Salam semua. Sekadar berkongsi cerita hujung minggu lepas beberapa aktiviti yang ita dan suami sertai. Alhamdulillah ita dan suami berkongsi minat dalam kebanyakkkan sukan yang sama. Suami juga memberi keizinan untuk ita turut serta dalam aktiviti sukan jika dia sertai atau lakukan. Jadinya memang biasanya hujung minggu jika berkelapangan kami akan bermain badminton dengan kawan-kawan disini. Selain kaum bapa dapat beriadah setelah penat di universiti kaum ibu pun dapat berjumpa kawan-kawan setelah seminggu dirumah sahaja. Anak-anak pun seronok sebab dapat berjumpa kawan-kawan dari Malaysia.


















Labels: Aktiviti

Salam semua. Hujung minggu lepas adalah minggu yang sibuk bagi kami. Dari hari Jumaat sibuk menguruskan perlanjutan visa yang hampir tamat dan sabtunya suami ada perlawanan Futsal di Saitama dan ahadnya ita dan suami mewakili wakil Malaysia di kawasan kanto untuk 'Vietnam open' bagi pertandingan Badminton. Nanti InsyaAllah ada kesempatan ita akan kongsikan ceritanya disini. Sakit badan belum hilang betul lagi mana taknya 3 hari padat dengan aktiviti. Ita belum sempat nak jalan-jalan ke rumah kawan-kawan lagi. Terima kasih bagi yang sudi ke sini.. ita amat menghargainya InsyaAllah bila ada kesempatan ita akan buat kunjungan balas ..:)
Resepi hari ni adalah permintaan suami. Sudah 3 minggu juga ita buat tak sempat dan tak perasan ita belum masukkan resepinya disini. Suami minta buatkan Cornflake Madu Pedas Rangup untuk kunyah-kunyah katanya. Jadi ita buatkan. Ini versi kurang pedas sikit sebab ita tahu anak-anak mesti suka juga nak makan. Sedap dan mudah resepi ni. Jadi bagi mereka yang nak buat boleh cuba resepi ni.
Resepi asal dari kak Dayang @ Dapurku Sayang dan ita intai-intai di dapur kak mimi di Penang. Nampak cantik dan berselera tengok cornflakes ni di rumah kak mimi, bila suami minta buatkan terus je teringat akan resepi ini. Terima kasih atas perkongsian ini.
Cornflakes Madu Pedas Rangup
Bahan-bahan :

Labels: biskut

Salam semua. Hari ini di suhu di Yokohama agak sejuk, sebelum ini masih bertahan tak pasang 'heater' tapi hari ini kesian dengan anak-anak ita pasangkan untuk memanaskan ruang rumah. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkongsi lagi satu resepi hari ini iaitu kek gulung.
Bercerita tentang kek gulung ni memang dah lama teringin nak buat. Pernah buat tapi bila digulung patah la pula jadinya tak menjadi kek gulung ita. Kali ini gagahkan diri untuk cuba resepi yang lain iaitu kek gulung coklat ( Chocolate Roll Cake). Alhamdulillah tak patah seronok sangat hanya mungkin kena praktis lagi untuk mendapatkan gulungan yang cantik. Nanti boleh cuba buat kek gulung yang lain pula.
Kek Gulung coklat ni sangat sedap. Suami ita pun kata sedap. Bagi yang sukakan coklat dan nak buat kek gulung boleh cuba resepi ini memang tidak mengecewakan. Ita saja letakkan buah-buahan dan coklat cip didalam krim yang ita buat supaya rasa lebih sedap.. Sekejap je licin kek gulung ni tambahan cuaca sejuk-sejuk sekarang ni asyik lapar je perut minta di isi..:)
Resepi kek ini dari Myresepi iaitu resepi kak Yani. Ita tergoda tengok As yang buat, As ambil di dapur kak Ena Lovely Kitchen. Terima kasih kepada semua. Ita kongsi disini pula ye resepinya..:)
Kek Gulung Coklat ( Chocolate Roll Cake)

Labels: Kek

Salam semua. Salam AidilAdha.. Tentu meriah beraya di Malaysia tambahan kampung halaman. Dengan suasana majlis korban tentu ibu bapa dan anak menantu meriah bergotong royong bersama. Rindunya suasana itu..:( Diperantauan macam kami ni.. macam biasa je berkumpul bersama kawan-kawan untuk menghilangkan kesunyian.
Kelmarin ita ke pasar Matsubara. Banyak ikan dan hasil laut yang lain ada dijual. Ita ternampak ketam tapi bukan ketam besar seperti yang biasa dijual dijepun ni. Kalau ketam tu ada juga tapi mahal sikit la harganya. Ita jumpa ketam biasa yang dijual diMalaysia tu. Ita jarang jumpa ketam tu sebab disini ketam yang besar-besar je yang selalu jumpa..:P. Bila jumpa memang tak tunggu dah terus beli tambahan murah plak tu 500 yen dapat banyak boleh makan 2 kali. Jadi menu berbuka tempohari buat menu ala-ala makan digerai ikan bakar.. hihihihi.. ikan bakarm sotong goreng tepung dan ketam masak lada hitam. .. Jadi meratah lauk je kami berdua. Anak -anak pun suka makan sotong goreng tepung dan ketam hanya ita kena basuh sikit ketam tu disebabkan kepedasan.
Resepi ini memang selalu ita buat dan kalau kita cari dimana-mana resepi masak lada hitam pun lebih kurang je. jadi bagi yang nak cuba boleh cuba resepi ni.. InsyaAllah menepati citarasa kami sekeluarga..:)
Ketam Masak Lada Hitam
Bahan-bahan
400g ketam ( 3-4 ekor)
1/2 ulas bawang besar ( dikisar)
4 ulas bawang putih( dikisar)
4-5 biji cili kering(dikisar)
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam -jika tiada boleh guna lada hitam yang ditumbuk
sedikit gula dan garam
Labels: seafood
Salam semua. Alhamdulillah hari ini cuaca di Yokohama amat selesa. Tidak panas dan tidak sejuk. Hari ini juga adalah hari cuti umum bagi negara Jepun jadi ita baru je balik dari main badminton dengan kawan-kawan disini. Suami ita memang tentang sukan ni memang tak boleh tinggal jadinya pagi pergi lab di universiti sekejap bila dah petang balik dan pergi beriadah pula.
Hari ini nak kongsi cerita ita dan kawan-kawan diYokohama ni pergi petik limau mandarin dan bunga cosmos ( mikan & cosmos gari). Gari dalam bahasa jepun adalah "petik". Jadi kalau disini kami suka juga adakan aktiviti ber"gari" ni mengikut musim buah yang disukai. Kali ini kawan-kawan ita mengajak untuk pergi petik buah limau mandarin. Mulanya aktiviti ni dah rancang pada 2 minggu yang lepas tapi disebabkan hujan jadi kami tak jadi pergi. Kebetulan di Kurihama hana no kuni ( kurihama Flower world) ada acara petik bunga cosmos juga jadi memang sesuai kami pergi ke kawasan Yokosuka yang mempunya tarikan kedua-dua acara ini.













Labels: Aktiviti, tempat dilawati

Salam semua. Moga hari ini ceria-ceria hendaknya. Alhamdulillah kita dah melangkah ke bulan November. Cepat sangat masa berlalu tinggal lagi kurang 2 bulan tahun 2011 akan meninggalkan kita. Muncul tahun baru 2012. Sebagai manusia kita tak sabar dengan masa. Terkadang ingin cepat masa itu berlalu dan terkadang bila kerja banyak dan tak cukup masa nak disiapkan, rasa biarlah masa lambat bergerak. Itu la manusia sangat tidak puas itu dan ini...:)
Hari ini ita merajinkan diri untuk cuba buat resepi yang lama sangat ita ingin cuba tapi belum sampai seru kata orang..:) Kebetulan tempohari ita ada beli strawberi sebab bagi ita kalau nak buat pavlova ni kena gunakan buah yang masam-masam contohnya strawberi selain ia mengimbangkan rasa ia juga adalah penyeri sebagai hiasan. Dijepun ni bukan musim strawberi lagi.. jadi agak sukar untuk mendapatkan strawberi sekarang ni. Kalau di Malaysia pada bila-bila pun adakan..:) Jadinya strawberi ni dari US yang ita beli diCostco. Walaupun harganya mahal sikit tapi disebabkan kesukaran untuk mendapatkannya dan Fathnin memang suka jadinya ita tak teragak-agak untuk membeli.
Ita buat Pavlova ni 1/2 adunan je sebab pertama kali cuba ita takut tak boleh makan tau kurang sedap tapi memang meleset tekaan ita, Pavlova ni sedap sangat dan tak manis sangat seperti yang diperkatakan tambahan ita kurangkan sikit kandungan gula tu dari 1 cawan ke 3/4 cawan. Bila diletakkan buah-buahan diatasnya bersama cream yang diputar membuatkan rasa Pavlova ini amat serasi.
Resepi ini ita intai-intai dirumah Rima. Dirumah rima ni banyak sangat resepi yang menarik gambar pun tergoda sangat tengok. Semalam rumah kak zai pun ada tunjuk juga amat la tergoda dengan pavlovanya dan resepi lebih kurang sama dengan rima ni. Disebabkan lebih kurang dan telah diterjemah dalam bahasa melayu ita ambil resepi dirumah kak zai ye...:) Resepi asal dari Jun@cupkekasi. Terima kasih buat semua.. :)
Pavlova
Bahan-bahannya
4 biji putih telur (120 g)
1 cawan gula kastor (200 g) - letak 3/4 cawan gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp cuka makan
1/2 tbs tepung jagung- letak 1 tbs tepung jagung
(tsp = teaspoon)
(tbs = sudu makan)
Hiasan
1 tin pic- ita guna limau mandarin
1/2 cawan strawberry
1 biji buah kiwi
1 cawan heavy whipping cream
Cara membuatnya