12 June 2012

Barang-barang keperluan sekolah
Salam semua. Alhamdulilah diberi kesempatan untuk menaip disini hari ini. Hujung minggu lepas hari yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti tak sempat sangat nak jenguk blog. Bagi kawan-kawan yang singgah di blog terima kasih moga ada kebaikan yang dapat kita kongsi bersama.

Ta sabar nak keseolah dan waku ni sakura tengah kembang mekar
Hari ini sekadar nak masukkan beberapa lagi album gambar yang terdapat dalam SDcard ni. Memang banyak sangat gambar ada didalamnya jadi kena letakkan disini untuk kenangan agar senang nak tengok kalau tak rasa asyik terperam je dalam tu. Bulan April yang lepas bermulalah sesi persekolahan dijepun ni. Berbeza dengan Malaysia, di Jepun awal tahun bermula pada bulan April. Jadinya Fathnin berpeluang untuk masuk ke Darjah satu sekolah di Jepun ni. Seronok sangat dia memang dah tunggu bulan April ni dari bulan Januari lagi sebab tak sabar nak bersekolah.

Dipintu masuk sekolah

Di Jepun untuk ke sekolah bagi anak-anak yang bersekolah di sekolah rendah tidak perlu untuk membeli uniform sekolah hanya beberapa keperluan lain sahaja. Jadi nya tiap hari pakai pakaian biasa je. Peralatan yang perlu dibeli adalah seperti kasut didalam kelas, beg sekolah, baju sukan, beberapa beg mengikut kegunaan, dan beberapa peralatan lain yang lebih kurang sama dengan persedian sekolah di Malaysia. Bercerita tentang beg sekolah disini beg sekolah untuk kanak-kanak jepun ni ada yang khas bukan macam beg di Malaysia. Beg disini agak mahal dan biasanya beg ini digunakan hingga ke darjah 6. Bagi ita dan suami kami memilih beg yang mengikut kemampuan kami. Alhamdulillah disebabkan membeli beg di hujung musim dan hari pendaftaran sekolah semakin hampir jadinya banyak juga yang membuat promosi dan kami dapat potongan 80% dari harga asal. Alhamdulillah..:) itu pun jika di tukar didalam RM lebih kurang RM250.


Didewan diberi taklimat

Fathnin bersama sensei kelasnya


Untuk hari pertama persekolahan biasanya ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah berpakaian formal dan ini adalah budaya mereka. Begitu juga dengan anak-anak. Fathnin ditempatkan dikelas pertama. Nama cikgu Fathnin Hoshikawa Aya Sensei. Comel je gurunya. Alhamdulillah Fathnin tidak keseorangan ada Aida kawan Fathnin yang sama-sama dari Malaysia didalam Kelas tersebut. Yang pasti Fathnin sangat gembira bersekolah. Moga Fathnin membesar dengan sihat dan mengutip kebaikan yang ada di sekolah jepun sebelum pulang untuk bersekolah di Malaysia pula.


Fathnin dan kawan yang duduk disebelahnya Mio Chan









06 September 2011

Aktiviti Felt Anak- anak


Salam semua. Moga sihat-sihat hendaknya hari ini. Hari ini tengok gambar-gambar dalam SD kad nampak gambar aktiviti anak-anak yang ita buat baru-baru ini. Anak-anak ni kalau buat aktiviti-aktiviti kraftangan ni memang suka. Jadinya ita buatkan aktiviti felt ni sebagai aktiviti mereka. Ita sejak lepas puasa ni belum lagi mula balik kelas kraf anak-anak ni. Hanya kalau Fathnin nak buat kraf dia ita beli buku KUMON atau di daiso yang memang untuk kraftangan tu. jadi dia akan guna buku tu je. Nak buat atau adakan aktiviti ni perlukan kreativiti dan penumpuan dengan anak-anak. Moga ita semakin rajin dan bersabar untuk membuat semua aktiviti2 ini. Yosh ganbare Ita...:)


Fathnin Farisa


Muhammad Fateh

Okla sekadar untuk tatapan Fathnin dan fateh dimasa hadapan ita simpan semua gambar-gambar ini disini..:)


Peralatan





Tekun Fathnin




Fateh pun tekun


Tada.. hasilnya

14 July 2011

Terima kasih abang...:)



Salam semua. Entry harini adalah entry yang tertunggak, bagi ita hanya meluahkan apa yang dirasa di lubuk hati tidak sekali riak dengan apa yang ada. Hari ini ita nak ucapkan terima kasih pada suami ita yang telah menghadiahkan kamera baru untuk ita.Walaupun dah lebih 3 minggu ++ suami ita hadiahkan.. rasa happy sangat sebab sekarang sedang belajar-belajar mengendalikannya. Terima kasih banyak-banyak. Memang suami ita ni tahu isteri dia ni suka jalan-jalan dan ambil gambar dan dengan menghadiahkan kamera ni rasa happy sangat. Kata laling ita tu hadiah ni sempena homeschool Fathnin dan jaga anak di rumah. Sambil ajar anak-anak untuk naikkan semangat anak-anak ambil gambar mereka...:) sebab anak-anak ita suka bergambar.



Lumix yang ita gunakan sebelum ni.. gambar google


kamera Lumix GF2 gambar google

Sebenarnya sebelum ini ita guna kamera compact lumix je dah hampir 4 tahun ita gunakan. Sebelum datang jepun lagi. Satu hari tu kamera tu jatuh dan ada la sikit gangguan kot pada kamera tu disebabkan gegaran jatuh tu. nampak kamera tu kurang sharp dan kurang cantik pula. Selepas kejadian tu ada juga bagi-bagi hint bila birthday ke atau apa nak kamera baru...:) Alhamdulillah hari tu suami ita kata nak beli kamera tak , dia pun berkenan dengan kamera Lumix GF2 . Kami ni pada mulanya memang tak nak beli Dslr sebab saiznya dan ingat agak susah nak mengendalikan dslr ni. Nak bawa kemana-mana susah je rasa sebab saiznya yang besar tu. Jadi bila tengok review lumix GF2 rasa berkenan plak.. Tapi bila tengok harga lebih mahal sebenarnya dari kamera dslr yang ita beli sekarang ni sebenarnya tapi disebabkan saiz rasa takpe la ambil keputusan untuk beli lumix ni. Jadi dah habis survey, tanya pendapat kawan dan baca review walaupun kawan kata beli la dslr tapi tetap nak beli lumix GF2.

Kami ke 'Yodobashi camera' satu kedai barangan elektrik disini dan nak beli kamera GF2. Bila dah tengok-tengok dan tanya pada salesman yang jual tu dia kata kamera ni tak de dalam bahasa inggeris hanya dalam bahasa jepun je semua butang untuk fungsinya. Waktu tu rasa frust plak sebab tak de dalam bahasa inggeris. Tak mahu la beli dalam bahasa jepun sebab nanti susah nak setting apa2. Jadinya balik dalam keadaan tangan kosaong tanpa kamera tapi penuh dengan brochure kamera. Balik survey dan tetiba tengah survey suami kata abang nak beli dslr la. Ita ni yang ada juga berangan-angan nak beli dslr ni cerah mata sebab hubby dah tukar fikiran. jadi kami survey plak dslr apa yang kami nak beli. 2 jenama yang agak popular iaitu Nikon atau Canon. Lepas tu untuk nikon ada beberapa jenis kamera mengikut levelnya.



Gambar dari google thanks ye..

Jadinya survey la kami berdua ni mana nak beli. Sebelum tu di yodobashi kamera tempohari dah rasa dan cuba dah semua dslr ni sebenarnya.. suami memang rasa terbekenan dengan dslr nikon 3100 ni sebab ringan dan agak kecil sedikit. jadi bila tengok pada review dan pandangan kamera 3100 ni memang untuk orang-orang yang baru unak berjinak-jinak dengan dslr. Ada button 'guide' di atasnya untuk mereka yang baru nak belajar2 ambil gambar. Bila tengok di youtube banyak pula tips yang diberikan jadinya kamera ini yang menjadi pilihan kami.Alhamdulillah pilihan kami setakat ini rasa puas hati dengan berkat doa semoga Allah tunjuk pilihan yang baik buat kami dalam memilih dalam membuat keputusan.

Di jepun kamera ni ini di jual 3 pakej sama ada body sahaja atau body dengan lens 18-55mm atau pakej double lens 18-55mm dan 55-300 mm. Jadi kami pilih pakej double lense sebab beli sekali harganya murah berbanding nanti beli asing-asing. Sekarang ni ita masih belajar-belajr lagi menggunakan kamera ini. Ita nak ucapkan terima kasih pada Mariam kawan ita yang banyak ajar guna kamera ni dan buat kak azlita, noorsha juga yang tulis beberapa tips diblog tentang cara ambil gambar.. ia banyak juga membantu, terima kasih ye.. Ita masih lagi belajar-belajar baca blog fotografi dan tengok youtube bila ada kelapangan. Moga ia memberi manfaat buat kami sekeluarga dan mengisi masa ita dengan manfaatnya..:)

23 May 2011


Happy birthday fateh


Sempena hari jadi Fateh, kami tak sambut secara besar-besaran pun. Kami sambut dalam family je. Pagi tu ada urusan diluar sekejap balik je rumah kami rehat-rehat sekejap sambil terlelap 3 beranak kecuali fathnin tahan mata sambil layan kartun. Bangun je tidur uruskan apa yang patut terus nak mulakan sambutan birthday Fateh. Kali ni kali buat parti takoyaki je sambil2 potong kek. Seronok sekali sekala berparti sekeluarga macam ni sambill masak takoyaki sama-sama. Rasa kemeriahannya. Sambil kami membaca doa untuk kesejehteraan fateh tak lupa juga buat Fathnin.

bersiap sedia untuk acara memasak


bahan-bahan..


tengah memasak


dah bulat-bulat


sedia untuk di ngap..


Nak makan takoyaki ni dah beberapa hari dah, bila kamalia tunjuk tepung takoyaki readymade terus rasa nak beli. Alhamdulillah jumpa, thanks kamalia. Tak tunggu dah terus buat untuk sambut birthday fateh ni. Bila makan takoyaki waktu panas2 ni sedap sangat sambil rebut-rebut dengan anak-anak.. yela mana nak masukkan adunan nak tabur bahannya dan nak balik2 lagi sambil nak suap kemulut lagi.. hihihihii.. syoknya rasa. memang akan buat lagi dan lagi.. menu sambutan birthday fateh ni pun mudah takoyaki, kek birthday, tembikai dan minum air bandung. waktu petang minum bandung sejuk, makan tembikai sambil makan takoyaki panas sedapnya. Tak sedar berapa ketul takoyaki masuk mulut. Resepi takoyaki ita amik di rumah kak hana.. thanks ye kak...



Bahan-bahan
  • *225g tepung takoyaki - bleh ddapati d jusco section japanese food? ita beli di digyomu supa
  • *100g @ 2 biji telur size M - pukul sekejap
  • *700ml air - hana kurangkan 600ml jer!ita letak 600 juga
  • minyak utk melengser acuan.
Bahan Isi
  • tako@sotong - bleh juga crab stick@ udang- potong kecil2- ita rebus tako sekejap
  • kubis - cincang halus
  • keropok tempura
  • sape suka ltk negi@daun bwg terpulang la yer! -
  • beni shoga (pickled ginger) - tak letak
Bahan Topping
  • mayonis
  • sos okonomiyaki - klu tk jumpa leh gune kicap manis+sos tiram @ Wochestershire Sos Lea & Perrin- sos ita letak som tomato sikit, sos tiram, kicap digaulkan
  • fish flakes @ ikan parut @ katsuobushi
  • nori halus
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan2 *. kacau supaya tidak berketul2.
  • panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit.
  • tuang adunan tepung ke dalam acuan.
  • masukkan bahan2 isi.
  • tuang lagi adunan tepung menutupi semua takoyaki tuh.
  • balik2kan menggunakan chopstick/lidi sehingga jadi bulat dan cantik.
  • dah masak angkat.
  • sapu@picitkan sos okonomiyaki dan juga mayonis. taburkan nori dan juga fish flakes.



Lepas party bagi peluang anak-anak main komputer sekejap

21 May 2011

Selamat hari jadi Fateh





Salam semua dah 2 hari tak jenguk blog ni, tuan rumah agak sibuk sikit dgn urusan anak-anak dan rumah tangga sambil ada cuba sesuatu yg baru dan nanti ita share disini. Semalam 21/5 genap umur Fateh 3 tahun. Selamat hari jadi Fateh. Jadi hari sebelum tu agak busy kononnya buatkan kek fateh walaupun buat kek coklat je. Bukan tak nak buat kek lain tapi Fateh amat suka kek coklat jadi ita tak nak cuba kek lain takut dia tak makan.. Lagipun harini hari special untuk dia jadi ita buatkan kek kegemaran Fateh.


Hari kedua selepas dilahirkan

Alhamdulillah diberi peluang untuk mengasuh Fateh dgn tangan sendiri 24 jam sehari diJepun ni. Fateh agak beruntung kerana sejak dia lahir ita hanya hantar pada orang untuk jaga sewaktu ita bekerja 2 bulan je sebelum ita datang ke Jepun. Ita juga berkesempatan memberi susu badan kepada fateh secara penuh sehingga 6 bulan sebelum dia makan makanan pejal dan meneruskan susu badan tanpa campur susu lain hingga 2 tahun 8 bulan. Ikutkan Fateh tak mahu berhenti lagi susu badan tapi ita cuba juga berhentikan walaupun pada mulanya susah juga nak berhentikan. Walaupun Fateh dah berumur 3 tahun dia belum lancar lagi bercakap. Dia lebih gemar bercakap dalam bahasa Inggeris dari bahasa melayu dan semua arahan2 pendek dia akan cakap dalam bahasa inggeris dengan ita. Gambatte ne Fateh kun.. Mama akan sentiasa mendoakan untuk Fateh dan Mama akan ajar Fateh sedaya mama dan Moga Allah memakbulkan setiap doa yang baik dari mama untuk fateh.


fateh umur sebulan

Alhamdulillah disebabkan fateh suka dengan aplikasi yang di Starfall sekarang fateh dah boleh membaca dan kadang2 bila ajar kakak membaca, ajar juga fateh sekali walaupun tak dapat perhatian 100%. Kebanyakkan ayat2 pendek dia boleh baca tapi yang dalam bahasa inggeris la. Dalam bahasa melayu masih perlu diperhatikan. Walaupun ada suara-suara yang compare kenapa fateh belum boleh bercakap dengan baik lagi namun doa mama sentiasa dengan Fateh dan mama yang 24 jam dengan fateh nampak setiap perkembangan Fateh dan faham apa yang fateh sampaikan walaupun dengan ayat yang pendek.


Fateh 8 bulan


Terima kasih juga buat Miss Ennie speech therapy Fateh yang banyak bantu dan tunjuk ajar mama dalam mengajar Fateh dirumah. Fateh juga suka sangat panggil mama dengan panggilan yang manja dan setiap hari tak lupa untuk cium mama dan papa sambil cakap sayang mama, sayang papa. Rasa sejuk sangat hati setiap kali dia kata begitu. Dari Fateh lahir hingga sekarang setiap kali merenung mata Fateh yang redup merasakan rasa syukur yang tak terhingga kerana diberi peluang untuk menjadi mama buat fateh dan Fathnin. Ita bukan jenis orang yang senang waktu mengandung banyak alahan dan pengalaman yang men"debarkan" waktu mengandung. Mama juga diberi peluang mengajar dan mengasuh anak sendiri 24 jam sehari sewaktu diJepun ini rasa amat puas kerana jika diMalaysia mama terpaksa hantar anak-anak di Taska sewaktu mama berkerja. Pengalaman ini mengajar mama akan erti sabar, kreatif dan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa halus dan sucinya hati kanak-kanak yang perlu didekati dan dicorakkan. Moga allah sentiasa memberi semangat dan kekuatan untuk mama dalam menjaga anak-anak. Teremosi plak menulis.. :) sebab tak dapat nak digambarkan betapa sayangnya mama pada Fateh dan Fathnin.


Fateh 1 tahun 10 bulan

Sempena harijadi fateh mama doakan moga Fateh akan jadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat, sihat, cemerlang, bijak berkata-kata, mengikut perintah Allah dan mama dan papa, panjang umur serta semua kebaikan utuk Fateh kerana kami menamakan Muhammad Fateh disebabkan kekaguman dengan kisah pemerintah Sultan Muhammad Al Fateh.


fateh 3 tahun

28 February 2011

Kisah dibulan Februari

Lama sudah tidak menaip disini. Rindu sebenarnya tapi apakan daya masa yang agak terbatas disiang hari sekarang disebabkan beberapa tugasan yang perlu di bereskan memerlukan kekuatan dan keazaman yang tinggi untuk menulis disini. Seperti yang telah dimaklumkan Fathnin tidak bersekolah lagi jadi siang masa yang banyak diperuntukan untuk melayan kedua2 permata hati sambil disulami dengan kerja rumah yang tak habis2 ni.

Dalam dua minggu ini beberapa berita gembira yang kami tunggu-tunggu telah diketahui keputusannya. Diantaranya alhamdulillah permohonan kami untuk masuk ke Danchi (rumah awam) telah diterima dan akan berpindah pada 1 April ini. Walaupun rumah danchi ini jauh dari Universiti suami dan agak kecil tapi harga sewa yang murah membuatkan kami mengambil keputusan untuk berpindah. Selepas ini kami agak sibuk dengan urusan pindah memindah kerana sekarang sesi mengemas rumah telah pun dilakukakan sikit demi sedikit.

Selain daripada keputusan danchi, Fathnin dan Fateh juga di terima masuk ke Hoikuen ( pusat asuhan kanak2) yang diselenggara oleh kerajaan sebab sebelum ini Fathnin bersekolah di sekolah swasta yang mengenakan yuran yang agak mahal sebagai yuran bulanan. Tapi setelah difikir semasak2nya dengan semangat yang diberi oleh suami, mak, kakak dan keluarga sebelah mertua yang menggalakkan Fathnin tidak bersekolah disini kerana silibusnya tidak sama dengan pembelajaran diMalaysia menyebabkan kami menolak tawaran itu. Memang itu adalah janji yang ita cuba kotakan dari malaysia lagi setelah melihat perkembangan Fathnin bersekolah di Prasekolah di Malaysia dan pengalaman dia bersekolah dijepun tahun lepas menyebabkan ita dan suami mengambil keputusan untuk tidak menghantarnya. Terkadang timbul rasa keraguan didalam hati mampu kah ita mengajar Fathnin dan Fateh dirumah dengan baik dengan kerja2 urusan rumahtangga yang tidak habis2 dan adakah betul keputusan ini. Tambahan Fateh pun memerlukan perhatian yang lebih buatnya untuk meningkatkan kemahirannya dalam berkomunikasi. Itu antara suara2 jahat yang terkadang membuatkan semangat ita lemah namun sokongan suami dan kepada Allah tempat mengadu untuk menyatakan keputusan ini adalah keputusan yang terbaik yang harus diambil. Ada kawan-kawan bertanya kenapa tidak dihantar sahaja anak2 ke Hoikuen, terkadang serba salah untuk menjawab kerana setiap orang punya pandangan dan persepsi yang berbeza dalam mendidik anak dan melihat sesuatu perkara itu. semoga keputusan ini adalah keputusan yang terbaik buat kami dan diharap sedikit sebanyak Fathnin mempunyai persediaan untuk melangkah ke alam darjah satu yang kini amat mencabar bagi kanak2 seusianya. Senario dimalaysia yang rata2 kanak2 amat genius dan dengan silibus yang semakin mencabar membuatkan ita tidak mahu Fathnin tertekan dan ketinggalan jika dibiarkan dari sekarang tanpa persediaan awal. Sebagai panduan ita telah membawa buku teks darjah 1 sebagai persediaan untuk dia bersekolah diMalaysia tahun hadapan.

Sebelum berakhir beberapa gambar yang ita ambil pada bulan Februari ini untuk tatapan dimasa akan datang iaitu salji yang agak tebal pada tahun ini di Yokohama dan sekali lagi kami sekeluarga ke Anpanman museum diatas permintaan Fathnin dan Fateh.












11 February 2011

Tadaima ( saya dah balik)

Salam berjumpa kembali setelah hampir 2 bulan tak menulis disini. Bermula dari 21 Disember balik Malaysia hingga la 8 Februari balik ke Jepun kembali baru hari ni sempat tengok lama sikit blog ni. banyak yang ingin di kongsikan dan diceritakan dengan perubahan-perubahan yang berlaku selama hampir 2 bulan ni. InsyaAllah jika sempat akan dicoretkan disini. Tapi yang pasti seronok sangat balik Malaysia kali ni sebab balik lama dapat makan macam2, tengok 2 anggota keluarga baru dalam family besar ita, fathnin berpeluang ke Pra Sekolah di sekolah Bota Kiri, Fateh ada kelas di unit Speech therapist Hospital Taiping dan jumpa sedara mara. Banyak juga dapat belajar dari pengalaman balik kali ni.

Balik ke Malaysia kali nipun seperti yang pernah ita bagi tahu sebelum ni kami menaiki kapalterbang Airasia. Bagi ita perkhidmatannya bagus sesuai dengan bayaran yang kita bayar dan berpeluang untuk pulang dengan harga yang murah sebegitu. kalau nak selesa lebih tu boleh la pilih MAS tapi bayar la lebih sikitkan. Pilihan di tangan masing2. Tapi bila tanya pendapat ita ita rasa berpuashati sebab memang kita kena bayar setiap perkhidmatan yang kita inginkan. Jadi boleh buat pilihan tersendiri untuk setiap apa yang ingin kita adakan sepanjang di dalam kapalterbang. balik ke malaysia dengan husband ita tapi balik ke sin iita dengan anak2 je sebab husband hanya cuti 2 minggu je.







Sekarang ni di Jepun musim Sejuk. Sampai je Airport dah terasa kesejukannya. Yela balik Malaysia panas jadi nak kemana2 tak kisah nak berbaju tebal ke apa. Mula risau juga anak-anak dah biasa dengan musim panas di Malaysia risau takut asyik bising sejuk dirumah tapi alhamdulillah setakat 2 hari ni belum lagi diorang rasa rimas dengan sejuk disini. Mama diorang yang macam tak tahan sejuk. Tambahan hari ni salji mula turun di Yokohama ni..

Cerita tentang balik Malaysia baru ni seronok dapat makan macam2 tambahan musim durian so lepas la tekak ni nak makan durian. mana taknya durian di Jepun ni mahal tau itu pun susah nak jumpa pernah beli hari tu dalam 3000 yen bila dah convert dalam RM dalam RM110 lebih kurang sebiji mahalkan. jadi balik haritu sempat la makan durian. Duduk plak dengan Mak jadi memang macam2 mak masakkan berselera je makan hasilnya 5 kg naik dan sekarang tengah risau macam mana nak turunkan berat badan ni.. hahahaha mana taknya waktu makan je mak kata makan je nanti balik jepun diet la.. hik.. hik.. tu yang tak tolak tu bila mak masak apa.. anak2 pun nampak berselera je makan hanya mingu2 pertama je kurang suka sikit dengan beras malaysia tapi lepas tu ok je hanya makan kena lebih kan kuah sikit bagi nasi tu lembik sikit.

Waktu diMalaysia juga fathnin ita hantar ke Prasekolah diSekolah Kebangsaan Bota Kiri. Alhamdulillah dapat juga masuk ke situ walaupun pada mulanya macam tak diberi peluang je. Sebab sekejap sangat katanya 1 bulan.


Ita saja nak juga Fathnin ke sekolah sebab nak bagi dia rasa pengalaman bersekolah di Malaysia tak la balik malaysia nanti dia terkejut dengan budaya sekolah di Malaysia. Ternyata dia happy sangat ita pun happy dia suka kesekolah dan merasai pengalaman itu. Sekarang ni di Jepun ita dan suami dah ambil keputusan berhentikan fathnin dari sekolah disini. Banyak alasan yang membuatkan kami membuat keputusan itu dan alhamdulillah fathnin pun terima keputusan kami dengan baik. Bila ditimbal balik banyak kekurangan dari kelebihan bila fathnin bersekolah selama hampir setahun ni lagi pun saja nak buat persiapan untuk fathnin sebelum dia melangkah masuk ke darjah satu tahun depan di Malaysia jadi biar dia belajar dengan Ita dirumah sebab dah bawa semua buku teks dan buku latihan dari malaysia untuk murid darjah satu.. alhamdulillah 2 hari ni dia suka sangat belajar sebab dah terbiasa agaknya dengan pembelajaran di prasekolah. Moga usaha ini berterusan dan fathnin berjaya dan tidak ketinggalan bila balik Msia nanti itu impian kami.




ok la layan gambar yang ada sepanjang dimalaysia mana yang sempat je ambil nanti next time boleh cerita lagi insyaAllah moga Allah memberi kekuatan dan semangat untuk mendidik anak2 di bumi nihon ni sebelum pulang ke Msia mendidik anak2 orang lain pula.. dan dipermudahkan phd suami dan kehidupan kami disini.. Amin

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG