02 June 2011

Puding Roti Sos Kastad


Salam semua. Moga hari ini dan hari seterusnya memberikan keceriaan pada kita semua. Harini ita nak kongsikan bersama resepi puding roti sos kastad yang ita buat kelmarin. Seperti biasa entry-entry yang ita buat ni autopublish jadi tak la siang-siang hari ita sibuk nak mengadap laptop aje. nanti tak jadi kerja sebenarnya.. sebab leka.. Tapi kalau nak jalan-jalan blog orang selalu ita guna iphone je.. kalau siang hari tu banyak urusan yang perlu disiapkan .. dengan nak ajar anak2 dan urusan rumah tangga yang tak selesai2.. jadi biasanya ita masukkan entry bila semua urusan dah siap dan malam bila anak dah tidur baru seronok mengadap laptop.. Ada juga kawan-kawan yang kata rajin ita ke dapur lately ni.. ihiks,.. bukan dulu tak rajin, rajin juga tapi tak rajin ambil gambar.. alhamdulillah lately ni rajin la sikit nak bergambar makanan2 tu.. suami pun galakkan hanya pastikan kerja rumah dan anak-anak beres. tak tahula sampai bila rajinnya ni.. sementara rajin ni baik kita cuba resepi2 yang ita suka nak cuba.. sebab ita tak pandai masak.. tapi suka cuba resepi... mana yang jadi share disini yang tak jadi simpan-simpan sendiri la..:) banyak plak melalut ni..

Okla untuk resepi ni sebenarnya tak plan nak buat. Tapi tetiba tengah kemas-kemas barang di atas dapur nampak roti yang nak expired pada hari ita buat puding ni.. google resepi berasaskan roti jumpa resepi ni.. sebab kalau tak asyik buat agar2 roti je.. hari ni cuba plak resepi ni.. Alhamdulillah sedap puding ni dan ita suka.. rasa serasi bila makan dengan sos kastad tersebut tambah sejuk-sejuk.. ok la untuk resepi ni ita ambil di dapur kak hana dan resepi asal dari maya zakry.. ita panjangkan resepinya disini..

Bahan-bahan

  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad-
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
  7. Tuang ke atas puding roti tadi.



01 June 2011

Strawberry Yogurt Jelly



Salam semua. Sebelum musim strawberry di jepun ni berakhir jadi ita cuba buat resepi jelly ni. Itu pun jumpa strawberry ni di kedai sayur baru-baru ni. Sebab lepas ni tentu susah nak jumpa strawberry yang fresh dah. Harga strawberry ni pun masih murah lagi ingat dah hujung-hujung dah mahal. kalau buat jelly yang pink-pink ni fathnin amat suka. Tambah letak strawberry lagi la laju dimakan. Belum jelly ni keras asyik tanya pukul berapa jelly keras mama. Jenuh juga ita nak menerangkan pukul berapa jelly tu keras :) ita kurangkan sedikit jumlah susu tu sebab ita nak buat agak keras sikit je tak la goyang inul sangat nak dihidang secara terbalik macam dalam gambar tu. resepi asal dari dapur blogger tersohor mat gebu. Thanks mat ita panjang resepinya disini ye.

Sumber : Dapur tanpa sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan air
3/4 camca teh jelly powder (mat guna Konnyaku)
100 gram gula
50 gram coffemate
1 camca teh strawberry emulco
1 bekas yogurt strawberry = 135 gm*
Susu sejat secukupnya*(*dicampur hingga mendapat sukatan 1 cawan)- ita buat 3/4 cawan

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Tuang air ke dalam periuk, masukkan gula dan jelly powder, kacau rata dan masak hingga suam. Masukkan coffemate, kacau hingga larut. Masukkan bahan2 lain, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana.
2. Tuang dalam bekas pilihan, biar beku dan hilang wap panasnya. Simpan dalam peti sejuk hingga dingin. Sedap dihidangkan sejuk....hmmmm...

31 May 2011

Menu ala KFC


Salam semua.. ini penangan orang berpuasa semalam tetiba teringin nak makan ayam KFC dan setnya. Nak beli disini almaklum la tak boleh nak makan jadi isteri juga kena googlekan mencari resepi. nasib baik senang nak cari resepi dihujung jari je.. ngehngeh.. Alhamdulillah dapat juga pujian dari yang mengidam nak makan KFC sebab resepi ni memang sedap.. Untuk rasa seperti makan di restoren KFC kena ada la side dishesnya.. buat juga nasi ayam, coleslaw, kentang putar bersama sosnya.. Kekadang rasa bagus juga ada rasa-rasa nak makan sesuatu yang baru ni sebab dapat juga ita belajar masak menu2 yang lain-lain sikit. Tak la asyik menu yang sama jekan... Sebab duduk dijepun ni nak kena fikirkan menu dari breakfast sampai la dinner.. kalau dimalaysia kadang senang je nak skip sebab mana2 ada jual makanan halal.. syoknya... resepi ayam ni ita ambil disini tapi ita ada tambah sikit2.. mengikut kesesuaian...


sumber: Myresipi
resepi ini telah diubah suai mengikut kesesuaian ita.. untuk resepi asal klik dilink atas.

Bahan-bahan ( 6 ketul )

Perap
  • 6 ketul ayam
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil rempah kurma -ita tambah
  • sedikit basil - ita tambah
  • sedikit oregano - ita tambah
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
Untuk disalut
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu(fresh milk)
untuk disalut selepas telur
  • 1/2 cawan Tepung jagung
  • 1/2 cawan Tepung gandum
  • 1 sudu serbuk cili

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  2. Gaul ayam dengan bahan perapan selama beberapa jam.
  3. Ita masak sedikit ayam didalam microwave supaya bahagian ayam masak. Ita masak dalam 10 minit.
  4. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  5. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam bahan salutan tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  6. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  7. Ulang langkah ke 5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas



Kentang putar dan sos

5 biji kentang sederhana besar
4 sudu susu segar
sedikit garam
sedikit lada hitam

Cara-cara

1. Kupas kentang dan rebus hingga empuk. Lenyekkan sewaktu masih panas dan masukkan susu, garam dan lada hitam. ketepikan.

Sos kentang putar

sumber : myResipi
bahan-bahan

  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam

Cara-cara

  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  6. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.


30 May 2011

Kek Alunan Kasih


Salam permulaan minggu yang baru.. Setelah selesai kerja rumah baru boleh mengadap blog dengan tenang. Hari ni ita ada cuba resepi kek alunan kasih yang cun di blog masak2 kawan-kawan. Dah lama rasa nak cuba tapi belum berkesempatan alhamdulillah pagi tadi sempat godek-godek sekejap didapur. Untuk buat kek ni perlukan ketelitian untuk pastikan setiap lapisan terlapis dengan elok. Ita buat 1/2 adunan je mana taknya tak nak makan kek banyak-banyak nanti mok-mok.. huhuuhu.. Pada mulanya Fateh macam nampak pelik je kek ni maklum la warna warni. Tapi bila dah rasa baru dia tahu sedap rupanya kek ni... ita pun suka sebab rasa kek butter.. lembut je.. bagi yang belum cuba digalakkan untuk cuba dan ita akan buat lagi dan lagi kek ni.. InsyaAllah... resepi ni dari blog kak Am-flora.. saya share disini ye kak resepi nya..

KEK ALUNAN KASIH
(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})
BAHANNYA
  • 5 Biji Telur
  • 1 ½ cwn Planta atau (250g) -
  • 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
  • 2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je) -
  • 1 sudu kecil baking powder atau 3 sk (sudu kfc)
  • ½ cwn susu cair**
  • 1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
  • *Sebuk koko (secukupnya)
  • *Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
    *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:

  • Pukul planta dan gula smpai kembang...
  • Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
  • Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
  • Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
  • Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
  • ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
  • Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
  • Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
  • Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Pengalaman sendiri ( kak Am Flora)
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

28 May 2011



Selamat berhujung minggu. Hujung minggu macam ni mesti sibuk dengn urusan family dan jalan -jalan hujung minggu. Entry ni auto publish je sebab dah 2 tiga hari buat macam tu agak mudah tak la kena masuk entry selalu. masuk sekali banyak dan publish pada waktu yang dikehendaki. Minggu ni setakat entry ni ditulis tak de plan nak jalan-jalan kemana-mana hujung minggu ni. Rasa rindu sebenarnya nak jalan-jalan tempat yang jauh-jauh sikit tapi dalam keadaan cuaca yang tak menentu suami malas nak drive jauh-jauh.. Hanya jalan-jalan ke supermarket berhampiran je :(

Minggu baru-baru ni macam biasa duduk rumah buat home schooling untuk fathnin. walaupun cikgu fathnin ni kadang2 terkejar2 nak uruskan anak-anak dan rumah. Alhamdulillah semakin boleh mengurus dua kanak-kanak yang disayangi ni. Disebabkan fathnin tak sekolah jadi mama dia kena la sentiasa mencari idea-idea yang baru untuk dibuat bersama dirumah. Selain pembelajaran wajib mengikut silibus darjah satu sekolah dimalaysia ita selitkan juga aktiviti menolong mama di dapur. Hinggakan sekarang bila ditanya apa cita-cita fathnin dah beralih arah dari seorang doktor ke pakar masak-masak :) Naik tergelak mama bila dengar sebab hebat juga penangan sesi tolong menolong mama didapur. mana taknya fathnin amat teruja bila mama cakap "hari ni mama nak buat kek atau nak buat puding " sebab dia tahu dia boleh tolong mama buat itu dan ini. kanak-kanak bila disuruh buat itu dan ini dan hasilnya memberansangkan timbul rasa minat dan keseronokkan keatas aktiviti itu.



sesi main tanah liat..


hasil kerja fathnin,fateh dan mama


Ini juga sebahagian aktiviti yang fathnin buat minggu ni selain bagi main tanah liat buat juga aktiviti melukis dan kraf tangan. Jadi minggu ni buat orang dari telur ni. Sangat happy fathnin membuat orang ni, teringat pula waktu sekolah-sekolah dulu macam2 aktiviti yang dibuat dengan cikgu jadi kena la imbas balik semua aktiviti2 tu untuk diaplikasikan pada Fathnin pula.



Lukis baju dulu


dah siap..



Hari Jumaat ada buat jelly ni.Ada pun gambar satu lagi kat atas tu... Jelly yang dibuat ala-ala triffle sebenarnya tapi tak guna kastad tapi ganti dengan yogurt buat pun ada lebihan kek. Jadi resepi macam buat triffle hanya ita masukan juga kokocrunch dan ganti yang atas sekali tu yogurt strawberry. yummmy...


27 May 2011

Donut inti kastad



Kalau sebut je donut anak-anak ita memang suka. Hanya donut kali ini bentuknya bulat sebab nak masukkan inti kastad didalamnya. Resepi yang sedap dan akan buat lagi dan lagi. Buat ni pun kelmarin dan frozenkan sikit. Boleh buat minum-minum petang untuk anak-anak. Nampak suami ita pun suka donut ni. Donut yang lembut dan ranggup diluar. Ita buat 1/2 adunan je dan tak buat besar sangat senang anak-anak nak makan. Resepi ini dari kak CT Delima.. thanks kak saya panjangkan disini ye.

Donut Inti Kastard
Resepi : Kak CT Delima
Bahan :

* 280 ml air
* 300 g tepung roti ( high protein flour )
* 200 g tepung gandum ( plain flour )
* 10 g garam halus - secubit
* 60 g gula
* 20 g susu tepung
* 1/2 camca besar baking powder
* 3 1/2 camca teh instant yeast
* 2 biji kuning telur

* 50 g lemak sayur @ shortening

Bahan Kastard :

* 1 sudu besar tepung kastard
* 1 sudu besar gula kastor
* 2/3 cawan susu segar
* 15 g butter
* 2 sudu kecil esen vanila

Cara membuat inti kastard :

* Satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanila dan butter. Kacau rata dengan whish dan masak atas api perlahan hingga pekat, padamkan api dan tuang esen vanila dan butter, sebatikan dan biarkan sejuk.


Cara membuat donut :

1. Satukan semua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh dan masukkan dalam satu bekas dan perap 1 jam @ hingga adunan naik 2 kali ganda.
2. Kaedah breadmaker : Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan kedalam breadmaker, pilih setting doh dan tekan butang on. Tunggu hingga siap.
3. Keluarkan doh dan uli sekejap, rehatkan 5 minit dan bahagi doh kepada 2 bahagian. Canai 1 bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan gelas dan alihkan kedulang yg ditabur dengan sedikit tepung. Buat hingga siap dan biarkan selama 1/2 jam @ hingga doh naik.
4. Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 3 - 4 biji sahaja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak, bila kuning keemasan pada ke dua2 bahagian , boleh angkat dan toskan.
5. Bila donut dah suam2 sejuk, tebuk hujungnya dengan chopstick untuk buat sedikit ruang dalam donut tu, hati2 yerk jangan sampai tertembus donut tu...
6. Masukkan kastard dalam piping beg dan picitkan kedalam donut tadi, kemudian barulah disalut dengan gula kastor.

25 May 2011

Nasi Ayam goreng


Nasi goreng ayam atau nasi dengan ayam goreng ni memang senang nak buat dan sangat sedap. menu yang sesuai bagi ibu-ibu yang nak masak untuk anak-anak. Alhamdulillah Fathnin dan fateh suka nasi ni sebab ayamnya lembut tak perlu nak kunyah lama-lama. fathnin memang kalau makan ayam dia nak pastikan ayam tu tak perlu kunyah lama-lama. Dia suka ayam yang lembut. Jadi mama dia kena pastikan kalau masak ayam masak lama sikit untuk pastikan ia empuk betul. Dah 2 kali buat nasi ni dan akan buat lagi dan lagi. semalam ita padankan dengan sup ayam, acar sayur dan sambal nasi ayam. resepi ni ita ambil di rumah kak hana.

RESEPI NASI AYAM GORENG (Nasi+Ayam Goreng)
Bahan-bahan

Untuk Nasi

* 3 cawan beras basmathi-cuci toskan
* 1 sudu makan rempah kari
* 1 inci halia-tumbuk kasar
* 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
* 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
* 1/2 labu bawang besar-potong dadu
* 2 inci kulit kayu manis
* 2 biji buah pelaga
* 3 kuntum bunga lawang
* 1/2 cawan susu cair
* sedikit kiub ayam
* garam, lada hitam
* daun ketumbar @ daun kari

Untuk Ayam

* 6 ketul drumstick@ 1/2 ekor ayam potong2
* 1sk Serbuk kunyit
* 1sb Serbuk kari
* Garam

Cara-cara

* Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan juga garam. Perap sebentar. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
* Dalam periuk, panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
* Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
* Tuangkan susu cair dan 3 cawan air (bergantung jenis beras basmathi).
* Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.


Taiyaki


Ini menu minum petang kelmarin jangan minta ye...:) Seisi rumah ni semua suka makan kuih ni.Ini adalah salah satu kuih yang glamour dijepun ni. Sebenarnya acuan kuih ni papa hadiahkan tahun lepas. Jadi memang selalu buat hanya tak sempat-sempat nak poskan resepinya disini sebab selalu tak sempat bergambar pun. Ni pun ketepikan 3 ekor ikan untuk bergambar sebelum masuk mulut kanak-kanak dan mama papa rumah ni. Pelbagai resepi dah cuba untuk dapat yang betul2 ranggup diluar dan lembut didalam. Rasannya resepi ini ok. Boleh cuba lagi sebenarnya resepi yang lain untuk dapat yang betul2 puas hati. Untuk kuih ikan ni boleh pelbagaikan intinya tapi ita selalu buat coklat atau inti kacang merah je. resepi ini ita ambil disini dan telah di alih bahasakan.

Taiyaki

bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 tsp. baking soda
1/2 tsp. garam
3 Tbsp. gula
3 telur
1-1/2 cwn susu
4 Tbsp. mentega, dicairkan
1 cup tsubushian or koshian- pes kacang merah
vegetable oil

chocolate chips, optional


cara-cara.

Panaskan acuan. sambil itu gaulkan semua bahan-bahan kering kecuali pes kacang merah. Didalam bekas yang lain pukul dan gaulkan telur, mentega dan susu. Kemudian masukkan bahan kering ke dalam adunan susu tadi dan dipukul. Setelah nampak sebati boleh la di masukkan ke dalam acuan tadi mengikut kesesuaian acuan. masukkan pes kacang merah ditengah2 dan letak sedikit lagi adunan. Tutup acuan dan tunggu hingga ia masak ke perangan.

24 May 2011

Laksa Tuna dalam tin



Sejak balik dari Malaysia bulan 2 tempohari belum sempat nak masak laksa, bila nak masak je ada je bahan yang tak cukupnya. Lepas je kejadian tsunami di jepun ni lagi la tergendala sebab ita tak pernah lagi beli ikan atau makanan laut dijepun ni( kecuali baru-baru ni beli tako/sotong kurita sebab tak tahan nak makan takoyaki) sebab hari tu ada ura-ura air di jepun ni tercemar sikit. jadi setakat ini ita kalau nak makan ikan beli dari website halal disini yang import ikan2 dari luar itu pun kurang mendapat sambutan isi rumah ni dan nak beli udang beli yang frozen juga tapi jarang sekali. jadi memang la kekurangan idea nak masak sebab asyik makan ayam daging je.. tukar la kadang2 ikan bilis atau menu mee.. sampai pening nak fikir masak apa.. eh malalut plak..:P jadi nya bila pindah dirumah baru ni stok daun kesum pun tak de.. kalau dulu petik belakang rumah je banyak.. ahad baru2 ni suruh Chah adik di yokohama ni yang dah ambil alih rumah lama adnin untuk bawa daun kesum tu kebetulan dia nak ke rumah adnin. Dapat je daun kesum terasa kesedapan dan keharumannya.. terus la menjadi2 nak buat laksanya. tapi masalahnya ikan pula takde.. nak beli rasa masih belum percaya lagi... jadinya ita cuba google ada ke yang buat laksa guna tuna.. alhamdulillah bila baca review ramai juga yang cuba.. dan kata sedap. ita pun apa lagi godek-godek la didapur.. alhamdulillah memang tak mengecewakan sebab sama rasanya.. lagi bagus cepat je masak sebab tak pelu nak rebus2 ikan bagai.. hanya kalau nak kuah tu pekat kena guna banyak tin la tunanya.. mahu pokai juga la.. hehehhe.. so ita guna 3 tin je.. rasanya menu ni sesuai untuk 3 orang.. resepi ni ita masih guna resepi mak ita hanya tukar ikan kepada tuna dalam tin je..


Bahan-bahan

3 tin tuna dalam tin- ita guna yang tuna dalam minyak- buang minyaknya dan blender dengan sedikit air
sebiji bawang besar yang sederhana besar( dikisar)
3 ulas bawang putih
2 batang serai(dikisar)
segenggam daun kesum(dikisar)
segenggam daun kesum
10-15 tangkai cili kering( ikut kepedasan masing2)( dikisar)
6 keping asam keping
sedikit belacan ( di masukkan semasa mengisar cili)
sedikit garam

hiasan
hirisan bawang besar
daun salad
timun
cili api
telur rebus

cara-cara

1. Blender isi ikan tadi dan ketepikan.
2. masukkan dalam periuk bahan-yang dikisar tadi dan masak 10 minit. setelah itu masukkan isi ikan yang diblender tadi kemudian masukkan daun kesum dan asam keping. setelah mendidih perasakan dengan garam.
3. hidangkan bersama laksa yang telah direbus dan hiaskan dengan bahan2 hiasan.



23 May 2011


Happy birthday fateh


Sempena hari jadi Fateh, kami tak sambut secara besar-besaran pun. Kami sambut dalam family je. Pagi tu ada urusan diluar sekejap balik je rumah kami rehat-rehat sekejap sambil terlelap 3 beranak kecuali fathnin tahan mata sambil layan kartun. Bangun je tidur uruskan apa yang patut terus nak mulakan sambutan birthday Fateh. Kali ni kali buat parti takoyaki je sambil2 potong kek. Seronok sekali sekala berparti sekeluarga macam ni sambill masak takoyaki sama-sama. Rasa kemeriahannya. Sambil kami membaca doa untuk kesejehteraan fateh tak lupa juga buat Fathnin.

bersiap sedia untuk acara memasak


bahan-bahan..


tengah memasak


dah bulat-bulat


sedia untuk di ngap..


Nak makan takoyaki ni dah beberapa hari dah, bila kamalia tunjuk tepung takoyaki readymade terus rasa nak beli. Alhamdulillah jumpa, thanks kamalia. Tak tunggu dah terus buat untuk sambut birthday fateh ni. Bila makan takoyaki waktu panas2 ni sedap sangat sambil rebut-rebut dengan anak-anak.. yela mana nak masukkan adunan nak tabur bahannya dan nak balik2 lagi sambil nak suap kemulut lagi.. hihihihii.. syoknya rasa. memang akan buat lagi dan lagi.. menu sambutan birthday fateh ni pun mudah takoyaki, kek birthday, tembikai dan minum air bandung. waktu petang minum bandung sejuk, makan tembikai sambil makan takoyaki panas sedapnya. Tak sedar berapa ketul takoyaki masuk mulut. Resepi takoyaki ita amik di rumah kak hana.. thanks ye kak...



Bahan-bahan
  • *225g tepung takoyaki - bleh ddapati d jusco section japanese food? ita beli di digyomu supa
  • *100g @ 2 biji telur size M - pukul sekejap
  • *700ml air - hana kurangkan 600ml jer!ita letak 600 juga
  • minyak utk melengser acuan.
Bahan Isi
  • tako@sotong - bleh juga crab stick@ udang- potong kecil2- ita rebus tako sekejap
  • kubis - cincang halus
  • keropok tempura
  • sape suka ltk negi@daun bwg terpulang la yer! -
  • beni shoga (pickled ginger) - tak letak
Bahan Topping
  • mayonis
  • sos okonomiyaki - klu tk jumpa leh gune kicap manis+sos tiram @ Wochestershire Sos Lea & Perrin- sos ita letak som tomato sikit, sos tiram, kicap digaulkan
  • fish flakes @ ikan parut @ katsuobushi
  • nori halus
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan2 *. kacau supaya tidak berketul2.
  • panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit.
  • tuang adunan tepung ke dalam acuan.
  • masukkan bahan2 isi.
  • tuang lagi adunan tepung menutupi semua takoyaki tuh.
  • balik2kan menggunakan chopstick/lidi sehingga jadi bulat dan cantik.
  • dah masak angkat.
  • sapu@picitkan sos okonomiyaki dan juga mayonis. taburkan nori dan juga fish flakes.



Lepas party bagi peluang anak-anak main komputer sekejap

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG