19 August 2010



Bulan puasa ni bersemangat masak nasi yang berperisa ni.. Sebab kalau bulan tak puasa ada juga buat tapi dengan busy urusan rumahtangga kadang selesai masak tak sempat nak ambil gambar... tujuannya bukan nak menunjuk-nunjuk tapi senang nak rujuk masa akan datang tak la mencari2.. nak letak resepi tanpa gambar tak best pula tak ingat plak nanti rupa macam mana.. hihihiihi.. berblog pun bukan apa untuk seronok2 dan kepuasan sendiri... ok jangan melalut... Nasi Aswan ni bagi ita amat sedap.. rasa ala2 nasi tomato ayam.. so siapa yang belum cuba boleh cuba amat berbaloi..resepi dari sini. Hari ni ita gandingkan bersama kerabu taugeh bonda kak ummi, kurma daging dan Ayam Goreng berempah serai dari Love2cook


Nasi Aswan
Bahan-bahan

  • 1 kilo beras Basmati (cuci bersih dan rendam selama 10 minit)
  • Air mengikut paras beras
  • 1 ekor ayam - potong ikut suka
  • 5 biji bawang besar - potong dadu
  • 8 ulas bwg putih - dicincang
  • 2 jari halia muda - dihiris
  • 10 biji tomato segar - dipotong dadu
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 10 biji buah pelaga -dipecahkan
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 cm kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 cawan minyak conola -
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
  • 1/2 caw daun pudina
  • garam secukup rasa

Bahan hiasan untuk ditabur:

  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1/2 caw hirisan badam goreng
  • 1/2 caw gajus goreng

Cara-Cara:-

  1. Dalam periuk (bukan rice cooker), panaskan minyak/butter, tumiskan cengkih, pelaga dan kulit kayu manis hingga naik aromanya.
  2. Masukkan bahan2 dadu dan masaklah selama 5 - 10 minit.3.
  3. Kemudian masukkan ayam, tomato puree, garam, lada putih , daun ketumbar dan daun pudina. ( letak daun ketumbar dan daun pudina, selepas ayam betul2 masak)
  4. Gaul rata hingga ayamnya 3/4 masak.
  5. Keluarkan sosnya dan ketepikan untuk dimasukkan semula dalam nasi nanti.
  6. Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayam hingga empuk.
  7. Tuangkan beras ke dalam periuk eletrik (rice cooker).
  8. Tuangkan air ikut sukatan, masukkan sekali sos yg dikeluarkan tadi dan kacau rata.
  9. Masukkan garam dan tanak nasi sehingga masak.




Ayam Goreng berempah serai

Bahan2 yang diperlukan :-
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan dikisar bersama;
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3~4 batang serai
----------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara2 memasaknye :-
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan.


Kerabu Taugeh Bonda
  • 300 gm taugeh - basuh dan celur sekejap dgn air panas dan toskan
  • 1/2 kg kerang - direbus dan diambil isinya
  • sedikit daun pegaga - dihiris halus2
  • 4 tangkai daun kesum - dihiris halus2
  • 1/3 cawan beras - digoreng tanpa minyak hingga garing sedikit - dikisar halus
  • 4 tangkai cili kering - direndam air panas dan tumbuk lumat
  • 4 - 5 biji bawang merah - hiris halus
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan kerisik
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
Cara Membuat:-
  1. Campurkan semua bahan kecuali beras goreng, garam, santan, air asam jawa dan kerisik. Gaul rata dulu.
  2. Setelah rata baru dicampurkan beras goreng, air asam jawa, santan, kerisik dan garam. Gaul mesra dan seimbangkan rasa.

4 Comments:

  1. ijayuji said...
    Salam kak ita! nak nasi tu satu set sedapnyer! lama betul kita tak buat ayam berempah gini.. nanti nak buat jugak tunggu puasa kita dah mula ehehe..
    aitotyati said...
    salam kak ita,

    saya juga berblog sbg kenangan. dan senang kdg2 lupa bile pergi ke mana2 buleh rujuk blog. dan juga boleh share dgn org lain.

    resepi kalau takde ga,bo tak bestlah kak ita. ade gambo barulah smgt nk masak, kan kan?

    haish pepagi dah lapo dah ngadap nasi ni

    :D
    ieda said...
    memang ju selalu bersemangat masak kan .. akak tgk berselera tul .. memang kreative tul ju nieh :)
    Juwita Jamaludin said...
    salam ika.. tula akak pun suka buat gini makan tak muak

    to ti.. tula akak ni tak pandai masak so bila tgk ada resepi tu mudah sikit untuk masa akan datang

    to kak ieda... mana ada kak sebab tak pandai masak la buat nasi berperisa ni

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG