Salam semua. Terima kasih pada kawan-kawan yang datang ke blog ita dan mengucapkan dan mendoakan sempena hari jadi Fathnin. Ita amat menghargainya. Alhamdulillah.. InsyaAllah hari ini akan BW sekejap untuk melihat menu2 menarik dirumah kawan-kawan..:) Sebenarnya semalam seharian kami di Disneyland. Jadi hari ini penat sangat rasanya. InsyaAllah akan share ceritanya disini untuk kenangan dimasa depan.
Hari ini nak share resepi ikan masak tempoyak resepi mak ita. Rindunya nak makan masakan mak...:( kalau kita lihat macam-macam resepi gulai tempoyak mengikut negeri masing-masing. Tapi resepi ini adalah resepi gulai tempoyak negeri perak. Hanya bila ita lihat kebanyakan resepi gulai tempoyak dinegeri Perak ada yang letak bawang merah tapi mak ita tak letak. Ita ikut cara mak ita tak letak.
Memang gulai tempoyak ni kegemaran kami sekeluarga dan stok tempoyak ada je dalam peti sejuk mak ita tu. kalau mak mertua ita pun suka juga gulai tempoyak hanya kalau mak ita suka masak guna ikan kembung atau ikan patin tapi mak mertua ita suka masak guna ikan jelawat. Yang pasti sedap dan ita suka. Waktu balik Malaysia awal tahun mak ada bagi sikit tempoyak pada ita. Rasa rugi plak ambil sikit. Tapi tula mula ingat takut nak bawa tempoyak banyak takut nanti salah atau tak lepas ke tengok-tengok ok je. jadi nya tinggal sikit sangat tempoyak tu rasa nya cukup sekali je lagi nak menggulai tu...:(
Gulai Tempoyak Perak cara Mak
Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung besar- ita guna ikan dijepun ni tak tahu nama apa..:P
3 biji cili merah ditumbuk
2 biji cili padi - jika ingin pedas
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar tempoyak
sebatang serai
Timun - dipotong memanjang.
sedikit garam
sedikit gula
air secukupnya
Cara-cara
Labels: ikan
Terkinja2 nk terjah gak ni ngeee
Ayu khen x prh mkn tempoyak seriyess
Tataw kenapa dan tataw tompoyak rasa apa
Siler la simpati (^_−)−☆
yg nie mmg akak teringin sesangaaaat nak makan... akak x perna lg makan tempoyak.. Heeheee.. kat cnie mmg sukar nak cari tempoyak nie.. x reti pun nak buat sndiri.. nampak sedap sgt tu ita...
tgk gulai tempoyak ita ni..masyaalah..kecur air liur..dah macam terbau2 jer gulai tempoyaknyer...aduhhhh
jelesnya kak ita dpt gi disneyland....nak gi sangat kat sana...tp jauh pulak dengan hokkaido.
maklong pun hari ni masak gulai tempoyak juga.. guna ikan patin.. tapi lupa pulak nak ambik gambar..
tapi xde 1 pun n3 di LK ttg tempoyak coz biasanya bila masak mmg x sabor nk mkn...buruk perangai kan..;p
stail e-na masak gulai tmpoyak pun x guna bwg tp mesti ada daun kesum dan daun kunyit sikit....lagi satu klu di phg ada sejenis daun khas utk buat gulai tempoyak, mmg sedap harum bau bila guna daun tu...kami x masuk serai..
nnt bole try cara masuk serai pulak...
sedappnya tengokkk...
bestnye dpt mkn tempoyak kat jepun ni..*terliur*..hehe
azatie.. salam terima kasih singgah.. orang perak juga ye
saya aritu pun ingat nak bwk gak tempoyak tapi takut tak lepas plak...huhu... rugi3x..;-(
Salam kenal, K Ita orang Perak ker? kalau orang perak, memang tak sah kalau x pernah makan gulai tempoyak kan... Nurul pun banyak stok tempoyak bawak dr kampung balik raya aritu... memang sedappp lah... :)