25 June 2012

Assalamualaikum.. Salam di minggu yang baru.. Alhamdulillah moga urusan kita dipermudahkan dan berjalan lancar minggu ini. Agak sibuk balik sejak akhir-akhir ini dengan tempahan.. Alhamdulillah tempahan di Simple Homemade Cake sentiasa ada setiap minggu walaupun terkadang bila waktu sibuk tu memang sibuk sangat dan ada kala nya ada juga hari  yang lapang buat ita bila tak de tempahan. Mungkin minggu ini ada hari yang lapang insyaAllah akan cuba bagi lebih kasih sayang sikit kat blog ni nanti dan boleh BW blog kawan-kawan InsyaAllah..;) Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi meninggalkan komen di blog ita insyaAllah akan membalasnya sedokit masa lagi.




21 Mei tempohari hari jadi anak kedua ita iaitu Muhammad Fateh yang ke 4 tahun. Alhamdulillah dah 4 tahun dah dia.. Terlalu cepat rasanya masa berlalu, moga Fateh diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh serta berjaya didalam hidup di dunia dan akhirat. Sempena harijadi Fateh ita tak sempat pun nak buat kek yang special disebabkan pada hari tu memang banyak tempahan. Sampaikan papa fateh perli mama, kek orang lain buat kek fateh tak sempat.Memang rasa bersalah sangat..  Alhamdulillah minggu tu ada majlis ilmu di Yokohama ni mama buatkan kek dan sambut birthday fateh dengan kawan-kawan walaupun kek tu memang simple juga. Yang pasti Fateh amat gembira dan dapat memotong kek bersama kawan-kawan.

Jika dulu dihari jadi kakak Fathnin kami ke Disneyland dan kali ni kami ke Disney Sea untuk melengkapkan jelajah kami ke taman tema yang popular ini. Ini adalah hadiah hari jadi Fateh dan yang pasti banyak permainan yang fateh dapat masuk dan main dan semua nya dia happy hanya diawal tu je yang fateh agak takut. Alhamdulillah anak mama dan papa dah besar dah berjaya melalui semua permainan yang mencabar ini dengan baik..;)





Sebagai kenangan mama simpan disini semua gambar di Disney Sea, ini je gambar yang ada disebabkan sibuk mengejar pass fast untuk main banyak game dan tak sempat nak bergambar sangat..








23 June 2012


Assalamualaikum.. selamat berhujung minggu buat semua. Tentu hujung minggu sebegini banyak perancangan yang telah dibuat bersama keluarga sama ada ingin berlibur atau membuat aktiviti berfaedah dirumah. Bagi yang berkerja hujung minggu dimanfaatkan untuk beraktiviti bersama anak-anak sambil ini lah masanya meluangkan lebih masa dirumah dan teringat dulu waktu di Malaysia bila hujung minggu sahaja pagi-pagi sibuk ke pasar dan mengemas rumah dan waktu tu ita dan suami bergilir-gilir membuat kerja rumah sama ada mencuci kereta, membasuh bilik air atau mengemop lantai. hihihii.. Bila diingatkan kembali rasa manis sangat rasanya.. dan tengahari jika tidak kemana-mana sambil suami cuci kereta ita memasak didapur dan kami akan makan tengahari bersama-sama. Selalunya hanya bila malam sahaja yang dapat makan bersama disebabkan kami berdua berkerja disiang harinya jadi hanya hujung minggu masa yang ada untuk dimanfaatkan



Berbalik cerita hujung minggu, diJepun ni selalunya jika hujung minggu disebabkan ita adalah suri rumah sepenuh masa disini jadi hujung minggulah masa yang ita yang ita tunggu-tunggu..selalunya hujung minggu di peruntukkan untuk beraktiviti bersama keluarga setelah seminggu suami sibuk di universiti. Seronok didapat membawa anak-anak bermain ditaman yang  dekat atau jauh dari rumah sambil menghayati keindahan bunga dan keindahan taman serta lanscap yang ada. Tambahan jika dijepun ni untuk meihat sesuatu bunga ada musimnya.. jadi hujung minggu memang tidak sunyi dengan aktiviti.



Baiklah hari ini ita nak berkongsi resepi tart yang ita buat hasil idea yang ita lihat di kedai desert di jepun ni. Jika lalu dikedai-kedai desert, roti atau kek mata ni tak lepas memandang bentuk dan cara hiasan yang dibuat di desert tersebut yang memang kelihatan sedap dan menggugat iman. Nak beli terkadang tak tahu tentang kehalalan sesuatu produk tu, jadinya baik cuba sendiri dirumah sambil-sambil mencari resepi yang bersesuaian. Bagi ita tart ini sedap tambahan rasa chocolate frosting yang dibuat.. jika lagi pekat lagi sedap sebenarnya..



Dan yang paling teruja juga ita dapat bekas acuan tart yang baru.. Pos dari Malaysia. Terima kasih buat cik norai yang sudikan poskan pada Aisha dan aisha bagi pada ita pula.. seronok tgk hasil tart ni.
Baiklah jom kita semak resepi, untuk kulit tart tart masih menggunakan resepi kulit yang sama iaitu resepi mat gebu dan untuk chocolate frosting ni hasil google dan ikut citarasa ita sendiri. Hiasan diatas tu boleh tukar-tukar mengikut kesuaian tidak semestinya menggunakan buah strawberry .. kekacang pun boleh..:)





Strawberry/Almond Chocolate Frosting Tart


Bahan-bahan Pastry
113 g mentega
75 g gula halus
1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)

Chocolate Frosting
150 ml whipping cream
150 ml coklat masakan yang telah dicair/ double boil
1 sudu gula jika perlu

bahan lain
Gula icing
Buah-buahan contoh Strawberry
Sedikit badam cincang


Untuk pastry:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu. Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan. Bila masak, keluarkan kulit tart dari acuan dan sejukkan diatas redai.

Untuk Chocolate Frosting:- Pukul whippin cream sedikit kemudian masukkan coklat yang telah dicairkan dan disejukkan sebentar. Jika perlu gula masukkan. pukul hingga pekat. Masukkan ke dalam piping beg.


Untuk membuat tart.:- Ambil satu kulit tart yang telah disejukkan. Pipekan chocolate frosting tadi dan letakkan buah strawberry dan tabur dengan badam yang dicincang dan tabur sedikit dengan gula icing.sejukkan sebentar didalam peti sejuk.






14 June 2012

Ume Di Negishi Park

Assalamualaikum.. Selamat malam. Malam ni nak sambung lagi masukkan gambar jalan-jalan lepas yang banyak di dalam kamera ni. Seperti yang ita kata banyak sebenarnya bayangkanlah beberapa bulan ita tak berapa aktif berblog disebabkan kesibukkan tak sempat nak kongsikan disini. Tapi bila tangok gambar dalam kamera ni sayang sangat. Lagi satu saja ita kongsikan disini untuk tatapan kawan-kawan yang tinggal di Yokohama ni yang nak mencari idea untuk berlibur bersama keluarga. Di jepun ni kalau nak tengok sesuatu contoh nya bunga kena ada waktu nya. Takut terlepas pula bunga atau acara sesuatu tu.Jadi bagi sesiapa yang inginkan panduan boleh lah tengok-tengok ye.

Pelbagai bunga yang ada disitu 

Kebetulan pada hujung bulan 3 akan ada bunga ume di jepun ni. Bunga ni lebih kurang sakura tapi kecil sikit. Bunga ume akan keluar dahulu sebelum tibanya musim sakura. Ada juga bebarap warna tapi yang biasa warna pink kuat dan putih.Pernah bersembang dan tanya Aisha dimana bunga ume yang banyak di Yokohama aisha cadangakan di Negishi Park. Kebetulan sewaktu pulang dari menghantar bentou lalu di kawasan Negishi ni dan terus teringat akan bunga Ume dan waktu tu bunga Ume memang sedang kembang.Bagitahu papa Alhamdulillah papa nak cari dan singgah ke taman tersebut sekejap. Dapat la ita ambil gambar sementara anak-anak main bola dan ita bergambar sekejap. Bagi yang ingin ke taman ini boleh ke link ini dan ada parking yang agak luas juga disediakan tetapi dengan bayaran. Taman ini masuk percuma bagi ita taman ini adalah taman yang luas dan pada musim sakura taman ini pun adalah salah satu taman yang cantik untuk berhanami.

dari kawasan parking dan turun tangga


Memang ada kawasan khas untuk ume sahaja

pelbagai bentuk dan warna ada .. SubhanAllah cantik

Fateh main bola dengan papa dan kakak





dah penat jom kita balik..:)

13 June 2012





Assalamualaikum.Berkesempatan untuk berkongsi disini lagi hari ini. Hari ini ada beberapa perkara yang ingin diselesaikan jadi untuk menghilangkan rasa mengantuk ita di tengahari ni, ita masukkan entry ini. Ita perasan jika masuk je musim panas di jepun ni badan cepat je letihnya,mungkin panas agaknya, jadinya bila masuk tengahari je mula la mata ni nak layu.. kalau dilayankan mata ni boleh je tidur ni tapi baik buat kerja yang banyak tertangguh ni.


 Berkesempatan untuk ambil gambar roti yang ita buat untuk sarapan. Selalunya tak sempat terus masuk mulut je. Pagi-pagi masuk doh dalam BM dan tunggu doh diuli sebentar sementara buat kerja rumah yang lain. Bila dah habis je siap semuanya boleh terus bentuk-bentukkan dan boleh makan roti panas-panas.

Untuk resepi ini ita guna resepi yang biasa ita guna dalam simpanan. Adunan roti ini memang gebu ita suka guna walaupun tanpa guna water roux yang penting kena naik dengan elok. Tak ingat resepi siapa sebab dah tulis dalam buku di dapur ni. Cara yang cepat jika tak mahu tunggu dia naik sendiri ita selalu setkan dalam oven menggunakan suhu 45 c selama 20 minit kemudian baru bakar.. Alhamdulillah hasilnya amat berpuas hati.

Roti kacang merah berbentuk ulat gonggok.

Bahan-bahan

190 ml susu cair
400 g tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji telur ayam
2 sudu besar yis
60 g butter

inti kacang merah secukupnya


Cara-cara.
1. Masukkan semua bahan-bahan didalam bread maker. Tekan butang dough.
2. Setelah aduanan siap boleh bahagikan kepada 50- 60 g mengikut besar roti yang dikehendaki.


  1.  Bulatkan adunan.
  2. Canaikan lebih kurang 1 cm.
  3. Letakkan inti kacang merah ditengahnya.
  4. Tutup dan kemaskan seperti gambar.


5. Dengan menggunakan pisau lorekkan jangan sampai ke lapisan bawah hanya bahagian atas sahaja, seperti gambar diatas. untuk nampak cantik biar sama lebar.
6. Terbalikkan dan gulung.
7. Bentukkan berbentuk U dan naikkan 2 kali ganda. Boleh juga dimasukkan ke dalam oven gunakan kepanasan 45c selama 20 minit.

Untuk roti nampak cantik dan berkilat sapukan roti dengan adunan  telur dan susu yang telah digaul rata setelah roti naik 2 kali ganda.
Bakar mengunakan 180 selama 15 minit atau kekuningan bergantung kepada oven masing-masing.


Buat juga roti yang lain ni..:)

Sakura 2012

Sakura pelbagai warna
Assalamualaikum... selamat pagi.. Dua tiga hari ni cuaca di Yokohama ni asyik mendung je. Memang sekarang ni dalam peralihan musim ke musim panas jadinya memang akan selalu hujan. Yang bestnya juga bila hujan juga menandakan bunga ajisai na kembang. Ita paling suka bunga ni.. cantik.. Memang ada plan nak pergi tengok bunga ni. walaupun banyak je bunga ni dimerata-rata tapi saja nak pergi tempat yang banyak bunga ni. Moga berpeluang ke sana nanti insyaAllah.

Sambung lagi misi mengosongkan SDcard. Bila ita tengok balik semua gambar-gambar ini memang banyak sangat gambar yang tidak sempat ita kongsikan disini. Jadi diberi kesempatan ni ita akan kongsikan disini sebelum kembali sibuk dengan urusan yang lain. Ita rangkumkan 3 tempat sakura tahun ini yang sempat ita pergi. Kebetulan ita ke Yoyogi park di Tokyo untuk menghantar tempahan oleh MSAJ kantou yang menempah dari Simple Homemade Cake. Jadi alang-alang dah sampai kami terus bergambar walaupun ita tak la berpiknik disini. Esoknya kawan-kawan di Yokohama menganjurkan Hanami di Shinjuku Gyoen, Tokyo, ramai sangat yang ingin berhanami di sini dan kami perlu beratur hampir 1 jam untuk masuk. Selain itu ita sempat juga mengambil beberapa gambar sakura di Universiti suami belajar, Yokohama National University. Ok la biarlah gambar yang menceritakan segalanya.

Yokohama National University


Bnga ni tak tahu nama tapi nampak cantik je


Yoyogi Park








Shinjuku Gyoen
Kami melalui Sendagaya Gate




Tsubaki dan Doffdill pun ada.. cantik





12 June 2012


Salam semua. Hari kedua bagi minggu ni moga kita diberikan kesihatan yang baik hendaknya. Entry ini adalah entry berjadual sementara pagi tadi ada masa ita buat entry ini sekali. Di Simple Homemade Cake ita suka jika dapat tempahan kek , cupcakes dan pastry.. seronok je nak mengeluarkan idea dan menterjemahkan pada kek atau cupcakes. Tapi kadang bila tempahan banyak pening juga memikirkan temanya dan kurang juga idea ni. Alhamdulillah tempahan cupcake ini ita dapat awal dan ita punya masa untuk mencari tema yang sesuai diatas permintaan penempah.


Tema yang diberi berwarna pink dan ala-ala princess. Jadinya setelah mencari idea ita cuba buat yang terbaik dari ita walaupun masih banyak kelemahan dimana-mana. Seronok sangat bila penempah berpuas hati dan ita pun gembira. Walaupun buat cupcakes ini mengambil masa disebabkan hiasan diatas cupcakes tersebut perlu dibuat satu dan mengikut kuantiti yang ditempah tetapi apabila siap dan melihat hasilnya kita akan tersenyum puas.Alhamdulillah..:)


Untuk isi didalam cupcakes ini disebabkan untuk dimakan oleh kanak-kanak, jadi penempah meminta kek coklat. Kali ini resepi yang ingin ita kongsikan adalah resepi kek coklat Munira Baharom. Ramai yang telah mencuba resepi ini dan rata-rata yang mencuba menyatakan ke ini lembab dan menepati cita rasa.. Untuk resepi ini ita intai di dapur kak nieza Finland. Ita kongsikan disini pula.


Kek Coklat Puan Munira Baharom

Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak 

Cara-cara
Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Rehatkan sekejap bila dah sebati

Bahan B:
 3/4 cawan tepung gandum
 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Cara-cara
 semua bahan di atas diayak

 Bahan C:
4 biji telur - pukul hingga kembang

Cara membuat:
Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap. ( ita bakar dan ita buat dalam bentuk cupcakes.)



Barang-barang keperluan sekolah
Salam semua. Alhamdulilah diberi kesempatan untuk menaip disini hari ini. Hujung minggu lepas hari yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti tak sempat sangat nak jenguk blog. Bagi kawan-kawan yang singgah di blog terima kasih moga ada kebaikan yang dapat kita kongsi bersama.

Ta sabar nak keseolah dan waku ni sakura tengah kembang mekar
Hari ini sekadar nak masukkan beberapa lagi album gambar yang terdapat dalam SDcard ni. Memang banyak sangat gambar ada didalamnya jadi kena letakkan disini untuk kenangan agar senang nak tengok kalau tak rasa asyik terperam je dalam tu. Bulan April yang lepas bermulalah sesi persekolahan dijepun ni. Berbeza dengan Malaysia, di Jepun awal tahun bermula pada bulan April. Jadinya Fathnin berpeluang untuk masuk ke Darjah satu sekolah di Jepun ni. Seronok sangat dia memang dah tunggu bulan April ni dari bulan Januari lagi sebab tak sabar nak bersekolah.

Dipintu masuk sekolah

Di Jepun untuk ke sekolah bagi anak-anak yang bersekolah di sekolah rendah tidak perlu untuk membeli uniform sekolah hanya beberapa keperluan lain sahaja. Jadi nya tiap hari pakai pakaian biasa je. Peralatan yang perlu dibeli adalah seperti kasut didalam kelas, beg sekolah, baju sukan, beberapa beg mengikut kegunaan, dan beberapa peralatan lain yang lebih kurang sama dengan persedian sekolah di Malaysia. Bercerita tentang beg sekolah disini beg sekolah untuk kanak-kanak jepun ni ada yang khas bukan macam beg di Malaysia. Beg disini agak mahal dan biasanya beg ini digunakan hingga ke darjah 6. Bagi ita dan suami kami memilih beg yang mengikut kemampuan kami. Alhamdulillah disebabkan membeli beg di hujung musim dan hari pendaftaran sekolah semakin hampir jadinya banyak juga yang membuat promosi dan kami dapat potongan 80% dari harga asal. Alhamdulillah..:) itu pun jika di tukar didalam RM lebih kurang RM250.


Didewan diberi taklimat

Fathnin bersama sensei kelasnya


Untuk hari pertama persekolahan biasanya ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah berpakaian formal dan ini adalah budaya mereka. Begitu juga dengan anak-anak. Fathnin ditempatkan dikelas pertama. Nama cikgu Fathnin Hoshikawa Aya Sensei. Comel je gurunya. Alhamdulillah Fathnin tidak keseorangan ada Aida kawan Fathnin yang sama-sama dari Malaysia didalam Kelas tersebut. Yang pasti Fathnin sangat gembira bersekolah. Moga Fathnin membesar dengan sihat dan mengutip kebaikan yang ada di sekolah jepun sebelum pulang untuk bersekolah di Malaysia pula.


Fathnin dan kawan yang duduk disebelahnya Mio Chan









07 June 2012

Bluberry Cheese Cake



Salam semua. Selamat pagi. Pagi-pagi ita dah menaip disini, Alhamdulillah tugasan untuk pagi ini dah selesai, Fathnin pun dah ke sekolah sarapan pagi pun dah masak.. Bersarapan apa hari ini kawan-kawan, sambil menunggu kain didalam mesin basuh berputar ita masuk satu entry untuk mengurangkan gambar yang terperap dalam SDcard tu. Rajin ita ye masukkan entry akhir-akhir ni :)..



Alhamdulillah minggu ini memang minggu yang agak free bagi ita.. walaupun ada juga tempahan tapi tak banyak seperti selalu, jadi sempatlah ita berada depan komputer lebih sikit masanya. Papa kata waktu tak sibuk ni lakukanlah apa-apa yang ia dah tertinggal dan nikmati lah ia...:)   Kali ini ita sekadar mahu bekongsi resepi blueberry Cheese Cake yang ita gunakan di Simple Homemade Cake. Ada satu lagi resepi Blueberry cheese cake yang ita dah masukkan dalam blog ini, tapi ini ita masukkan resepi yang lain pula. jadi boleh pilih untuk menggunakan resepi ini atau yang satu lagi. Blueberry Cheesecake ini adalah secara bakar. Kek ini di Simple Homemade Cake adalah kek kedua yang paling banyak ditempah selain Supermoist Chocolate Cake with Cheese and Mousse. Ita pun suka resepi ini sedap dan memenuhi citarasa ita sekeluarga. Alhamdulillah rata-rata penempah yang menempah kek ini berpuas hati dengan kek ini.




Antara Blueberry Cheesecake yang ditempah

 Resepi ini adalah dari AlongRoz myresepi. ramai yang telah mencuba resepi ini dan rata-rata berpuas hati. bagi sesiapa yang ingin mencuba, boleh la mencuba dan ia agak mudah. Terima kasih dan ita kongsikan disini pula ye.


BLUEBERRY CHEESECAKE
Bahan-bahan ( 23cm )

 BASE:
110g Butter - cairkan
200g Biskut digestive -  ita guna biskut yang ada coklat sikit
50g Almond flakes - toast - ita tak guna

FILLING:
500g / 2 buku Cream cheese
30g Butter
120g Gula Kastor
1 lemon - grate kulit; perah jus
30g Tepung jagung - ayak
200ml whipping cream
 4 biji Telur - pukul sedikit
150g Blueberry pie filling- ita guna 2 sudu je

 TOPPING: 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2 30ml Air
150g Blueberry pie filling

Cara-cara

  1.  Hancurkan biskut ; gaul dgn bhn2 base. 
  2. Chill sehingga di perlukan. 
  3. Pukul cream cheese ; butter sehingga smooth. 
  4. Campurkan gula, parutan ; jus lemon ; tepung jagung. Pukul lagi sehingga smooth. 
  5. Campurkan  whipping cream ; pukul lagi sehingga pekat. 
  6. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama. Tuangkan separuh adunan ke atas base. 
  7. Ratakan blueberri ( yang ini ita masukkan dalam adunan) ; tuangkan baki adunan. 
  8. Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam. 
  9. . Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok. 
  10. Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar ; campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake ; sejukkan sebentar
  11. Hias mengikut kesukaan.

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG