09 April 2009

Kek Coklat


Semalam tetiba saja nak makan kek.. kek coklat ita tak pernah buat di Nihon ni.. kalau kat Malaysia ita akan pakai premix kek coklat je.. senang jadi kat Nihon ni mana nak dapat premix kek coklat so kena la belajar buat.. Ita try la kek coklat resepi mrsdayat myresepi... best kek nya..macam rasa kek kat secret recipes..tapi bab decorate kek masih fail lagi.. bila la nak pandai ni.. keras betul tangan ita ni nak decorate kek ni.. heheheh.. ita ni yang best-best dengan yang senang buat ita post kat blog ni yang susah dan tak jadi ita tak suggest buat bukan apa ini untuk rujukan ita akan datang supaya senang nanti..anyway siapa yang nak tgk leh tengok kat sini resepinya

so yang ini untuk rujukan ita...

Bahan-bahan ( loyang 9" )
2 cwn gula (kisar)
2 cwn tepung (ayak)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder
1 cwn susu cair
1 cwn minyak(sy gune butter cair)
1 cwn air panas didih
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila

**utk ganache**
2 cwn whipping cream
500g cooking chocolate
1/8 cwn golden syrup

##utk whipped cream
1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara
tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
last skali masukkan air panas..kacau sebati
bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree.
boleh juga kukus slame lebih kurang 1 jam

**utk ganache**
dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
tambahkan golden syrup
ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sejuk

##utk whipped cream.
pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit

07 April 2009

Burger Malaysia



Harini abang ada hanami untuk member lab dia.. so kena bawa makanan jadi abang request ita buat burger Malaysia.. First time buat ni terus jadi.. abang yang tolong uli sebab ita bab uli-uli ni memang malas.. hehehe pada mula nya takut sangat nak buat sebab takut tak jadi.. tapi bila goreng dan nampak cantik je kembangnya happy sangat bagi yang nak cuba resepinya disini

p/s : ini untuk rujukan ita..

Bahan-bahan ( 8 biji )
*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun
Cara-cara Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

06 April 2009

Tokyo Disneyland












Ahad baru-baru ni.. ita dan keluarga berkesempatan ke Tokyo Disneyland... itupun atas ajakan sepupu suami iaitu Lop sekeluarga yang sedang bercuti ke Tokyo.. Pada mulanya kami hanya ingin berjumpa Lop dan keluarga di Tokyo tetapi disebabkan jadual Lop dan keluarga agak padat jadi Lop mengajak kami ke Tokyo Disneyland. Untuk pergi ke tokyo Disneyland dari Yokohama agak mudah.. kami ke sana dengan menaiki bas. Tiket untuk bas dari Yokohama ke Tokyo Disneyland berharga 1200 yen bagi dewasa untuk perjalanan sehala. Masa yang diambil hanya 30 minit.. Tiket masuk ke disneyland ni 5800 yen bagi dewasa. Tiket kami pun dibayar oleh Lop ... katanya dia memang nak belanja.. Terima kasih Lop dan Kak Nora.. kami mula masuk pada pukul 10 pagi.. jadi memang dah ramai dah pengunjung pada waktu tu.. tambahan hari ahad.. Sempat la kami mengambil gambar ke tempat-tempat yang menarik di dalam Disneyland tu.. Nampak sahaja character cartoon disney tu fathnin suka sangat... Untuk memudahkan perjalanan kami mengikut plan yang telah diberi.. Ika anak Lop yang jadi ketuanya.. hehehe setelah selesai sahaja satu game dia akan mark kawasan itu telah kami lawati... untuk satu show kami kena beratur panjang.. lebih kurang 30minit ke 1 jam bayangkan la.. jadi kami pergi ke tempat-tempat yang menarik dulu supaya sempat untuk menjelajah disneyland tu... besar tempat tu.. kalau nak masuk semua tempat kena 2 hari... tapi shownya memang menarik dan menghiburkan... tambahan kanak2.. ita juga sempat berehat di restoron di dalam disneyland tu.. kami juga sempat solat disini.. kat sini bukan ada tmpat solat tapi.. disebab kan meja maka kami agak tersorok jadi sesuai untuk kami solat disitu.. sampai ke malam kami di Disneyland..kalau nak cerita satu persatu memang panjang dua hari tak abis taip.. heeeeh jd layan gambar je la yek..Insya Allah kalau ada rezeki .. bila anak-anak dah besar dan sebelum kami pulan g ke Malaysia.. kami ingin ke sini lagi...

02 April 2009

Jalan-jalan ditaman







Petang tadi sempat juga jalan-jalan ditaman dikawasan rumah ita ni..itu pun Adnin jiran ita ni yang ajak.. nak harap ita keluar sendiri bawa anak-anak tak pernah pun sebab ita ni jenis tak rajin nak keluar sendiri...( kesian anak-anakku terperap kat rumah).jadi bila ada kawan best sikit.. sakura kat taman ni sedang berbunga lebat.. tapi pokok nya besar dan tinggi jadi tak dapat nak ambil gambar dari dekat.. sambil Fathnin main sempat juga ita ambil gambar dikawasan ni.. pagi tadi waktu sidai baju ita ambil gambar pokok bunga ros yang besar macam pokok manggis dan bunganya sedang lebat berbunga.. so ita ada letak juga disini bagi yang nak tengok..seronok sangat waktu spring ni... banyak sangat bunga-bunga yang cantik dan menarik kat sini..

tagged by Fatin
1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
sports.. mostly football/soccer or movies..

2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Thousand island

3. What's one food he doesn't like?
tempoyak..

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
any fruit juice

5. Where did he go to high school?
Sekolah menengah raja permaisuri bainun.. then MRSM Pengkalan chepa

6. What size shoe does he wear?
8

7. If he was to collect anything, what would it be?
electronic gadgets, interesting things from ebay.. huhuuuuh

8. What is his favorite type of sandwich?
Tuna

9. What would this person eat every day if he could?
cucur jagung...everyday pun tak pe..

10. What is his favorite cereal?
coco crunch and corn flakes..

11. What would he never wear?
anything ..pink in colour

12. What is his favorite sports team?
Manchester United .. i think.. But now i don't know.

13. Who did he vote for?
Shhh....

14. Who is his best friend?
zaki, herman, fahmi and now in japan saifuza our neighbour.. aliza and kak maas

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
busy body about other people.

16. What is his heritage?
Malay.

17. What is his favourite colour?
blue

18. What is his habit?
Buy an interesting thing from ebay.. and wake up in the middle of the night doing work


19. What is he proud of?
he has two kids now... hehehe

20. Lastly, do you think he will read this?
yes, when he's not working and boring.

Pizza



Lately ni asyik entry makanan je.. heehheh yela tak tahu nak masuk entry apa so ada masak pizza semalam so nak post la dalam entry ni... Buat pizza ni pun sebab abang ada kat rumah so seronok makan pizza panas2 bila petang... jadi buat la... kebetulan ada adik junior datang rumah so kami makan sekali la.. pizza ni tak tahu nak bagi nama apa.. sebab apa yang terfikir nak masuk ita masukkan.. tapi sedap la.. hahahahaha.. any way ini gambar setelah tinggal seketul je..

31 March 2009

Cream Puff



Weekend baru-baru ni waktu lalu di kedai bakery kat yokohama eki ternampak la pastry yang sedap-sedap. Terliur sangat tengok.. heheheh.. so balik je terus je search resepi cream puff atau pastry yang lain. Jadi hari ni ita try cream puff dulu.. jadi untuk menampakkan sedap letak la coklat dengan pecan. Untuk resepi ini telah ita ubah sikit mengikut kesesuaian ita. ita paipkan krim kastad ke dalam puff kalau tak nak paipkan boleh dibelah tengahnya mengikut kesukaan.

Bahan-bahan ( 15 biji )
200ml air
65g butter
100g tepung gandum- diayak
3 biji telur

1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. tepung ayak terlebih dahulu.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana . Kemudian padamkan api.
3.Pecahkan telur didlm mangkuk lain dan pukul sedikit. Masukkan telur, kacau cepat-cepat . Ia akan menjadi warna kuning.kacau sampai tidak berketul.
4.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Alaskan dulang menggunakan baking paper.
6.Basahkan tangan dan tekan bahagian tanduk yang terhasil. Renjis permukaan cream puff dengan air.
7.Bakar dalam oven pada suhu 210c selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 20 minit.
8.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

krim kastad

Bahan-bahan
300 ml susu segar
2 sudu besar tepung
75g gula
1 1/2 sudu besar corn starch
2 biji telur
1 1/2sudu besar mentega
sedikit esen vanila

cara
1. panaskan susu diatas dapur dengan api yang perlahan.
2. Dalam mangkuk lain campurkan semua bahan kecuali susu tadi.
3. pukul bahan tersebut. setelah susu panas tutupkan api dan masukkan 1/4 kedalam mangkuk bahan tadi. kacau.
4. setelah sebati campurkan semua didalam periuk susu tadi dengan pasangkan api perlahan sambil kacau.
5. ia akan pekat dalam 2 minit dan jangan berhenti mengacau.
6. simpan krim didalam peti sejuk untuk sejukkannya.

Tokyu hands Yokohama



Ahad baru-baru ni pergi yokohama eki.. lepas dah habis urusan di yokohama eki rasa teringin nak pergi Tokyu Hands.. Tokyu hands ni tempat shopping complex yang banyak barang-barang kreatif kat sini.. hari ahad ramai orang.. jadi ita dengan family tak jalan habis pun semua floor sebab susah nak bawa 2 anak ni.. so beli barang-barang masakan je kat sini.. Fathnin sempat ambil gambar dengan maskot yokohama 150 tahun yang ada kat depan supa ni..

29 March 2009

Kodomo shizen koueng





Hari sabtu baru-baru ni ita pergi kodomo shizen koueng atas jemputan kak ida.. itupun melalui Aliza... so first time ita hadiri party hanami ni.. best sebenarnya.. tapi cuma bunga sakura macam segan je nak keluar tahun ni.. so kami makan-makan dan banyak orang jepun yang buat juga party ni... so memang ramai la group kat taman ni..so ini ada gambar di taman ni..

28 March 2009

Cup cakes merekah...



Semalam saja buat cup cakes untuk jamuan perpisahan adik-adik junior Malaysia yg dah habis belajar.. nak buat kek sebiji ita belum ada acuan kek yang besar so untuk memudahkan ita buat cup cakes.. habis bakar je ita tengok cupcakes tu merekah di tengah.. sedih.. apa nak buat ni... so buat topping dari whipping cream, cream cheese sikit supaya sedap dan icing sugar.. so jadi begini.. ok jugak rasanya... so bagi yang nak cover kek yang merekah kalau buat jangan panic cuba decorate kek tu.. heehhehehe

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG