15 March 2012



Salam semua. Masuk entry lambat macam siput sekarang ni. Banyak sangat sebenarnya entry tertunggak tau. Ada resepi baru juga yang dicuba tapi belum sempat nak share disini sebenarnya. Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk mengetuk papan kekunci di komputer ni. Bila dapat taip sahaja disini hilang rasa penat memasak kerana berkongsi cerita dan resei dengan sesiapa yang sudi membaca blog ita ni.

Nasi daging berempah ni memang dalam perancangan nak buat minggu ni. Sebelum ni pernah buat tapi menggunakan resepi lain. Kebetulan untuk menu bekal/bentou yang ditempah untuk hari ini adalah nasi daging jadinya ita buat resepi ni. Alhamdulillah resepi ini bagi tekak ita amat memenuhi citarasa. Anak-anak pun suka dan sedap rasanya. Resepi air asam yang dikongsi juga amat memikat selera. Sedap..:) ita terlihat di rumah ika semalam. Jadi bagi orang disorongkan bantal terus ita gunakan resepi ni.


Okla tak boleh berbicara panjang banyak lagi perkara yang menanti. Untuk resepi ini ita gunakan resepi kak Fida dan untuk air asam ita gunakan resepi ika.. Terima kasih kedua-duanya..Bagi yang ingin mencuba resepi ini amat sedap..:) selamat mencuba..:)




Nasi Daging Berempah

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
1 kilo beras - basuh dan toskan
500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
1 cawan susu cair
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
Air secukupnya
daun sup dan daun bawang - dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
2 sb ketumbar biji*-disangar
2 sk jintan halus/putih*- disangar
1/2 jari halia*
2 sb kismis*
4 tangkai cili hijau*
penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik
1sb rempah kari daging- ikut ika yang tambah ini


Cara-cara
  1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.
  2. Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan.(Yg ni kita tak buat sbb lepas tumis sume bhn dan dah naik minyak n bau baru kita masukkan daging mentah n masuk air sikit tunggu mendidih n masak daging tu dan ikut step seterusnyer.)- ita pun buat mcm ika
  3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
  4. Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.
  5. Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.
  6. Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  7. Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.

Air Asam

Bahan2

4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa
1 sk gula a
secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat


08 August 2011

Daging Salai Lemak Nangka



Salam semua. Alhamdulillah sudah seminggu kita berpuasa. Moga segala kebaikan yang dilakukan akan mendapat pahala dari Nya. Hujung minggu baru-baru ini agak memenatkan buat ita. Seperti yang diberitahu sebelum ni ita ada majlis berbuka yang dianjurkan bersama kawan-kawan disini.

Alhamdulillah ia berjalan dengan baik dan lancar. Selalunya tiap tahun kawan-kawan disini bergilir-gilir membuat majlis berbuka di rumah masing-masing dan menjemput family disini untuk berbuka namun tahun ini ianya agak berbeza disebabkan kami masing-masing 4 family yang rapat ini berpindah ke danchi. Rumah didanchi ini agak kecil dan tidak bersesuaian untuk mengadakan majlis berbuka yang boleh menyebabkan kebisingan. Orang jepun tambahan orang tua-tua tidak suka suasana bising.Jadi kami buat dirumah adik-adik bujang disini.




Untuk majlis itu ita dan kawan ita, maz telah menawarkan diri untuk memasak 'main' menu untuk majlis tersebut. Menu malam itu nasi tomato, daging salai lemak nangka, ayam berempah serai, dalca daging, ayam masak merah, kerabu taugeh dan acar timun. Jadi ita masakkan daging salai lemak nangka, ayam berempah serai, kerabu taugeh dan nasi tomato dan selebihnya Maz yang masak untuk lebih kurang 30 orang tetamu yang hadir.

Okla untuk daging salai lemak nangka ni ita ambil resepinya di dapur Mat Gebu. Ita memang suka guna resepi ini bagi ita menepati citarasa ita sekeluarga. Senang dan sedap bagi yang mencari resepi daging salai lemak nangka boleh la mencuba resepi ini..:)Terima kasih, Ita kongsikan disini ye.



Daging Salai Lemak Nangka
bahan-bahan
1 kg nangka muda
600 g daging batang pinang
3 batang serai, dititik
1300 ml santan cair
400 ml pati santan
2 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/3 cawan cili padi*(*dikisar halus)
5 biji bawang merah, dhiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1/2 inci halia, dihiris

Cara-cara

  1. Daging dicuci bersih, cucuk dengan garfu, lumur sedikit kunyit dan garam, perap 15 minit dan salai atas api bara hingga masak, balik2kan daging setiap 2- 3 minit (seperti dlm gambar). Sejukkan dan hiris nipis. Nangka dikupas kulitnya, potong sederhana besar dan rendam dalam air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 hiris dan serai, tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar dan rempah kari, kacau rata dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil.
  3. Toskan nangka tadi dan masukkan ke dalam periuk bersama2 daging salai hiris. Gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih, kecilkan api dan biar merenih hingga nangka lembut (tambah air panas jika perlu).
  4. Masukkan asam gelugor, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali tuang pati santan dan biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.


06 May 2011

Menu westen style


Selamat malam semua.. hari ni saja nak share disini menu westen style semalam untuk suami yang berpuasa. Suami ita ni sebenarnya kurang sikit makan nasi. Jadi selalu la kena fikirkan menu yang menarik macam ni tambah bila dia berpuasa tentu nak hidangkan menu yang special macam ni.. Seronoknya dijepun ni sempat layan tekak suami nak makan apa.. Di Malaysia nanti kalau dah kerja sempat ke tak.. huhuhhu sedih bila ingatkan...:( Sebelum ni pernah cuba tapi tak letak beberapa bahan yang lain. jadi hari ni kita olah dan letak beberapa bahan yang lain supaya rasa lebih sedap. Jadi makan bersama salad dan labu goreng sebab kentang goreng dah makan hari sebelumnya. Selain tu buat juga pizza tuna dan spegetti peperoncino kegemaran anak-anak.

Bahan-bahan
humburger
250g daging hancur/cincang
150g taufu
1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar-cincang
sedikit oregano
1/2 cawan cheese mozarella
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak

sos humburger
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan air
1 sudu kecil serbuk lada hitam( boleh dikurangkan kalau tak nak pedas)



Cara-cara
1.Masukkan semua bahan-bahan untuk humburger ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati. 2.Bahagikan ke pada 5 bahagian. Buatlah bentuk humburger.
3.Letakkan sedikit minyak di atas kuali. Goreng humburger sehingga masak. Seelok-eloknya gunalah kuali yang tak melekat.
4.Campurkan semua bahan-bahan untuk sos. Kemudian masukkan ke dalam kuali yg diguna untuk goreng humburger tadi. Masak sehingga pekat. Kemudian bolehlah dituangkan ke atas humburger tadi.
5.Akhir sekali letaklah humburger dan sosnya di dalam pinggan. Hiaslah dengan hiasan lain

03 March 2010

Daging Kerutuk


Cuba masak daging kerutuk tengok stok rempah kerutuk ada tu.. itu pun jiran ita yang bagi.. sebelum ni ita tak pernah makan daging kerutuk ni berjiran dengan orang pantai timur terus tahu macam-macam masakan orang pantai timur. Resepi dari Makyong myresepi..

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 500g daging
  • 4 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu cili giling
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 keping gula melaka/manisan
  • 2 sudu besar kerisik
  • [bahan tumis]
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak

Cara-cara

  1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
  2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
  3. Panaskan minyak
  4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
  5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
  6. Masak sehingga pecah minyak
  7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
  8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  9. Siap untuk dihidang.

22 January 2010

Sup Daging Merah


Sedap sup daging merah ni.. thanks pada kak Aini tuan punya resepi asal dan thanks juga kepada ros sebab share resepi ni.. bagi yang nak cuba kelainan sup boleh cuba resepi sup ni..

Bahan-bahanya
350gram daging boneless ( kalau guna daging ade tulang lagi sedap)
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah sup
4 sudu besar tomato ketchup ( boleh ganti dengan tomato puri atau sos tomato)
1 biji kentang
1/4 biji lobak merah
1/4 batang celery

Cara-caranya

1. Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur, dan panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga, kemudian curahkan bahan kisar tadi dan biarkan naik bau dan agak garing.

2. Selepas itu masukkan tomato ketchup, daging, kacau seketika, setelah semua sebati, baru masukkan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih baru masukkan rempah sup dan masak hingga daging empuk baru masukkan batang celery, kentang dan lobak.

3. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, angkat dan taburkan sedikit hirisan daun celery atau daun sup, sedia untuk dihidangkan. Rasa sup yang lain dari biasa, kerana penambahan tomato ketchup, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

Nota: kalau tak mahu tumis pun boleh, masukkan sahaja semua dalam periuk dan masak sampai daging empuk, baru masukkan sayur-sayuran lain, jika guna pressure cooker lagi jimat masa dan kos.

03 August 2009

Daging Ala Thai


Tengok daging ni di dapur kak zana terus masuk list untuk buat.. terliur tgk daging ala thai kak zana.. jadi ita buat untuk majlis baca yassin baru-baru ni.. licin sampai tak cukup.. huhuhu thanks pada jeezy sebab share kat MYR..


Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris

25 June 2009

Asam pedas Daging


Asam pedas ni memang ita suka makan waktu kat melaka dulu.. Tapi kat sini nak buat tak pandai dan daun kesum tak de.. Tapi abang request nak makan jadi ita uba la buat.. nasib ada daun kesum lebih aisha bagi haritu dah kering dah.. hhehehe.. Resepi cedok hari dapur CMG.. halal ye resepinya...


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)( ita guna dagng biasa tak de tetel sini)
1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
2 kuntum bunga kantan
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 camca besar lada hitam*
1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
3. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

ini tip CMG yang tulis...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, boleh tambah serai titik, tomato, terung dan kacang bendi. Ikut lah kehendak hati masing2...Kalau masak malam, esok pagi makan, lagi terangkat u!!

18 June 2009

Daging Lada Hitam


Daging masak lada hitam menu yang simple dan senang masak kalau tak tahu nak masak apa. Saja nak masukkan juga kat sini .. hihii.. walaupun ramai yang tahu masak lada hitam ni senang je.. hahahaha.. setengah orang buat macam-macam cara.. tapi ni ita buat yang paling mudah dan ringkas.. bagi tekak ita yang dah biasa makan hasil tangan sendiri ni ok je...


Bahan-bahan
300 g daging direbus dahulu jika nak kan lembut
1/2 biji bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 sk lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sk sos tiram
1 sk sos lada hitam terpulang bagi yang rasa lada hitam lebih
1 sk kicap pekat
1 biji cili merah dihiris
sedikit garam
sedikit gula
1 biji kentang besar dipotong panjang optional
1/2 batang lobak merah dipotong panjang optional

Cara-cara
1. goreng kentang hingga sedikit kekuningan dan ketepikan
2.Panaskan 2-3 sb minyak masak dlm kuali dan goreng daging hingga separuh garing.
3.Di dlm kuali yg sama setelah daging nampak empuk masukkan bawang putih dan bawang merah.
3. setelah tu masukkan lada hitam dan juga kicap pekat. Kacau sebati. Maukkan lobak merah. Masukkan pula sos tiram, cili merahdan kentng yang telah digoeng tadi . perasakan dengan garam dan gula.Kacau lagi.

04 June 2009

Colek Daging Panggang


Pagi ni baru terfikir apa nak masak.. jadinya gi merayau umah kak hana nampak daging ni sedap juga.. heheh so ita C & P dari dapur kak hana .. Thanks ye kak maklum la myresepi asyik tak mahu je sejak dua menjak ni... heheehhe.. masak awal hari ni sebab abang nak pergi lab awal...

Bahan-bahan
daging batang pinang - dipotong kiub2 besar...lumurkan garam + kunyit + serbuk ketumbar = perap at least 30min
cili padi secukupnyer - dikisar (potong bulat2 jerk)
1-2 biji cili masak - dikisar (gune lada besar merah jerk potong bulat)
1 inchi belacan (dibakar) - dikisar
sos cili & tomato secukup rasa (utk pekatkan colek) -
1 biji tomato - dicincang
1 labu bwg besar dicincang
daun coriander/ketumbar - dicincang
lemon juice secukup rasa - hana gune air asam jawa pekat
2 sudu besar nampla/minyak ikan
garam & gula secukup rasa
extra air masak (tuk kuah colek)

Cara-caranya :
daging yg telah diperap di panggang atas grill hingga masak ( i prefer medium)
sementara tuh, satukan bhn2 kisar dgn bhn2 lain dlm mangkuk...gaul sebati...adjust rasa & kepekatan colek...kalau cair sgt tambah lg sos cili & tomato..
hidang daging panggang dihiris nipis bersama colek...

24 May 2009

Daging Goreng Nenas


Weekend ni memang busy sikit.. sebab keluar beli barang-barang dapur.. semalam papa bawa jalan-jalan kat yokohama je.. tapi best sebab dapat keluar hahahahah... so nanti masuk entry jalan-jalan.. hari ni saja nak share tentang resepi Daging goreng nanas ni.. resepi dari nure.. sedap... rasa masam manis..

Bahan-bahan ( 4~5 org )
500g daging dihiris
200g nanas (kalau guna nanas dlm tin anggaran 1/2 tin) dihiris
1bj cili benggala (atau cili merah) dihiris
2 sd besar sos tomato
2 sd besar sos tiram
1 sd besar rempah kari daging
1 sd kecil lada hitam (dikisar)
1 kuntum bunga lawang dan 2 btg cengkih
bhn ditumbuk: 3ulas bwg putih dan 1 cm halia
minyak masak dan garam

Cara-cara
1.panaskn minyak utk menumis. Tumiskn bhn ditumbuk, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.
2.masukkn rempah dan goreng sampai garing. Kemudian masukkn daging dan masak hingga daging empuk.
3.masukkn sos tomato, sos tiram, garam dan lada hitam. Kacau lagi sampai rata.
4.Akhir sekali, masukkn nanas, cili benggala dan masak lagi selama lbh kurang 3 minit. Sedia utk dihidang

07 May 2009

Dalca Daging


Hari ni badan rasa tak berapa sihat .. 2 hari fateh demam.. nasib baik tak kuat hanya panas sikit je tapi hidung tersumbat jadi agak meragam juga la.. Papa semalam tak pergi lab sebab hujan lebat jadi dapat la papa tengok-tengokkan anak-anak sambil ita masak malam. Masak malam tadi untuk makan pagi ni sebab ita pun rasa sengal-sengal dari semalam ni macam nak demam.. mungkin jangkit dari fateh ni.. fathnin hanya hidung saja tersumbat dan pagi ni papa pun rasa tak sedap badan dan sakit tekak..Jadi decision masak semalam tu tepat kalau pagi ni la masak tentu masak yang simple je.. so buat nasi tomato tapi hanya nak tunjuk dalca daging sahaja sebab haritu fatin ada tanya tentang dalca.. ita buat dalca ni pun sikit je sebab kacang dhal lebih dari buat masalodeh aritu tinggal sikit.. heheeheh.. To fatin kalau betul, resepi ni ita ambil dari myr.com.. sedap dan mudah untuk membuat nya..

Bahan-bahan

200gm kacang dhal - direbus
200gm daging lembu - dihiris
2 biji terung bulat - dipotong kecil2
2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
2 biji kentang
10 batang kacang panjang - dipotong
50gm serbuk kari daging + sedikit air
4 cawan santan
Sedikit daun kari
Minyak masak dan garam
Bahan tumisan:
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang merah - dikisar
2 cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar

Cara-cara
1.Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
2.Masukkan bahan2 kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari.
3.Goreng hingga garing.
4.Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.

24 April 2009

Daging Dendeng


Daging masak dendeng .. penyediaan yang ringkas dan sedap... resepinya disini.. ita tak tahu nak masak apa untuk abang hari ni .. ita buat daging dendeng je.. sedap dan mudah.. bagi yang nak cepat dan tak tahu nak masak apa ini adalah menu yang sesuai..

Bahan-bahan

500gm daging
4 biji tomato
2 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
garam secukupnya
****Bahan A (dikisar)*****
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
10 ulas bawang merah
3 sudu besar cili giling
sedikit halia

Cara-cara
Daging di hiris nipis dan digaul sedikit dengan bahan A. Perapkan sekejap.
Goreng daging ini hingga garing. Ketepikan.
Kemudian tumiskan lebihan bahan A, masukkan tomato, garam, gula, kicap dan daging. Masak hingga kering.

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG