09 June 2009

Laksa Asam



Pertama-tamanya nak ucapkan terima kasih pada aishashaheer sebab susah-susah belikan daun kesum untuk ita.. hihiii.. macam berucap la pulak.. hahaha.. Kalau tak kerana aisha belikan daun kesum tah bila la dapat makan laksa ni.. Jadi semalam gambatte buat laksa juga sebab takut daun tu layu dan kekuningan.. Ita ni leh la katakan hantu laksa sebab kalau kat rumah mak ita laksa ni menu istimewa bila raya jadi ita memang suka laksa mak ita ni.. hihihihi.. Jadi bila kat jepun ni susah dapat daun kesum rasa macam tak sempurna je kalau buat laksa.. bila dah ada buat la sikit.. sorry ya aisha dapat tgk je la sebab nak bagi jauh.. hihiihi.. resepi ni ita guna resepi mak ita.. tapi ita buat tak lah sesedap mak ita.. tambahan ita tak masukkan belacan sebab suami ita tak leh makan belacan.. Lagi pun mak kalau masukkan daun kesum banyak siap blender lagi daun tu.. ita da sikit je sebab bahagi 2 dengan adnin jiran ita so pakai mana yang ada je.. hihihih..

Bahan-bahan

Untuk kuah

1 kg ikan kembung ( kat jepun ni ita guna ikan saba)
1 1/2 senduk cili kering yang diblender
1 1/2 bijji bawang besar
6 keping asam keping
1 batang serai diblender
2 kuntum bunga kantan
3 tangkai daun kesum ( 1/2nya diblender)
sedikit garam
sedikit belacan ( ita tak letak sebab suami tak leh makan)

cara-cara
1. Rebus ikan hingga lembut. toskan dan asingkan sisi dengan tulang dan blender isi ikan.
2. Masukkan dalam periuk bahan yang telah diblender, asam keping,bunga kantan, daun kesum belacan, ikan yang diblender dan air rebusan ikan.
3. masak hingga mendidih dan pekat.
4. Masukkan garam dan siap.

makan bersama timun di potong halus, salad pokok di potong halus, bawang besar dipotong halus, telur dan cili api

0 Comments:

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG