Salam semua. Selamat berhujung minggu mungkin ramai yang sibuk menghabiskan masa dengan keluarga bila cuti-cuti begini. Bagi ita hanya bersama keluarga sahaja hari ini dan petang ada urusan dengan kawan yang baru sampai di Yokohama ni untuk sambung di Universiti yang sama dengan suami. Alhamdulillah semakin bertambah kawan dari Malaysia yang sama-sama disini...:)
Hari ini nak kongsi resepi kek yang ita buat petang semalam. Pada mulanya buat sekadar suka-suka je sebab nak habiskan stok cream cheese yang masih berbaki di peti sejuk tapi akhirnya dibawa ke rumah kawan yang baru sampai untuk dimakan bersama kawan-kawan yang lain. Jadinya teringat kek pelangi @ rainbow cake yang sangat popular sejak akhir-akhir ini. Memang dah lama ita tertarik dengan resepi ini hanya tak berkesempatan nak cuba. Tapi sejak akhir-akhir ni ramai pula yang tayang kek ni membuatkan hati makin membuak-buak untuk mencuba.
Untuk kek ini ita buat 3/4 saja dari adunan disebabkan ita menggunakan loyang 6 inci. Jadinya kek yang terhasil sedang elok je tingginya bagi ita. Disebabkan adunanya hanya 3/4 ita bahagi 5 bahagian sahaja. Tapi dalam resepi yang ita sertakan ita masukkan resepi yang penuh ye.. Bagi ita tak rugi untuk cuba kek ini, sedap dan gebu je keknya. Untuk membuatnya pun tidaklah memerlukan langkah yang banyak hanya agak lama bila ingin membakar kek ini mengikut adunan warna. Namun apa bila melihat hasilnya amat teruja dan seronok. berwarna warni.
Untuk resepi ini ita intai-intai di rumah kak azlita. Resepi asal dari whisk kid tapi telah dialih bahasakan oleh zuraini Alias. Jika ingin melihat rainbow cake yang cantik dan kemas boleh ke blog yang ita nyatakan diatas. kek ita ni kurang kemas sebenarnya, Buat nak cepat takut hari gelap nak malam. nanti tak sempat plak bergambar...:( Terima kasih kepada yang berkongsi resepi , ita kongsi disini pula ye.
RAINBOW CAKE @ KEK PELANGI
Bahan-bahan
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Cara-cara
Labels: Kek
Pelangi dah muncul di Jepun ye..! :D
Rajin pulak ita dok deco2 gambar pelangi atas kek tu..
kek ni kesukaan suami dan anak2 akak.. akak sukakan tekstur kek yang sedikit lembab.. warnanya tu yang buat tak sabar nak merasa dan tak sabar nak potong nak tengok hasil di dalamnya..
rajin ita buat kek pelangi ek..nanti nak juga cuba2 buatnyer tp x tau lg nak guna resepi mana..agaknya kek span biasa pun best ek? sedap tak kek nih ita? hehe..cantik laa dekorasi kek tu..comelll!!suka tengok
emm...lupa nk bgtau...asbend k'ida uitm jugak ita, tu yg kamceng dgn asben e-na
Rainbow cake ni dh lama dlm list..mmg terbekenan sgh dgn belang2 nya tu..pasni nk buat jugak lah..cantik ita deko ada rainbow kt atas tu..tentu budak2 suka..
hehehe ritu nampak K1 tayang kek nie.cantik sungguh.minat tengok yelh colourful sungguh.cantik bile dah di bubuh ngan frosting..buat satu satu laa yer ta..boleh cuba nie..hehehe banyak enar list cam dulu2 buat nyer bila laa tuh kan..
sure budak2 tuu suke kan :)
Wahhh...pelangi dah muncul ya, tapi salji keluar juga kan..hehehe
kek ni k.ct teringin juga nak buat, tapi kesempatan tu tak ada lagi..kerrr malas nak buat..hahaha. cantik tu Ita tak kisahlah comot2 pun k.ct tengok dah elok sama padan dengan kaler2 pelangi. nanti nak buat juga tungguuuuu! :)
boleh buat satu-2 x?