31 May 2011

Menu ala KFC


Salam semua.. ini penangan orang berpuasa semalam tetiba teringin nak makan ayam KFC dan setnya. Nak beli disini almaklum la tak boleh nak makan jadi isteri juga kena googlekan mencari resepi. nasib baik senang nak cari resepi dihujung jari je.. ngehngeh.. Alhamdulillah dapat juga pujian dari yang mengidam nak makan KFC sebab resepi ni memang sedap.. Untuk rasa seperti makan di restoren KFC kena ada la side dishesnya.. buat juga nasi ayam, coleslaw, kentang putar bersama sosnya.. Kekadang rasa bagus juga ada rasa-rasa nak makan sesuatu yang baru ni sebab dapat juga ita belajar masak menu2 yang lain-lain sikit. Tak la asyik menu yang sama jekan... Sebab duduk dijepun ni nak kena fikirkan menu dari breakfast sampai la dinner.. kalau dimalaysia kadang senang je nak skip sebab mana2 ada jual makanan halal.. syoknya... resepi ayam ni ita ambil disini tapi ita ada tambah sikit2.. mengikut kesesuaian...


sumber: Myresipi
resepi ini telah diubah suai mengikut kesesuaian ita.. untuk resepi asal klik dilink atas.

Bahan-bahan ( 6 ketul )

Perap
  • 6 ketul ayam
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil rempah kurma -ita tambah
  • sedikit basil - ita tambah
  • sedikit oregano - ita tambah
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
Untuk disalut
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu(fresh milk)
untuk disalut selepas telur
  • 1/2 cawan Tepung jagung
  • 1/2 cawan Tepung gandum
  • 1 sudu serbuk cili

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  2. Gaul ayam dengan bahan perapan selama beberapa jam.
  3. Ita masak sedikit ayam didalam microwave supaya bahagian ayam masak. Ita masak dalam 10 minit.
  4. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  5. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam bahan salutan tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  6. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  7. Ulang langkah ke 5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas



Kentang putar dan sos

5 biji kentang sederhana besar
4 sudu susu segar
sedikit garam
sedikit lada hitam

Cara-cara

1. Kupas kentang dan rebus hingga empuk. Lenyekkan sewaktu masih panas dan masukkan susu, garam dan lada hitam. ketepikan.

Sos kentang putar

sumber : myResipi
bahan-bahan

  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam

Cara-cara

  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  6. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.


9 Comments:

  1. ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    tue dia....meleleh ayaq lioq cheq tgk aiiii...meh la kiter berjiran k.ita hikhikhik...kenyang perut dapat mummy yg rajin masak nie :))
    anie,Nagoya said...
    tgh fkr nak buat apa kat daging ayam ni?kkanie copy resepi.mnta izin ya.jap lagi nak g buat.nak jemput bapak kat airport.
    Asmara said...
    ini kfc yg set nasi la ye. hehe.. tp best boleh tambah2. ;D
    Jue said...
    rajinnya kak ita..tabik la..bila la nak serajin ni..huhu
    Juwita Jamaludin said...
    ayu.. hahaha nak berjran ke meh la pindah yokohama.. ihihihi.. ayu pun apa kurangnya rajin memasak gak..
    Juwita Jamaludin said...
    kak anie.. buat kak sedap ayamnya tak rugi cuba percaya la.. ihiks
    Juwita Jamaludin said...
    ye As.. fariz nak makan.. sebenarnya kawan bagi ayam KFC dari Msia tapi terasa nak mkan lagi tu yang suruh isteri dia buatkan lagi tu...
    Juwita Jamaludin said...
    Jue.. awak rajin juga.. akak ni hobi la jue masak2.. tapi masak banyak 2 tak pandai juga
    Unknown said...
    sedapnya..suka ..

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG