19 July 2011

Salam semua. Rindunya pada blog dan kawan-kawan. Maaf beberapa hari yang sibuk tak sempat nak balas segala komen dan memasukkan entry. Bila jalan-jalan ni memang banyak la kerjanya selepas balik tu dan badan pun lenguh-lenguh.. Jadinya tak sempat nak tengok-tengok blog sangat. Hanya sempat masukkan gambar di FB je sambil-sambil buat kerja.

Alhamdulillah perjalanan kami ke Izu dipermudahkan oleh Allah dapat camping dengan kawan-kawan disini dengan jayanya. Kami dah rancang untuk camping ni beberapa minggu lepas jadinya dah bincang semua perkara sebelum bertolak sebagai persiapan di tempat camping ni. Ita pergi dengan family Nik, Aliza, Maz, dan Aisha. Di izu secara khususnya dan shizuoka secara amnya banyak tenpat-tempat menarik tapi disebabkan kami memang nak camping dan kami sempat jalan untuk hari kedua je jadinya kami pergi tempat yang sesuai buat kanak-kanak dan dewasa. Kalau nak jalan satu izu ni katanya mahu 3-4 hari baru puas dan poket kena la banyak yen nya..:)


jalan di persisiran pantai


kereta group kami 3 dari pada 5 tapi kereta no 2 dari belakang bulan group kami.


penghadang ombak yang besar dan unik


pantai yang cantik

Dari yokohama ke Izu melalui highway kami mengambil masa lebih kurang hampir 3 jam perjalanan. Bertolak dalam pukul 530 pagi dan sampai lebih kurang jam 830 pagi destinasi pertama kami adalah ke jogasaki coast atau jambatan gantung yang popular disini. tempatnya cantik dengan permandangan laut yang biru. Untuk ke sini terdapat beberapa pintu masuk kami memilih untuk melalui jalan yang agak jauh iaitu lebih kurang 1 km berjalan kaki..:P sambil berjalan dengan laluan seakan 'jungle tracking'' kami melihat permandangan dan sempat mengambil gambar ditempat2 yang menarik.


jambatan gantung tu..


permandangan dengan batu2 yang cantik


laut yang membiru..




ibu-ibu dan anak-anak


Selepas puas melihat permandagan yang menyegarkan mata kami ke tapak camping untuk check in dan lunch dichalet. Disebabkan kami pergi dengan anak-anak dan ada 3 baby jadi kami memilih untuk menyewa sebuah chalet yang besar boleh memuatkan 12 orang dan sebuah tapak khemah. Jadi untuk keselesaan anak-anak, ibu-ibu dan anak-anak tidur dichalet dan bapa-bapa di khemah yang perlu dibawa sendiri. begitu dengan chaletnya semua kelengkapan memasak ada tetapi untuk tidur perlu membawa tilam dan bantal masing2 kerana tidak disediakan. Nama chalet kami iaitu nanatakiautocamp@seven waterfall auto camp dan ia amat selesa dan berhadapan dengan air terjun. Jadi selepas je solat dan lunch kami pun masing- masing mandi air terjun disitu beramai-ramai. sejuk airnya dan terasa sangat bersih. Selepas habis mandi air terjun sempat lagi ita dan kawan ita maz masuk mandi onsen@ air panas yang disediakan didalam chalet. Onsen ni air yang panas, orang jepun suka mandi onsen yang ita dengan maz ni tak tahan siap masukkan sikit air sejuk lagi sebab tak tahan dengan kepanasannya..:) ini bukan public onsen,kalau yang itu ada dibawah tapi waktu kami nak pergi tu ada perempuan jepun disitu nk join sekali takut tak sesuai dengan pakaian kami sebab diorang kalau mandi jarang pakai baju..:)

ini la tempat camping kami


chalet yang disediakan


tapak khemah berhadapan chalet .. tapi yang ni bukan kami punya.. ita lupa nak ambil gambar khemah kami..


air terjun yang sejuk


jom mandi




Bila malamnya kami pun mengadakan BBQ bersama-sama setelah masing-masing membawa bahan BBQ masing-masing. Seronok sangat bila bekerjasama macam ni tambahan pun menu agak specil iaitu kuzi kambing dan ayam, nasi beriani, acar mentah, keropok dan tembikai. sambil bakar BBQ sempat juga anak-anak main bunga api. Tak terkata seronoknya anak-anak bila dapat bermain bunga api.



tengah bakar ayam .. walaupun 10 minit je ..:)



tunggu masa nak main bunga api


papa tolong fateh hidupkan bunga api

Keeesokan harinya kami bersiap2 awal masak untuk sarapan dan berkemas untuk keluar dari chalet. Destinasi seterusnya kami ke kamazu seven waterfall yang terletak 5 minit sahaja dari tempat camping kami.Sampai disini selepas parking kereta kami perlu berjalan dalam 10 minit sambil melihat aliran anak sungai air terjun yang mendamaikan. kesemuanya ada 7 tapi kami tak pergi lagi 3 sebabkan bawa anak-anak dan perlu mendaki bukit cukup la sampai air terjun ke 4 sahaja. Sangat cantik permandangan disini dan rasa tenang sahaja mata yang memandang.


waktu nak keluar hotel saja tgk pakcik tu bersihkan wasabi nampak ita dia panggil dan bagi 2 wasabi ni.. minta izin nak ambil gambar...


odango kuih jepun


kraftangan jepun


salah satu dari 7 air terjun



ambil gambar satu family





Selesai sahaja di air terjun tu kami menuju ke shimoda floating aquarium. Disini terdapat ikan lumba-lumba dan kami membuat kata sepakat untuk melihat dari luar sahaja tidak masuk ke dalam disebabkan banyak tempat lain yang ingin ditujui. Dari luar dapat di lihat aquarium ikan ni dan agak luas juga kawasannya. sewaktu kami pergi ada penyu yang diletakkan diluar dan kanak-kanak diberi peluang untuk bergambar dan memegang penyu tersebut.


perkampungan ditepi bukit


jalan ini amat unik




fathnin dan penyu




Selepas itu kami ke shimoda rope way. Sebenarnya ada beberapa rope way disini. Ada yang lebih menarik tapi disebabkan ropeway tersebut agak bahaya buat kanak-kanak kami memilih yang ini. Untuk menaiki rope way ini dikenakan 1000 yen. Diatasnya boleh dilihat bandar shimoda dengan permandangan laut dan kapal-kapal yang cantik sedang bergerak dan berlabuh. Ada taman yang boleh diselusuri untuk melihat secara lebih tinggi kawasan shimoda ini.


jom naik rope way









Selepas itu kami ke pantai maihama. banyak pantai untuk mandi sebenarnya tapi ini yang kami boleh pergi disebabkan ramai orang dan parking kereta yang terhad. jadi dapat la kami melepaskan kepanasan dengan mandi disini sambil berhenti untuk solat dan menjamu selera. Ombak dipantai yang agak besar takut juga sebenarnya bila duduk dipantai ni. Anak-anak mandi dekat tepi je. Sebab takut dengan ombak yang besar. Rami yang main surfing disini. Macam gaya ada..:) Selepas solat dan berehat sebentar kami pun balik semula ke Yokohama. Terima kasih buat kawan-kawan yang sama-sama menjayakan percutian ini. Amat seronok sekali. lain kali kita pergi ke tempat lain pula ye..:)




mandi ditepi je..

ombak datang...



20 Comments:

  1. K.zai said...
    slmt kembali ita dan blh masuk dapur semula..cantik view kt sana ye..tentu anak2 yg paling seronok sekali kan..
    Unknown said...
    alhamdulillah...dah selamat blk dah Ita,,sure penat kan..tgk gambar yg ita share memang cantiklah..subhanallah...best rasa mcm akak ada kat sana jer..gambar pun cun..:)
    nOOrsha said...
    salam ita..... cantik gambar..congrates!~ dah dapat handle dslr ngan baik... kite suke!~ hehehe....

    pic air terjun tu klo dpt buat slow shutter sure cantik, lembut jer aliran airnye :)
    Mama Hawa/Mama Nani said...
    salam Ita..
    Best kan sekali2 dpt berjln2 menikmati keindahan alam semula jadi..cantik permandangan :)
    Asmara said...
    Ita nnti fuyu meh jln ke atas pulak eh. :D
    Ida,Japan said...
    oohh..ita gi camp rupanya, patut la senyap jer dapur dia..
    memang cantik sgt ita tmpt tu bila tgk pic2 ita ni, gambar pun cantik.....last saturday k'ida hanya gi mandi-manda kt water fall jer
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    betul la akak kirei sangat....urmmm somi ayu ckp puw izu waktu sekarang memang ramai orang nak bercamping....teringin nak gi gak tapy jauh giler la
    Gee® said...
    waaa...canteknya gambar 1 family di air terjun tuh... seronok nyer dia bercamping... air terjun pon cantek...
    Ayu said...
    Assalam ita,
    wah ita pun berapa hari tak berupdate ya..bercamping rupanya..seronok akak tengok gamabr2 yang diambil..cantik2 dan sungguh2 teruja ..rasa nak pergi naik bas aje kalau dekat..bestnya..
    Otai chef said...
    mosyi-mosyi.tumpang lalu.den nak poiee shinjuku, nice pic and happenig, i like it
    Mas said...
    wahhhh...bestnya gi campingg.....
    Sheery Dream Cakes said...
    Assalamualaikum ita..
    seronoknya p camping ... pemandangan kat sana pun sgt cantik... gambar2 mmg cantik..
    Hanis MY said...
    cantiknyaaa pemandangan tu! suka sgt tengok... bestnyaa akak...pasti jadi pengalaman yg takkan dilupakan, g ramai2 lg la sonok, meriah gitu...
    cik cek said...
    jauh berjalan luas pandangan....cantiknya pemandangan...bestkan dapat bejln tempat org...
    eni osman said...
    salam ita...cantik gambar ibu ibu dan anak anak..cantik dan bersihkan pemandangan disana...bila tgk view yg cantik disana...rasa kita di m'sia juga patut lebih menjaga dan menghargai alam kita sbb m'sia pun ada byk sungai2 dan pantai2 yg cantikkan......
    Fiza Nordin said...
    syioknye jalan2... beruntungnya ita dapat menikmati keindahan alam Allah swt depan mata :D

    cantik2 gambar, suke!!!
    Diana @ BKKC said...
    slm kenal sis..beshnyer view kat sane...
    anie,Nagoya said...
    shiawase.....nyaman masa kat air terjun.ehem...gmba kelas you.cantik2 belaka.tapi jembantan gatung tu kkanie pas.takut ma n pasti pitam abis.
    Nur-nba said...
    Salam. Hi Kak Ita, pertama kali singgah ke blog akak.. Cantiknya pemandangan di sana dan semua yg mengikuti percutian sangatlah gembira. Gambar2 pun sangat cantik. Salam perkenalan dari Nur..
    Domenic said...
    Quite worthwhile data, thanks for your post.
    cell phone plans | Brooks real estate | Bracebridge real estate

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG