Salam semua. Dah beberapa hari tak sempat nak jenguk blog betul-betul kalau buka pun sekadar sepintas lalu sahaja. Dua tiga hari yang lepas agak busy sebenarnya dan lepas balik jalan-jalan je mesti penat jadinya nak masukkan entry pun asyik tertunggak je. Rumah kawan pun banyak yang tak sempat singgah. Jangan kecil hati ye nanti ita datang terjah.. InsyaAllah.. tentu dah banyak menu best-best yang terlepas ..:)
Tempohari sewaktu buka TV ternampak rancangan masak-masak. Selalu ada rancangan masak-masak ni di TV NHK.. jadinya pada hari tu rancangan tu menunya menggunakan kulit popia. Selalunya ita bila menu nya pelik-pelik tak minat sangat nak tengok kecuali kalau tak de kerja tapi hari tu boleh melekat plak depan tv. Menarik popia yang dibuat dan nampak sedap. Ita pun ambil kertas dan salin bahan-bahannya. Walaupun sekadar sepintas lalu sahaja. Ita ada tambah mengikut selera ita juga.
Jadi boleh la tambah koleksi popia selepas ini sebab bagi ita sedap popia ni dan sekejap je licinnya. Nak buat pun mudah dan untuk intinya tu disebabkan dalam rancangan tu guna udang ita guna udang juga tapi bila makan kalau sesiapa yang tak makan udang boleh tukar menggunakan ayam. Cuba la tentu tak rugi tau..:)
Okla resepi ini adalah olahan dari ita dan ilham dari TV NHK. Seronok juga sekali sekala tengok rancangan masak-masak ni yek.. lain kali jika ada resepi yang sesuai dengan selera kita ita kongsikan bersama lagi ye..:)
Popia Udang Berkeju
Bahan-bahan
untuk inti
300g udang dibuang kepala dan kulitnya
1/2 biji bawang besar- dicincang halus
3 ulas bawang putih- dicincang halus
1/2 sk serbuk cili- ikut kepedasan masing-masing
1/2 sk serbuk kari
1/4 sk serbuk lada putih
2 biji telur-dikocok
1 sudu besar cili sos
1 sudu besar tomato sos
secubit garam
bahan-bahan lain
Kulit popia secukupnya
slice cheese
parutan kobis
lobak merah dipotong halus memanjang
daun sup sehelai2
Cara-cara
Labels: kuih muih
wah ada popia...lain dr yg lain resepi ini...pasti sedap..kak nur masuk list dulu ya...thks for sharing.
Nampak mmg sedap...bulan puasa boleh cuba nie...
tgk tu ada popia udang berkeju ler.. sedaaapnya... nampak menarik nie.. kena masuk list dulu... :)
bezanya popia Ita berkeju, popia Kak Amie kampung style...kih kih kih...
cicah ngan sos thai..
sedappp tu.....
Samalah dengan akak ni ha.. tak dpt nak BW sgt.. sibuk ngan kerja.. kalau sempat pun sesambil wt kerja.. hehehe..
Nampak sedaplah popia tu ita.. sure sedap sebab ada udang.. dah lama akak tak buat popia.. bln puasa ni bolehlah buat utk berbuka...
Nampak sedap, menu yang disediakan sangat senag nak dapat. Bolehlak kak ct mencuba resipi dari Ita ni. Dan yang pasti kak ct paling banyak makan sebab suka makan popia ni..hihihi.
Lagi satu pantang jumpa popia basah habis kak ct beli sampai 6-7 keping sekali ngadap.. hehehe. buruk kan :DD
wah.. popiah ada cheese. cukup serat, protein dan kalsium. sangat sesuai wat bulan pose :))
anum sedap la popia akak suka..:)
along... pipoa ni ok senang je .. rasanya along leh buat punya
kak diana.. leh masuk list dulu tapi jangan tak try tau sedap
mama.. hihih yeke mama tak cukup la kalau macam tu mama buat sendiri yek
nanni.. tul tu suka makan popia sedapkan
kak sam.. memang sekali hadap dah 5 ketul
mas.. ini popia inti special kena cuba tau
kak madiha.. tula bulan puasa wajib kak buat popia
indah akak pun suka indah dapat makan ta inagt
kak ida try la letak cheese plak sedap