11 May 2009

Puding Tauhu


Semalam rasa panas sangat... suhu 30.. patut la badan tak berapa sihat sejak akhir-akhir ni.. ramai juga yang kat Jepun ni demam dan selsema.. sebab suhu tak menentu rasanya.. sekejap panas sekejap sejuk... Jadi Tekak ni rasa nak makan puding .. ita buat puding tauhu kak Nor ni.. sedap rasa ala-ala taufu fah.. patut la panggil puding tauhu...Dalam resepi guna laici.. tapi ita tak de stok laici pakai nata de coco dan Fruit cocktail.. sejuk je masuk tekak.. sedap...

Bahan-bahan
1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan

Untuk kuahnya:
1 tin laici/Buahan campuran
2 tin air
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri)

Cara-cara
1.Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais.
2.Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa.
3.Untuk membuat tauhunya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
4.Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
5.Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
6.Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
7.Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici/buahan dan kuah ke atasnya.
Puding ni sememangnya lembik spt taufo fah..

0 Comments:

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG