14 May 2009

Caramel Cheese Pudding


Caramel Cheese Pudding ni lama dah nak buat, tambahan nampak di restoran jepun tempohari. Jadi hari ni baru ada mood nak buat. Sedap.. memang rasanya sekejap rasa cheese cake sekejap rasa puding.. pandai kak yani cipta resepi ni.. sedap..ita buat setengah adunan sahaja dapat 7 remekin putih ita.. Sekarang ni anak-anak suka request puding after makan tengahari jadi ita buat yang ni supaya diaorang dapat khasiat cheese tu..



Bahan-bahan
[ Karamel ]
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam
[ Puding ]
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon

Cara-cara

1.Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang.
2.Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
3.Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati.
4.Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
5.Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
6.Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
7.Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air.
8.Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
9.Sejukkan sebelum dihidang.

0 Comments:

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG