08 May 2009

Kuih Kasturi


Hari ni teringat pada mak ita suka buat kuih kasturi ni. Kalau dulu mak ajar bukan panggil kuih kasturi tapi namanya kami panggil "bade kacang".. heeehe.. agaknya orang perak kot panggil macam tu.. mak akan buat malam dan pagi esoknya mak akan goreng je... Rindu kat mak.. so hari ni ita buat la kuih ni.. alhamdulilah menjadi.. resepinya ita ingat-ingat gitu je.. hehehe.. kuih ni ita buat breakfast pagi ni..


Bahan-bahan

200 g kacang hijau
70 ml santan
50 g gula
sedikit garam
60g tepung gandm
200 ml air

untuk kulit
50g tepung beras + tepung gandum
sedikit sudu kunyit serbuk
sedikit garam
air

Cara-cara
1. Rendam kacang hijau sekurang-kurangnya 2 jam ita rendam 8 jam supaya cepat empuk
2. Rebus dengan air, setelah agak kering masukkan gula, santan dan sedikit garam.
3. masak sehingga kering dan tutup api masukkan tepung.gaul dan sejukkan.
4. Buat bentuk bulat leper2 lagi leper lagi bagus supaya garing.
5. Untuk kulitnya bancuhkan bahan2 kulit macam nak buat goreng pisang.
6. celupkan dan goreng didalam minyak
7. setelah kekuningan angkat. sedia untuk dihidang..
4.

07 May 2009

Lalaport, Yokohama



Sambil delete gambar dari kamera tadi nampak plak gambar kami ke lalaport, yokohama hari tu.. kami ke sana satu family je ajak kawan2 lain tak nak pergi masing-masing ada hal jadi sampai juga la kami ke Lalaport yokohama ni.. Lalaport ni shopping complex yang besar.. macam-macam ada.. tapi abang nak cari kedai sukan tak de yang menarik dihati hanya ada 2 aje.. sian abang.. hehehehe. tapi bagi ita ok la sebab kat sini ada tokyu hands, ada 212 kitchen dan ada kedai baby yang banyak antaranya Akachan Honpo.. best kat sini banyak barang baby.. tapi masih tak jumpa lagi baju pooh dan mickey besar fathnin.. sebab fathnin bising nak baju pooh dan mickey sebab ita bawa banyak stok baju pooh dan mickey untuk Fateh untuk dia ita tak bawa.. tersilap haritu.. so banyak gak la kedai cari baju pooh dan mickey yang besar fathnin.. masih belum jumpa yang berkenan dan jumpa yang best.. kalau kat Malaysia berlambak.. pergi sahaja world of Cartoon tu.. hanya tinggal siapkan duit je.. hehehe.. seharian kami kat Lalaport ni.. Jalan-jalan .. sebab besar..


Dalca Daging


Hari ni badan rasa tak berapa sihat .. 2 hari fateh demam.. nasib baik tak kuat hanya panas sikit je tapi hidung tersumbat jadi agak meragam juga la.. Papa semalam tak pergi lab sebab hujan lebat jadi dapat la papa tengok-tengokkan anak-anak sambil ita masak malam. Masak malam tadi untuk makan pagi ni sebab ita pun rasa sengal-sengal dari semalam ni macam nak demam.. mungkin jangkit dari fateh ni.. fathnin hanya hidung saja tersumbat dan pagi ni papa pun rasa tak sedap badan dan sakit tekak..Jadi decision masak semalam tu tepat kalau pagi ni la masak tentu masak yang simple je.. so buat nasi tomato tapi hanya nak tunjuk dalca daging sahaja sebab haritu fatin ada tanya tentang dalca.. ita buat dalca ni pun sikit je sebab kacang dhal lebih dari buat masalodeh aritu tinggal sikit.. heheeheh.. To fatin kalau betul, resepi ni ita ambil dari myr.com.. sedap dan mudah untuk membuat nya..

Bahan-bahan

200gm kacang dhal - direbus
200gm daging lembu - dihiris
2 biji terung bulat - dipotong kecil2
2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
2 biji kentang
10 batang kacang panjang - dipotong
50gm serbuk kari daging + sedikit air
4 cawan santan
Sedikit daun kari
Minyak masak dan garam
Bahan tumisan:
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang merah - dikisar
2 cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar

Cara-cara
1.Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
2.Masukkan bahan2 kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari.
3.Goreng hingga garing.
4.Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.

06 May 2009

Pandan slice cheesecake



Disebabkan tertarik tengok kek ni kat dapur kak hana, CMG dan kak Ayu ita buat juga kek ni.. menarik je nampak kek warna hijau kat dapur2 diorang tu.. sian ros.. habis resepinya dikerjakan oleh kami-kami ni..heeheheh.. sedap kek ni.. tapi ita punya mcm a bit dry sikit... kat mana la silapnya..tapi best resepi ni.. sedap keknya..anyway ita pun copy paste juga dr kak hana.. halal ye kak..

Bahan-bahan
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
sesudu kecil perisa pandan@pandan emulco
pewarna hijau

Cara-cara
1.potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
2.kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.masukkan sesudu kecil perisa pandan n pewarna hijau. kacau.
3.masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4.asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5.didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
6.akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
7.bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya

05 May 2009

Donut pintal


Minum petang hari ni buat donut pintal-pintal. ini resepi kak yani myr yang punya.. best resepi ni.. memang kalau buat donut ita akan pakai resepi ni.. best.. harini abg pun ada discussion dgn member2 tu yg buat tu sebab kalau kami je makan takut banyak sangat.. Asyik makan je nanti risau plak badan naik.. hahaaaaha.. saja bagi rasa best sikit ita salut coklat bar dan juga kacang.. laju je makan..

Bahan-bahan
200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar
20g butter ( ita guna shorterning lebih gebu)
minyak masak untuk menggoreng
coklat bar
sedikit kacang kisar

Cara-cara
*ita guna home bakery so pilih menu dough.
1.Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
2.Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
3.Masukkan pula butter
4.Uli sehingga tak melekat ditangan
5.Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
6.Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
7.Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
8.Uli biar jadi bentuk panjang
9.Kemudian pulaskan. Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
10.Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.
11. dah masak celupkan didalam coklat yg telah dicairkan. tabur kacang diatas coklat. tunggu coklat keras dan sedia untuk dimkn..

Roti Marble


Semalam buat roti marble ni untuk breakfast pagi ni.. Waktu buat tu teringat kat tokey roti ( kak hana yang bagi nama ni ) Ros toyosu.. ini resepi dia la ni.. heheheh.. tengok la roti ita yang marblenya tak berapa jadi tu.. tapi abang kata sedap.. tak pe nanti nak buat lagi bagi dapatkan marble yang cantik..anyway thanks ros..

Bahan-bahan
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara
1.masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
2.perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
3.Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
4.satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah. tutupkan keseluruhan adunan tadi
5.potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang. letak dlm sandwish loaf.
6.Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
7.siap dibakar dan sejukkan atas redai.

04 May 2009

Golden week - Odaiba, Tokyo

Cuti golden week tengok entry kawan-kawan yang tinggal kat jepun ni semua dah upload.. ita baru nk upload ni.. sempena cuti ni kami jalan-jalan kat area yokohama dan Odaiba, Tokyo. Odaiba ni pulau dan menariknya kata kawan suami ita, pulau ni ditambak dan dibina bangunan-bangunan yang tinggi kat sini. Dari pemerhatian ita la bentuk bangunan kat sini unik-unik.. tak sama bagi satu-satu bangunan tu dan ia mempunyai bentuk yang tersendiri.. menarik.. kami pergi pun naik densha ( train ).Macam biasa ita pergi dengan keluarga kak maas dan Adnin. Pada mulanya tak terfikir nak pergi sebab Syed student kat Kansai tu nak datang rumah tapi tetiba dia kata tak leh datang jadi kami ikut la rombongan kawan2 kami ni.. Maaf ye syed lain kali mungkin kita akan bertemu InsyaAllah.. Untuk ke Odaiba ni menggunakan densha dari yokohama kami ke shimbashi station. Dari situ kmi akan menaiki satu lagi train iaitu yurikomome line untuk ke Odaiba ni.. Menariknya Train ni akan melalui rainbow bridge dan kita akan nampak pemandangan yang cantik sepanjang menaiki train ni..




Kat Odaiba ni banyak tempat-tempat menarik.. tapi kami sempat beberapa tempat sahaja antaranya Odaiba kaihin koen seaside park.. Cantik view kat sini.. ramai orang ada yang naik bot dan duduk2 sambil melihat pemandangan tepi laut..





Kami juga sempat pergi ke Aqua city.. Kami lepak2 kat situ sambil masukla beberapa kedai yang menarik dihati.. hehehe.. Sebelah bangunan Aqua city ni adalah Fuji Television.. bangunannya unik dancadang nak juga pergi naik tapi nampak dari bawah ramai sangat orang jadi nak bawa anak dan stroller ni rasa macam tak yakin pulak.. jadi kami teruskan lagi perjalanan..


cadang nak ke museum maritim tapi rasa masa tak mengizinkan dan agak jauh juga untuk berjalan jadi kami terus ke Palette town. Di Palette Town ni ada beberapa juga tempat menarik.. Diantaranya Ferris Wheel diantara terbesar didunia.. Disebelahnya pula ada Megaweb.. disini adalah toyota showcase.. disini semua design kereta-kereta toyota ada kat sini.. sempat juga la berangan sekejap dengan kereta-kereta ni.. kalau beli kereta baru kat jepun ni murah haraga nya ( belum campur tax la ) tapi bila campur tax dan sebagainya bagi kereta baru mungkin sama macam harga kat Malaysia.. Sekarang toyota tengah buat perlancaran Toyota wish baru jadi ada la sekeping dua gambar wish baru tu...



Bun Kari


Bun kari ni sebenarnya dah habis masuk perut dah.. ita buat bekal pergi jalan-jalan Odaiba, tokyo baru-baru ni.. sekarang ni jepun tengah cuti.. cuti golden week.. jadi ita ni walaupun cuti abang tetap pergi lab jugak.. jadi kami pun tak cuti la.. sedih2..

Bahan-bahan

roti
120 ml air
270 g tepung roti
30 g telur
10 g susu tepung
40 g mentega
40 g gula kastor
1/2 camca teh garam
1 camca teh instant yeast

inti
Bawang besar di potong dadu
1/2 cawan ayam ( mince)
2 biji kentang
1 1/2 sudu serbuk kari
sedikit garm
sedikit gula
100 mll air
* Masakkan bawang besar dan ayam dengan sedikit minyak.. setelah itu masukkan bahan lain sehingga kentang empuk dan kering.

cara-cara
1. masukkan kedlm breadmaker dan pilih dough dan onkan
2. setelah siap canaikan doh dan letakkan inti ditengah2 dan buat bulat..
3. naikkan doh roti 2 kali ganda
4. Bakar dengan suhu 190 selam 15 minit

01 May 2009

Peach and Kiwi Crumb Bar


Hari ni nampak dalam peti sejuk ada buah peach dalam tin yang dah dibuka. Takut nanti tak sedap ita buat la fruit crumb bar. Ita guna buah peach dan lapisan atas ita guna buah kiwi.. Untuk tambahkan kesedapannya ita letak pecan kat atasnya.. resepi ni dari Skyblue myresepi... Ita ubah sikit-sikit je... ita memang suka pastri yang macam ni... jom kita tengok bahannya..


Bahan-bahan untuk Crumb
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu kecil tepung penaik (baking powder)
Secubit serbuk kayu manis (cinnamon)
Secubit garam
1 biji telur (dipukul, tak payah kembang)
1 cawan mentega

Bahan-bahan untuk Isi
buahan yang digemari
2 sudu besar gula
1 sudu kecil tepung jagung (corn starch)

Cara-cara
1.Panaskan oven, 190C.
2.Masukkan tepung, gula, garam dan sebuk kayu manis ke dalam mangkuk besar.
3.Gaul sampai rata.
4.Masukkan telur dan mentega, gaulkan dgn tepung sehingga jadi crumb.
4.Masukkan separuh crumb tadi dan tekan-tekan supaya jadi padat.
5.Dalam manguk lain, gaulkan blueberry dgn gula dan tepung jagung.
6.Masukkan buah ke dalam loyang.
7.Taburkan crumb di atas dan bakar selama 40-45 minit.
8.Biar sejuk sebelum potong. Boleh dapat lebih jika potong kecil-kecil

Badminton dan Pingpong





Asyik entry makan je.. so hari ni kita masukkan entry beriadah.. Hari rabu baru ni sempat la bersukan bersama family-family kat sini. best jugak sekali sekala berkumpul dan bersukan ni.. yela asyik duduk rumah masak jekan.. bila bersukan rasa happy dan segar je... kat sini kami main badminton dan pingpong.. nak main kena bayar jadi seorang bagi satu permainan tu 120 yen.. okla jugak court nya disebabkan ramai jadi kena bergilir2 la...ini ada gambar tapi gambar ita tgh main papa tak ambil plak... sabar je la....

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG