03 March 2010

Potato Croquette


Buat untuk tarik anak-anak makan banyak.. tapi lastnya mak yang makan banyak ... sedap potato croquette selalu ita buat yang biasa hari ni saja tambah cheese untuk rasa lemak-lemak.. so resepi ni ita dah edit sikit ikut selera ita. Resepi asal dari kak yani myresepi..

Bahan-bahan
  • 4-5 biji ubi kentang
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar
  • 150g daging cincang- ita guna daging ayam cincang
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • 2 biji telur dipukul
  • sedikit cheese- ita guna parutan cheese mozarella
  • daun bawang dipotong halus
  • bread crumbs secukupnya
  • sedikit tepung
  • minyak untuk mengoreng
Cara-cara
  1. Rebus ubi kentang sehingga masak
  2. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
  3. Potong dadu bawang besar.
  4. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.masukkan juga daun bawang.
  6. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati dan tambahkan cheese.
  7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
  8. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
  9. Goreng dalam minyak penuh.



Daging Kerutuk


Cuba masak daging kerutuk tengok stok rempah kerutuk ada tu.. itu pun jiran ita yang bagi.. sebelum ni ita tak pernah makan daging kerutuk ni berjiran dengan orang pantai timur terus tahu macam-macam masakan orang pantai timur. Resepi dari Makyong myresepi..

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 500g daging
  • 4 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu cili giling
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 keping gula melaka/manisan
  • 2 sudu besar kerisik
  • [bahan tumis]
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak

Cara-cara

  1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
  2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
  3. Panaskan minyak
  4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
  5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
  6. Masak sehingga pecah minyak
  7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
  8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  9. Siap untuk dihidang.

01 March 2010

Prosperity Burger


Asyik gambar makanan je ye.. Maaf la gambar jalan-jalan tak de nak tayang.. ini pun resepi-resepi yang ita suka untuk tatapan masa depan bila nak buat senang tak yang susah2 nak cari buka blog leh cari resepi yang ita inginkan.. hari ni cuba buat Prosperity burger mcm kat McD tu.. alhamdulilah memenuhi tekak ita dan suami.. suami siap suruh buat lagi nanti.. hihiihi.. resepi ni tengok kat blog kak hana kakak yang macam2 resepi tu dan resepi ni dari kak jeni dan kak ina KL..

Bahan-bahan Utama
  • Roti Burger- ita buat sendiri roti tu
  • Burger Daging - ita guna daging ayam bahagian peha potong nipis selebar roti.
  • Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh
Bahan Sos Lada Hitam
  • 2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar -
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula -
Cara-cara
  • Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
  • Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram, susu dan gula jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
  • Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
  • Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
  • Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.
  • Makanlah cepat-cepat tapi kunyah pelan-pelan yer..


26 February 2010

Roti Putih


Roti putih yang ita buat pagi tadi sebab Fathnin suka makan roti sekarang.. Sapukan dengan peanut butter Fathnin suka. Roti ni pun bakar semua dalam breadmaker ita sekadar masuk bahan je.. resepi asal dari wholemeal bread dari kak lily myresepi..tapi ita cuba buat untuk resepi roti putih ni,, Alhamdulilah ita puas hati..ita ubah sikit resepi ni untuk rujukan ita ye.. bagi yang nak lihat resepi asal boleh klik di link wholemeal bread

Bahan-bahan ( 1 loaf )

  • 140ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 300 gm high protein flour aka tepung roti
  • 40 gm gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 30 gm butter/margerin
  • 1 1/2 sudu teh yeast segera

Cara-cara

  1. Breadmaker- masukkan bahan diatas mengikut turutan atau sebagaimana yg disarankan oleh breadmaker anda.
  2. pilih fungsi untuk membuat bread dan "ON".
  3. Tunggu sehingga selesai & sedia untuk di hidang.
  4. Sekiranya anda tidak mempunyai breadmaker, anda boleh menguli dengan tangan 2 kerat anda.
  5. Gaulkan tepung, gula & garam.
  6. gaulkan pula yeast, masukkan susu segar & telur. Uli sehingga sebati.
  7. Masukkan pula butter dan uli lagi sehingga dough menjadi lembut & elastik, lebih kurang 15-20 minit ( bergantung kepada tenaga pengulinya).
  8. masukkan dough ke dalam mangkuk besar & tutup dengan plastik/cling flim selama 40-50 min sehingga dough naik 2X ganda( bergantung kepada cuaca).
  9. Tumbuk/keluarkan angin dari dough tadi. rehatkan selama 10 minit.bolehla di letakkan ke dalam loaf tin atau di bentuk seperti bun jika tiada loaf tin.
  10. Rehatkan lagi selama 30-40 min.
  11. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 15-20 min pada suhu 200C.

Kuih Seri Ayu


Waktu balik malaysia tahun lepas sempat tengok kat dalam almari mak ada macam-macam acuan kuih. Sebenarnya nak beli acuan kuih tapi tak sempat sebab sibuk dengan urusan adik kahwin. Jadi mak kata kalau nak acuan mak tu ambil la... Jadi ambil la acuan kuih seri ayu ni.. sikit je ita ambil sebab nak buat untuk bila tekak teringin nak makan. Jadi minggu lepas dapat la buat. Resepi ni ammbil dari rumah kak An Periuktanah. blogspot.. resepi asal ni dari kakak kak An iaitu Kak T..thanks kak An.. ita simpan resepinya ye.. untuk rujukan akan datang..

Bahan-bahan; (menghasilkan 60 biji kuih)

lapisan atas
1 biji kelapa parut putih
sedikit garam
1 sudu besar tepung sagu (ubi)

Lapisan bawah
3 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu besar ovellette
2 cawan gula pasir
4 biji telur gred A (kalau gred c ke bawah tambah jadi 5)
2 cawan santan pekat (pati santan)
sedikit pewarna hijau dan perisa pandan

Cara membuatnya:

1. Gaulkan kelapa, garam dan tepung sagu- ketepikan.
2. Pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu(gunakan kelajuan tinggi). Masukkan tepung gandum, ovellete , pewarna hijau dan perisa pandan. Gaul guna senduk.
3. Masukkan santan pekat dan gaul lagi hingga sebati. Panaskan pengukus.
4. Susun acuan dalam pengukus. Isi acuan dengan kelapa putih. Tekan padat menggunakan hujung jari. Kukus 2 minit.
5. Isikan dengan bater (adunan kuih) seperti di dalam gambar. Kukus lagi selama 10 minit. Apabila masak, Keluarkan daripada acuan dan sedia dihidang.

Garlic Bread


Menu favorite abang kalau berpuasa.. ini Garlic bread isnin minggu ni.. sebab biasanya kalau berbuka abang suka makan sup dulu.. jadi buat mushroom soup dan makan dengan garlic bread ni... resepi mushroom soup leh lihat disini sebab sebelum ni pernah buat.. sekarang ni selalu ambil gambar masakan tapi lambat je update sebab tengok kesenangan masa untuk update kadang tu masa ada tapi terpaksa dahulukan untuk anak-anak dan suami.. jadi nak update tu mood tu kena ada.. hihihihi.. so sebab tunggu mood tak muncul2 la menyebabkan blog ni selalu suram je sekarang.. ok la.. ni untuk rujukan ita masa akan datang... resepi dari Fendi myresepi

Bahan-bahan ( 15 keping )

  • roti france
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar mentega
  • parsley kering secukupnya

Cara-cara

  1. Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.
  2. Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
  3. Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
  4. Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C


21 February 2010

Meatball in Tomato Sauce



salam.. lama tak update blog tiap hari ambil gambar masakan tapi tak sempat2 nak update dalam blog. Ambil pun untuk simpanan sendiri dan senang kalau nak masak tak de idea gi tengok blog.. korek la resepi yang lepas-lepas.. so resepi ni asalnya dari jamie oliver tapi tengok kat blog kak hana dan sebelum ni di blog ijan..

  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar –
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs
  • 1 telur
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang –
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • garam
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan




  • Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
  • Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  • Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap


12 February 2010

Peach Mirror Pudding


Puding yang ita buat semalam. Nampak menarik di rumah kak Ummi kuantan. Resepi dari tuntung15... sedap puding ni.. tapi ita tersilap paham sebab ita guna agar2 serbuk.. jadi keras sikit puding ni.. patutnya guna intast jelly nona tu baru betul.. patut la mula pelik tengok banyaknya guna instant jelly.. tak pe lain kali leh buat lagi.. kalau nak buat guna agar2 serbuk pun boleh rasanya tapi kena kurangkan kandungan agar2 tu..

untuk rujukan akan datang..

Bahan-bahan ( Terpulang kepada bekas desert )

* 300ml air
* 150ml peach juice
* 450ml susu segar
* 150gm gula
* 30gm instant jelly
* 40gm tepung custard
* 1/2 sudu teh rata garam
* 2 biji kuning telur
* Sedikit esen vanilla
* Buah peach dipotong memanjang
* Untuk lapisan atas
* 650ml air + lebihan peace juice (jika ada)
* 60gm gula (kalau ada lebihan peace juice banyak kurangkan gula kepada 30 gm)
* 25gm instant jelly
* Sedikit peach essence
* 2 titik pewarna lemon yellow

Cara-cara

1. Dalam periuk, satukan semua bahan bawah, kacau sebati baru jerangkan atas api. Ini untuk mengelakkan adunan berbintil-bintil.
2Sentiasa kacau adunan. Masak sehingga agak pekat. Tuangkan kedalam acuan deset.
3.Biar adunan sejuk/keras, bolehlah aturkan buah peach.
4.Untuk lapisan atas, satukan semua bahan, masak sehingga mendidih. Tuang kedalam mangkuk desert perlahan-lahan. Kena tuang pelahan kerana desert lembut takut nanti lapisan bawah pecah dan berselerak.
5.Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais. Enak dimakan sejuk.

09 February 2010

Kek Pisang


salam semua.. buat kek pisang ni semalam sebab hari tu kawan ita Maz bawa datang rumah ita waktu buat majlis Yassin minggu lepas. sedap kek ni.ita minta resepi dari Maz.. ita letak kat sini ye maz.. senang nak rujuk bila diperlukan. Yang ita suka sebab kek pisang ni ada bintik2 hitam tu.. happy sangat sebab buat kek pisang menjadi bintik2 hitam tu.. selain tu kalau dibakar garing sikit sedap juga tapi jangan sampai rentung sudah la.. ita buat separuh adunan je sebab pisang ada 2 ketul je..

1 ¾ cawan tepung gandum
¼ cawan tepung jagung
1 cawan gula
3 biji telur
4 biji pisang
1 cawan minyak
1 camca kecil soda bikarbonat
Secubit garam

Cara:
1.Pisang dilenyek hingga hancur.( ita buat tak hancur racik2 halus je)
2.Pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan soda yang telah diayak ke dalam adunan.
3.Bila telah sebati, masukkan pisang, garam dan minyak, gaul hingga sebati.
4.Bakar dengan api yang kecil lebih kurang selama 1 jam.

08 February 2010


Semalam nampak hari cerah je.. tambahan papa memang dah janji nak bawa kami jalan-jalan naik basikal ke area Sakuragicho. Seronok sangat.. Ita suka naik basikal kat sini sebab ada laluan basikal dan pergi naik basikal rasa luas pemandangan sambil tu boleh berhenti ambil gambar. Lagi pun dari rumah ita ke bandar dekat je lebih kurang 20 minit naik basikal... sambil lalu ke arah sakuragicho tu kami lalu di Anpanman Museum jadi Fathnin nak pergi.. Papa singgah .. wah best sebab banyak benda2 menarik disini.bukan ada museum sahaja ada banyak kedai menjual barang2 anpanman. Anpanman ni karektor kartun yang glamour diJepun ni.. comel sangat.. semua barang2 kat sini berunsurkan anpanman seperti kedai roti, kedai potong rambut untuk kanak2, kedai baju2, tempat bermain, buat video,kedai menjahit dan kedai barangan anpanman. untung plak kami singgah hari ni sebab Anpanman dan baikingman( karektor jahatnya) ada plak jumpa pengunjung.. berebut budak2 nak salam dan pegang.. Fathnin pun sama... Fathnin happy sangat.. lain kali boleh datang lagi.. InsyaAllah











<

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG