02 June 2009

Muffin Coklat Oreo


Hari ni baru berkesempatan nak ambil gambar masakan seteleh tiga hari menyibukkan diri dengan banyak urusan.. ehhehehe.. Jadi hari ni sempat buat muffin ni.. Sebab tengok fateh dan Fathnin suka makan muffin. Muffin ni mudah je nak buatnya.. Fathnin tolong buat sebab tak perlu nak gaul beria.. heheh thanks to tokey roti ros sebab bagi adea resepi yang senang ni.. hanya menderhaka sikit tambah pecan kat dalam sebab kami suka kacang jadi ita tambah la pecan.. Lagi satu ita pun rasa agak kurang manisnya.. jadi bagi yang suka manis leh tambah gula lagi atau guna 1/2 cawan tu.. sebab ita kurangkan sikit tadi... heheheh.. ros akak C & P tau..

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula ( boleh dikurangkan 1/2 cawan gula jika tidak mahu terlalu manis
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air suam ( boleh diganti dengan susu segar)
1/2 cawan minyak masak
Beberapa titik esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu soda bikarbonat
4 keping biskut Oreo dicincang kasar
sedikit pecan

Cara-cara
1.Campurkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, serbuk koko dan minyak masak, kacau hingga sebati. ( hanya menggunakan senduk kayu atau spatula)
2.kemudian larutkan gula didalam air suam tadi dan curahkan dalam mangkuk adunan dan 3.masukkan biskut oreo yang telah dicincang tadi dan pecan, titik kan sedikit esen vanila serta kacau hingga semua bahan sebati dan tidak berketul.
4.sendukkan adunan di dalam mangkuk kertas, pastikan adunan kek hanya separuh acuan dan bakar pada suhu 170 darjah selama 15 hingga 20 minit bergantung pada saiz mangkuk kertas.

0 Comments:

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG