
Salam semua. Hari ini ita nak sambung cerita jalan-jalan Nikko dan ini adalah entry terakhir untuk jalan-jalan Nikko ni dan ita rangkumkan sekali kerana untuk hari kedua ni tak banyak tempat yang kami pergi kerana kami berada di Nasu. Berbalik pada cerita cottage yang kami sewa ditempah oleh Abang Puza. Untuk cottage ni kami memilih untuk menyewa 3 cottage kecil dan 1 besar untuk Aliza dan Family. Untuk sewa cottage ni dikira mengikut perkepala untuk kanak-kanak pula bagi satu family yang mempunyai anak kecil 2 orang dikira satu bahagian orang dewasa. Jadinya untuk kes ita kami dikenakan 3 bahagian orang dewasa semua jumlah lebih kurang 9000 yen termasuk bayaran tambahan barang-barang keperluan untuk cottage tersebut. Ini link cottage tersebut. Didalam cottage ini amat lengkap dengan peralatan tidur, peralatan masak memasak dan disediakan onsen untuk keluarga yang airnya memang untuk onsen kerana diambil dari kawasan onsen berdekatan. Kami sekeluarga sempat beronsen bersama dan air yang kami rasa memang berlainan sedikit. Beronsen sekeluarga dengan cuaca yang sejuk diluar dan air yang panas memang menyegarkan..:)

Pada hari kedua tu kami memilih untuk keluar agak lewat disebabkan kami bersarapan di cottage Aliza dulu dan bergambar bersama-sama. Disebabkan ita tak bawa kamera pada waktu tu jadi tak de la gambar tu dikamera ita. Pagi tu kami bersarapan nasi briyani ayam dan setnya, sup sayur, nugget, sosej, popadum. Alhamdulillah berkat kerjasama semua makanan tersebut sedap-sedap belaka.




Setelah selesai urusan check out kami pun meneruskan perjalanan ke arah Nasu iaitu kami memilih untuk melihat keindahan di Mt. Jean dengan menaiki cable car. Seronok rasanya beramai-ramai menaiki cable car bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain. Tiket untuk menaiki cable car ini 1200 yen bagi dewasa dan 1000 untuk kanak-kanak. Disebabkan kami 15 orang dalam satu kumpulan termasuk kanak-kanak jadi kami mengambil tiket kumpulan iaitu dikurangkan 200 yen setiap orang. Kawasan ini hanya dibuka hingga 330 petang sahaja.




Saujana mata memandang permandangan yang indah berwarna warni di sekelilingnya. Pokok dan daun bertukar warna .. subhanAllah .. amat indah sekali.. Sampai saja diatas dengan ketinggian 1600 dari aras laut pengunjung boleh meneroka kawasan tersebut dan bergambar dengan alam sekeliling disitu. Mt jean ni sebenarnya adalah tempat untuk bermain ski pada musim sejuk. Menariknya kawasan ini disediakan pelbagai tarikan mengikut musim terutama bunga bungaan. Sewaktu ita pergi dihiasi bunga matahari.

Lebih kurang pukul 3 kami bertolak balik ke Yokohama. Mengikut perancangan asal ingin ke Sano outlet tapi setelah berbincang ada family yang tidak ikut serta jadi kami batalkan sahaja ke destinasi tersebut. Setelah beberapa kali berhenti untuk berehat untuk solat dan makan. Alhamdulillah seronok rasanya dapat bercuti bersama kawan-kawan. Sampai beberapa hari juga terasa kepenatannya. Maaf buat Lia dari Iwate kerana tak sempat nak bersama-sama disebabkan suami agak sibuk terus membuat kerja yang tertunggak disebabkan bercuti dihari berkerja. Jangan kecil hati ye.. insyaallah ada rezeki dapat kita berjumpa dilain kesempatan...:)
Labels: Nikko, tempat dilawati
Salam semua. Ita nak cerita lagi tempat menarik yang ita pergi di Nikko. Selepas kami ke Senjogahara kami ke Kegon Fall. Kegon Fall adalah diantara air terjun tercantik di Jepun. Untuk ke Kegon Fall dari Senjogahara kami kena berpatah balik melalui Tasik Chuzenji dan terus ke Kegon Fall. Disini terdapat tempat letak kereta berbayar iaitu 310 yen sekali masuk. Di kegon Fall terdapat kawasan untuk melihat air terjun dari atas tapi jika ingin melihat air terjun dari bawah pula terdapat elevator untuk ke bawah. Untuk kebawah menaiki elevator setinggi 100 meter ini perlu membayar 530 yen seorang untuk tiket pergi balik.



Setelah mendapatkan tiket di kaunter kami terus beratur untuk menaiki elevator yang disediakan. Keluar sahaja dari elevator kami perlu berjalan dan menuruni tangga untuk ke kawasan yang disediakan untuk melihat dan mengambil gambar keadaan sekeliling air terjun ini. Kawasan ini sangat cantik tambahan disekelilingnya hutan berwarna warni yang menyegarkan mata.. SubhanAllah..:) Indahnya cipta Allah S.W.T. Setelah puas melihat dan mengambil gambar kami menaiki elevator untuk ke atas dan mencari tempat untuk kami makan tengahari. Untuk menu makan tengahari ini kami makan bekalan yang ita dan adnin bawa iaitu nasi, ayam masak kicap, ayam masak merah, coleslaw dan mee goreng. Alhamdulillah setelah kenyang kami meneruskan perjalanan ke tempat menarik seterusnya iaitu Tobu World Square.





Untuk ke Tobu world square dari Kegon fall lebih kurang 1 jam perjalanan. Kami bertolak dari Kegon Fall lebih kurang pukul 1.15 tengahari sampai di kawasan tobu world pada pukul 2.05 petang. Disebabkan kawan kami Nik yang baru sampai nak bersama-sama ke Tobu world jadi sementara menunggu nik kami mencari kawasan untuk solat ditempat parking kereta. Disebabkan agak lewat nik sampai dan Tobu world tutup pada pukul 5 jadi kami masuk dahulu ke dalam untuk melihat bangunan-bangunan menarik didunia. Untuk masuk ke dalam Tobu World tiket 2500 yen bagi dewasa dan kanak-kanak 4 tahun keatas perlu membeli tiket 1200 yen. Di dalam website Tobu world disediakan tiket diskaun yang perlu di cetak untuk membolehkan mendapat diskaun 500 yen seorang.






Tobu world adalah tempat dimana terkumpul bangunan-bangunan terkenal didunia yang telah dikecilkan saiznya sebanyak 1/25. Pelbagai jeniis bangunan ada disini. Jika kesini seperti mengelilingi dunia dalam masa beberapa jam. Hanya yang kurang selesanya banyak dari bangunan-bangunan tersebuat adalah gereja. Hanya satu sahaja Masjid yang terdapat didalam senarai bangunan-bangunan terkenal ini. Jumlah bangunan kecil ini adalah sebanyak 102 bangunan. Kita boleh mengambil gambar dan melihat binaan bangunan seakan-akan bangunan yang asal. Tepat jam 5 kami keluar dari kawasan ini dan hari pun semakin gelap. Kami meneruskan perjalanan ke Cottage yang telah ditempah oleh kawan suami. Sampai sahaja kami dicottage yang amat selesa seperti rumah kecil kami terus ke Cottage Aliza untuk memulakan aktiviti bernabe bersama-sama. Aliza mengambil cottage yang besar disebabkan ibubapanya juga ada sekali bersama. Amat selesa cottage aliza.. ita tak sempat nak mengambil gambar cottage aliza disebabkan kepenatan..










Labels: Nikko, tempat dilawati

Salam semua. Sambung lagi cerita tentang jalan-jalan ke Nikko. Selepas kami ke Tasik Chuzenji ita meneruskan lagi perjalanan ke arah senjogahara dan beberapa tempat menarik yang lain. Waktu kami bertolak dari Tasik Chuzenji jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Masih awal tapi kereta dan mula banyak dah. Kami menuju ke Ryuzu Fall (air terjun Ryuzu). Dikawasan ini kami perlu menunggu 5-10 minit untuk menunggu tempat letak kereta yang kosong.Tempat letak kereta adalah percuma. Setelah dapat tempat letak kereta, kami berjalan menuju ke kawasan Ryuzu fall ini.




















Labels: Nikko, tempat dilawati