23 April 2012

Roti Burger



Assalamualaikum.. amat lama rasaya tidak menulis disini, kekangan masa sejak akhir-akhir ini membuatkan tak sempat nak lama-lama di blog kesayangan ita ini. Alhamdulillah dengan perkembangan pages Simple Homemade Cake. Amat berterima kasih dengan suami yang banyak memberi galakan dan semangat walaupun hanya pages biasa pelbagai juga onak duri yang ita lalui biarlah suami dan Allah sahaja yang mengetahui segalanya. Harap ita terus bersemangat dengan niat untuk memberi pilihan makanan halal diJepun semampu ita dan yang penting setakat ini ita amat gembira dengan apa yang ita lakukan.. Alhamdulillah..



Burger dah lama ita tak buat memang dulu selalu buat juga sejak akhir-akhir ini kesempatan masa kurang jadi baru-baru ini suami ada request untuk bawa bentou/bekal burger ke University. Adat disini setiap hari suami yang berkerja atau belajar akan membawa bekal kerana kemudahan untuk mencari makanan halal agak terbatas. Jadi memang setiap hari ita akan memikirkan menu apa untuk suami dan Fathnin membewa bekal kesekolah.

Ok lah tak boleh cerita panjang2 sebab banyak yang menanti.. bagi yang ingin memcuba membuat burger sendiri boleh lah cuba dan bagi ita ia amat sesuai dengan tekak kami.. Untuk resepi burger ini adalah dari blog kak hana.. dan untuk resepi dagingnya adalah resepi yang ita ubah suai dari chicken nugget ita.. nanti ita masukkan belum berkesempatan nak taip ye..:( kita buat roti dulu lah..:)

Bahan-bahan * ita dapat 12 ketul yang besar)

  • 250 gram tepung high protein/ tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 besar tepung susu
  • 1 ½ sudu teh yis
  • 1 biji telur (kecil) - (tingglkan sdkit utk gliss pd roti)
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 100 ml susu segar
  • 60 ml air suam
Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara-cara
  • Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
  • Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
  • Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. *hana tambah:Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
  • Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.

28 March 2012

Puding Bunga Coklat Putih



Salam semua. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk menaip disini. Minggu ini ita sibuk dengan urusan persekolah fathnin mingu depan. Memang tak sabar sangat Fathnin nak bersekolah tambahan bila dia lihat barang-barang sekolahnya yang baru. Untuk pengetahuan kawan-kawan di Malaysia tahun baru atau permulaan sesi persekolahan di Jepun adalah pada bulan April. InsyaAllah Fathnin akan masuk darjah satu disekolah Jepun di Yokohama ni.


Baikla 2 minggu lepas ita ada mencuba Puding Bunga Coklat Putih ini. Idea ini datang setelah fathnin dan fateh suka makan coklat, disebabkan banyak didalam peti sejuk ita cuba untuk buat puding ini. Alhamdulillah sedap sangat pada tekak kami sekeluarga dan suami ita juga memuji kesedapan puding ini. Rasa puding ini seakan-akan rasa puding susu tapi lemak sedikit.Tambahan sebagai asas dibawahnya ita gunakan biskut mentega dan bila ia dimakan bersama puding memang serasi. Disebabkan Sakura bakal menjelma di Jepun ita buatkan corak bunga di atas puding ini. Sebenarnya dah 2 kali ita buat puding ni, pertama buat untuk mencuba kali kedua ita buat disebabkan permintaan anak-anak ita sempat ambil gambar untuk puding ni dapatlah ita kongsikan resepinya disini. Bagi yang ingin mencuba boleh cuba resepi ini, hanya untuk membuat corak diatas puding ini agak rumit sedikit jadi boleh baca cara ita buat ye dengan teliti.




Puding Bunga Coklat Putih.

Saiz acuan 15 cm x 15 cm
Lapisan bawah ( asas)

60 gm biskut digestive atau mentega
30 gm mentega
1 sudu susu cair

Lapisan Tengah ( coklat putih)

4 g serbuk agar-agar
200 ml susu cair
250 ml air
50 g coklat putih
sedikit esen vanila
2 sudu gula ikut kemanisan masing-masing
sedikit pewarna pink

Lapisan atas

3 g serbuk agar-agar
100 ml susu cair
200 ml air
80 ml yogurt
5 sudu gula

Cara-cara
  1. Untuk membuat lapisan bawah dahulu. Kisar halus biskut dan cairkan mentega. Gaul mentega dan biskut sehingga rata masukkan satu sudu besar susu. Gaul rata.
  2. Ambil acuan 15 cm x 15 cm dan alaskan dengan kertas minyak. Tekan biskut kedalam acuan hingga rata. Masukkan ke dalam peti sejuk sebentar.
  3. Untuk membuat lapisan tengah. Masukkan air kedalam periuk dan masukkan agar-agar dan masak menggunakan api sederhana . kacau dan masukkan susu,gula, coklat putih yang telah dicairkan, esen vanila dan sedikit pewarna pink. Setelah rata dan mendidih sedikit tutup api dan bahagikan 1/3 bahagian. 1/3 bahagian tadi di masukkan ke dalam bekas kecil yang sedikit tingi. simpan sebentar didalam peti sejuk.Ini untuk membuat bunga diatas agar-agar ini. baki 2/3 dibiarkan didalam periuk tanpa dibuka apinya. Sambil membuat lapisan atas masukkan adunan 2/3 kedalam acuan agar-agar tadi.
  4. Untuk membuat lapisan atas. Masukkan air kedalam periuk kemudian masukkan agar-agar, gula dan kacau sebentar masak menggunakan api sederhana. Setelah gula larut masukkan yogurt. Kacau terdapat titik-titik putih terbentuk disebabkan yogurt tadi. Kacau dan tutup api.
  5. Ambil adunan 1/3 yang telah keras dan tekap mengikut bunga kesukaan dan ketepikan. Untuk adunan didalam acuan tadi,setelah lapisan tengah agak keras sedikit lorek-lorekkan sedikit dan susun bunga-bunga yang telah ditekap tadi. Bunga-bunga ini biar tinggi sama rata dengan lapisan yang ingin dibuat.
  6. Curahkan lapisan atas perlahan-lahan menyamai lapisan bunga yang dibuat tadi.
  7. Biarkan puding mengeras dan bolehla dipotong setelah ia siap.


17 March 2012

Kek Tempahan

Salam semua, malam ni saja mengadap laptop sekejap hilangkan mengantuk mata ni. Walaupun badan penat bila dapat sekejap tengok rasa happy sangat. Terima kasih kepada kawan-kawan yang komen entry sebelum ini. InsyaAllah ada kesempatan ita buat kunjungan balas walaupun lambat sedikit.. InsyaAllah ita datang..:)


Saja ita nak share kek yang ita buat dalam beberapa minggu yaang lepas. Ada tempahan, ada yang ita buat untuk meraikan majlis perpisahan student yang tamat belajar. Alhamdulillah seronok juga bila bermain dengan icing dan sugar paste. Walaupun masih baru, ita akan cuba belajar sikit-sikit. Moga kemahiran yang Allah ilhamkan akan memberi manfaat buat ita nanti.




Kek Death by Chocolate Cake



Kek anniversary- kek ni dihantar secara pos





Kek untuk Farewell Party Yokoms YNU

15 March 2012



Salam semua. Masuk entry lambat macam siput sekarang ni. Banyak sangat sebenarnya entry tertunggak tau. Ada resepi baru juga yang dicuba tapi belum sempat nak share disini sebenarnya. Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk mengetuk papan kekunci di komputer ni. Bila dapat taip sahaja disini hilang rasa penat memasak kerana berkongsi cerita dan resei dengan sesiapa yang sudi membaca blog ita ni.

Nasi daging berempah ni memang dalam perancangan nak buat minggu ni. Sebelum ni pernah buat tapi menggunakan resepi lain. Kebetulan untuk menu bekal/bentou yang ditempah untuk hari ini adalah nasi daging jadinya ita buat resepi ni. Alhamdulillah resepi ini bagi tekak ita amat memenuhi citarasa. Anak-anak pun suka dan sedap rasanya. Resepi air asam yang dikongsi juga amat memikat selera. Sedap..:) ita terlihat di rumah ika semalam. Jadi bagi orang disorongkan bantal terus ita gunakan resepi ni.


Okla tak boleh berbicara panjang banyak lagi perkara yang menanti. Untuk resepi ini ita gunakan resepi kak Fida dan untuk air asam ita gunakan resepi ika.. Terima kasih kedua-duanya..Bagi yang ingin mencuba resepi ini amat sedap..:) selamat mencuba..:)




Nasi Daging Berempah

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
1 kilo beras - basuh dan toskan
500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
1 cawan susu cair
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
Air secukupnya
daun sup dan daun bawang - dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
2 sb ketumbar biji*-disangar
2 sk jintan halus/putih*- disangar
1/2 jari halia*
2 sb kismis*
4 tangkai cili hijau*
penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik
1sb rempah kari daging- ikut ika yang tambah ini


Cara-cara
  1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.
  2. Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan.(Yg ni kita tak buat sbb lepas tumis sume bhn dan dah naik minyak n bau baru kita masukkan daging mentah n masuk air sikit tunggu mendidih n masak daging tu dan ikut step seterusnyer.)- ita pun buat mcm ika
  3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
  4. Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.
  5. Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.
  6. Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  7. Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.

Air Asam

Bahan2

4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa
1 sk gula a
secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat


08 March 2012





Assalamualaikum.. Alhamdulillah diberi kesempatan dan kerehatan badan hari ni setelah sibuk dalam minggu ini. InsysAllah esok ada lagi tugasan yang menanti apabila ada hari yang rehat seperti hari ini, dapat la ita menjenguk sekejap blog kesayangan ita ini. Bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan sehingga hari ini, semoga ita akan sentiasa sabar dan bersyukur dengan apa yang ita perolehi.

Semalam adalah hari jadi ita. Seronok sangat semua keluarga, teman dan teristimewa suami dan anak-anak ita mengembirakan ita semalam. Yang paling terharu walaupun suami ita agak sibuk semalam sebab ada conference yang perlu dia hadiri dan membuat pembentangan kertas kerja namun tetap meluangkan masa untuk membuat kejutan. Terima kasih abang diatas kejutan dan hadiah. Moga abang akan sentiasa diberikan kemudahan dalam segala urusan dan berjaya dunia dan akhirat ye. Fathnin pun curi-curi tulis kad untuk mama supaya mama rasa gembira ,sama juga dengan fateh yang diajar oleh kakaknya walaupun hanya contengan sahaja tanpa huruf mama amat hargainya.

Pertama kali dalam hidup buat dan hias kek sendiri dihari lahir. Sebelum ni tak pernah pun, selalu buat untuk anak-anak je. Ita mulanya pening juga nak buat kek apa.. bila nampak noorsha buat terus nak buat dan ita cari resepinya dirumah kak noor. Terima kasih kepada Dayang jack dan Rahel benjamin diatas gabungan resepi yang sedap dan menarik. Untuk membuatkan kek ini lebih rasa coklat ita tambah coklat mousse diatasnya dan diletakkan topping diatasnya.. Bagi yang belum mencuba boleh la mencuba kerana ia amat sedap..:)


Resepi ini ita ambil didapur kak nor resepi asalnya dirumah rahel namun ita olah sedikit untuk meletakkan chocolate mousse diatasnya ye.




Bahan:
1 adunan Chocolate Cake*
SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung ~ k.nor lebih suka guna melted butter
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek.
  2. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  3. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  4. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  5. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Bahan Lapisan Keju:
250g cream cheese
70g gula kastor
20g tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
25ml air
3 sudu besar blueberry filling (tak letak pun tak apa)


Cara:
1.Panaskan air dalam periuk pengukus.
2.Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
3.Ambil satu bahagian adunan kek coklat, tuang ke dalam loyang dan kukus
selama 15 minit.Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
4.Kemudian pukul cream cheese,gula,tepung gandum,jus lemon dan air
sehingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
5.Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi.Ratakan.
6.Letakkan (dot2kan guna sudu kecil) blueberry filling dipermukaan adunan
cream cheese tadi.Kukus lagi selama 15 minit.
7.Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese
dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.

pesan:
*air kukusan hendaklah betul2 mendidih sebelum mengukus kek.
*balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap.
*tiap lapisan kek dikukus dengan api sederhana sahaja.






Chocolate mouse

2o0 ml whipping cream
2 sudu gula
3 sudu serbuk koko dibuat pes
1 sudu besar gelatin halal + 4 susu besar air sederhana panas

Cara-cara
  1. Masuk semua bahan kecuali gelatin dan pukul.
  2. Bila hampir gebu masukkan gelatin dan pukul hingga gebu.
Cara meletakkan chocolate mouse

  1. Setelah kek diatas siap dan sejuk tanpa mengeluarkan dari loyang masukkan lapisan coklat mousse. ratakan dan simpan didalam peti sejuk. ita guna loyang yang boleh dibuka dari bawah.
Ganache
200 ml whipping cream
500g cooking chocolate- ita guna 2 bar coklat meiji
1/8 cwn golden syrup- ita tak letak
4 sudu serbuk koko- ini ita tambah


cara
  1. Didalam periuk kecil atau double boiler didihkan whipping cream
  2. Dengan menggunakan api yang kecil masukkan cooking choc. kacau sebati
  3. tambahkan golden syrup( jika perlu)
  4. setelah sebati kacau dan boleh padamkan api.
Cara menghias

  1. Setelah kek yang disimpan didalam peti sejuk siap keluarkan dari loyang. kemudian tuangkan coklat ganache diatas kek tersebut. ratakan dan hias mengikut kegemaran.


04 March 2012




Salam semua. Diberi kesempatan untuk menaip disini. Minggu ini dalah minggu yang agak rehat sedikit bagi ita, dihujung minggu pun tiada aktiviti badminton dan tempahan yang perlu dihantar jadinya sempat ita menyediakan juadah yang istimewa dan melayan permintaan Fathnin untuk makan jelly atau puding kegemaran. Fathnin memang suka Puding atau jelly jadinya bila nampak puding atau jelly di kedai atau supermarket selalu minta ita buatkan dirumah. Nak beli dikedai terkadang tak boleh makan disebabkan kebiasaannya bahan yang digunakan menggunakan gelatin.


Jelly yang ita nak kongsi hari ini juga adalah permintaan fathnin. Kebetulan di kotak "dessert cup' yang ita gunakan untuk membuat jelly ini ada gambar jelly seperti yang ita buatkan. jadinya dah lama sangat fathnin minta untuk ita buat jelly seperti itu. Belum punya kesempatan untuk buat. Alhamdulillah hari ini terlaksana juga. Disebabkan tiada resepi yang diberi hanya gambar sahaja jadi ita olah mengikut gambar dan bagi ita jelly ini amat sedap. Hanya untuk buah itu ita rasa bagi yang tiada buah raspberry boleh tukar ke buah strawberry, ita guna pun buah raspberry yang frozen namun agak masam sedikit dibuahnya namun dijelly tidak. Bagi yang gemar strawberry boleh tukar ke buah strawberry ye.




Baiklah boleh lihat resepi yang ita kongsikan disini. Alhamdulillah menepati citarasa kami sekeluarga.Puding jelly ini mempunyai 3 lapisan lapisan yang bawah sekali iaitu lapisan biskut, lapisan kedua menggunakan kastad dan lapisan ketiga dalah jelly raspberry. Untuk adunan yang ita kongsikan adalah untuk 6 cawan seperti didalam gambar. Jika keluarga yang besar boleh gandakan sukatan dan ia amat sedap dihidangan secara dingin






Puding Jelly Kastad Buah Raspberry

Bahan-bahan ( 6 cup seperti didalam gambar)

Lapisan bawah

5-6 keping biskut digestive ( ita guna biskut digestive coklat)
2 sudu mentega dicairkan

cara-cara
  1. Hancurkan biskut dan gaul dengan mentega kemudian masukkan kedalam acuan puding dan simpan didalam peti sejuk.
Lapisan kastad.

2 cawan susu cair
1/2 cawan air
3 sudu besar tepung kastad
1/4 sudu kecil serbuk agar-agar
4 sudu gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sedikit esen vanilla

Cara-cara.
  1. Masukkan air, susu, serbuk agar-agar dan gula. Setelah itu masukkan tepung kastad dan titiskan sedikit esen vanilla. masak sehingga adak likat.
  2. Sejukkan sebentar dan tuang kedalam cawan yang telah di letakkan lapisan biskut tadi dengan ketinggian 3/4 tinggi saiz cawan.
Lapisan Jelly

2 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
5 sudu besar gula ( bergantung kepada kemanisan masing-masing)
1 cawan buah raspberry/strawberry

Cara-cara
  1. Masukkan air didalam periuk dan masukkan semua bahan, masak sehingga semuanya sebati.
  2. Tunggu adunan ini sejuk sebentar sebelum dimasukkan kedalam cawan jelly tadi.
  3. Boleh dihias dengan buah raspberry atau Strawberry diatasnya.
  4. Simpan didalam peti sejuk sebelum dihidang.






02 March 2012

Red Velvet- Tahniah Cupcake





Salam semua. Alhamdulillah kita sudah melangkah ke bulan Mac. Bulan ini bulan istimewa buat diri ita.. Apa yang istimewanya ita rasa keluarga ita semua tahu rasanya..:) Setiap hari asyik tercari-cari masa untuk menaip disini, moga diberikan waktu dan kelapangan untuk berblog dengan masa yang diberkati.


Ita sekadar nak share cupcake yang ita buat minggu lepas untuk majlis perpisahan rakan yang telah tamat pengajian di Chiba. Chiba adalah nama tempat bersebelahan sahaja dengan Yokohama. Jadinya apabila ada je undangan untuk majlis ini ita terfikir apa buah tangan yang ingin ita berikan. Alhamdulillah walaupun sibuk dengan tempahan untuk disiapkan ita sempat membawa cupcake ini dan peach cheese tart untuk majlis tersebut.



Untuk cupcake ini ita mengunakan resepi kak zai yang diambil dari Nina suria @mon. Ita buat versi cupcake. Bagi ita sedap kek ni dah beberapa kali juga buat. Untuk cream atasnya juga ita guna resepi yang sama untuk cream cheesenya. Untuk hiasa pula ita gunakan sugar paste untuk tulisan tahniah, untuk bunga tu sebenarnya gunakan biskut oreo sebagai basenya dan coklat M&M sebagai lady bird. Tapi tula butter cream ita kurang menyerlah warnanya dan cair sikit, jadi susah sikit nak menghias..:( Takpe lain kali boleh cuba lagi.. Disini ita kongsikan resepi red velvet dari blog kak zai ni..:) Terima kasih kak.





RED VELVET CAKE

Bahan-bahan
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright -
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam-
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) -
1 sudu makan cuka makan


CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak mengunakan api 170 darjah selama lebih kurang 35 minit.
8. Keluarkan kek dari acuannya setelah kek masak.- ita buat cupcake.



KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
11/2 cawan krim putar-
2 sudu gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.


27 February 2012

Death By Chocolate Cake


Salam semua. Hampir ke penghujung Februari, beberapa entry sahaja yang sempat untuk di kongsi disini bulan ini. Alhamdulillah dengan kelapangan masa yang dapat diperuntukkan hari ini. Moga ia bermanfaat dan dapat ita kongsikan sesuatu yang baik agar dapat digunakan dimasa hadapan sebagai rujukan.


Minggu lepas ita sempat membuat kek coklat mengunakan "death by Chocolate Cake". Sebenarnya resepi ini pernah ita buat tetapi tidak dikongsi disini. Kelmarin ita masukkan di dalam Facebook dan di Simple homemade Cake pages ada yang meminta untk ita berkongsi resepi ini jadinya hari ini ada kesempatan ita masukkan resepinya disini. Ita ada ubah sedikit dibahagian mousse nya dengan memasukkan sedikit gelatin. Ini untuk memberikan mousse kek ini berada dalam keadaan yang keras dan mudah dipotong. Kek ini amat sedap dan ita amat suka dengan resepi ini. Untuk hiasan kek kali ini ita mengunakan sugar paste. Ita tambahkan air sahaja dan boleh la menguli sugar paste tersebut serta membentuk mengikut kehendak dan kerativiti masing-masing.

Resepi ini adalah resepi MrsDayat di Myresipi. Ramai kawan-kawan yang telah memberi laporan masakan disitu. Memang kek yang menepati citarasa dan sedap. Tidak rugi untuk mencuba. Ita kongsikan pula disini resepinya.



Death By Chocolate Cake

Bahan-bahan ( loyang 9" )
2 cwn gula (kisar)
2 cwn tepung (ayak)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder
1 cwn susu cair
1 cwn minyak(sy gune butter cair)
1 cwn air panas didih
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila

**utk ganache**
2 cwn whipping cream
500g cooking chocolate- ita guna 2 bar coklat meiji
1/8 cwn golden syrup- ita tak letak
4 sudu serbuk koko- ini ita tambah

utk whipped cream
1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara
  1. tepung ,koko powder,soda bikarbonat,baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. Akhir sekali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. boleh juga kukus selama lebih kurang 1 jam
**utk ganache**
  1. Didalam periuk kecil, didihkan whipping cream
  2. Dengan menggunakan api yang kecil masukkan cooking choc. kacau sebati
  3. tambahkan golden syrup
  4. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
Untuk whipped cream..
  1. pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak,
  2. kemudian tuangkan 1 cawan choc ganache yg di ambil dari langkah sebelum ini. kacau sebati.
  3. Bagikan 1/3 whipped cream yang telah siap tadi
  4. Masukkan 1 sudu gelatin dan 2 sudu air suam didalam mangkuk setelah gelatin cair masukkan ke dalam 1/3 adunan whipped cream tadi.
Cara menghias kek
  1. kek yg dah siap..di potong tengah- tengah
  2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.Gunakan bahagian 1/3 yang telah dimasukkan kedalam gelatin tadi. Jika ada acuan spring foam gunakan acuan ini .kemudian lapiskan dgn kek yg separuh.
  3. Ita menggunakan acuan spring foam jadi ita simpan sebentar didalam peti sejuk lebih kurang 20 minit. setelah itu keluarkan kek dari acuan spring foam.
  4. sapu lebihan 2/3 whipped cream hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  5. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).
  6. Hias kek mengikut kreativiti sendiri
  7. simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit.


21 February 2012

Salam semua. Lama sudah ita tidak ke blog. Terkadang ada juga ita intai-intai blog ini tapi memang tak sempat untuk balas komen setiap yang berkunjung apatah lagi untuk balas komen di blog kawan-kawan. Terkadang amat rindu dengan gurau senda kawan-kawan blog namun kemampuan ita tak terkejar jika ingin buat semua benda jadi ada yang perlu dikorbankan. Harap kawan-kawan blog tak melupakan ita ye..:(

Alhamdulillah hampir 2 bulan Simple Homemade Cake beroperasi dan kami amat berpuas hati dengan perkembangannya. Walaupun tidak la semaju mana tapi bagi ita ia cukup mengubah kehidupan harian ita tambahan yang paling ita suka, masa ita terisi dengan padat aktiviti yang menyeronokkan disamping galakan suami, keluarga dan kawan-kawan membuatkan ita sentiasa bersemangat. Suami ita adalah tulang belakang ita yang sentiasa memberi semangat dan idea dan terima kasih Allah dengan nikmat-nikmat ini. Buat kawan seperti kak June dan Ida yang memberi semangat dari awal lagi ita
amat menghargainya.


Contoh Bentou menu nasi putih
Contoh Nasi lemak
Pembukaan Simple Homemade Cake sebenarnya sekadar memberi pilihan untuk mereka yang mencari Cake Halal dan Frozen food halal ( kek halal dan makanan sejuk beku halal) diJepun ini. Selain ia juga sebagai mengisi masa yang ada dengan perkara yang bermanfaat buat ita. Alhamdulillah..:) Seronok rasanya bila setiap pelanggan yang memberi komen yang positif dan membina walaupun mungkin ada kelemahan kami dimana-mana namun setiap yang dititipkan itu amat berharga buat ita. Ingin ita kongsikan disini setiap gambar yang dikongsikan oleh penempah namun cukup la ini sekadarnya untuk tatapan semua orang agar ia menjadi sebagai semangat buat ita dan kenangan di masa hadapan.
Red velvet Cake
Blueberry Cheese Cake
Blueberry crumble pie
Penghantaran bento mengunakan plastik makanan

Dibawah antara komen-komen yang dikongsi menggunakan sms



Kami juga mendapat banyak pertanyaan dan cadangan untuk menghantar kek dan frozen food keseluruh Jepun bagi yang memerlukannya. Sebagai memenuhi permintaan Alhamdulillah kami telah pun membuka tempahan bagi mereka yang menginginkan makanan sejuk beku secara pos. Di Jepun perkhidmatan pos amat efisyen dimana kita boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran secara sejuk beku dan ia boleh sampai kepada penempahnya dalam masa paling awal 1-2 hari saja. Alhamdulillah dengan setiap bantuan ini. Makanan- makanan yang kami tawarkan seperti ikan sumbat sambal, karipap, donut, pancake, pizza, nugget dan beberapa item lagi yang boleh dilihat di album frozen food. Penerangan dan cara untuk penghantaran ada dimuatkan di album delivery info di pages Simple Homemade Cake. Untuk memudahkan penempah kami juga telah merangka pakej yang menguntungkan untuk memaksimumkan kos penghantaran. Bagi yang menginginkan penjimatan tersebut boleh lawat di pages kami juga..:)


Pakej yang menguntungkan

Terima kasih diatas sokongan semua. Moga ia memberi manfaat buat diri kami dan mereka yang memerlukannya..:)

08 February 2012

Kek Black Forest


Salam semua. Ini adalah auto publish post. Semalam selepas je masukkan entry Tart Buah-buahan tu ita terus masukkan entry ni juga untuk di siarkan hari ini. Nak tunggu masa yang betul-betul free tak tahu bila jadinya ita masukkan sebelum banyak lagi gambar dan resepi yang ingin dikongsi tidak dimasukkan.

Hari ini tuan rumah tak de InsyaAllah dah sampai ke Yeti Snow town di kawasan gunung Fuji. Hujung minggu lepas suami ita ajak pergi dia kata nak main ski walaupun bulan 12 hari tu dah pergi Hakuba tapi disebabkan rasa nak main lagi suami ajak ita pergi tempat bermain ski yang dekat dengan Yokohama iaitu dalam 2 jam perjalanan menaiki kereta. Yang menariknya kawasan ini dibelakangi permandangan gunung Fuji. Cantik jika hari cerah boleh ambil gambar dengan jelas. Sebenarnya waktu kawan ita dari Malaysia datang tempohari kami nak bawa kesini tapi tak kesampaian disebabkan waktu tu kereta kami tak tukar tayar untuk salji. Jadinya terpaksa la kami main salji di kawasan rehat sahaja. Bagi yang berada diJepun yang ingin bermain salji sambil melihat keindahan gunung Fuji bolehla ke sini.:)



Berbalik kepada resepi yang ingin ita kongsikan hari ini. Kek ini adalah kek tempahan dari Ida yang menempah untuk harijadi suaminya. Suami ida diYokohama ni dan Ida di Malaysia. Kebetulan kami di Yokohama ada buat majlis ilmu dan perpisahan untuk beberapa adik dan rakan-rakan yang ingin pulang terus ke Malaysia jadi Ida minta untuk membuat kejutan buat suaminya. Berdebar juga ita untuk menjalankan amanah orang tambahan orang jauh. Alhamdulillah dipermudahkan dan seronok bila suaminya happy dan ramai yang menyatakan amat beruntung suami kerana mendapat isteri yang mengingati dan tidak lupa menggembirakan suami walaupun berjauhan. Terima kasih ida kerana percaya pada Akak..:)

Kek ini adalah kek Black Forest. Sedap kek ini. Ita kongsikan disini resepinya. Walaupun ita ada menerima tempahan bagi ita resepi yang kita gunakan tidak perlu dirahsiakan tambahan kita juga mengunakan resepi orang lain...:) Bagi ita jika mampu boleh buat sendiri tapi kalau tak cukup masa dan mungkin kemahiran belum cukup ita boleh tolong buatkan..:P kek ini bagi ita sedap gabungan kek coklat dan jelly blueberry serta taburan buah blueberry dan coklat chip membuatkan kek ini tambah sedap.

Untuk resepi ini boleh la lihat di Blog kak Ena Lovely Kitchen. Ada step by step disitu. Ita juga lihat di blog kak Azlita sebagai panduan.Terima kasih ye kak. Sedap kek ini boleh cuba bagi yang mengemari kek coklat.



Kek Black Forest


RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:

* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:

1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.


BAHAN B:

* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.

Cara-cara:

1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.


BAHAN C:

* 3 biji putih telur
* 60 gram gula castor
* 1/4 sudu kecil cream of tar tar
* Loyang kek 18cm / 7inci



Cara-cara:

1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan di atas redai.


CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST

Bahan-bahan:

* Whipped Cream (200ml) ( ita guna 300 ml)
* 25 gram gula halus
* Chocolate Syrup Hershey's
* Jem blueberry ( ini ita tambah)
* Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je
* Buah cherry bertangkai secukupnya
* Chocolate parut
Cara-cara:

1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis.
2. Pukul whipped cream bersama gula sehingga pekat, ringan dan gebu. (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
3. Sapukan chocolate syrup Hershey's di atas lapisan pertama. Ita sapukan blueberry jem yang dicairkan sedikit.
4. Kemudian sapu rata whipped cream di atas jem blueberry tadi.
5. Susun Dark Pitted Cherry. ita gunakan buah blueberry segar dan taburkan juga coklat chip.
6. Tutup dengan satu lapisan kek.
7. Kemudian ulang langkah 3 - 6 untuk lapisan kedua.
8. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream di seluruh kek.
9. Tabur chocolate parut di tepi kek.Jika tiada gunakan coklat rice pun boleh.
10. Paipkan cream putar rosset bulat di atas kek dan letakkan cherry diatasnya.
11. Boleh tulis wording jika mahu atau hias ditengahnya.


;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG