17 March 2010

Donut


Donut ni kiranya tiap-tiap minggu kena buat. Sebab fathnin suka sangat makan donut. Tapi donut fathnin mesti ada coklat dan biji-biji yang berwarna warni tu.. kalau tak dia tak berapa suka.. Adik Fateh pun suka juga donut coklat.. tapi abaikan sapuan coklat yang comot tu ye..so try guna water roux untuk buat donut ni sebab ada lebih water roux buat roti kelmarin.. untuk resepi water roux ni boleh pergi ke blog mamafami.. thanks mamafami.. so resepi donut ni ita edit sikit untuk tatapan mata ita supaya senang kemudian hari.. resepi yang dah biasa ita guna boleh lihat disini

Bahan-bahan
200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
40 g water roux
100ml susu segar
20g butter ( ita guna shorterning lebih gebu)
minyak masak untuk menggoreng
coklat bar
kacang atau manik hiasan

Cara-cara
*ita guna home bakery so pilih menu dough.
1.Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
2.Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
3.Masukkan pula butter
4.Uli sehingga tak melekat ditangan
5.Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
6.Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
7.Bahagikan kepada 8 bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
8.Terap menggunakan donut cutter
9.Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda. ( kalau tak sabar tak buat step yang ni pun ok)
10.Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.
11. coklat bar dan susu satu susu di panaskan didalam microwave dalam 10 -15 saat atau hingga cair.
12. Letakkan coklat dia atas donut tersebut dan hiaskan dengan hiasan yang disukai.


Musim bunga di jepun ni banyak bunga-bunga yang kembang dan mekar. Dan yang menariknya setiap musim ada je bunga-bunga yang berlainan untuk menjadi tatapan mata. Dua tiga hari ni hari cerah jadi sempat la ambil gambar bunga-bunga kat belakang rumah ni... bunga-bunga belakang rumah ni tumbuh meliar je dan ada banyak plak spesis bunganya.. tapi sikit lagi berhutan la kalau tak ditebas... yang paling best tengok bunga ros yang pokoknya tinggi tu.. rimbun dengan bunga..



ini bunga kegemaran ita.. suka tengok bunga ni.. rasanya namanya daffodil kalau tak silap...

so layan la hutan bunga kat belakang rumah ni.. yang paling banyak bunga purple ni...




15 March 2010

Dah seminggu asyik gambar salji je... mana taknya lepas main salji hari tu badan Fateh panas.. nak demam .. tu yang mama tak boleh la nak memasak sangat.. buat simple2 je dengan blog pun tak jenguk.. hari sabtu kawan2 ajak pergi petik strawberi sebab fateh pun dah kurang panas sikit tapi silap bila jalan2 badan dia still lagi belum kebah.. so terperap je dia tak bermaya..

cerita tentang strawberry picking ni kami pergi ke tetayam, area Chiba. Jauh juga lebih kurang 2 jam perjalanan.. yang bestnya nak pergi sana kena ikut Aqua line highway jika naik kereta.. aqua line highway dibawah laut.. memang menakjubkan.. tak sempat nak amik gambar sebab ita tak leh nak bergambar dalam kereta sebab pegang fateh... yang pasti tolnya pun agak mahal...

sampai di ladang strawberi tu diberi masa 30 minit untuk makan strawberi tu.. makan la sampai kembung2 perut.. petik yang besar2 dan cantik je.. hihihihi.. manisnya sedap... makan dengan susu pekat manis.. tapi ita makan gitu pun sedap..









lepas pergi strawberry picking tu pergi tetayama seaside takut sungguh tengok laut dia... besar dan ganas.. macam nak tsunami pun ada.. besar ombak tu... ok la layan la gambar outing ramai2 dengan sebahagian family di yokohama ni...




09 March 2010

Salji lagi...



Hari ni salji turun lagi di Yokohama. Sebenarnya kalau ikut ramalan pagi tadi tidak ada salji cuma hujan je... Fathnin nampak salji je seronok sangat terus kata nak pergi main.. tapi mama kata biar banyak dulu baru seronok. Bila malam salji banyak .. kali ni bawa adik fateh main salji.. diam je dia sebab sejuk agaknya atau terkejut apa yang jatuh atas kepala dia.. Sebelum salji ni turun hari tu fathnin ada kata bila la nak turun salji lagi.. mama kata doa la... mulut dia terkumat kamit doa.. hari ni bila ada salji dia kata yea.. seronok Allah dah bagi salji kat Fathnin dah.. alhamdulillah...macam2 anak mama ni.. tapi pelik juga.. salji waktu spring .. apa-apa pun semuanya ketentuan Allah..








07 March 2010

Hari jadi tahun ini..

Alhamdulilah Allah masih memberi peluang untuk ita bernafas sehingga ke umur 30 hari ni moga Allah memanjang dan memberkati umur ita dan akan terus memberi peluang untuk memperbaiki diri sebagai seorang isteri, ibu, anak,diri, guru dan masyarakat yang berguna dan cemerlang InsyaAllah.

Terima kasih banyak-banyak pada ibu ita dan sekarang yang menjaga ita iaitu suami tersayang yang banyak membahagiakan ita. terharu dengan kesungguhan dia untuk membuat ita gembira dihari kelahiran ita thanks ye abang... hadiah pun beli macam-macam.. ita rasa terharu sebab nak ita rasa dihargai sampai belanja makan kat luar 2 kali.. tah ita dapat membalas ke tak sambutan harijadi macam ni buat abang nanti.... bagi ita abang dah buat ita bahagia sudah memadai.. tapi tahun depan kalau nak bagi lagi ita tak tolak.. hihihihi :)..

thanks juga buat abang puza dan Adnin sebab ajak pergi makan sushi hari ni.. seronok sangat walaupun bukan sempena sambut birthday ita tapi ita rasa happy sebab kita dapat mengahabiskan masa bersama... moga persahatan ini berkekalan..

buat aliza dan ali.. seronok dapat makan-makan selepas main badminton semalam.. makan kenyang dan seronok ..

kepada rakan2 blog yang memberi ucapan ingatan dan doa terima kasih moga persahatan kita walapun di alam maya berkekalan...

di bawah ada beberapa gambar sepanjang semalam sehingga hari ni...






hadiah abang bagi banyak kan... thanks abang..




acuan taiyaki.. memang lama nak .. dah dapat..


abang bagi hadiah jam yang tahan lasak katanya supaya kalau g ambil air sembahyang kat luar tak yah nak buka takut kejadian tinggal jam nanti.. hihihi


makan sushi dengan family adnin


sushi berpusing2...

sebahagian gambar gambar.. sebab banyak sangat tak tahu nak pilih.... akhir kata alhamdulilah

04 March 2010


Dinner kami malam ni .. alhamdulilah dah kenyang.. tukar selera sekali sekala makan westen style.. selalu buat chicken chop guna black pepper sause tapi hari ni cuba guna mushroom sause pula anak2 boleh makan sekali sebab tak pedas.. tak de cendawan butang yang dalam tin ita guna yang fresh je.. resepi dari kak fida .. thanks ye kak.. sedap... ini untuk rujukan akan datang.. untuk resepi ayamnya disini ye


Untuk sos cendawan

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 2 sb mentega*
  • 1-2 biji bawang besar* - didadu- ita guna 1/2 biji bawang besar je
  • 1 sb mentega
  • 1 sb tepung gandum
  • 100 ml air rebusan daging - ita guna kiub je
  • 2 sb tomato paste
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sb kicap masin
  • 2 sb kicap manis
  • 100 ml susu cair/fresh cream
  • 150 g cendawan butang dlm tin - ita guna yang fresh
  • 1 sk hirisan daun basil/selasih - ita tak de stok
  • garam secukup rasa - ita tak letak

Cara-cara

  1. Tumis bahan bertanda * hingga layu dan angkat dan ketepikan.
  2. Di dalam kuali yang sama,panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau.Kecilkan api.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan2 yg lain juga bawang goreng tadi dan kacau hingga sebati.
  4. Siap untuk disajikan.


Homemade burger ayam


Minggu ni papa asyik minta nak makan burger je.. layan kan je la.. tapi kali ni cuba buat daging burger sendiri .. selalu guna daging ayam bahagian peha tapi kali ni cuba guna daging ayam cincang.. buat macam nugget tu hanya ada tambah beberapa bahan lain untuk bagi rasa sedap sikit.. so resepi ita letak kat bawah ye untuk rujukan ita akan datang... resepi roti tu lihat di sini sebab pernah buat sebelum ni..

Daging burger

200 g daging cincang- ita guna daging ayam cincang
4 sudu besar breadcrumb
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
sedikit lada sulah dan garam

cara-cara
1. Gaul semua bahan sehingga sekata dan goreng dengan satu sudu minyakmenggunakan kuali nonstick sehingga garing.

untuk topping dalam burger

lectuce
tomato dihiris
timun dihiris
bawang dihiris
slice cheese
dan sos kegemaran.

03 March 2010

American Chocolate Cake


Fathnin asyik minta nak makan kek.. dia kek memang suka tambah kalau coklat kek... jadi mama kena la buat.. hari ni jalan-jalan rumah kak ummi kuantan nampak plak resepi american chocolate cake ni.. tulis kat situ best one.. tentu sedap kan.. alhamdulilah moist .. suka ita.. so resepi asal dari FP zahara..

BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)

  • 2 cawan tepung*
  • 2 cawan gula - guna caster sugar
  • 3/4 cups serbuk koko*
  • 2 tsp baking powder*
  • 2 tsp baking soda*
  • 2 telur
  • 1 cawan susu (fresh)
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp Nescafe, tambah 1 cawan air panas

Cara;:-

  1. Ayak bahan * sekaligus
  2. Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air.
  3. Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.
  4. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min. ita bakar 160 selama 1 jam.

Potato Croquette


Buat untuk tarik anak-anak makan banyak.. tapi lastnya mak yang makan banyak ... sedap potato croquette selalu ita buat yang biasa hari ni saja tambah cheese untuk rasa lemak-lemak.. so resepi ni ita dah edit sikit ikut selera ita. Resepi asal dari kak yani myresepi..

Bahan-bahan
  • 4-5 biji ubi kentang
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar
  • 150g daging cincang- ita guna daging ayam cincang
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • 2 biji telur dipukul
  • sedikit cheese- ita guna parutan cheese mozarella
  • daun bawang dipotong halus
  • bread crumbs secukupnya
  • sedikit tepung
  • minyak untuk mengoreng
Cara-cara
  1. Rebus ubi kentang sehingga masak
  2. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
  3. Potong dadu bawang besar.
  4. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.masukkan juga daun bawang.
  6. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati dan tambahkan cheese.
  7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
  8. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
  9. Goreng dalam minyak penuh.



Daging Kerutuk


Cuba masak daging kerutuk tengok stok rempah kerutuk ada tu.. itu pun jiran ita yang bagi.. sebelum ni ita tak pernah makan daging kerutuk ni berjiran dengan orang pantai timur terus tahu macam-macam masakan orang pantai timur. Resepi dari Makyong myresepi..

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 500g daging
  • 4 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu cili giling
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 keping gula melaka/manisan
  • 2 sudu besar kerisik
  • [bahan tumis]
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak

Cara-cara

  1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
  2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
  3. Panaskan minyak
  4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
  5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
  6. Masak sehingga pecah minyak
  7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
  8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  9. Siap untuk dihidang.

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG