
Salam semua. Asyik tengok entry jalan-jalan je ye.. takut ada yang bosan plak. Mari kita segarkan mata dan perut dengan donut yang ita buat semalam ni. Alhamdulillah semalam diberi kesempatan untuk buat donut permintaan Fateh ni. Dah 2 hari juga dia minta tapi sejak balik bercuti ni memang tak sempat sangat nak buat kuih-kuih ni. Masak menu utama je. Penat dan banyak juga urusan kain baju nak kena selesaikan. Jadi hari ni disebabkan pergi bercuti dipertengahan hari minggu jadinya bila hujung minggu kena duduk rumah sebab papa pergi lab untuk buat kerja.
Fateh kalau donut memang suka. Dia suka donut yang ada coklat atas nya tapi kalau donut tu tak letak coklat gula je pun dia makan.. hanya tak leh la tengok ada yang coklat.. kalau ada 2 pilihan tu mesti ili yang coklat. Hari ini mamanya merajinkan diri untuk salut dengan coklat cair. Berebut-rebut dia makan dengan kakaknya. Ita selalunya buat donut frozen ni tapi dah lama rasanya tak buat tu yang hari ni buat dalam 15 ketul habis sebab semuanya makan dengan berselera.
Donut mayonis ni pertama kali ita cuba. Sedap donut ni lembut dan ita suka rasa dan teksturnya yang lembut didalam dan ranggup diluar. Lagi pun senang je masuk je semua dalam 'Breadmaker" sampai waktunya uli dan goreng. Alhamdulillah .. akan jadi donut pilihan lepas ni . Resepi ni dari Ros Jintanmanis. Tapi masa intai-intai tu di dapur kak yatie. Sedap donut ni .. Terima kasih buat ros berkongsi resepi ini ye.. ita panjangkan disini pula ye..:)
Donut Mayo
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.
* ita guna coklat dan cairkan secara double boiler. Ambil donut yang telah sejuk dan telangkupkan kedalam coklat cair tadi. Kemudian boleh kemasnkan dengan sudu. Cairkan coklat putih dengan menggunakan microwave didalam zip lock. setelah itu potong hujung ziplock berisi coklat putih tadi. Boleh la dihias mengikut corak kesukaan.
Cara-cara
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Labels: kuih muih

Salam semua. Sambung lagi cerita tentang jalan-jalan ke Nikko. Selepas kami ke Tasik Chuzenji ita meneruskan lagi perjalanan ke arah senjogahara dan beberapa tempat menarik yang lain. Waktu kami bertolak dari Tasik Chuzenji jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Masih awal tapi kereta dan mula banyak dah. Kami menuju ke Ryuzu Fall (air terjun Ryuzu). Dikawasan ini kami perlu menunggu 5-10 minit untuk menunggu tempat letak kereta yang kosong.Tempat letak kereta adalah percuma. Setelah dapat tempat letak kereta, kami berjalan menuju ke kawasan Ryuzu fall ini.




















Labels: Nikko, tempat dilawati

Salam semua. Dah beberapa hari tak tengok blog terima kasih kepada kawan-kawan yang datang berkunjung... InsyaAllah lepas ni dah reda sikit dari kekalutan dan kepenatan ita akan buat kunjungan balas ye.. Macam ita bagitahu dientry sebelum ini ita pergi bercuti bersama kawan-kawan ke Nikko, Tochigi . Kawasan ini kalau dari Yokohama ke arah utara dan ia adalah tempat peranginan yang terkenal dimusim luruh dan sejuk. Jika dimusim luruh permandangan hutan yang berwarna warni nya memang tak tergambar dengan kamera dan ita amat menggalakan bagi mereka yang ingin melihat keindah alam cipta Allah S.W.T dimusim luruh ke sini. SubhanAllah...


Kami pergi bersama 5 keluarga termasuk ibu dan bapa Aliza yang bercuti ke Jepun. Tapi disebabkan pada plan awalnya keluarga nik dan aliza ingin keluar agak lewat jadi ita dan adnin plan untuk keluar agak awal. Alasannya dari info yang ita dapat dari ayu Lady chenta yang tinggal agak dekat dengan kawasan tu, di nikko memang sesak jika waktu musim luruh ramai yang nak kesana. Jadinya kami plan bertolak awal pagi . Lagi pun sekarang ni untuk pemegang kad tol ETC ( macam kad tol smart tag) akan dapat 50% jika bertolak malam hingga 6 pagi .. jadinya kami rasa memang sesuai untuk pergi awal.


Alhamdulillah dengan info yang ayu bagi dan ita cari sendiri di internet semua urusan dipermudahkan. Kami bertolak jam 330 pagi dari Yokohama dan sampai ke sana lebih kurang jam 640 pagi di Gunung Nantai setelah berhenti untuk solat subuh kawasan rehat Hasuda.Sampai je dikawasan ini amat la sejuk. Nasib baik bawa baju sejuk anak 2 helai dapat la tebal sikit sebab jaket musim sejuk ita tak bawa pula sebab tak sangka diatas bukit ini sesejuk ini. Pada pukul 640 pagi dah ramai yang diatas puncak gunung ni. Jalannya berlengkang lengkuk jika lambat akan sesak untuk kepuncak gunung ni. Ini adalah gunung Nantai. Di sini disediakan kawasan untuk mengambil gambar dan melihat suasana disini. terdapat parking tidak berbayar disini.



Setelah mengambil beberapa gambar kami ke hadapan lagi untuk tasik Chuzenji. Tasik ini berada 1269 dari atas laut. Ia amat cantik dengan permandangan gunung yang berwarna warni dimusim luruh dan beberapa aktiviti seperti menaiki bot ada disini.



Memang cantik dan sebelum kesini kami dah tengok dah autumn report yang dikeluarkan di website2 di dalam internet tentang gambaran keadaan sebenar keadaan disana. Jadi memang waktu ita tengok tu waktu kami pergi memang menunjukkan daun telah bertukar jika pergi lambat sikit nanti takut gugur pula semua daun-daun tu... minggu ni mungkin akan banyak entry jalan-jalan ni di blog ita.. ita nak simpan sebagai rujukan buat yang ingin ke nikko atau buat kenangan ita dimasa hadapan.. jadi bagi yang singgah ke blog ita jangan bosan ye..:)
Labels: Nikko, tempat dilawati

Salam semua. Moga ceria-ceria dan diberi kesihatan yang baik. hari ini ita nak berkongsi satu resepi yang simple tapi amat sedap dimakan tambah kalau makan dengan nasi panas. Alhamadulillah walaupun jauh dari negara Malaysia yang tercinta yang penuh dengan pelbagai makanan namun ada setengah-setengah makanan itu bahannya boleh dapat disini. @ minggu sudah tak silap ita berkesempatan pergi ke kedai Thailand disini. Jadi banyaka juga la bahan-bahan masakan yang biasa terdapat diMalaysia ada disini. Ita terpandang jantung pisang ni. Tetiba teringat pula nak buat kerabu jadi ita beli satu tin.
Jantung pisang disini tak la sesegar macam diMalaysia senang petik belakang rumah je kadang-kadang.. disini semuanya dalam tin atau yang difozenkan. Bagi ita okla kalau kempunan sangat nak makan dapat juga la terubat kempunan tu. Hanya jantung pisang ni bila dah ditinkan warnanya kurang menarik macam yang segar tu.. Bila di rebus tak la berubah warnanya jadi kelabu macam jantung pisang segar. Tak pe la janji ada rasa jantung pisang..:) ita buat kerabu jantung pisang ni dan ita makan bersama set nasi lemak. Terangkat betul .. alhamdulillah menepati citarasa kami suami isteri.. Anak ita tak makan sebab dia tak tahu makan macam mana.. tambahan ita buat pedas sikit.. resepi ini ita ikut cara mak ita buat. Kalau ita kerabu sedap bila letak kerisik .. terangkat hanya kerisik yang ita ada ni kurang sikit gelapnya jadi kurang terserlah warna kerabu ita ni.. takpe la walaupun rupa tak menarik tapi rasanya sedap..
Kerabu Jantung Pisang
Labels: sayur

Salam semua. Sejak akhir-akhir ni makin slow update entry di blog ni.. Yang penting updatekan jangan dilupakan terus.. sayang semua gambar yang diambil tidak disimpan disini sebagai tatapan akan datang. Tentang resepi baru ada juga dicuba ada yang sempat ambil gambar ada yang tidak mana tak nya hari semakin cepat gelapnya. Pukul 5 dah gelap .. kadang pukul 5 baru siap atau belum siap urusan masak memasak menu makan malam. Ita ni kalau ambil gambar kena pastikan suasana cerah baru boleh ambil gambar sebab suka dengan cahaya yang cerah bukan cerah dari lampu malam. Jadinya bila hari dah gelap alamatnya kalau menu itu belum ambil gambar tak sempat la nak bergambar. Buat lain kali je la..:)


Hujung minggu baru-baru ini saja layan anak-anak main ditaman. Minggu lepas dah pergi dah kodomo shizen koen ni tapi disebabkan waktu tu ada picnic dengan kawan-kawan tak sempat nak jelajah semua taman ni. taman ni dekat sangat dengan rumah lebih kurang 15 minit je dari rumah.Daun-daun telah banyak yang gugur tapi pokok yang bertukar warna belum lagi sepenuhnya. Masih banyak yang hijau. Waktu kami pergi tu suhu pun tak berapa sejuk dan tak berapa panas. Elok je cuacanya.







Kebetulan waktu kami jalan dikawasan binatang untuk kanak-kanak boleh pegang tu memang tengah dibuka. Kawasan ini ada jadual sebenarnya. Jadi kalau nak kesini ada jadual yang dipaparkan di depan kawasan tersebut. Hanya kurang bernasib baik pony tak de pada hari tu.




Selepas anak-anak puas bermain dengan binatang-binatang tu kami bawa anak-anak ke taman permainan yang ada disitu. Disebabkan gelongsor tu agak tinggi kami tak biarkan anak-anak je main. Jadinya mama dan papa pun kena la main sekali.. Dah puas bermain kami jalan-jalan disekitar taman sebelum berehat dan makan bekalan yang kami bawa.








Labels: Aktiviti, tempat dilawati