Salam semua. Alhamdulillah hari ini cuaca di Yokohama amat selesa. Tidak panas dan tidak sejuk. Hari ini juga adalah hari cuti umum bagi negara Jepun jadi ita baru je balik dari main badminton dengan kawan-kawan disini. Suami ita memang tentang sukan ni memang tak boleh tinggal jadinya pagi pergi lab di universiti sekejap bila dah petang balik dan pergi beriadah pula.
Hari ini nak kongsi cerita ita dan kawan-kawan diYokohama ni pergi petik limau mandarin dan bunga cosmos ( mikan & cosmos gari). Gari dalam bahasa jepun adalah "petik". Jadi kalau disini kami suka juga adakan aktiviti ber"gari" ni mengikut musim buah yang disukai. Kali ini kawan-kawan ita mengajak untuk pergi petik buah limau mandarin. Mulanya aktiviti ni dah rancang pada 2 minggu yang lepas tapi disebabkan hujan jadi kami tak jadi pergi. Kebetulan di Kurihama hana no kuni ( kurihama Flower world) ada acara petik bunga cosmos juga jadi memang sesuai kami pergi ke kawasan Yokosuka yang mempunya tarikan kedua-dua acara ini.
papan tanda kebun buah disini
kebun buah dari pandangan atas
Dari pagi tu kami ke kawasan limau mandarin dulu. Kami bertolak dari pukul 8 pagi dan sampai lebih kurang pukul 10 pagi setelah melalui jalan tidak bertol. Kawasan memetik limau ini diYokosuka, dalam kawasan Yokohama juga. Untuk masuk ke sini seorang dewasa perlu membayar 650 seorang dan 500 yen bagi kanak-kanak. Didalam ladang ini pengunjung dibenarkan memetik dan makan sebanyak yang boleh dan boleh memetik untuk dibawa balik dengan harga 370 yen sekilo. Limau disini manis tapi disebabkan banyak juga yang belum betul-betul masak mungkin akan dapat yang masam sedikit. Jadinya kalau pandai kena pilih betul-betul masak...:) Setelah puas kami bergerak ke kurihama hana no kuni di kawasan Yokosuka juga untuk memetik bunga cosmos.
Dari kawasan limau ke kawasan bunga ini tidak jauh lebih kurang 15 minit sahaja. Sebenarnya ita pernah ke sini dulu sewaktu ita bersama-sama keluarga mandi di pantai Miura. Entrynya boleh lihat
disini. Kali ini setelah kawan-kawan mengajak untuk berkelah bersama dan sambil tu boleh lihat acara petik bunga cosmos ni jadinya ita ikut serta juga. Sebenarnya suami tak la punya masa sebab ada kerja yang perlu diselesaikan, tapi disebabkan kasihan dengan ita suami benarkan ita turut serta suami hanya tinggal dikereta untuk membuat sedikit kerja. Tambahan Fateh pun tidur waktu tu.
Model tetap ita bergambar..:)
Ramai yang sibuk memetik bunga
Waktu acara "countdown"
Taman ini penuh dihiasi dengan bunga cosmos. Cantik berwarna warni. memang setiap tahun bila penghujung musimnya akan diadakan acara untuk memetik bunga ini. Kawasan ini akan di tanam bunga baru iaitu bunga poppy untuk musim bunga akan datang. Acara memetik bunga ini bermula pada pukul 2 petang. Ita sampai disini lebih kurang pukul 150 petang jadi sempat la ita bergambar sebentar sebelum bunga-bunga ini dipetik. Ramai sungguh yang datang dan seronok tengok pengunjung yang datang dengan membawa peralatan memetik bunga. Hampir sahaja pukul 2 petang acara "coundown" diadakan.. tepat saja pukul 2 petang semua pengunjung mula memetik bunga-bunga cosmos ini.. Ita dan kawan-kawan sempat membentang tikar dan makan bekalan yang kami bawa sambil melihat ramai pengunjung-pengunjung dengan bunga cosmos ditangan hasil petikan mereka. Agak kurang bernasib baik hujan mula turun dan kami mengambil keputusan untuk pulang lebih awal.
Wah.. banyak betul info saya dapat hari ni. Seronoknya di kebun limau.
dah lama tak jumpa limau warna hijau yg manis2 macam kat pantai timur. kat sini jumpa limau kuning/oren jer.. :D
tak rugi merantau jauh.... luas pemandangan, banyak pengalaman... rasa nak ikut petik limau-limau tu... bunga2 pun cantik....
beshnyer banyak buah limau...mesti murah je kan..
Cantiknya pemandangan tu...eh buah limau tu la yg buat kak Nur geram melihatnya...ish rasa mcm nk petik2 gitu....hehe...
Selamat Hari Raya Aidiladha buat Ita sekeluarga.
seronok tengok buah2 fresh macam tu...dapat petik sendiri pulak tu...murah lagi tu...haihhhh..erk! murahh ke?