10 December 2010

Entry tak de gambar

Dah nak masuk seminggu tak masuk entry kat blog ni.. bukan apa sebenarnya kamera tak de .. sebab hubby bawa pergi singapura ada conference disana. Kali ni conference di singapura saya dan anak2 tak ikut sebab pertama tiket yang mahal. Bila difikir2kan balik Singapura sebelah malaysia je insyaAllah jika ada rezeki boleh pergi nanti. Jadi suami buat tukaran disebabkan saya tak ikut ke Singapura dia benarkan saya pulang ke Malaysia. Jadi saya bagi cadangan biar la mak ayah mertua saya yang ke Singapura sambil jalan2 dan tak la rugi sangat sebab suami saya menyewa bilik yang agak besar juga. Jadi tinggal la kami bertiga dirumah di jepun ni .. buat pertama kalinya saya ditinggalkan di Jepun ni tanpa suami disisi selama 5 hari 6 malam. Mulanya risau juga tapi alhamdulillah jangan fikir sangat yang suami di Singapura anggap di Lab Universiti je so tak la terasa sangat sunyinya. Tambahan kerenah anak2 yang pelbagai membuatkan saya rasa tak sempat nak sunyi dan sentiasa ceria. Hanya dugaan saya hari kedua badan Fathnin mula panas menandakan nak demam kemudian Fateh pula menunjukkan tanda yang sama.. tindakan saya hanya sentiasa jaga suhu badan kedua2 anak kesayangan saya dan memberi ubat yang memang sentiasa ada dalam simpanan. Alhamdulillah panas badan tidak melarat tambahan suami sentiasa menelefon kami untuk mengetahui keadaan kami disini.


Bercerita tentang balik malaysia memang tak de dalam perancangan sebenarnya sebab tahun lepas saya berkesempatan pulang 2 minggu sewaktu adik saya kahwin. Tapi bila suami dapat pergi conference dan kebetulan Air Asia baru dilancarkan di Jepun ni jadi kami mencuba nasib untuk membeli tiket promo yang ditawarkan. bayangkan la bermula dari 5000 yen iaitu dalam RM199 satu hala pergi balik campur tax semua baru Rm500 murahkan.. Jadi hari tu kami cuba la nasib untuk dapat tiket 5000 yen ni disebabkan tarikh yang dipilih adalah waktu cuti musim sejuk diJepun ni jadi untuk tiket ke Malaysia kami tak dapat tiket murah 5000 yen tu hanya balik ke Jepun sahaja yang dapat.. Walaubagaimana pun total tiket seorang dalam Rm800 ++ je seorang kira murah la juga dari harga yang biasa ditawarkan dalam RM 2500 keatas untuk prgi dan balik. Kali ni saya balik selama sebulan 2 minggu lebih kurang sebab nak tunggu tarikh kakak dan adik ipar saya bersalin untuk lihat baby2 mereka suami pula hanya pulang 2 minggu je. Kalau tak tengok sekarang kena tunggu tahun 2012 baru berkesempatan nak tengok baby tu nanti.. walaupun sekarang ni jepun dan Malaysia tu dekat je kalau depan komputer tapi nak juga kucup2 baby baru kakak dan adik saya.
Ok la jadi ini adalah entry yang pertama dalam blog ni yang tak de gambar.. hihiihi.. macam tak leh ambil dari kamera iphone tapi saja nak membebel kat sini sebenarnya..

6 Comments:

  1. Ina said...
    semua org leh terbang ngn air asia.... hehehe...
    Idayu said...
    slm ita,
    so jdk jgk la blk mesia eh? ingtkan x jdk..akk dpt jgk ticket yg rm500 tuh, 4 org 2 way..insyA july next yr br blk mesia..huhuhu.

    psl korea tuh, insyA jdk..dh last minute x boleh nk cancel.dlm pd risau2 tuh, jdk jugak kot sbb kwn2 kat sna kata keadaan kt sna ok jek..hopefully suma ok..doakan yea.

    waa lama nya blk mesia.blk bln nih jgk kan? sayounara n safely journey eh!
    ieda said...
    seronoknya ita balik jumpa MIL .. :)
    cucu nenek di liverpool said...
    ita punya tajuk entri kali ni ada sedikit saspen gitu ;)
    ijan said...
    Salam Kak Ita,
    Akak apa khabar?
    Conference kat singapore best la boleh jugak jumpa family kan. kalau conference kat malaysia lg best.hihihi
    Mama Hawa/Mama Nani said...
    Salam Ita :)
    Apa khabar semua disini? Mama harap semua nye sihat2 belaka... rindu lama tak kemari :)

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG