20 September 2010

Aidilfitri 2010

Salam semua.. Sudah seminggu lebih 1 syawal berlalu.. Mood nak update blog pun masih suam2 kuku.. Bukan tak banyak entry yang menanti tapi nak duduk hadap komputer tak boleh lama sebab kadang berebut dengan Fathnin dan fateh..

Kali ini family ita dan Adnin berkongsi untuk menyewa kereta 3 hari 2 malam untuk memudahkan pergerakan ke embassy dan ketempat2 lain sewaktu aidilfitri. Dari malam raya kami dah berjalan.. yela orang tak de kereta bila dapat kereta nak jalan macam tak cukup tanah je :P...




malam tu kami ke Masjid Otsuka untuk berbuka dan takbir raya. Jadi disebabkan agak lambat jemaah untuk memulakan takbir raya jadi kami bertukar fikiran ke masjid Tokyo Camii. malangnya dimasjid ini ada majlis raya di adakan. Setelah berbincang dengan Family adnin dan Aliza kami bercadang untuk ambil angin di Odaiba sambil berbuka puasa dengan hidangan raya yang kami bawa.. makan ketupat, rendang, lemang tortilla, kuih karipap dan cream puff. kekenyangan dan seronok sambil melihat permandangan malam.





1 Syawal tahun ini kami ke Kedutaan Malaysia untuk menghadiri solat sunat dan meraikannya bersama kawan-kawan. Seawal pukul 6 pagi bertolak ke kedutaan di shibuya dengan manaiki kereta. Di embassy seperti tahun sebelumnya disediakan jamuan raya.. alhamdulilah menu2nya bersesuaian dan sedap. walaupun agak simple iaitu nasi tomato ayam dan sedikit nasi impit dan kuah kacang.. sewaktu di embassy fateh agak meragam mana taknya banyak tengok muka yang tak biasa jadi asyik nak berdukung je.. mama pun tak dapat nak bersembang2 sangat dengan kawan-kawan tapi kebetulan ramai juga kawan2 yang menjaga anak2 di tingkat bawah bangunan embassy tu jadi sembang dengan kawan2 kat situ jela.. sambil tu kawan-kawan ajak ambil gambar dan berkenalan dengan kawan-kawan yang baru.

Disebabkan hari tersebut adalah hari Jumaat,lebih kurang jam 11 pagi kami bertolak ke Masjid Tokyo Camii Masjid turki untuk menunaikan solat jumaat. Masjid ni cantik dan besar, rasa bangga ada simbol keislaman di bandar tokyo ini, ramai jemaah yang menghadiri solat jumaat pada hari tersebut.Lama juga kami disitu selesai solat dan menyalin pakaian untuk ke destinasi keseterusnya.



Selesai semua urusan di masjid kami ke YomuiriLand di kawasan Tokyo juga..Pada mulanya kami bercadang ingin ke Tokyo Dome tapi setelah berbincang Yomuiri land yang menjadi pilihan. Yomuiri land adalah taman tema untuk kanak2 dan orang dewasa.Sampai saja disana kami berkira2 untuk masuk dan memilih pakej yang berpatutan untuk menghabiskan masa disana kerana kami hanya punya masa 1 jam 30 puluh minit sahaja. kami bersetuju untuk mengambil pakej permainan kanak2 berharga 1900 yen dan 2900 yen untuk dewasa dan boleh main apa saja untuk kanak2. Sampai pening2 kepala ita temankan fathnin main setiap permainan kanak2 tu.. fathnin seronok je sebab dia rasa puas sangat dapat pergi tempat macam tu...


Setelah puas bermain perut pun kembali lapar jadi disebakan kami pergi bersama Family kak ira jadi kami mengajar kak ira makan sushi untuk dinner malam tu. Di sebabkan rasa pening kepala main permainan di Youmuiri Land tu ita rasa tak berselera sangat nak makan tambahan fathnin pun tidur jadi kurang la sikit pinggan sushi kami malam tu. selalunya kalau tak lebih 20 pinggan tak sah kami... tapi malam tu hanya 18 je... setelah kekenyangan kami pun balik kerana esoknya nak menghadiri majlis hari raya di rumah aliza untuk kawan2 utem di yokohama dan birthday party aina anak Aisha.

06 September 2010

Biskut raya pertama tahun 2010 ni.. hihhihi.. sebenarnya bukan tak nak buat biskut raya tapi hari tu mak mertua dah bagi biskut raya dah ada lagi sikit baki2 nya tu.. jadi bila tanya husband dia kata terpulang la kalau nak buat buat sikit dan yang anak2 suka makan. Kalau ikut selera kami ni suka biskut yang berkacang jadi cari2 resepi berminat nak buat biskut suji pelangi ni.. cantik dan tentu sedap. alhamdulillah sedap dan sebanarnya tinggal beberapa ketul je lagi.. sebab buat satu adunan anak2 dh usung balang dari siang semalam lepas je siap dan semalam pun ada buat terawih kecil kecilan dengan jiran2 kat sini ada hidang sikit so tinggal sikit je lagi hiihiihi.. pagi ni buat satu lagi biskut sebab tengok bahan semua ada kat rumah ni iaitu chocolate oatmeal cookies .. nampak best je.. resepi ada di bawah ye..


Biskut suji Pelangi
sumber kak fida Myresepi.

Bahan-bahan ( 40-50 keping )

  • 100 g minyak sapi ( 8 1/4 sb rata )
  • 50 g gula icing - ayak ( 1/2 cwn rata dan kurangkan 1 sb rata )
  • 1/8 sk garam halus
  • 200 g tepung gandum ( 1 1/3 cwn rata ) + 1/8 sk b.soda - diayak bersama
  • 20 g badam kisar ( 2 1/2 sb rata )
  • pewarna merah,kuning,hijau
  • Secukup gula halus - untuk tabur
  • secukup paper cup

Cara-cara

  1. Minyak sapi,gula icing dan garam dikacau hingga sebati.Masukkan badam kisar dan kacau rata.
  2. Masukkan pula tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan dan mangkuk.Jika doh masih melekit,tambah tepung secukupnya lagi.
  3. Bahagi doh kepada 4 bahagian dan warnakan merah,kuning,hijau dan 1 bahagian warna asal.
  4. Ambil secubit adunan drp keempat2 doh berwarna,campur dan bulat2kan sebesar guli. ATAU.... canai setiap doh berwarna dan tindihkan antara 1 dgn yg lain,kemudian dipotong 1/2 inc persegi.Ambil setiap persegi doh dan bulat2kan seperti dlm gambar contoh....
  5. Susun di atas dulang pembakar dan bakar selama 20 min pd suhu 160C atau sehingga garing.
  6. Golekkan biskut dgn gula halus dan masukkan ke dalam paper cup.



Chocolate Oatmeal Cookies dari sini
dari blog aishashaheer
Bahan-bahan

  • 90g butter
  • 25g gula perang
  • 25g gula halus
  • 1 biiji telur (60g) - kocok
  • 1 sk esen vanila
  • 1/4 sk garam
  • 100g tepung gandum
  • 100g oatmeal - hana campur nestum
  • 20g dark semisweet - cincang - hana tk ltk
  • 50g walnut - cincang - juga tak letak
  • 60g chocolate chips
  • 1 sudu besar tepung jagung - nih hana tambah

Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 190. Alaskan loyang dengan baking paper.
  • Dalam mangkuk, satukan butter dan gula. Pukul menggunakan whisk hingga fluffy.
  • Masukkan telur, esen, garam. Kacau sebati.
  • Masukkan pula tepung dan kacau menggunakan spatula.
  • Masukkan choc chips, walnut dan dark choc. Kacau lg sebati.
  • Ambil sesudu demi sesudu dan letak si atas loyang yang beralaskan baking paper td. Dan tekan sedikit menggunakan garfu.
  • Bakar selama 10-15min atau hingga keperangan.
  • Sejukkan di atas redai. Siap dihidang.

Taufu fa laici


Pemanis yang mulut yang amat mudah dan sedap.. tambah makan sejuk2 nyaman tekak.. bulan puasa ni kadang selepas terawih sambil duduk2 layan anak2 suka juga buat acara suap menyuap puding atau pemanis mulut ni.. berebut2 makan mama, papa dan anak2.. resepi asal dari Love tapi ita ambil di blog kak hana... thanks kakak2 berdua ni..

Bahan-bahan

  • Taufu lembut
  • Laici dalam tin
Cara-cara
  • Kukus taufu fa selama 10-15min @ microvawekan selama satu minit.
  • Sejukkan taufu dan juga syrup lychee dan laici dlm peti ais beberapa jam sebelum dihidang.(nak lg cepat,buh jerk ice cube)
  • Sendukkan taufu ke dalam mangkuk puding dan tuang syrup laici dan juga laici yg dsiat kecil.
  • Sedia utk dingap!!

Ikan Masak Stim


Tempohari pergi pasar nampak ikan ni macam ikan merah tapi tak tahu la nama apa kat jepun ni..:p.Balik terfikir nak masak apa la dengan ikan ni. Kalau kat rumah ni ikan yang dibakar memang cepat je licinnya.. tapi dah selalu pula buat jadi hari ni tukar buat stim tapi resepi stim ni sedap dan amat mudah resepi dari kak dayang jack.. Thanks kak amat kena dengan selera kami.. nak buat pun mudah..

Bahan-bahan ( 1 hidangan )

  • 1 ekor ikan segar (ape2 je jenis ikan yg digemari. dyg prefer ikan Red Dragon sb rasanya sedap, xde bau dan harga pun xlah mahal sgt)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 3 ulas bwg putih (diketuk)
  • 5-7 biji cili api (diketuk)
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 sb sos ikan
  • 4 sb jus limau campur (limau nipis + limau kasturi)
  • 4 sb susu cair
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 labu bwg besar (dihiris)
  • sedikit daun sup & daun bawang (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit garam
  • 1-1½ liter air
  • sedikit cendawan dan bunga kobis
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
ita tambah 2 keping asam keping..

Cara-cara

  1. Didihkan air di dalam kuali. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan. Gunakan api sederhana.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah, cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau dgn perlahan.
  3. Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato. Biarkan merendidih seketika. Tutup api, dan hidangkan.

02 September 2010


Kuih talam suji ni ita buat semalam. Buat pun dah berbuka huhuhu.. kes tak sempat nak siap sebelum berbuka la ni... sekarang ni dah semakin awal berbuka tapi maintain start masak kul 4 lebih tu yang terkejar2 nak masak kuih muih dan makanan berbuka tu.. sambil berhenti sekejap2 tengokkan Fathnin dan Fateh ni. Talam suji ni kegemaran ita dan kakak sebenarnya. jadi tempohari waktu kakak tanya ada ke stok makanan yang nak untuk bulan puasa ni ita suruh kakak carikan tepung suji ni.. hihihi.. thanks kepada Yong dan Yeop yang rajin melayan untuk pos macam2 untuk adiknya ni. Ita dah dapat makan talam suji ni... alhamdulillah suka sangat. Resepi talam ni dari rumah kak Hanieliza.. thanks kak.. ita share disini ye.. semalam berbuka mee rebus tapi sebab dah kelam kabut masak nak ambil gambar pun tak sempat...


Lapis bawah :

1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.





Samosa inti Tuna

samosa inti tuna ni menu hari ni.. ini pun sama kes sikit lagi nak berbuka baru siap.. kelam kabut dibuatnya..tengok la lipatan samosa pun tak kemas.. huhuhu.. tak pe la makan masuk mulut jugak yek.. yang pasti suka samosa ni sedap... ambil dari rumah kak hana tapi resepi asal dari rumah bro rozzan.. hari ni berbuka Yong tau fu tapi resepi dah ada dalam blog so ita tak share sini ye...



Bahan-bahan

  • Kulit Popia secukupnya
  • 300g tuna dalam tin - toskan minyak - bleh tuko sardin
  • *1/4 bawang besar kuning
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 sudu makan ikan bilis
  • *1/2 inci halia
  • 1 sudu besar serbuk kari - bancuh ngan 1sb air
  • 1/2 kiub pati ayam - optional
  • 1 biji kentang kecil - potong dadu
  • 1/4 btg carrot - potong dadu - leh ganti kentang n carrot dgn mix vege
  • Daun sup - hiris halus
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  • Blend bahan yang bertanda * .
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Masukkan pes kari, kiub ayam dan sedikit air. Masukkan kentang dan juga carrot. Biarkan seketika hingga empuk.
  • Kemudian masukkan tuna. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir skali masukkan daun sup. Matikan api.
  • Untuk membuat kelongsong samosa, rujuk step by step di blog Bro Rozzan. Thanx bro.. Masukkan inti tuna dan lipat seperti biasa.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

31 August 2010


Menu pemanis mulut semalam. Bubur chaca memang kegemaran ita semua famili ita tahu. jadi memang chaca ni kakak selalu akan poskan untuk ita tambahan bila ramadan ni kalau malas2 je leh buat bubur chaca je.. tapi kali ni teringat resepi diblog kak ummi bubur chaca candilnya amat mengoda jiwa.. jadi ita cuba buat, bagi ita amat sesuai dan sedap tambahan gabungan warna yang cantik. bagi yang nak cuba boleh ke sini dan ini untuk rujukan ita ye.. thanks kak ummi..

BUBUR CHACHA CANDIL WARNA WARNI

Bahan Untuk Candil :-

  • 1 1/3 cawan tepung pulut
  • sedikit garam dan gula
  • air secukupnya
  • beberapa titis pewarna merah, hijau dan kuning
Cara Membuat Candil:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air dan pewarna ke dalam mangkuk.
  2. Satukan bahan kering dan masukkan air sedikit dan gaul biar jadi doh dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Bahagikan doh kepada 3 dan letakkan pewarna setiap satu bahagian.
  4. Ambil secubit warna kuning + merah dan gentel membujur sikit. Letakkan di dalam bekas/pinggan. (Cantumkan candil mengikut warna2 kegemaran jadi 2 warna pada setiap biji. - samada hijau + merah, hijau + kuning dan kuning + merah). Buat hingga siap dan ketepikan dulu.
Bahan Bubur Chaca :-
  • 1/3 cawan bubur chaca kering - direbus dengan air hingga lembut. Angkat dan toskan.
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 3/4 gula pasir / secukup rasa
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • secubit garam
Cara Memasak:-
  1. Masukkan santan cair dan gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masak biar mendidih.
  2. Bila telah mendidih, masukkan candil warna-warni tadi dan masak dengan api sederhana perlahan hingga candil timbul (seperti kuih buah melaka).
  3. Masukkan chaca yang telah direbus tadi, kacau sebentar dan masukkan pula santan pekat.
  4. Masukkan secubit (1/4 sudu teh) garam. Kacau2 santan sebentar sahaja hingga nampak naik wap (jangan sampai santan pecah minyak). Tutup api dan kacau2 sebentar.
# (Petua - jangan terus tinggalkan bubur tadi setelah ditutup api, kacau2 lagi seminit dua agar santan tidak berkepala jika dibiarkan.)

Nasi kari berdaging


Salam .. Sudah beberapa hari tak sempat-sempat nak update blog.. minggu lepas agak busy mana taknya tuan rumah buat majlis iftar kecil-kecilan dirumah ajak kawan-kawan yang berdekatan untuk sama-sama berbuka dan solat terawih bersama. Disebabkan rumah diJepun ni kecil jadi banyak la pengubahsuaian yang terpaksa dilakukan untuk melapangkan rumah bagi tujuan solat terawih... Jadi agak busy sikit tambahan hri ahad ada tempahan tart lagi. Buat tart ni bagi saya perlukan masa dan tumpuan yang baik untuk menghasilkan tart yang ranggup, sedap dan comel. itu bagi ita yang kadang kelam kabut dengan urusan anak2 ni.

Menu nasi kari berdaging ni menu minggu lepas hari khamis. Tapi disebabkan sibuk tak sempat nak post kat sini. Alhamdulilah sedap bagi ita dan mempunyai kelainan. Resepi dari nure myresepi. ini untuk rujukan saya akan datang.. ita padankan dengan kerabu tomato ikan bilis dan ayam tandoori.

Bahan-bahan ( 4~5 org )

  • 1 kg beras dan air ikut sukatan beras
  • 200g daging (dihiris nipis)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma
  • air dan garam
  • bhn hiris: 1 biji tomato, 1 cm halia, 5 bj bwg merah, 3 ulas bwg putih dan 1 biji bwg besar

Cara-cara

  1. tumis bahan yg dihiris. Kemudian masukkan rempah(kedua2 jenis) yg telah dibancuh dgn air. Kacau lagi sampai naik bau.
  2. Masukkan daging dan masak sampai empuk.
  3. masukkan bhn tumis ke dalam periuk nasi yg telah disukat airnya.Masak nasi macam biasa.
  4. tips: sedap juga kalau dimkn dgn telur rebus yg digoreng. Nk spesel lagi, perap sekejap telur rebus dgn sedikit bhn hiris sebelum digoreng

26 August 2010

Ayam percik Pasar malam


Dah beberapa hari tak update blog .. mana taknya kalau hujung minggu je sibuk memenuhi jemputan berbuka jadi masak yang simple2 je untuk bersahur..dan dua tiga hari lepas masak makanan yang dah ada dalam senarai resepi iaitu nasi jagung, laksa penang.. so semalam sempat mencuba resepi ayam percik ni.. makan dengan nasi goreng dan kangkung goreng. Berselera je papa makan.. kuih ita buat paratha puff berinti ayam tengok kat umah kak nor ganu dan sagu gula melaka memang kegemaran ni sebenarnya. jadi untuk resepi ayam percik copy dari rumah kak ummi .. resepi asal dari sajiemas, Myr.. sekarang ni fathnin dah mula bersekolah.. Ponat juga mama sebab bangun awal nak buatkan bentou...


AYAM PERCIK PASAR MALAM (Sajiemas,MyR)


Bahan:-

  • 2 ekor ayam
  • 500 gm bawang besar
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan

Cara-Cara:-

  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak.
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti.
  4. Bakar dan siap untuk menjamu selera.



Paratha puff berinti ayam nak menayangkan diri.. sagu gula melaka tak sempat posing.. hihihihi

19 August 2010



Bulan puasa ni bersemangat masak nasi yang berperisa ni.. Sebab kalau bulan tak puasa ada juga buat tapi dengan busy urusan rumahtangga kadang selesai masak tak sempat nak ambil gambar... tujuannya bukan nak menunjuk-nunjuk tapi senang nak rujuk masa akan datang tak la mencari2.. nak letak resepi tanpa gambar tak best pula tak ingat plak nanti rupa macam mana.. hihihiihi.. berblog pun bukan apa untuk seronok2 dan kepuasan sendiri... ok jangan melalut... Nasi Aswan ni bagi ita amat sedap.. rasa ala2 nasi tomato ayam.. so siapa yang belum cuba boleh cuba amat berbaloi..resepi dari sini. Hari ni ita gandingkan bersama kerabu taugeh bonda kak ummi, kurma daging dan Ayam Goreng berempah serai dari Love2cook


Nasi Aswan
Bahan-bahan

  • 1 kilo beras Basmati (cuci bersih dan rendam selama 10 minit)
  • Air mengikut paras beras
  • 1 ekor ayam - potong ikut suka
  • 5 biji bawang besar - potong dadu
  • 8 ulas bwg putih - dicincang
  • 2 jari halia muda - dihiris
  • 10 biji tomato segar - dipotong dadu
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 10 biji buah pelaga -dipecahkan
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 cm kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 cawan minyak conola -
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
  • 1/2 caw daun pudina
  • garam secukup rasa

Bahan hiasan untuk ditabur:

  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1/2 caw hirisan badam goreng
  • 1/2 caw gajus goreng

Cara-Cara:-

  1. Dalam periuk (bukan rice cooker), panaskan minyak/butter, tumiskan cengkih, pelaga dan kulit kayu manis hingga naik aromanya.
  2. Masukkan bahan2 dadu dan masaklah selama 5 - 10 minit.3.
  3. Kemudian masukkan ayam, tomato puree, garam, lada putih , daun ketumbar dan daun pudina. ( letak daun ketumbar dan daun pudina, selepas ayam betul2 masak)
  4. Gaul rata hingga ayamnya 3/4 masak.
  5. Keluarkan sosnya dan ketepikan untuk dimasukkan semula dalam nasi nanti.
  6. Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayam hingga empuk.
  7. Tuangkan beras ke dalam periuk eletrik (rice cooker).
  8. Tuangkan air ikut sukatan, masukkan sekali sos yg dikeluarkan tadi dan kacau rata.
  9. Masukkan garam dan tanak nasi sehingga masak.




Ayam Goreng berempah serai

Bahan2 yang diperlukan :-
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan dikisar bersama;
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3~4 batang serai
----------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara2 memasaknye :-
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan.


Kerabu Taugeh Bonda
  • 300 gm taugeh - basuh dan celur sekejap dgn air panas dan toskan
  • 1/2 kg kerang - direbus dan diambil isinya
  • sedikit daun pegaga - dihiris halus2
  • 4 tangkai daun kesum - dihiris halus2
  • 1/3 cawan beras - digoreng tanpa minyak hingga garing sedikit - dikisar halus
  • 4 tangkai cili kering - direndam air panas dan tumbuk lumat
  • 4 - 5 biji bawang merah - hiris halus
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan kerisik
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
Cara Membuat:-
  1. Campurkan semua bahan kecuali beras goreng, garam, santan, air asam jawa dan kerisik. Gaul rata dulu.
  2. Setelah rata baru dicampurkan beras goreng, air asam jawa, santan, kerisik dan garam. Gaul mesra dan seimbangkan rasa.

Puding Kastad berkuah


Pemanis mulut macam ni memang Fathnin suka sangat. Saja tunjuk pada dia gambar puding ni dirumah kak zana sebelum buat .. terus tak sabar nak buat dan makan. Makan sejuk2 waktu berbuka nyaman tekak... ita copy resepi ye kak...

Bahan2 puding :
1/2 cwn tepung kastard
2 sb gula
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn air

Cara-cara
masak & kacau hingga pekat atas api sederhana.. masukkan dlm acuan. sejukkan

Kuah : Susu cair + 2 sd gula + puding + buah2an.. sejukkan..

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG