanis.. ye kalau datang yokohama leh terjah tau