Salam semua. Ramadan semakin hampir berganjak ke penghujungnya. Semakin hari semakin sibuk kita dengan persiapan semakin kita diuji dengan berkurangnya melakukan amalan yang perlu direbut dibulan yang mulia ini. Moga sentiasa teguh hati-hati ini mengaut semua pahala yang dijanjikan NYA.
Akhir-akhir ini banyak jemputan berbuka yang perlu dihadiri. Hampir setiap hari. Kelmarin ita mengajak kawan-kawan berhampiran rumah berbuka bersama-sama dirumah.Semalam ada majlis di Universiti suami belajar dan hari ini ada jemputan dirumah kawan disini. Esok juga jemputan telah menanti untuk diberi jawapan. Alhamdulillah meriah sungguh Ramadhan kali ini. Jadinya beberapa hari tak pegang kamera..:)masa nak mengupdate pun berkurangan disebabkan balik dari berbuka dirumah kawan kepenatan jadinya tak sempat nak masukkan entry. Moga diberi sedikit masa yang boleh dicuri untuk dimasukkan entry disini.
Okla ikan bakar sumbat sambal kelapa ini adalah menu yang ita bawa ke rumah kawan minggu lepas untuk berbuka bersama. Alhamdulillah ramai yang suka dengan resepi ini. Ita pun suka jika dibandingkan dengan ikan bakar sumbat sambal, resepi ini bagi yang gemar kelapa mungkin lebih mengemarinya. Ita tambah santan sedikit disebabkan ita guna kelapa kering. Kaedah masih sama ita bakar diatas kuali grill je dan ditutup dengan aluminium dan kali ini baunya lebih terasa disebabkan dibalut dengan daun kunyit pemberian mak yang baru tiba minggu lepas...
Oklah resepi ini dari dapur tanpa sempadan siapa yang tak kenal dengan cik mat gebu kita tu.. Resepinya tak terkejar macam-macam. Menjadi je masakannya...:) Terima kasih ye ita kongsikan disini pula..:)
Ikan Bakar Sumbat Kelapa
Bahan-bahannya
3 ekor ikan kembong hijau (jenis besar)
Bahan dikisar halus:-
4 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 biji buah keras- ita tak letak
1 cm halia
1 cm belacan- ita gantikan dengan ikan bilis segenggam
1 camca teh ketumbar biji
1.5 cm kunyit hidup
Bahan lain:-
1/2 cawan kelapa parut putih- ita masukkan sedikit santan sebab guna kelapa kering
1/2 camca teh jus pekat asam jawa
1 camca teh gula
1/4 camca teh garam
2 camca besar cili kisar
1 helai daun kunyit, dimayang halus
Cara membuatnya:-
1- Potong muncung ikan, tarik keluar insang dan isi perut ikan, berhati2 jgn perutnya terbelah. Kemudian belah belakang ikan perlahan2 hingga menjadi seakan2 poket. Cuci bersih, toskan dan lumur dgn sedikit garam dan kunyit. Ketepikan.
2-Satukan bahan2 kisar dan bahan2 lain dan gaul hingga semua sebati dan mesra. Sumbat bahan2 tadi ke dalam ikan sehingga habis. Ikat dgn tali di tiga bahagian badan ikan (gunakan tali jenis cotton dan redam dalam air terlebih dahulu) seperti dalam gambar diatas. ( ita tak buat guna benang ni.. ita balut dengan dun kunyit je)
3- Bakar dalam oven pada suhu 190C, selama 20 minit. Lepas 10 minit terbalikkan ikan dan bakar lagi 10 minit. Buang tali pengikat sebelum dihidangkan.(ita guna kuali grill dan tutup atasnya dengan aluminium foil sehingga masak, terbalik-terbalikkan ikan tersebut.)
Labels: ikan
thn ni puasa belum lagi membakar ikan ingat cuti ni nak bakar membakar..last year punya puasa mmg selalu membakar sbb time tu mabuk megidam hehheh
sdpnya ada budu
Ikan tu sedapnyer kak! kalau jumpa ikan besar2 boleh buat agak2 kalau guna ikan tongkol boleh tak? wakakaka sajer carik pasal hihihi... ikan kembung jarang jumpa yg besor2 :D
sedappnya tengokk....