06 December 2010

Salam Maal Hijrah. Minggu ni duduk rumah jela sebab dah penat minggu lepas macam2 urusan. Itu pun esok ada delegasi dari Utem Malaysia nak datang rumah abang puza sebelah rumah ni jadi ita kena tolong masak2 sikit.

Sebenarnya entry hari ni nak cerita minggu lepas kami ada tournament badminton untuk warga malaysia diJepun di Yamanashi. Sebenarnya ini kali ke2 kami join.. tahun lepas join juga. ceritanya disini. Alhamdulillah tahun ni team Yokohama lelaki dan perempuan dapat gold medal. Rasa sangat puas hati dan seronok sangat sebab kami memang main badminton tiap minggu jadi bila join tournament macam ni bila menang rasa berbaloi sangat. Untuk team lelaki memang sangat sengit sebab 10 team yang hantar. Tapi tahun ni ada juga daerah yang join tahun lepas tak hantar team, untuk team perempuan pula hanya 3 team yang hantar sama macam tahun lepas iaitu Yokohama, Toyama dan yamanashi. Tahun lepas team perempuan dapat nombor 2 tapi tahun ni meningkat dapat nombor 1 dan team lelaki tahun lepas no 3 tahun ni dapat nombor satu juga.


Team lelaki Yokohama


Team perempuan Yokohama


Rehat2 bersama nik, Shaf dan salmi


Team perempuan yang main untuk single Aliza dan double 1 ita dan mariam dan untuk pasangan double 2 Mijah dan Fatin. Tahun lepas untuk double 2 ni Adnin dan aishah tapi disebabkan 2 player ni cuti bersalin nasib dapat cari adik yang nak masuk juga tournament ni. Tak lupa juga pengiring perempuan yang pergi iaitu Nik, salmi dan Shaf. sangat puas hati tahun ni sebab dua2 team dapat gold medal.


Lawan dengan toyama




Abang Fariz lawan final



Di harap tahun depan dapat join lagi sebelum balik for good ke Malaysia.

4 Comments:

  1. ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    dah lama x main badminton..if dekat leh gak jugak join.
    cucu nenek di liverpool said...
    tahniah ita. hehe..tu yang nampak kat fb siap terbang tu ye? seronok kan dpt join xtvt mcm gini. best!
    Idayu said...
    wah bestnyer! nih piala aper nih? apsal nagaoka x masuk? thn dpn bgtau la, boleh rombongn cik kiah dtg n berlwn ngn pasukan ita he3x
    Juwita Jamaludin said...
    tu Ayu.. tula tak ramai perempaun yang sertai.. tahun depan ye main..

    kak pi.. tula seronok .. nila cara lepaskan lelah duk umah je seminggu

    kak ayu tahun depan ye.. ada pasukan nagaoka tapi diorang pecah.. kami pun ada import orang nagaoka seorang adik Hariz.. dia Kosen.. kenal tak

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG