24 August 2011

Ayam Bawang Putih bersama Keju Parmesan



Salam semua. Syawal semakin menghampiri dan Ramadhan bakal berlalu. Moga kita sama-sama dapat bertemu kembali Ramadhan yang bakal dirindui ini tahun hadapan. InsyaAllah..

Hari ini ita nak share resepi Easy Parmesan- garlic Chicken @ Ayam Bawang putih bersama keju Parmesan yang ita ambil dari buku "busy Family Recipes" oleh kraftfood. Ita baru beli sebenarnya buku ni. Nampak menarik semua menu-menu didalamnya. Ita buat menu ni pada hari Ahad baru-baru ni. Kisahnya ita keluar beli barang dapur balik lagi 1 jam 30 minit je masa nak berbuka. Solat asar sekejap terus bersilat didapur dalam fikiran tak sempat nak masak menu nasi terus fikr masak pasta carbonara, Ayam Bawang putih bersama keju Parmesan ni dan salad dan kuih karipap yang difrozenkan.. alhamdulillah semuanya cepat masak dan jadila menu berbuka kami pada hari tu..:)



Bagi yang ingin mencuba resepi ni bolehla mencubanya. Ia sedap jika dimakan bersama salad dan sos cili bagi yang inginkan pedas. Resepi dari Busy Family Recipes.



Ayam Bawang Putih bersama Keju Parmesan


Bahan-bahan

3-4 ketul ayam ( bahagian dada)
3 sudu keju Parmesan ( Lebih pun tak pe bagi yang suka)
1/2 sudu serbuk bawang putih ( boleh gantikan dengan bawang putih cincang)
sedikit oregano
sedikit basil
sedikit cayanne ( jika inginkan pedas)
sedikit lada sulah
secubit garam

Cara-cara.

  1. Panaskan oven 180 c
  2. Potong ayam bagi nipis dan memanjang.
  3. Lumurkan semua bahan-bahan diatas ayam tersebut dan perap seketika.
  4. Setelah itu bakar di dalam oven selama 25-30 minit sehingga masak.


19 Comments:

  1. Amie said...
    Selamat pagi Ita, dah sahur ke..... ABPnKP tu nampak sedaplah, memang cekap & cepat Ita masak, itulah kemahiran seorang wanita bergelar ibu & isteri yang sentiasa pentingkan kualiti makanan/masakan untuk keluarga...
    Ida,Japan said...
    slm ita, lama tk dpt jejalan dpr kwn2...emmm...nmpk menarik menu ni....tapi kn asben akak mesti nak nasi gak...tu yg malas nk msk menda2 lain...
    Nuwairani said...
    cekap kak ita di dapur ye....hihih.... kalau nani maunya 3-4 jam kalau masak spesel2 tu...menu ayam ni simple je...tapi ada cheese...mesti best! suke sgt makan cheese!
    Mas said...
    wahhh...menyelerakan betoi tengok ayam tu..
    Nuridah said...
    Assalamualaikum Ita

    hmmmm dari jauh dh tergoda tengok ayam tu...dlm bulan puasa nie kak nur kerap makan ayam...kena pelbagaikan resepi...hehe...

    sedap nampak ayam tu...kalau dekat dpt kak nur hidu bau kan?? Hahaha.
    Hafizin Jamil said...
    kak ju..blh buat menu hari raya ni..sempena tak balik malaysia..ehehe
    kurus said...
    molekk duduk je ayam tuu dikk
    ermmm yumx2 ...
    :)

    thanx dik .. nanti nak try buat :)
    nOOrsha said...
    waa nanges tgk menu iftar ita nih.bling2 mate kite jd biru ijau dah, hehe...sedapnyee
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    meleleh ayaq lioq ayu tgk...
    sedapnyer akak mudah plak nk bikin ni...cantek ayam akak...pandai masak
    Mamasya said...
    Aslmkum Ita

    wpun ringkas menarik resepi ni...letak cheese byk2 tu yg buat sedapppp..
    Hanis MY said...
    wahh first time ni tahu resipi ni, boleh cuba hujng minggu nanti..

    p/s: kak ita itula pasal double protection risau kan pencopet hehe...
    anumuchan said...
    nyumm2..tertengok ni pukul 3 la pulak..isk2
    Juwita Jamaludin said...
    kak amie.. tak la ita masak ikut selera keluarga nasib suami tak cerewet makan senag nak masak..:)

    kak ida.. tula suami ita alhamdulillah memang suka westen style ni jadi nak mudah masak ni je
    Juwita Jamaludin said...
    nani.. tak la cekap fikir apa yang mudah masak.. hihihihi sedap ayam ni akak dan keluarga suka

    mas.. bagi ita sedap simple
    Juwita Jamaludin said...
    kak nur.. hihih boleh kak hidu.. bagi pun boleh..:)

    H.J .. tak best la menu ni.. suka menu raya malaysia
    Juwita Jamaludin said...
    kak ieda.. thanks kak ida.. nanti buat ye

    noorsha.. ini menu nak cepat sya... saja makan2 gini cepat masak
    Juwita Jamaludin said...
    ayu.. sedap la bagi tekak akak.. menu simple ayu.. senang nak masak..:)

    mamasya..yup letak cheese banyak2 suka
    Juwita Jamaludin said...
    hanis .. tula tapi bagus guna dua2..

    anum.. hihihi dah abis dah anum menu ni.. nanti buat ye
    Luke said...
    The guy is absolutely fair, and there is no suspicion.
    Toronto movers | Courtenay real estate | Thanksgiving dinner ideas

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG