20 September 2011

Salam semua.Hujung minggu baru-baru ni di Jepun ada cuti 3 hari dari hari sabtu, ahad dan isnin. Disebabkan suami sebenarnya agak busy sekarang jadi tak terfikir nak ajak dia berjalan walaupun dalam hati syoknya kalau dapat berjalan. Sebenarnya anak-anak dah lama bising nak mandi laut. Tambahan diJepun laut hanya buka waktu musim panas saja. Bila di lihat di website-website laut yang ada banyak yang dah tutup untuk mandi. Tapi rasanya nak mandi boleh hanya risiko sendiri tangung agaknya dan tak de orang yang buat aktiviti mandi manda laut.

Malam sebelum tu suami balik dari lab dan kata esok nak jalan ke.. bestnya kalau dapat jalan jadinya dia kata kita mandi laut nak.. wow seronok sangat rasa.. hanya laut tu yang tak sure nak pergi yang mana sebab ita tak banyak tahu tentang laut yang bagus di jepun ni. lagi pun nak pergi yang dekat-dekat je.. bila dilihat suami kata kita pergi ke Miura Kaigan Coast. Teringat hari tu ada tanya ida tentang laut miura tu. malam tu kami search di Internet suami kata laut tu dah tutup untuk mandi kot.. jadinya rasa frust plak.. tambahan tengok cuaca kemungkinan hujan tapi suami kata kita pergi je mana tahu ada orang yang mandi.. ihihhihi disebabkan plan last minit memang tak sempat nak mengajak kawan-kawan kat sini join. Bukan apa kami hari Ahad tak boleh pergi sebab kena servis kereta dah booking jadinya suami kata kalau nak pergi hari sabtu je.. lepas tu dia sibuk.. maaf ye Aliza, Maz, Nik, murni, adnin ( walaupun keluarga mertua ada) kalau terbaca tak mengajak untuk mandi-mandi bersama sebab last minit malam tu baru buat keputusan dan yang penting tak sure laut boleh mandi ke tak .. takut ajak nanti tak berbaloi pergi sebab tak leh mandi..

Pagi tu bangun agak awal juga lepas subuh tak tidur terus siapkan bentou itu pun masak simple2 je onigiri tuna mayonis dan pasta peperoncino. tak sempat nak buat cucur ke apa sebab suami ajak pergi awal dalam 630 pagi dah gerak.. mengikut navi kami sampai jam 8 pagi.. kalau di Malaysia 8 pagi tu masih awal lagikan tapi kalau di jepun ni matahari dah panas dah ketika ni.. jadi tak nak mandi lambat-lambat takut terik sangat mataharinya. Sampai je disana betul sangkaan kami memang tak de orang kat pantai.. suami kat atak dapat la kami nak mandi .. huhuhuhu.. berhenti sekejap tengok pantai dan sambil tu search tengok apa yang menarik tengok ada Misaki Port dan kami ke misaki port. banyak orang memancing disini ..disini ada pasar ikan tapi tak de pula pasar ikan tu kalau mengikut jadual di website tu pasar ikan tu buka pada hari ahad. Jadinya jalan-jalan sekejap dan amik gambar mana yang sempat je.









Bila dah puas jalan-jalan situ suami ajak tengok balik dikawasan pantai ada tak orang yang datang. kami lihat ada orang yang nak surfing disini.. Ada satu family dengan 2 orang anak yang sedang pasang khemah macam nak mandi.. jadi suami kata jom kita pergi mandi disitu.. hihihihi seronok bila Fathnin dengar yang dia boleh mandi laut. kami ada bawa khemah juga tapi tak pasang sebab melihat angin yang sungguh kuat dan panas terik . Jadi kami hanya bentang lapik untuk duduk sahaja. disebabkan pantai ini tidak landai seperti dimalaysia jadi kami hanya mandi sekejap je. Itu pun fathnin takut dengan ombak yang kuat.. dia banyak main pasir di tepi pantai je. ita dan suami memang tak berani mandi jauh mandi di gigi air sahaja. Bila nak cuci badan sebab ombak yang kuat membawa pasir yang banyak tengok tandasnya tidak menyediakan tempat untuk bersihkan badan. Ita dan suami ada membawa botol untuk menadah air dan sambil itu mengelap badan anak-anak dengan air yang ditadah di sinki. setelah semuanya bersih kami lihat jam menunjukkan pukul 11.30 pagi masih awal lagi.. kami makan-makan sekejap di kawasan kereta dan sambil suami mencari tempat untuk dituju seterusnya.












Sebelum ini ita ada lihat di blog ida tentang Kurihama Flower Country ( kurihama hana no kuni) ni dan bila check website memang sekarang ada bunga disitu tapi belum betul kembang. Jadinya ita cakap pada suami dan suami kata jom je pergi alang-alang dah sampai ke kawasan tu.. dari pantai tu dalam 20 minit kalau tak silap ke taman ini.



Taman ini di Kurihama. Ini link taman tu.Biasanya pada bulan september dan oktober ada bunga cosmas disini dan bulan april hingga mei ada bunga poppy pula.Masuk taman ini percuma hanya perlu membayar 600 yen untuk parking. Bila masuk sahaja taman ini dari map yang diberi besarnya taman ini. Di pintu masuk ada pertandingan menari tarian Hawaii oleh orang dewasa dan kanak-kanak. Kami tak tengok pun sebab mata lebih tertumpu pada bunga yang cantik. Betul seperti didalam website tu bunga cosmos belum kembang lagi..:( jadi ambil gambar dengan bunga zinnia yang sedang kembang sekarang.

















Fathnnin nampak ada keretapi yang boleh dinaiki untuk pusing taman ni. Disebabkan cuaca yang panas kami pun naik keretapi ni sebab panas nak berjalan. Tiket yang dikenakan 200 yen seorang untuk sehala dan boleh berhenti dimana-mana perhentian.sepanjang perjalanan tu banyak bunga-bunga lain yang ada tapi disebabkan diatas keretapi ita tak ambil pun gambarnya. Ada taman juga disini untuk kanak-kanak untuk masuk tak silapnya 500 yen.. kami tak pergi pun sebab panas. lagi pun Fateh tidur sepanjang di taman ni.Kami ambil keputusan untuk berhenti di perhentian yang hujung. Sampai diperhentian hujung tu nampak cosmos warna jingga (oren) dah kembang.. jadi ambil gambar disini sekejap..











Waktu perjalanan keluar ketempat letak kereta nampak bunga cosmos yang dah kembang. Ini dibahagian luar taman. Jadi ita ambil gambar sekejap.. muka model mama ni pun dah penat dah..:P




a

a
ng

32 Comments:

  1. Amie said...
    Assalamualaikum Ita,
    cerita laut terus meleret sampai ke taman bunga.... cantiklah foto2 tu...anak2 mesti rasa seronok dapat berjalan2 ye...
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    Bestnyer Boley mandi laut
    Weols this year x mandi laut pun
    Sbb di advice jgn mandi if nk mandi kena mandi lepas teluk chiba...sedeyyyyy

    Wahhh pics akak sungguh curlasttt
    Gaya big hat+sunglasses dh cukup vogue oke
    Anak dara akak pow dh pandai pose gituew
    anumuchan said...
    bestnyee pegi lautt..pic sume cantik2..comel sungguh anak dara akak tuu..nasib baik kecik lagi..kalau besar ramai dh cop nih nk buat menantu.heeee
    Hanis MY said...
    pengsan tgk ga,bar yg cantik menawan, pandai nya "kak ita jr" posing dah mcm anime jepun dah kawai sgt2...nak2 bila pakai topi tu...
    Nuwairani said...
    wah! bukan main lagi anak dara ni sorang ye! dh ala2 model bunga pulak! bestnya dpt berjalan2 mcm ni...
    Ira said...
    Thanks Ita for sharing those stories.. insya Allah, pjg umur n ada masa nanti kami nak dtg sinilah.. summer thn dpn la kot.. very nice view! kitorang (with Ija&Co) di Miyazakidai ni pegi kodomo-no-kuni smlm.. fenatttt ya rabbi tp best! hahaha..
    kurus said...
    sedapnyaaaaaaa dan nyamannn je ata memandang nie .. :)
    yatie chomeyl said...
    bunga cosmos dh keluar..cantek nya :)
    Asmara said...
    cantik2 gambar. suka tengok! :D
    Yatie said...
    Assalamualaikum Ita,
    uwaaaaa cun abeslah adik akak ni..walau dah ada anak 2 tapi still mcm anak dara lagi...suka tngk gambar2 Ita..yg lain2 tu pun menarik gak.....
    farhana _ teknik jasin said...
    Salam cikgu, sgt sgt sgt sgt lah teruja tgk pic sume nih. Bes kalo m'sia ade tmn mcm tu kan. No wonder sy like blog cikgu. Yes! Sy xde blog. Jus mukebuku lah. o_O
    Anonymous said...
    salam akak,
    comella gmba akak naik train tu..hehe :)
    Sheery Dream Cakes said...
    Assalamualaikum ita akak cayang..
    wah seronoknya p jejalan... pic2 yg d ambil pun cantik n menarik... comel sungguh anak2 ita... ita ayu gitu... cantik..
    anie,Nagoya said...
    jgn terkejut smpi terkedu.somi kkanie tak penh bawa g laut.just drive tu ada le.mandi-manda kat laut japan tak penh.nak tawa pun ai terima le.dah nasib.
    Sue @ Nenie said...
    Salam Kak Ita..Emmm dapat gak ya nak mandi laut...Bunga2 kat Taman tu pun cantek2 kan....
    nur easy said...
    subhanallah.. cantik2 pemandangan.. laut n pantai kat sini best kan..;)
    Deliah's Deli said...
    cantik2 gambar,tuan rumah lagi cantik!..:)
    Anonymous said...
    BARAKALLAH
    So Shy Lady (SSL) said...
    birunya laut, nmpak best je

    wow gmbarnya mnarik. pkai kamera apa ni...suka akak nengok
    Nadz Nazharzan said...
    Bestnye Itaaa.. Dapt peluang tengok negara org kan.. Cantik gambar..
    indahhouse said...
    Salam kak Juwita,

    salam hari raya. :)) Moga ceria di aidilfitri tahun ini.

    cantik juga pantai kat Jepun ya kak. cuma teringat2 tsunami, rasa gerun pulak. Tapi Alhamdulillah, nampak segalanya pulih kat sana. bunga yg brkembang nampak cantik sangat. Merimbun.. :))
    Juwita Jamaludin said...
    kak amie.. tula malas nak buat 2 entry kak satu kan je.. hihihi

    ayu anak2 nak mandi.. tak terfikir pun ayu pasal tu tapi miura ni memang bawah kasawan chiba
    Juwita Jamaludin said...
    Anum.. hahaha kecil lagi tu .. tak leh cop2.. hahhaha..


    hanis.. thanks ye dia memang suka bergambar .. tapi dah last dia dah malas dah
    Juwita Jamaludin said...
    nani.. seronok juga dapat jalan2.. rasa happy je anak

    ira.. leh gi lagi sebenarnya bunga tu lum peak lagi tau.. sampai bulan 10 tau
    Juwita Jamaludin said...
    kak ieda.. thanks kak japan memang cantik kalau betul2 tenpatnya

    yatie kat sana tentu dah keuar juga kan
    Juwita Jamaludin said...
    as.. thanks As gambar awak apa kurangnya

    kak yatie thank skak jangan puji kak nanti kembang susah plak
    Juwita Jamaludin said...
    farhana.. thanks rajinnya singgah blog saya.. hiihihi add la saya kat muka buku ..:)

    sue.. thanks alhamdulillah saja je gambar begitu
    Juwita Jamaludin said...
    kak diana.. thanks alhamdulillah anak2 ita suka jalan2..

    kak anie.. tak suka laut ye, tu yang tak gi ye.. kami suka juga jalan2 laut
    Juwita Jamaludin said...
    sue.. thanks sue.. meman cantik taman dan pantai sini

    nur betul suka sangat pantai dan permandangan di sini
    Juwita Jamaludin said...
    del thanka. ye .alhamdulilah

    so shy lady saya guna Nikon d3100 lense 55-300 mm.. selamat kenal
    Juwita Jamaludin said...
    kak naz.. tula alhamdulillah cantik taman ni kak

    indah .. alhamdulillah jangan la ada kejadian lagi.. amin
    MaDiHaA a.k.a Ratna said...
    Wahh... cantiknyer zinnia & cosmos pelbagai warna... gerammm!! rindu nak tanam2 bunga mcm dulu2....

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG