07 June 2012

Yeti Snow Town 2012

Salam semua. Selamat malam. Kalau dijepun sekarang ni dah tengah malam dah mana taknya subuh pun awal lebih kurang 240 pagi di Yokohama ni. Jadi malam ni sementara tunggu hubby balik dari universiti ita saja sambung kerja kosongkan SDcard kamera.Kebetulan minggu ni tiada tempahan bentou jadi dapat la tidur lambat sikit.  Banyak sangat gambar yang masih belum dikemas kini jadinya terjumpa gambar sewaktu kami ke Yeti Snow Town di area Mt fuji. Bagi yang ingin kesini boleh tengok link ini. Tempat ini dibuka pada setiap hujung bulan 10 hingga ke pertengahan bulan 4.




Cerita ni dah lama dah kalau tak silap ita hujung bulan 2 ita pergi. Yeti snow town ni berdekatan dengan Mt Fuji jadi sambil bermain salji boleh bergambar berlatarbelakangkan Mt fuji jika hari cerah. Disebabkan ita tak main pun salji waktu ni sebab menemani anak-anak bermain, jadinya tak dapat la ita ambil gambar latar belakang tersebut. hanya suami ita je yang pergi bersama kawannya. Alhamdulillah ita dah merasa main sebelum itu di hakuba nagano jadi bagi peluang pada suami dan ita menemani anak-anak sahaja.



Kami kesini dengan family nik. Ajak juga yang lain tetapi yang lain punya urusan lain yang ingin diselesaikan. Disini seperti tempat yang lain juga ada kawasan khas disediakan untuk bermain ski atau snowboard. Ada kawasan untuk kanak-kanak yang besar dan juga kawasan bagi mereka yang mula untuk belajar bermain ski.Untuk bayaran masuk tanpa main bagi dewasa adalah 850 yen dan bagi kanak-kanak 550 yen dan bagi yang masuk dan ingin bermain untuk dewasa adalah 2800 yen. Oklah tak mahu bercerita panjang sekadar berkongsi gambar-gambar ini sahaja untu simpanan akan datang..:)



Happy sangat Fathnin dan Fateh , mama duduk tepi tengok gelagat diorang

Kuat juga berapa kali pusing turun naik bukit tarik sledge tu

Disebabkan kepenatan sampai fateh tertidur dan letak dalam sledge je..:)

Penat bermain sledge boleh ke tempat bermain kanak-kanak indoor.. panas sikit disini..

06 June 2012



Salam semua. Semoga hari ini ceria-ceria hendaknya. Di jepun sekarang ni dah nak masuk musim panas dah, jadinya petang-petang ni bila panas-panas mata ni asyik mengantuk je. Tambahan bila lepas makan jadinya nak hilangkan mengantuk ni sebelum ita meneruskan kerja seterusnya baik ita masukkan satu entry sebagai penyegar mata.. :P





Tempohari ita ada tempahan cupcake. Biasanya bila ada tempahan ita akan tanya tema apa yang ingin ita buat dan cupcake untuk apa. Tapi kali ini cupcakes ini diserahkan pada ita untuk menghiasnya. Pening juga kepala ita pada mulanya, tapi disebabkan cupcakes ini untuk hadiah buat kawan-kawan disekolah sempena hari jadi anak lelaki yang beruur 10 tahun jadinya ita cuba buat elmo dan monster cupcakes. Alhamdulillah 'birthday boy' suka dan ita pun rasa happy bila penempah berpuas hati atas hasil kerja kita.






Oklah untuk resepi dalamnya ita buatkan kek lembab kukus chef Zubaidah. Ramai yang kata kek atau cupcakes yang dihasilkan amat lembut dan memang puas hati. Ita tak kukus sebab ita takut kertas cupcakes nanti jadi basah dan tak cantik jadinya ita buat cara bakar. Resepi ini dari Chef zubaidah dan dikongsikan oleh Alongros di Myresepi dan ita ambil resepi ini di blog Noorsha.




Bahan-bahan 
100g Serbuk Koko*
 250g Gula Kastor 
1 tin Susu Isian Cair* 
200g Minyak Masak Sayuran* 
250g Susu Pekat* 
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih 
150g Tepung Gandum 
1 st Bic Soda 
1st Baking Powder 


Cara-cara 

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak. ( ita guna cara bakar)
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan.
  3.  Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus. 
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.



Untuk Hiasan elmo dan Monster
Bahan-bahan
Icing secukupnya (boleh guna mana-mana resepi icing)
Pewarna merah dan biru
Coklat M&M wana kuning
Biskut oreo
Coklat chip kecil

Cara-cara
  1. Setelah cupcakes sejuk ratakan icing didalam cupcakes tersebut. kemudian ambil sebahagian icing dan warnakan dengan warna merah satu satu bagahian lagi dengan warna biru dan sedikit tanpa warna. 
  2. masukkan icing berwarna biru, merah dan putih didalam plastik piping yang berbeza.
  3. Gunakan nozel untuk membuat rumput untuk menghasilkan muka monster atau elmo yang cantik.
  4. Pipekan diatas cupcake warna biru untuk monster dan merah untuk elmo. Untuk membuat matanya pipekan warna putih dahulu kemudian letakan coklat chip ditengahnya.
  5. Untuk elmo letakkan coklat M&M berwarna kuning untuk hidungnya dan untuk Monster tidak perlu.
  6. Setelah itu potong 2 biskut oreo dan letakkan sebagai mulutnya. Dah siap.


05 June 2012

Tulip Spring 2012


Salam semua. Alhamdulillah telah masuk hari kedua dalam minggu ini. Moga minggu ini kita akan bertambah baik dari segala segi dari minggu-minggu sebelumnya. Hari ini ita saja check SD card dalam kamera ni banyaknya gambar yang tidak dikongsikan disini. Hanya terperam didalam kamera sahaja. Rasa sayang sangat jika tidak dikongsikan disini. Rasanya bila balik Malaysia nanti bila rindu jepun boleh tengok gambar-gambar ni semua. Lagi pun ita rasa boleh juga bagi idea bagi mereka yang ingin mencari tempat untuk dilawati dijepun ni.




Ita dan bunga memang tak boleh dipisahkan.. walaupun tak la pandai tanam bunga sebab tak pandai jaga tapi bila jumpa bunga memang sangat teruja. Suami pun tahu perangai ita ni. Jadi musim bunga dijepun ni memang ita tunggu hanya nak pergi banyak tempat bunga tu tak boleh lah sebab kekangan masa dan ada yang jauh juga dari tempat ita ni. Disebabkan tulip adalah salah satu bunga kegemaran ita jadi ita ajak suami ke Sakura Furosato Square,Chiba untuk pergi ke ladang tulip disana.



Melangkah sahaja di ladang ini rasa macam pergi ke Holand. Walaupun waktu ita pergi tu dah hujung musim tulip ni namun sempat la juga kami sekeluarga merasai kecantikkan dan keunikan taman ini. Bagi ita cantik sangat permandangan disini. bagi yang ingin ke sini boleh lihat di link ini. Dijepun musim ini hanya ada pada awal bulan april hinggalah awal bulan mei. Bagi taman ini masuk percuma hanya bagi yang ingin membawa balik bunga disediakan satu kawasan untuk memetik bunga ni. kalau tak silap 1000 yen seorang bayarannya.
Jom kita lihat sebahagian gambar yang ita kongsikan untuk tatapan bersama.





Gula kapas..

pintu masuk




01 June 2012

Salam semua, Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk menaip disini. Terima kasih buat rakan-rakan yang mengucapkan tahniah pada ita, masih belum berkesempatan untuk menjenguk dan meninggalkan komen lagi di blog rakan-rakan.. InsyaAllah akan cuba dalam masa terdekat ini, namun ita tidak mahu berjanji takut tak tertunai pula nanti. Rasa amat gembira walaupun ita tidak berkunjung ke blog kawan-kawan namun rakan2 tidak putus memberikan sokongan pada ita, Alhamdulillah.. hanya Allah saja yang membalas keikhlasan hati kalian, terima kasih ye.

 Sebenarnya ada tugasan yang perlu di selesaikan malam ini tapi mata ni berat sangat rasanya.. Papa kata cuba buka blog dan menulis mesti mata awak cerah.. hihihihi.. jadi ita cuba ambil masa untuk menaip disini.. moga-moga tak mengantuk la mata ni nanti sebab ada tenpahan yang pelu disiapkan.. Alhamdulillah minggu ini penuh dengan tempahan, bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Papa kata bila ada tempahan ia adalah rezeki dan ingat tentang niat ita untuk memberi pilihan makanan halal dijepun ni, namun ada juga yang ita tolak kebelakangan ini disebabkan terdapat tempahan yang bertindih dalam satu-satu masa. Amat mencabar juga sebenarnya berbisnes ni, namun ia adalah pengalaman yang berharga buat ita. Bila tiada tempahan ia adalah masa rehat buat ita, Allah tahu yang terbaik buat hamba2nya.




Oklah tak mahu bercerita panjang hari ini ita nak kongsikan resepi "Carrot Cupcakes with Walnut" (Kek cawan Lobak merah bersama kacang walnut) yang ita gunakan di Simple Homemade Cake. Bagi ita, ita suka sangat dengan resepi ini, Alhamdulillah pelanggan yang menempah semua berpuas hati. Buat pun agak mudah dan rasanya sedap. bagi yang ingin mencuba kek atau cupcake yang menggunakan lobak ita cadangkan mencuba resepi ini.Jika ada tempahan untuk kek ini ita pasti akan buat lebih adunannya sebab seisi rumah mengemarinya..

Resepi ini dari Myresipi oleh Newbie123 dilihat dari bilangan dan komen yang diberikan memang ramai yang berpuashati dengan resepi ini. Ita pun suka. Jadi apa tunggu lagi bagi yang menyukai kek lobak boleh cuba resepi ini ye.


Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-cara

  1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
  3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
  5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.
Untuk cream Cheesenya ( ini resepi yang biasa ita gunakan)

250g cream Cheese
120g mentega
120 g gula
2 sudu besar whipping cream

Cara-cara
  1. Pukul cream cheese sebentar, kemudian masukkan gula dan butter setelah sebati masukkan whipping cream dan pukul lagi hingga pekat. Sedia untuk dihias.. 
  2. Hiaslah mengikut kreativiti masing-masing dan ita gunakan sugar paste untuk carrot dan ita hancurkan biskut oreo untuk dibuat tanah bagi dasar hiasan cupcakes tersebut.
 Ada bentuk kek juga ..Kek yang ditempah oleh pelanggan

30 May 2012




Alhamdulillah terima kasih Majalah Jelita diatas kepercayaan yang diberikan. Terima kasih buat wartawan Norashikin M. Nor diatas kepercayaan yang diberikan. Buat rakan tidak perlu ita sebutkan namanya disini yang mempercayai dan memberi semangat pada Ita, terima kasih, moga Allah merahmati anda. :) Buat suami yang sangat memberi galakan dan kawan-kawan blog yang sama-sama dalam aliran ini terima kasih atas segala perkongsian kalian, kalian adalah semangat ita. Buat pembaca yang sudi membaca blog ita ambillah yang baik dan tinggalkan mana yang kurang baik dari blog ini, moga ia bermanfaat buat kita bersama. Dari 13 resepi  yang ita kirimkan 5 resepi berjaya diterima setelah ditawarkan untuk meyumbangkan resepi dalam majalah ini. Semua resepi-resepi ini adalah resepi ita hasil olahan  mengikut citarasa ita, ada juga resepi yang dilihat di televisyen Jepun dan ita olah sendiri mengikut citarasa ita. Moga ia bermanfaat buat ita dan mereka yang memerlukan. Terima kasih sekali lagi.






Selama ita berblog banyak yang ita belajar, dari tak pandai masak dah boleh lah masak sikit-sikit dan cuba pula membuka Simple Homemade Cake untuk berbisnes dan memberi pilihan makanan halal di Jepun. Alhamdulillah semua ini adalah rentetan dari ita berblog. Membuka blog hanya pada mulanya adalah galakan suami yang menggalakkan ita supaya menulis setiap catatan anak-anak hinggalah aktiviti harian yang ita lakukan, resepi yang dicuba disini supaya ita boleh mengingati kenangan di Jepun apabila balik ke Malaysia nanti dan mengisi masa lapang ita, Namun amat besar kesannya pada ita hingga kehari ini. Bersyukur dengan nikmat- nikmat ini yang Allah turunkan.









Dari kamera biasa suami ita belikan hingga lah suami ita belikan DSLR untuk ita rakamkan segala kenangan ita dan gambar jalan-jalan kami dan juga kegunaan untuk Ita kongsikan resepi  di blog ini.Dari berblog timbul  minat dalam bidang masakan dan juga membuatkan ita lebih mendalami ilmu fotografi walaupun masih belum mahir sepenuhnya namun ita tidak pernah untuk berhenti belajar. Kagum dengan kehebatan gambar masakan kawan-kawan di blog membuatkan minat dan semangat amat membara. Hanya sejak kebelakang ini kesempatan untuk menaip disini amat terbatas, melawat blog kawan-kawan dan meninggalkan pesan membuatkan kemanisan itu amat ita rindui. Namun ita harus memilih dan positif supaya tidak tamak dalam semua hal, apabila ita memulih untuk berbisnes mungkin ada sesuatu yang perlu ita korbankan. Alhamdulillah Allah memudahkan segalanya.. Diri ini amat-amat bersyukur dan terasa amat kerdil dengan nikmat-nikmat ini. Semoga ia bermanfaat dan terus maju lagi dari hari ke hari. InsyaAllah



27 May 2012

Nanohana Spring 2012

Assalamualaikum.. Sambil tunggu roti naik dan dibakar ita cuba masukkan satu entry.. Terima kasih buat rakan-rakan yang meninggalkan komen di blog ita ni.. Maaf ita belum sempat untuk buat kunjungan balas.. bukan sombong tau.. bagi kawan-kawan yang melawat blog ita jika sudi tinggalkan pesan jika tidak ita tak kecil hati sebab ita tahu ita tak mampu untuk membalasnya buat masa ini.. entry ini sekadar untuk ita simpan doblog sebagai kenangan dimasa depan...




Nanohana

pemandangan nya berdekatan dengan jambatan..
Ita kalau tension bila banyak kerja setakat ni senang je nak bagi otak ni atau perasaan ni happy dengan melawat ke ladang atau ke taman bunga. Musim bunga pun dah tinggal hujung-hujung je kat jepun ni. jadi sebagai mengingati kenangan diJepun ini ita kongsikan kenangan sewaktu ita ke ladang Nanohana ni.. bunga ni dalam bahasa melayu ita tak tahu tapi kalau dalam bahasa jepun dipanggi Nanohana.. Cantik bunga ni.. Ladang ni bolehlah dikatakan dekat dengan rumah ita.. dalam 20 minit macam tu .ini link nya.Ladang ni berdekatan dengan Seya..Ita tahu tentang ladang ni pun pergi ke blog ida.. thanks ida bagitahu tentang ladang ni..Ramai juga yang kesini. Waktu ita pergi tu kebetulan ada tuannya, jadi ita minta izin untuk ambil gambar.



Model mama..:P

Ramai juga orang yang datang
Saujana mata memandang sebenarnya.. itu pun waktu ita pergi belum kembang semua.. sangat cantik SubhanAllah.. tak tergambar rasanya.. waktu ni ita pergi dengan Fathnin je sebab papa tak mahu ikut.. jadi Fateh dan papa tinggal di dalam kereta.

nak juga bergambar.. suruh fathnin yang ambilkan



permandangan ditepi ladang



Peace.. Esok Fathnin nak ke DisneySea sambut Birthday Fateh..:D

24 May 2012

Elmo Macaron



Assalamualaikum.. rindunya lama tak menaip disini.. sampaikan tadi waktu buka untuk buat entry ni rasa maca pelik sangat sebab dah berubah wajah.. Nasib abaik agak mudah juga kalau tak tak terlaksanalah entry ni. .. Hampir sebulan ita tak menulis.. lama betul rasa.. memang sejak tak menulis disini rasa sangat rindu dan sunyi je bila tak dapat menaip disini..meluahkan apa yang ita gemari dan berkongsi sesuatu agar bermanfaat buat ita dan sesiapa yang inginkan perkara itu. Dalam dua tiga hari ini melonjak-lonjak keinginan nak update blog tapi tak terlaksana juga Alhamdulillah hari ini curi sekejap masa dan menaip disini..


Rutin yang agak 'pack' sebenarnya sejak ita membuka Simple Homemade Cake. Alhamdulillah rezeki dari Allah dan bersyukur dengan galakan dan sokongan yang diberikan oleh semua penempah dan rakan-rakan. Moga ia bermanfaat buat ita dan keluarga. Tapi bila difikirkan balik rasa rugi jika ita biarkan sahaja blog ni.. dari blog ini lah ita kenal banyak benda dan tahu banyak juga benda. Jadinya ita kena juga curi masa untuk update apa-apa untuk dikongsi terlalu banyak bahan yang tersimpan dan biarlah ia dijadikan kenangan disini.


Baiklah untuk hari ini ita nak kongsi resepi Elmo macaron yang ita buat. Comel sangat bagi ita macaron ni di Blog kak wan jadinya memang hati melonjak-lonjak nak cuba.Resepi asal dari cekvisionhomes. ita ambil di blog ka cek.Alhamdulillah cara yang diberikan agak mudah dan ia menjadi dengan baik.Resepi ini lebih kurang dengan resepi yang pernah ita buat sebelum ini. Hanya pengalaman ita yang tak seberapa buat macaron ni , untuk mendapat hasil yang cantik buatlah ketika hari agak panas dan kering, barulah macaron yang terhasil cantik kejadiannya. Terima kasih kak wan atas perkongsian resepi ini.

ELMO MACARON 
BAHAN-BAHAN

Swiss Meringue

  • 80g putih telur ( seeloknya putih telur yang telah disimpan didalam fridge dalam lingkungan 3 - 4 hari kemudian dikuarkan dari fridge sekurang2nya 2 jam sebelum digunakan...)
  • 65g gula kastor 
  • 80g ground almond
  • 140g icing sugar ( boleh guna 130g....)
  • 1/2tsp lemon juice
  • Pewarna serbuk @ gel color pilihan masing2

CARA-CARA PENYEDIAANNYA


Swiss Meringue Macarons

  •  Lapikkan baking tray dengan baking sheets
  •  Menggunakan round template atau duit 50 sen...lukiskan bentuk bulatan dibahagian bawah pelapik baking sheets...(bertujuan utk mendapatkan saiz bentuk macaron yang hampir sama...)...ketepikan
  • Ayak ground almond dan icing sugar ketepikan...
  • Menggunakan kaedah double boil....masukkan gula dan putih telur kedalam mangkuk tahan panas...
  • Kacau sebati putih telur dan gula sehingga suam ( anggaran 50 - 55 darjah Celcius
  • Bila campuran putih telur dan gula telah mencapai kepanasan 50 - 55 darjah Celcius....tuangkan campuran ini kedalam mangkuk pengadun....pukul dengan kelajuan sederhana laju....campurkan juga lemon juice....( jika menggunakan gel color...bolehla dimasukkan kedalam adunan....pukul/kacau sebati...sehingga soft peaks....)
  • Pukul lagi hingga adunan putih telur mula sejuk ....medium peak....berkilat dan bertanduk...( jika terbalikkan mangkuk pengadun adunan putih telur tak jatuh...)
  • Masukkan campuran ground almond & gula icing berwarna kedalam adunan putih telur....menggunakan spatula...kacau sebati adunan ini...tapi jgn over mix ...bimbang kalau ter over mix adunan akan menjadi cair...cukup kacau sebati dan adunan agak pekat ....
  • Masukkan kedalam piping bag...dan pipekan adunan keatas pelapik baking sheets yg telah dilukis bentuk2 bulatan tadi.....
  • Biarkan macaron lebihkurang 30 minit hingga 1 jam
  • Panaskan oven 150 darjah celcius....bakar dalam lingkungan 20 - 25 minit....terpulang kepada jenis oven.
  • Bila masak kuarkan dari oven..
  • Setelah sejuk bolehlah diletakkan filling kesukaan. 
  • Untuk membuat elmo. cairkan coklat putih dan paipkan untuk dijadikan mata. letakkan choc chip diatas coklat putih tadi. Untuk hidungnya warnakan coklat putih tadi dengan pewarna oren dan paipkan untuk dijadikan hidung.. sejukkan sebentar dan dah siap.

Buat juga bentuk Rillakuma yang takde telinga..:)

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG