
Salam semua. Dari sehari ke sehari ingin menaip disini. Banyak yang ingin dikongsikan. Gambar pun banyak juga didalam simpanan kamera, tapi peluang amat tipis nak menaip disini jika disiang hari. Sebenarnya ita dan suami ingin mengurangkan masa anak-anak duduk didepan komputer dan laptop. Jadi bila disiplinkan anak-anak dengan mamanya pun tak boleh nak sentuh jadinya bila anak-anak dah tidur baru sempat nak menaip disini. Alhamdulillah moga anak-anak terus istiqomah dan memberikan perubahan yang positif dengan usaha ini.
Simple Homemade Cake page yang ita buka pun semakin hari Alhamdulillah ramai juga yang memberi sokongan. Seronok sangat sebenarnya bila kawan-kawan memberi sokongan. Ita terkadang risau juga bila kita memegang amanah dan duit pembeli.. Setiap kali selepas order berdebar-debar juga menunggu respon pembeli. Alhamdulillah positif... Jika ada kekurangan dan kelemahan ita akan cuba perbaiki. yang pasti kami akan buat yang terbaik moga usaha ini diberkati dan dianggap sebagai ibadah.. InsyaAllah..:)
Hari ini ingin berkongsi resepi pancake yang lembut dan gebu ini. Fathnin suka sangat dengan Pancake.Jadinya ita buat frozen untuk Fathnin bila dia nak makan je ita akan masukkan sebentar dalam microwave. Memang jadi lembut dan gebu. Suka ita dengan resepi ini tambahan ia mudah disediakan. Bagi yang ada anak-anak kecil yang suka makan pancake boleh buat cara ita. Bila nak makan hanya panaskan di microwave je.
Resepi ini dah banyak kali ita cuba tapi tak pernah kongsikan disini. Mana taknya asyik tak sempat nak bergambar je. Tapi kali ini ita buat 2 adunan kebetulan ita nak frozenkan jadinya sempat la bergambar pancake-pancake ni. Ita gunakan kuali yang bersaiz 14 cm jadi sama je la saiz pancake ni. Resepi ini berasal dari Hajar Fp tapi ita ambil dirumah kak nor.. Gebu sungguh melihat pancake dirumah kak nor..:)Ita lihat juga pancake dirumah kak Ana yang telah diberikan tips.. jadinya ita kongsikan resepinya disini pula ye.
PANCAKE
Bahan-bahan
6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 biji telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri- ita guna tepung gandum
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam
* tambah secubit soda bikarbonat jika menggunakan tepung gandum- tips kak Ana
Cara-cara
Labels: kuih muih

Salam semua. Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk berkongsi cerita disini. Cuaca di Yokohama masih lagi sejuk. Terkadang bila malam dah tak sanggup nak keluar rumah sebab nak mengharungi cuaca yang sejuk. Nak kata duduk dirumah tak sejuk tak juga, tapi disebabkan dirumah memang akan pasang pemanas (heater) jadinya tak la terasa sejuknya dirumah. Berbanding dengan anak-anak suka je dengan cuaca sejuk, nampak tidak ada beza walaupun keluar malam tetap gembira berlari-lari, hanya mama diorang ni yang tak tahan kesejukkan walaupun ini adalah tahun ketiga ita di bumi matahari terbit ini.
Hari ini ita sempat membuat pau 3s yang ditayang di blog izah.Nama 3s ini adalah kerana pau ini senang, sedap dan simple.. nama ni kak Maz tuan punya pau yang beri..:) hari ini juga ita ada tempahan nasi lemak bersama ayam goreng berempah dari seorang kawan ita berpangkat kakak disini jadinya ita hantar pau ini juga. Beliau banyak sangat beri semangat pada ita tentang page 'simple homemade cake'. Terima kasih kak atas sokongan dan kepercayaan pada ita ye. Bagi ita pau ini lembut tambahan ia hanya mengunakan tepung gandum sahaja. Untuk intinya ita menggunakan kacang merah. Hanya perlu diingat adunan ini agak lembik jadi untuk membentuknya lumurkan tangan dengan tepung dan pegang adunan tersebut.
Untuk resepi ini, resepi asal dari kak Maz @ilham dapur tapi ita ambil di blog izah . Terima kasih pada kalian moga perkongsian ini memberikan kebaikan buat kita semua.
Pau 3s
Bahan-bahan
1 1/4 cawan tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun boleh
110ml air sedikit suam- masuk sikit-sikit pun tak pe
1/2 sudu besar yis kering
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil baking powder
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
inti secukupnya sama ada kacang merah, kelapa, kari atau apa-apa inti yang disukai.
kertas untuk melapik pau boleh menggunakan cawan kertas.
Cara
1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit. -- campurkan separuh dulu air, pastu bila dh tambah tepung baru letak air sikit- sikit supaya tidak lembik.
2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.
3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.
4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.
5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.
6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.
7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.
Labels: kuih muih

Salam semua. Hampir 10 hari ita tak sempat nak masukkan entry baru. Gagal rasanya menguruskan masa sejak akhir-akhir ini tambahan bila ita buka laptop je Fateh dan Fathnin tentu nak berebut juga disebabkan satu laptop dah rosak.. huhuhu.. jadinya bila diorang dah tidur baru mamanya boleh nak bersenang-senang dilaptop. Selalunya kalau waktu nak tengok Facebook atau jalan-jalan blog kawan-kawan waktu siang tu ita tengok guna iphone je...:(
Mungkin kena uruskan waktu dengan betul dan malam bila anak-anak dah tidur boleh la mamanya nak menaip disini. Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi singgah disini dan ita mohon maaf kerana masih belum lagi sempat pergi ke setengah-setengah blog kawan-kawan yang lain. InsyaAllah jika diberi kelapangan ita akan datang melawat dan meninggalkan komen.
Dalam minggu ini juga ada sesuatu yang ita dan suami tubuhkan. Kami menubuhkan pages di dalam facebook iaitu page " Simple Homemade Cakes". Penubuhan pages ini sebenarnya dah lama di rancang dan digalakkan oleh suami ita, hanya ita je yang tak yakin dengan kebolehan sendiri. Setelah ita mendapat beberapa tempahan dari kawan dan ada kawan-kawan yang bagi galakkan jadinya ita cuba buat pages ini sebagai menyebarkan atau memberi pilihan pada kawan-kawan dijepun untuk membeli kek, pastry atau 'frozen food'. Ita juga mengenakan bayaran bagi penghantaran disekitar Yokohama dan Tokyo dan kos bagi penghantaran mengikut lokasi penempah. Niat ita dan suami sekadar memberi pilihan bagi mereka yang mencari makanan halal, moga ia juga boleh dianggap sebagai fardu kifayah. InsyaAllah...
Alhamdulillah minggu ni kami juga menerima tempahan kek hari jadi dari kawan di Yokohama untuk hari jadi suaminya. Kek yang ditempah iaitu 'chocolate indulgence cake' tapi topping putihnya menggunakan cheese disebabkan suami penempah menyukai cheese dan meminta untuk menghias secara ringkas dan menulis dengan tulisan berwarna biru. Terima kasih sangat atas kepercayaan pada kami untuk membuat kek tersebut. Alhamdulillah penempah amat berpuas hati dan bagi diri ita, ita amat bersyukur dan gembira bila hasil kerja disukai. Ita tak sempat nak ambil gambar secara cantik, tapi ambil gambar biasa-biasa je untuk kek tersebut jadi tak dapat nak kongsikan disini. Selain itu minggu ni juga ita dapat tempahan karipap dari seorang kakak dan kawan-kawannya sebanyak 100 keping karipap. Ita buat karipap sardin, ayam dan daging.Terima kasih kak, atas kepercayaan pada kami. Alhamdulillah diatas 'feed back' yang positif yang diberikan.
Karipap Sardin
Bahan-bahan ( 20 biji )

Salam semua. Salam tahun baru 2012 rasanya walaupun sudah terlambat untuk mengucapkannya disini diharap moga tahun baru ini memberikan seribu kebaikan buat kita serta keluarga InsyaAllah. Terlalu lama tidak menaip disini disebabkan bercuti dan kesihatan yang tidak mengizinkan. Ingin dikongsi beberapa perkara namun mengikut kemampuan juga disebabkan kesihatan yang kurang memuaskan.
Selepas entry pau bunga ita sibuk menghadiri program di luar Yokohama, iaitu di Hakuba, Nagano. Program anjuran Isma, Jepun iaitu program "Jalinan Ukhwah Musim Sejuk'. Program ini amat bermakna tambahan ia bukan sahaja dibuat di kawasan bersalji namun 'makanan rohani' yang disampaikan benar-benar mengingati diri akan tujuan kita dilahirkan. InsyaAllah akan dikongsikan disini nanti ceritanya. Balik sahaja dari program tersebut ita terus tak sihat. Pening kepala dan selsema, nak buat kerja pun tak selesa. Kepala rasa berat sangat.Alhamdulillah anak-anak sihat dan ceria. Moga mereka diberi kesihatan yang baik. . Hingga pada hari pertama tu memang dapur tak berasap langsung suami ajak makan diluar je.. hari ini ada dah kurangnya, dapat masak masakan keluarga dan menaip disini walaupun baki-baki tidak selesa dan berat kepala tu masih ada. Jangan ada yang salah sangka pula, ita bukan kena penyakit buatan orang (mengandung) tau.. hihihihihi InsyaAllah belum lagi masanya buat masa ini.
Terima kasih bagi yang sudi singgah dan insyaAllah ita akan balas kunjungan kalian bila kesihatan mengizinkan kelak..:)
Labels: Aktiviti

Salam semua. Selamat malam. Jika di Jepun sekarang dah kira tengah malam mana taknya sebab sekarang isyak masuk awal lebih kurang pukul 6 petang waktu Jepun dan pukul 5 waktu Malaysia. Kalau di Malaysia orang tengah berpusu-pusu balik kerja dan bersiar-siar di taman jika disini lepas je solat isyak kepala mula nak cari bantal tambahan sejuk sedap je duduk dalam selimut..:)
Disebabkan lama sangat tidak menaip disini gagahkan juga untuk membuka laptop dan mencoretkan sesuatu supaya blog ini tidak tinggal sepi je. Memang bagi ita bila ita lihat sahaja tahun-tahun lepas bila masuk je musim sejuk blog ita ni pun bagaikan beku je. Tak banyak cerita dan entry yang ita masukkan mana taknya nak jalan pun sejuk, nak ke dapur selalu pun sejuk jadi mood sejuk je sentiasa jadinya blog pun sejuk je tak de banyak cerita.
Resepi pau ni ita lihat di blog Table for 2 or more, suka sangat pau yang ditunjukkan di blog ni. Comel-comel.. dulu ita buat Pau keledek bunga ros tu pun dari blog ni juga. Hanya ita tak buat bentuk seperti dalam blog tu disebabkan ita nak letak inti jadinya tak boleh buat bentuk "candy Cane' tu. Anak-anak dan suami kalau ita buat pau kena ada inti tambahan kacang merah cepat je habisnya, ita ada juga buat yang kosong tapi kurang mendapat sambutan yang ada inti juga yang habis cepat.
Bagi ita, ita suka resepi2 dari blog wendy ni pau nya gebu dan sedap.. tak jemu untuk mencuba memakan pau tersebut tambahan bentuknya juga menarik. Untuk resepi ini ita telah alih bahasakan namun untuk cara bentuk pau ita tu ita ada ambil gambar tapi ada gambar yang tak lengkap . Namun ita hanya terangkan mengikut gambar apa yang ada ye..:) Terima kasih buat wendy diatas resepi pau yang sedap ini. Bagi yang ingin membuat bentuk asal resepi ini boleh ke blog wendy.
Pau Bunga dari resepi Candy Cane Steamed Bun
Bahan-bahan
1 sudu kecil yis
125 ml air suam
Secubit gula
( bahan-bahan diatas dimasukkan kedalam satu mangkuk dan dibiarkan ia berbuih)
250 g tepung pau
50 g gula
13 g 'shortening'
1 sudu kecil baking powder
Pewarna merah dan hijau
Inti kesukaan
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan kecuali pewarna dan inti ke dalam breadmaker. Tekan butang uli dan biarkan ia diuli sekata selama 15 minit. Jika masih belum sekata dan agak lembut tambah masa menguli tersebut.
2. Jika ingin membuat bentuk"Candy Cane" boleh la membaca cara-cara di dalam bahasa inggeris dibawah.
3. Setelah diuli sekata ambil doh tersebut dan bahagikan 2. Satu diletak pewarna merah dan satu lagi diletak pewarna hijau.
4. Uli doh berkenaan sehingga warna sekata.
5. Tutup doh berkenaan Biarkan doh yang telah diuli selama 30 minit.
6. Setelah itu untuk membuat pau bunga bahagikan setiap warna kepada 10 bahagian.
7. Ambil satu doh dari kedua-dua warna canai nipis .8.Setelah itu potng bahagian tengah pau tersebut dengan pemotong seperti didalam gambar dibawah.
9. Kemudian lapiskan kedua-dua warna tersebut.
10. Letakkan inti diatasnya dan sapukan rata di sekeliling doh bekenaan.
11. Pintal kedua-dua doh tadi dan menjadi satu tali yang panjang dan simpul seperti bunga.
12. letakkan diatas mangkuk kertas dan biarkan ia naik 2 kali ganda.
13. Kukus dengan api yang besar selama 12 minit setelah kukus dipanaskan.
Ini resepi asal pau tersebut
Candy Cane Steamed Buns
Recipe Created by : Wendyywy
1tsp instant yeast
125ml water
Small pinch of sugar
250gm pau flour
50gm sugar
13gm shortening
1 tsp baking powder
Green and red food colouring
1. Mix yeast with water and pinch of sugar. Stir and set it aside for 10 minutes. It should look frothy later.
2. Mix pau flour, sugar, baking powder together. Put in shortening and frothed yeast mixture. Mix together until a rough dough forms.
3. Split dough into 2, about 220gm each. Add food colouring to each part and knead until a smooth soft dough forms. Cover and let dough proof for 30 minutes.
4. Make 15gm of dough balls from each colour, you will get about 14, roughly.
5. Roll each ball into long strands, about 5-6 inches long.
6. Take one strand of green and one strand of red dough. Twist both together and form a cane. Place on a piece of greaseproof paper.
7. Repeat with all other dough strands until done.
8. Let shaped dough proof for 45 minutes (covered).
9. Steam on high heat for 12 minutes. Best served when hot, reheat by steaming if needed.

Salam semua. Semoga hari ini seceria sang mentari yang memancarkan cahayanya. Minggu ini Yokohama sangat baik cuacanya walaupun dalam kesejukkan. Matahari yang memancar memudahkan proses untuk menjemur pakaian. Alhamdulillah dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan.. sebagai hambanya rasa amat bersyukur.
Dua tiga hari ini ramai kawan-kawan di blog yang menunjukkan hasil membuat roti ini. Ita tidak ketinggalan untuk membuatnya disebabkan teruja dengan komen dan hasil yang ditunjukkan menyatakan roti ini amat sedap. Bagi ita ianya benar.. memang sedap.. tambahan ia lembut dan manis tambahan bau serbuk kayu manis yang ditabur menyemarakkan lagi selera untuk menjamahnya. Betul kata kawan-kawan yang telah mencubanya bau yang terhasil sewaktu dibakar membuatkan tidak sabar untuk merasa roti ini. Ini adalah roti kali kedua yang ita buat. Roti pertama habis dimakan oleh anak-anak sewaktu panas.
Sewaktu roti ini siap diadunan, teksturnya lembut dan lembik sedikit. ita gunakan sedikit tepung untuk membentuk roti. Bila sudah dimasak ia akan naik dan gebu betul...:) Tapi ita tak la potong banyak bahagian roti ini dalam 16 keping sahaja tak silapnya.. jadi roti ita nampak seperti dalam gambar-gambar tu. 2 kali buat jadi macam tu juga.. kalau nak roti yang berlapis-lapis rapat canai lebih nipis dan potong banyak keping lagi ye... Terima kasih buat Joy the baker yang berkongsi resepi. Ita kongsikan resepi yang diambil dirumah kak Nor. Terima kasih kepada semua ye..:)
CINNAMON PULL APART BREAD

Labels: roti

Salam semua. Moga hari ini dan hari- hari akan datang Allah memberikan kesihatan yang baik buat kita dan keluarga kita. Di Jepun sekarang suhu semakin sejuk, setengah-setengah tempat dah turun salji pun. Hanya di Yokohama tiada salji tebal jika ada pun turun selalunya dalam setahun ada 2-3 kali je waktu musim sejuk ni, dapat la merasa melihat suasana putih sebentar bila salji turun. Tapi bila suhu semakin sejuk ni risau tentang kesihatan, cepat sangat badan rasa tak berapa sihatnya. Mana taknya bila sejuk pasang pemanas dirumah dan kadang-kadang badan jadi sekejap sejuk sekejap panas.. Moga diberikan kesihatan yang baik tambahan buat suami yang menuntut ilmu dan anak-anak tersayang.
Minggu lepas sempat buat kuih untuk juadah berbuka suami ita. Kalau berbuka ada kuih lengkap sikit rasanya. Ita mula masak untuk berbuka suami pun dah agak lewat sebenarnya, sibuk dengan urusan anak-anak dan sejuk je nak ke dapur jadinya terfikir nak buat kuih yang cepat dan mudah je. Tengok bahan yang ada terpandang serunding yang masih berbaki didalam peti sejuk. Ita cuba cari resepi yang sesuai dan terpandang resepi talam berlauk. Ita tak penah buat kuih ni tapi makan pernah la jadinya disebabkan tengok bahan dan caranya yang mudah ita cuba buat kuih ni. tambahan kuih ini juga bukan jenis kuih manis tpi kuih pedas, suami ita menyukainya. Untuk resepi ini ita tukar ayam kepada serunding bagi ita lagi sedap dan mudah penyediaannya. Hanya waktu masukkan garam kedalam bancuhan tu ita takut nak letak banyak jadi kurang masin sikit kuih ita ni. Lain kali kena lebih berhati-hati bila meletakkan garam walaupun kata orang biar kurang garam dari lebih garam..:)
Baiklah resepi ini dari maryam81 di myresipi. Sedap resepi ini dan mudah. Bagi mereka yang ingin mencuba resepi ini boleh mencuba resepi yang telah ita sertakan dibawah. Terima kasih maryam81.
Talam Berlauk

Labels: kuih muih

Salam semua. Selamat berhujung minggu mungkin ramai yang sibuk menghabiskan masa dengan keluarga bila cuti-cuti begini. Bagi ita hanya bersama keluarga sahaja hari ini dan petang ada urusan dengan kawan yang baru sampai di Yokohama ni untuk sambung di Universiti yang sama dengan suami. Alhamdulillah semakin bertambah kawan dari Malaysia yang sama-sama disini...:)
Hari ini nak kongsi resepi kek yang ita buat petang semalam. Pada mulanya buat sekadar suka-suka je sebab nak habiskan stok cream cheese yang masih berbaki di peti sejuk tapi akhirnya dibawa ke rumah kawan yang baru sampai untuk dimakan bersama kawan-kawan yang lain. Jadinya teringat kek pelangi @ rainbow cake yang sangat popular sejak akhir-akhir ini. Memang dah lama ita tertarik dengan resepi ini hanya tak berkesempatan nak cuba. Tapi sejak akhir-akhir ni ramai pula yang tayang kek ni membuatkan hati makin membuak-buak untuk mencuba.
Untuk kek ini ita buat 3/4 saja dari adunan disebabkan ita menggunakan loyang 6 inci. Jadinya kek yang terhasil sedang elok je tingginya bagi ita. Disebabkan adunanya hanya 3/4 ita bahagi 5 bahagian sahaja. Tapi dalam resepi yang ita sertakan ita masukkan resepi yang penuh ye.. Bagi ita tak rugi untuk cuba kek ini, sedap dan gebu je keknya. Untuk membuatnya pun tidaklah memerlukan langkah yang banyak hanya agak lama bila ingin membakar kek ini mengikut adunan warna. Namun apa bila melihat hasilnya amat teruja dan seronok. berwarna warni.
Untuk resepi ini ita intai-intai di rumah kak azlita. Resepi asal dari whisk kid tapi telah dialih bahasakan oleh zuraini Alias. Jika ingin melihat rainbow cake yang cantik dan kemas boleh ke blog yang ita nyatakan diatas. kek ita ni kurang kemas sebenarnya, Buat nak cepat takut hari gelap nak malam. nanti tak sempat plak bergambar...:( Terima kasih kepada yang berkongsi resepi , ita kongsi disini pula ye.
RAINBOW CAKE @ KEK PELANGI
Bahan-bahan
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Cara-cara

Labels: Kek
Salam semua. Rinduuu.. Rindu sangat nak menaip disini dan BW rumah kawan-kawan. Maaf sangat hampir 2 minggu ita tak update blog memang mencari masa yang sesuai dan lapang untuk menaip dan jalan-jalan rumah kawan. Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk menaip disini. 2-3 hari yang lepas ada juga jenguk-jenguk blog yang dah bersawang ni tengok ramai juga yang komen di entry badminton tu.. terima kasih sangat.. nanti ita balas ye kunjungan tu.. InsyaAllah.. selain tu bila nampak je rumah kawan-kawan masak macam-macam menu rasa bersemangat sangat nak cuba menu-menu baru.. hihihihi..:) Mana tak nya bulan ni baru 2 je entry.. amat merundum betul prestasi blog ni..InsyaAllah kena kuat semangat dan susun jadual harian dengan baik sebab sekarang ni memang cepat je tersasarnya jadual tambahan suhu yang bertambah sejuk dan bila malam je rasa nak duduk dalam selimut je senyap-senyap sebab mata cepat je mengantuknya.. :)
Untuk permulaan ita ingin kongsikan gambar kenangan kami minggu lepas menerima tetamu dari Malaysia. Mail, Mar dan Qaisara yang datang dari Terengganu. Mail ni kawan suami ita di Universiti dulu. Amat baik dengan suami dan kami pun pernah ke rumahnya dulu di sebelum dia dan keluarga berpindah ke Terengganu. Rezeki agaknya waktu kunjungan Mail sekeluarga salji turun sewaktu perjalanan ke kawasan tasik Yamanaka, walaupun plan nak main salji buatan tak kesampaian tapi Allah ganti dengan salji betul.. Alhamdulillah..:)






Labels: Aktiviti

Salam semua. Alhamdulillah malam ni sempat curi masa sedikit untuk kongsi satu cerita yang menarik ini bagi ita. Terima kasih bagi semua kawan-kawan yang sudi singgah di blog ita yang tak seberapa ini. Maaf juga kerana sejak akhir-akhir ini ita tak sempat nak buat semua kunjungan balas sebab tempohari masih berkongsi laptop dengan suami.. Alhamdulillah masalah telah selesai suami dah dapat penganti untuk laptop nya yang telah rosak semalam.




