02 July 2011

Kuih Lapis a.k.a Kuih Genggang



Salam semua. Balik dari Majlis Yassin semalam ita terus mengentry dan jalan-jalan rumah kawan yang meninggalkan jejak dirumah ita ni. Walaupun mata macam berat je tapi sementara tunggu subuh baik masukkan entry dulu dan pagi ni leh publish je. Nak cakap banyak-banyak pun tak boleh sebab mata mengantuk waktu tengah taip ni nanti ayat melalut-lalut yang keluar..

Nak cerita hari Ahad ni ita ada perlawanan Futsal perempuan di area Tokyo. Itu pun dipelawa adik-adik perempuan dari universiti yang sama dengan suami untuk join cukupkan team diorang.. Suami ita yang bagi cadangan sebenarnya untuk ita main. Thanks pada suami ku sebab sangat memberi semangat kepada isteri dia ni untuk bersukan. Walaupun sebenarnya tak pernah main futsal secara formal tapi telah beratus kali meneman suami bermain futsal.. hihihi jadinya hari ini ada latihan sikit sebelum perlawanan sebetulnya pada hari ahad.



Disebabkan suami pun main Futsal ditempat yang lain jadinya ita kena la angkut juga anak-anak ita sekali sebab pada mulanya lelaki tak hantar team tapi last2 diorang hantar juga team.. jadi suami ita pun main juga. takpe la untuk seronok-seronok jadi ita macam perlawanan badminton tempohari akan bawa juga segala kelengkapan anak-anak supaya tak boring nanti. Doakan team kami menang yek... hihihi

Okla jom lihat menu ita hari ni. Ini adalah kuih yang ita bawa untuk majlis yassin kelmarin. Lama sebenarnya peram nak buat kuih ni. Tapi takut tak makan bila kuih manis2 ni. jadi bila ada majlis macam ni ita akan cuba resepi tertunggak yang ita rasa nak cuba . memang tak rugi cuba sebab sedap kuih lapis ni. nak buat pun bagi ita mudah masak kuih lapis sambil2 masak benda lain juga jadi tak terasa sangat tunggu nak melapis satu-satu lapisan tu.


Resepi kuih lapis ni sebenarnya hasil jalan-jalan rumah mat gebu tempohari memang dah salin resepi siap-siap. Terima kasih mat sebab share resepi yang sedap ni.



Kuih Lapis Nyonya a.k.a Kuih Genggang

Sumber : Dapur tanpa Sempadan

Bahan A :-)
150 g tepung beras
30 g tepung Hoon Kue (warna asli)
400 ml santan pekat
160 ml air

Bahan B :-)
180 g gula halus (mat guna 150 gram gula pasir)
150 ml air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan

BAHAN C :-)
Pewarna makanan hijau
Pewarna makanan merah jambu@pink
Pewarna makanan merah cili

Cara membuatnya :-)

  1. Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A ke dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.
  2. Panaskan kukusan, alas plastik bersih dalam tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak (kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 2 bahagian dibiarkan pada warna asal (putih), 2 bahagian diberi warna merah jambu, 2 lagi dengan warna hijau dan 1 bahagian dengan warna merah cili.
  3. Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah jambu, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian hijau dan kukus hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir (merah cili), kukus hingga masak, selama 12 - 15 minit lagi.
  4. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.


23 Comments:

  1. Sheery Dream Cakes said...
    Assalamualaikum ita..
    selamat pagi... wah nak p main futsal yer ita... pasti seronok kan... akak doakan team ita n suami ita berjaya.. n jadi johan... ;)

    hmmmm.. sedapnya kuih lapis tu ita... rajinnya adik akak sorg nie melapis kuih... cantik n kemas plak tu... sedaaaap...
    ijayuji said...
    Salam kak!! Kuih lapis kegemaran kita tuu Eh? Ada nama lain ya kuih ni hihihi pestaim dgr genggang :D akak main futsal?? Cayalah!!! Kita sukan2 ni yg lain ok klu nama nyer tendang bola rasanyer mmg fail hihihi
    Encik F said...
    ini bukan macam kuih semalam ker? cam pernah nampak jew...tapi kat mana yer...hmm
    kurus said...
    pergghh kuih nie memang akak suke .. even anak2 pun suke .. haa nak2 bila mereka suke leraikan satu lapis ke satu lapis tuu .. mcm2 hal budak2 nie :)

    rajin ju mengasah bakat ya :))
    Gee® said...
    Waah..rajinnya melapis... cantekk!! ops main futsal yer... good luck...
    K.zai said...
    salam ita..pepagi dh jenguk dapur ita..nk tgk ape ita maasak...wah cantik lapisan kuih genggang..ceria kalor...cantik..suka tgk...
    custard te cake sib baik dh pernah wat...kalu x terliur tgk lelehan kastad tu
    Nuwairani said...
    cantik warna lapis kuih ni...kalau nani punya style makan, mesti nk makan selapis-selapis. memang dari kecik lagi makan mcm tu. kirenya kalau makan kuih lapis yg tak dapat nk kupas selapis-selapis tu org tu fail la buat kuih lapis. heheh...
    p/s : padahal diri sendiri pon tak pernah buat kuih lapis.
    Yatie said...
    Assalamualaikum adikku,
    uwaaaa ada kuih kegemaran akaklah kat sini..nak rasa..nak rasa..hehehhe tentu dah abeskan..takpelah, akak wat sendiri eehhhh...nnti akak bagi rasa adik akak ni..tunggu tauuuu..
    Ida,Japan said...
    gambate 4 ur team ita!!!
    wow!!..kalerfull kuih lapis ita..kirei sgt, kak ida dah kehabisan stok tepung beras...kat sini tak der jual..so t'paksa stopbuat apa2 menu yg b'kaitan yg tepung tu..
    Mas said...
    amboiii..cantikknya kuih lapis tu..
    berseti2 jerk mas mengoknya....
    rajinn betoi melapis...
    nOOrsha said...
    salam ... cantikler kaler kuih lapis tu..mmg bes kuih lapis..peberet en hb ni ...hehehe:)
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    ayu datang cakkkkkkkkkkk!
    rindu tak???
    hikhik...wah nyapa x bagitahu ada games esok nie if not leh gi jmpa akak gak....hadoi canteknyer kueh lapis akak nie...tertiba jadik lapaq, uwaa hentak kaki :((
    Amie said...
    Assalam Ita,
    kuih lapis ni memang biasa Kak Amie makan sejak kecik2 dulu, dihidangkan juga semasa kenduri kendara, tapi sekarang jarang jumpa...
    Kak Amie jenguk lagi resepi nasi kebuli tu, dah siap2 nak buat esok.... harap menjadilah...first time nak buat nih!
    HaSue said...
    salam ita..
    cantik jer kuih lapis ita nih...kaler pun lembut cam orgnya..mesti rasanya pun sedap kannn!
    cik cek said...
    Salam kenal2 dari kak cek....

    Cantik gambo yg diamik ...secantik kuih lapisnya....menarik...:)
    Juwita Jamaludin said...
    kak diana. thanks ye kak.. kuih lapis tu buat untuk majis yassin kak... sedap kuih lapis resepi ni ita suka

    ika akak pun suka kuih ni pun senang nak jad akak suka gak..
    Juwita Jamaludin said...
    faiz.. ye la tu bukan awak yang makan ke..

    kak ieda tul t kalau tak leh lerai2kan tak best.. ni boleh kak
    Juwita Jamaludin said...
    kak gee.. tula sedap kuih lapis n kak leh la cuba nanti

    kak zai.. ita suka kuih lapis ni sedap juga kak
    Juwita Jamaludin said...
    kak yatie.. oh akak memang ratu talam dan lapis2 ni.. hhihihiita tunggu tau akak..

    kak ida kat baticrom adakan tula kalau ada leh buat ye
    Juwita Jamaludin said...
    mas.. tula mas saja cubawaktu bagi orang makan kalau tak jenuh ita nka habiskan

    sha kena buat sha hubby suka :)
    Juwita Jamaludin said...
    nani .. tula nasib yang ni leh leraikan kena kukus lama sikit

    ayu tu la mana tahu ayu tentu letih tu .. ingat tak leh jumpa hari tu
    Juwita Jamaludin said...
    kak amie... ye kak boleh ambil la resepi tak yah minta2

    hasue pepandai je.. mana ada jgan la puji2 nant i malu tau
    Juwita Jamaludin said...
    thanks kak chek.. sala kenal dri saya juga

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG