23 May 2009

Roti Krim Coklat


Semalm tengok Tv .. fathnin nampak roti berkrim.. fathnin kata mama nak yang tu.. Jadi kesian kat dia on kan BM.. Buat roti.. cornet krim tu ita tak de.. jadi buat guna aluminium foil je.. Alhamdulilah menjadi... so resepinya dari kak yani.. ita c & P ye kak..


Bahan-bahan ( 8 biji )
-Doh Roti-
140ml air
20g telur
250g tepung roti
20g gula
4g garam
25g mentega
3g (1 sudu kecil) dry yeast
8g susu tepung
-Krim coklat-
40g coklat
300g susu segar
40g gula
30g tepung jagung
12g mentega
18g serbuk koko

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan-bahan untuk doh roti ke dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh. ON kan.
2.Sementara itu, sediakan krim coklat. Masukkan susu dan tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau sampai tepung jagung tak berketul.
3.Masukkan pula gula dan coklat yang dipotong kecil-kecil. Masak dengan api sederhana sehingga berkilat sambil dikacau.
4.Bila dah berkilat, padamkan api. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati.
Untuk roti pula, keluarkan doh dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan udara. 5.Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
6.Ambik satu doh roti, getel memanjang lebih kurang 25-30cm.
Kemudian lilit pada kon seperti dalam gambar. Sebelum tu, sapukan kon dengan butter. 7.Buat sampai habis.
8.Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit.Kemudian bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Selepas siap, biarkan di dalam oven lebih kurang 5-10 minit untuk roti kelihatan lebih perang.
9.Keluarkan dari oven, semasa masih panas-panas, sapukan dengan butter cair or suhu bilik untuk nampak lebih berkilat.
10.Bila roti dah sejuk, keluarkan kon dan pipe kan krim coklat tadi ke dalam roti.
11. ita tabur kacang kat luar tu...

0 Comments:

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG