Salam semua. Makin kita menghampiri ke penghujung Ramadan. Makin kita rasa sayu untuk melepaskan bulan yang penuh keistimewaan ini. Pastinya Syawal menanti dengan rasa gembira dan meneruskan amalan-amalan baik yang dilakukan dibulan Ramadhan ini dibulan-bulan lain juga..:)
Beberapa hari yang lepas ita teringin nak makan kuih Tako. Tapi belum berkesempatan nak buat. Alhamdulillah semalam mula masak awal sikit jadinya sempat la buat kuih tako ni. Hajat dihati nak makan kuih tako yang dalam daun pandan juga tapi faham saja la duduk diperantauan stok daun pandan bukan ada banyak pun, itu pun stok yang mak kirimkan baru-baru ini. Ita hanya korbankan 2 helai sahaja. Bila duduk diperantauan semua daun-daunan ini amat la berharganya ita akan pakai sebaik-baiknya...
Resepi kuih tako ini amat mudah nak buat. Lagi pun sedap pula rasanya. Memang tak perlu beli la kalau dah pandai buat. Nak buat pun mudah tak sampai 10 minit.. seronok sangat. Rasa berbaloi. Suami ita makan yang guna daun pandan dan tak guna daun pandan suami ita kata sedapnya guna daun pandan sebab wangi je baunya. Bagi ita pula rasa tetap sama hanya bau wangi dan terasa 'original' jika guna daun pandan..:) Untuk resepi ini sesuai untuk keluarga kecil ita.
Oklah resepi ini ita ambil dirumah kak Azlita. Blog kak Azlita juga ada menunjukkan cara-cara nak membuat kotak kuih tako ini. Terima kasih kak ita kongsikan disini pula ye..
Kuih Tako
Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe hijau ( ita guna putih)
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak ada boleh guna buah pear) - ita guna buah pear
ita tambah sedkit esen pandan dan pewarna hijau
Lapisan Atas
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan + 1 1/2 cawan air
secubit garam
Cara-cara
Labels: kuih muih
waaa.. comel tako dia ade munga2 lagi...
baik hati mak kirimkan daun pandan tu..
memang susah sikit lah kan dok tempat org ni.. susah nak cari bahan tuk nak masak makanan M'sia..
gambar makin cantik! :D
salam lebaran buat ju
insyaallah akak nak buat roti tuu , balik kg nanti :)
cantiknya pic2 tu semua ita... tgk menarik sungguh.... kuih tu nampak sgt sedap tau ita.. akak x perna lg cuba.. tak reti nak buat bekas daun pandan tu... seuka sgt tgk...
d kesempatan nie akak nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat ita sekeluarga... jika ada silap n salah.. harap d maafkan yer ita..
wahh sanggup korbankan daun pandan die yer...hahaha kite xmo la...sayanggg..cantik tako akak..mcm sedappp
cantik kuih tako ni..tp tak reti nak wat kotak daun pandan tu huhu
kak ummi.. terima kasih juga.. akak sifu memasak ita.. suka sangat terjah blog akak.. nanti ada masa boleh buat kak
ayu.. tula kalau tak de tepung ni susah la sikit nak buat..
sue.. tak sama dik yang ni guna tepung ni kalau tepung pelita guna tepung beras lagi pun dlm tepung pelita tak de sengkuang
saba.. hahahaha teringin nk makan dlm daun pandan korban 2 je saba
kamalia.. oh bagusnya tentu terror buat... tula pos banyak kegunaan tau tepung ni
hanis.. hanis kalau tak silap akak tak leh ganti kalau nak bat kuih tako tapi kalau tepung peli boleh la guna tepung beras.. ada juga dlm entry akak yang lama2 tu
anum.. anum itu tepung buat kuih macam2 guna tepung ni..:) pos dari msia la banyak kegunaannya