23 May 2011

Parti takoyaki sambutan birthday Fateh


Happy birthday fateh


Sempena hari jadi Fateh, kami tak sambut secara besar-besaran pun. Kami sambut dalam family je. Pagi tu ada urusan diluar sekejap balik je rumah kami rehat-rehat sekejap sambil terlelap 3 beranak kecuali fathnin tahan mata sambil layan kartun. Bangun je tidur uruskan apa yang patut terus nak mulakan sambutan birthday Fateh. Kali ni kali buat parti takoyaki je sambil2 potong kek. Seronok sekali sekala berparti sekeluarga macam ni sambill masak takoyaki sama-sama. Rasa kemeriahannya. Sambil kami membaca doa untuk kesejehteraan fateh tak lupa juga buat Fathnin.

bersiap sedia untuk acara memasak


bahan-bahan..


tengah memasak


dah bulat-bulat


sedia untuk di ngap..


Nak makan takoyaki ni dah beberapa hari dah, bila kamalia tunjuk tepung takoyaki readymade terus rasa nak beli. Alhamdulillah jumpa, thanks kamalia. Tak tunggu dah terus buat untuk sambut birthday fateh ni. Bila makan takoyaki waktu panas2 ni sedap sangat sambil rebut-rebut dengan anak-anak.. yela mana nak masukkan adunan nak tabur bahannya dan nak balik2 lagi sambil nak suap kemulut lagi.. hihihihii.. syoknya rasa. memang akan buat lagi dan lagi.. menu sambutan birthday fateh ni pun mudah takoyaki, kek birthday, tembikai dan minum air bandung. waktu petang minum bandung sejuk, makan tembikai sambil makan takoyaki panas sedapnya. Tak sedar berapa ketul takoyaki masuk mulut. Resepi takoyaki ita amik di rumah kak hana.. thanks ye kak...



Bahan-bahan
  • *225g tepung takoyaki - bleh ddapati d jusco section japanese food? ita beli di digyomu supa
  • *100g @ 2 biji telur size M - pukul sekejap
  • *700ml air - hana kurangkan 600ml jer!ita letak 600 juga
  • minyak utk melengser acuan.
Bahan Isi
  • tako@sotong - bleh juga crab stick@ udang- potong kecil2- ita rebus tako sekejap
  • kubis - cincang halus
  • keropok tempura
  • sape suka ltk negi@daun bwg terpulang la yer! -
  • beni shoga (pickled ginger) - tak letak
Bahan Topping
  • mayonis
  • sos okonomiyaki - klu tk jumpa leh gune kicap manis+sos tiram @ Wochestershire Sos Lea & Perrin- sos ita letak som tomato sikit, sos tiram, kicap digaulkan
  • fish flakes @ ikan parut @ katsuobushi
  • nori halus
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan2 *. kacau supaya tidak berketul2.
  • panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit.
  • tuang adunan tepung ke dalam acuan.
  • masukkan bahan2 isi.
  • tuang lagi adunan tepung menutupi semua takoyaki tuh.
  • balik2kan menggunakan chopstick/lidi sehingga jadi bulat dan cantik.
  • dah masak angkat.
  • sapu@picitkan sos okonomiyaki dan juga mayonis. taburkan nori dan juga fish flakes.



Lepas party bagi peluang anak-anak main komputer sekejap

13 Comments:

  1. Kamalia said...
    oh..mmbuatkan sy nak mkn takoyaki lagi..weeknd ni harus buat jugak nih..
    ijayuji said...
    Salam kak ita! tak leh nmpk takoyaki kalau nmpk mesti nak buat tp bhn2 tak cukup niii hihihi... btw, hrp tak terlambat ya, otanjyobi omedetou buat fateh! semoga membesar dgn sihat n berjaya dunia akhirat insyaAllah aminnn..auntie kalau weekend mmg PEMALAS sikit hihihi..
    Asmara said...
    Hepy besdey Fateh! nampak dah besar sangat, lain sungguh muka dia dengan yg jumpa taun lepas.
    *kita buat takoyaki guna hotplate tu sng jugak sbb guna letrik je kan. ita mmg guna konro ke? jimat bil gas. hehe..
    Nuwairani said...
    assalam kak ita..baru follow blog kak ita semalam.bestnye dpt makan2 mcm tu.teringin betol nk gi jepon lg.shopping2 dlm pasaraya yg ada mcm2.picnic bawah pokok sambil2 sedut udara segar.teringinnya!
    KakAsma said...
    Hepi belated birthday buat Fateh..semuga jadi anak yang soleh dan ceria selalu..seronok nyer dapat makan takoyaki fresh gitu sedap ajer ngap..hihihi
    Ummi said...
    Waaaaaaaaaaaaaahhh..Happy Besday to Fateh...sonok sesekali makan takoyaki di hari jadi...akak pun suka sejak makan rumah Maz Bahrain dulu....nak buat, mcm x jumpa bahan jek kat Kuantan nih..huhuu
    aitotyati said...
    salam kak,

    takoyaki tu fevret saya. klu g JUsco mesti shuke nk bli.

    memandangkan akak dah pandai buat, nanti request pd akak je buleh tak?



    hehehhe
    Wanieyra said...
    Selamat Hari Jadi buat Fateh,,,mmg tak puas makan takoyaki ni. cuma malas sikit nak buat...
    Juwita Jamaludin said...
    kamalia.. buat jangan tak buat.. ihihihi sedap tepung ni

    ika.. cepat beli bahan2 nak buat.. akak dah 2 kali ulang ni
    Juwita Jamaludin said...
    As.. tula dah besar lain sikit.. pakai untuk kecemasan je.. tapi gas pakai lagi

    nuwairani.. thanks isnggah ye.. memang seronok di jepun ni.. thanks follow juga
    Juwita Jamaludin said...
    kak asma.. thanks kak ucapan dan ingatan.. mari kak makan takoyaki

    kak ummi.. ye kak kat msia kat jusco katanya ada... boleh cari kat situ
    Juwita Jamaludin said...
    ti.. nanti balik kita buat parti ni sama2 nak.. hihiihi

    ira.. ye tak puas kalau beli kalau buat sendiri puas hati
    Anonymous said...
    sy sgt suke takoyaki!!!

    mesti beli klu pg jusco atau sogo

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG