05 May 2011

Red velvet kek


Fateh memang pengemar kek. Jadi mama dia ni memang tiap minggu kena bakar kek untuk dia. Selalunya buat kek coklat je senang dan dia suka tapi semalam saja nak cuba Red velvet kek ni sebab ramai yang dah cuba dan gagahkan diri untuk buat tambahan ada lagi lebihan cream cheese dalam peti sejuk. Hanya ralatnya kek kurang gebu sebab saya semalam tak guna mixer pukul pakai tangan jadinya kurang kembang sikit adunan dan biarkan kek sejuk lama dalam acuan dia.. patutnya 10 minit dah kena keluarkan.Sebab tak pakai mixer kononnya tak nak bising sebab takut orang marah .. hihihihi.. lain kali peringatan kalau nak kek cantik dan gebu jangan lupa pakai mixer. pagi ni baru cuba kek ni.. ada kelainan sedikit rasanya tambahan dengan cream cheese sebagai topping nya tu. Resepi ni dari nadiaejat. thanks ye kongsi resepinya.

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda

  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon

  • Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

04 May 2011

Dua tiga harini ada plak mood berblog.. jadi sebelum ia lari baik ita masukkan semua gambar2 yang ada dalam kamera ni sebelum hilang. Entry semalam dan hari ni pun sebenarnya buat auto publish .. sebab bukan ada banyak masa nak mengadap depan laptop je... buat kawan-kawan yang datang blog ni terima kasih sangat sebab sudi baca blog ita ni ( macam ada orang baca je..:) ) maaf ye jangan kata ita sombong plak sebab ada yang tak sempat nak buat kunjungan balas... InsyaAllah ita akan datang bila ada masa yang lapang nanti...

Sebenarnya entry ni dah basi ceritanya tapi disebabkan sayang tengok gambar2 dalam kamera tu takut nanti hilang, jadi paling tidak masukkan dalam blog ni bila rindu-rindu jepun nanti boleh la tengok balik.. mana tak nya ita tak sempat nak masukkan kan entry ni, 2 hari lepas ita balik dari tempat ni terus terjadinya tsunami dijepun ni.. syukur sangat kami dah balik ke rumah waktu tu.. pada awal bulan 3 baru2 ni kami sempat ke karuizawa Prince Grand Resort untuk main salji disini. Ini adalah antara hadiah harijadi ita tahun ni. Terima abang .. alhamdulillah kami diberi peluang untuk main salji disini. memang dah plan nak main salji tahun ni tapi disebabkan ita balik malaysia jadi suami tangguhkan percutian ni dan alhamdulillah kami jumpa pakej yang sesuai dan murah. harga bagi pakej yang kami dapat iaitu 11000 yen seorang, untuk pakej ini termasuk tiket shinkansen pergi balik, penginapan dan tiket skilift untuk bermain snowboard atau ski.


shinkansen Asama nagano


Dalam shinkansen

Bagi penginapan disini kami diberi cottage yang amat selesa. Didalamnya ada 4 katil bujang dan dilengkapi dengan meja makan, peti sejuk, pinggan mangkuk, kettle dan bilik air yang selesa. Untuk bermain ski atau snowboard pun dekat, depan cottage je. Waktu sampai saja di karuizawa ini rasa terpegun sangat dengan ciptaan Allah sebab tak dapat nak digambarkan dengan kata2 cantiknya salji yang memutih. kebetulan waktu ita pergi ni memang salji tengah turun renyai2 jadi seronok sangat main salji yang masih soft dan cantik sangat sebab ia melekat2 pada pokok.


permaindangan sambil tunggu shuttle bus


di lobi hotel


dihadapan cottage


subhanallah cantikkan..





Pada hari pertama kami main salji di depan cottage je dengan bermain sledge. Papa ambil peluang pergi ke tempat menyewa snowboard untuk bermain snowboard. Disebabkan tempat main snowboard pun depan cottage je.. papa pun berlatih main snowboarad dikawasan kami bermain sledge. Ita melayankan fathnin dan fateh yang seronok bermain sledge. .. sampaikan dengan mama diorang juga yang terlebih happy main sledge...:)Dah puas bermain salji dan dah penat kami balik ke cottage dan berehat. pada malamnya pula kami keluar ke karuizawa outlet yang terletak diluar hotel ni dengan menaiki shuttle bus yang disediakan. Memang mudah dan selesa dihotel ini kerana untuk kemana dikawasan outlet dan didalam kawasan hotel ini disediakan shuttle bus dengan percuma.





di outlet..



skilift depan cottage je

Pada keesokkan harinya kami pergi ke kid park disini dikenakan bayaran 1000 yen seorang untuk bermain salji. Seronoknya fathnin dan fateh bermain disini. Pada hari tu jega papa mencuba bermain ski pula... bila papa dah penat papa bagi mama pula cuba.. tak mudah sebenarnya untuk bermain ski ni.. sampai sakit2 kaki dan punggung sebab jatuh banyak kali.. :). setelah penat kami pun beredar ke hotel semula dan menyalin pakaian serta bersedia untuk pulang semula ke Yokohama dengan menaiki shinkansen.




Ada tempat bermain juga disini



Terima kasih abang dengan hadiah yang amat bermakna ini. moga kasih sayang abang hingga ke syurga dan tak lupa juga hadiah harijadi sampingan ini...

03 May 2011

Trifle Istimewa


Trifle adalah antara dessert yang paling ita suka. Gabungan buah-buahan kegemaran, kek, whipping cream, jelly dan kastad membuatkan desert ini amat sedap dan cantik mata memandang. Tempohari ada BBQ jadi ita cuba buat trifle ni.. sebelum ni pernah buat juga tapi guna resepi lain hari ni cuba resepi ini pula.. Thanks to Mat gebu diatas resepi yang memang best ni..


sumber : Mat Gebu

BAHAN KEK SPONGE :-)
( ita guna resepi yang lain untuk kek span)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin.

02 May 2011

Selamat hari jadi papa


Selamat hari jadi papa..Moga sentiasa sihat dan gembira, berada dibawah rahmat Allah sentiasa dan dipermudahkan setiap urusan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan moga menjadi bapa yang baik dan penyayang buat anak2 kita. 30/4 tempohari adalah hari jadi suami ita.. jadi seperti tahun-tahun sebelumnya ita akan cuba untuk membuat kek dan memberi hadiah mengikut kemampuan ita. Setiap tahun ita akan pastikan untuk membuat kek yang agak istimewa dan alhamdulillah dijepun ni tak penah lagi beli kek untuk sambut harijadi anak dan suami... moga kemahiran ni boleh dibawa balik ke Malaysia dan dipraktikan..

Pada mulanya pening juga nak buat kek apa la untuk birthday abang ni.. cari resepi-resepi yang sesuai untuk dibuat kek harijadi. namun tak jumpa juga yang berkenan dihati. Saja jalan2 di website secret recipes dan nampak ada kek baru di website tersebut iaitu choco cheese berries. Cari resepi tak jumpa jadi ita cuba olah resepi dari resepi kek coklat moist dan blueberry cheese kek. sebenarnya ikut kek di secret recipes tu 4 lapis tapi ita buat 3 je.. sebab stok biskut tak de pula waktu tu.. alhamdulillah percubaan berjaya dan ita amat berpuas hati... jadi ini resepinya ita oleh sendiri..



Choco Cheese Berries

Untuk lapisan kek coklat ( lapisan bawah)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1sk baking soda - hana buh baking powder 1/2sk, soda 1/2sk
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan butter@ minyak masak -
  • 1/2 cawan buttermilk@ susu segar -
  • 1sk esen vanila
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/4 cawan susu pekat -

Cara-cara
  • Panaskan oven 170 c. Griskan loyang 7x11inci dengan butter.
  • Ayak tepung dan baking soda@powder ke dalam mangkuk.Ketepikan.
  • Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan buttermilk/susu dan serbuk koko. Kacau sebati.
  • Masukkan air panas dan esen vanila.
  • Akhir sekali masukkan tepung yang di ayak tadi dan mix sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 20-25min atau sehingga kek 3/4 masak.
Untuk lapisan tengah (blueberry cheese cake)
  • 300g cream cheese
  • 300cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 135 g gula
boleh masukkan buah blueberry jika suka

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blender. Mix biar sampai jadi cream
  2. Masukkan ke dalam loyang yang dibawahnya kek coklat yang telah dimasak tadi dan bakar 170 c selama 30-40minit
  3. Setelah hampir masak atau selepas 20 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  4. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap
lapisan ke 3 Blueberry sause

100 g blue berry jam
50 ml air
1/2 sudu serbuk agar-agar.

cara-cara

1. Masukkan semua bahan diatas didalam periuk yang sesuai dan masak dengan api yang perlahan sehingga sebati.
2. setelah kek telah sejuk dan bolehla adunan lapisan ke tiga dituang diatas kek tadi.
3. simpan didalam peti sejuk
4. setelah lapisan 3 nampak keras boleh la dihias dengan hiasan yang sesuai.



Salam .. lama tuan rumah menyepi sampai ada yang tanya kenapa tak update blog..jadi hari ni buat entry masak-masak.. sebenarnya selalu juga masak menu yang baru2 tapi mood nak bergambo itu hilang... tempohari ada buat ayam panggang ala kenny rogers ni .. dan sebenarnya dah 2 -3 kali juga buat sedap ayam ni... memang puas hati.. jadi nak letak resepi ni kat sini supaya senang dirujuk untuk masa akan datang...:)

Resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Sumber: Kak Hamidah

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam –
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran-ganti dengan oregano dan basil kering
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam..
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

26 April 2011

Aktiviti baru-baru ni

Salam semua.. nak share disini beberapa aktiviti yang dibuat baru-baru ni.. maklum la sekarangkan musim bunga jadi tak nak lepaskan peluang untuk bergambar dengan bunga2 ni.. tapi tak banyak tempat pun pergi sebab hubby agak sibuk sikit tambah baru2 ni sibuk hal pindah dan gempa yang melanda jepun jadi lari sikit jadual hubby... sian .. ganbatte ne abang.. ni la dugaan orang belajar susah senang pahit manis semua kena tempuh walaupun susah dan payah duduk diperantauan.. moga Allah memberi kekuatan dan kemudahan buat suamiku..

Hujung 2 minggu lepas sempat ke shiki no mori park ( Forest 4 season). Taman ni dekat je dari rumah baru kami ni.. dalam 10 minit naik kereta. Taman ni agak luas, rasa lenguh kaki-kaki jalan-jalan dalam taman ni. Tambahan tempat bunga-bunga yang cantik agak berjauhan dari satu dengan yang lain.. kami kesini sebenarnya saja nak cari sakura lagi tapi taman ni dah hampir gugur sakuranya..




Dalam taman ni pun ada taman permainan untuk kanak-kanak, tak la besar sangat tapi boleh la buat anak2 kalau nak main. Dah puas main jadi kami sambung jalan-jalan lagi dalam taman ni..








Minggu lepas sempat juga ita bawa anak-anak keluar tanpa ditemankan suami. Pada mulanya nak ke Yokohama station je, saja bawa diorang main-main kat Sogo sebab kat situ ada kawasan permainan untuk kanak-kanak. Tapi tetiba teringat ada outlet di Minami machida station iaitu Granberry Mall. Cuba cari dalam peta agak mudah juga nak pergi, anak-anak pun nampak ok je.. jadi saja cuci-cuci mata kat outlet ni.. masuk la beberapa kedai berjenama tapi tak membeli pun hanya nampak baju untuk Fathnin agak murah jadi beli la untuk dia je.. bila dah puas jalan-jalan, balik semua ke Yokohama Station dan bawa anak-anak main di Sogo. Bila dah puas baru balik rumah..


13 April 2011

Hanami di Showa Kinen park

Alhamdulillah malam ni berkesempatan nak menaip disini. Kalau hari siang memang tak leh nak sentuh komputer ni sebab sekarang ni Fateh dah pandai guna komputer jadi siang-siang ita sorok laptop supaya dia tak la asyik nak mengadap depan laptop je dah nak malam sikit dan semua urusan belajar kakak dah selesai baru buka dan bagi diorang main komputer. itu pun ada sesi gaduh2 sikit sebab komputer satu tapi yang nak tengok dua orang.. jadi tengok la sama2 kalau cerita yang nak ditengok tu sama tapi kalau lain2 jawabnya satu skrin kena buat dua window .. layan la sebelah sorang.. hihihi.. macam2 ragam anak2 zaman sekarang ni.. mama nya kalau nak pegang gak laptop ni tunggu adik tidur atau tengok kat iphone je la...

Jadi hari ni nak cerita juga tentang hanami yang kami pergi hujung minggu lepas.. jangan nak termuntah ye asyik tengok sakura je.. dah memang tengah musim sakura jadi asyik bunga je la yang ditayang... pada mulanya hanami tahun ni memang dirancang akan diadakan disini iaitu di Showa kinen park untuk warga Yokohama dan Tokyo..tapi disebabkan cuaca yang tak mengizinkan program tersebut dibatalkan.. zannen.. jadi untuk tak menghampakan diri saya yang teringin sangat nak berhanami ni jadi ajak suami pergi Showa kinen park ni tambahan kami tak pernah lagi kesini. dari sumber2 yang boleh dipercayai park ni memang cantik walaupun ia agak jauh kerana hujung tokyo lebih kurang tempatnya.. bayangkan dari yokohama sahaja kami kena salin train dan bas dalam 4 kali.. tapi alhamdulillah penantian kami berbaloi sebab memang seperti yang diberitahu iaitu memang cantik.

Pada mulanya kami nak pergi sefamily je sebab nak ajak orang takut orang tak mahu pergi tapi dalam pada tu cakap juga kat family Maz jadi diorang pn nak pergi dan cakap kat adik2 YNU pun nak ikut gak.. mariam pun nak juga join jadi la hanami kami.. seronok rasanya bila dapat berkumpul dan puas hati sebab taman ni memang cantik.. suka.. suka.. nak masuk taman ni kena bayar 400 yen dan ada beberapa attraction yang boleh dilihat dan dibuat ditaman ni antaranya naik bot, taman2 bunga, bersukan, golf, naik train, taman permainan kanak2 dan taman air pada waktu musim panas.. untuk aktiviti hanami ni ada kawasan yang disediakan dan memang amat cantik tak leh digambarkan dengan kata2 sebab memang waktu kami pergi tu sakura tengah kembang betul dan bunga tulip dan beberapa bunga lain juga ada.. jadi sempat dirakamkan untuk tatapan akan datang...


tiket masuk


ini keretapi yang boleh pusing2 keliling taman ni 300 yen per ride


antara tulip yg ada



nak makan2 bawah pokok sakura disini..


sakura close up sikit.. cantik kan.. saya suka




semua yg hadir

06 April 2011

Sakura dan Danchi

Salam.. lama sungguh hampir sebulan tidak menulis disini.. teruk betul pengurusan masa sekarang ni.. setakat tahun ni baru 4 je entry, maksudnya 1 entry sebulan.. banyak perkara yang tidak dicatatkan disini sebenarnya.. banyak yang berlaku dan ia telah berlalu.. insyaAllah akan cuba sebaik mungkin untuk menulis disini jika ada kelapangan.

Alhamdulillah urusan pindah telah selesai, kami telah bermalam dirumah baru hampir seminggu dan mood mengemas dengan rumah baru juga sentiasa ada.. hanya agak penat juga buat urusan mengemas ni. Setakat ni 80% telah selesai mengemas.. kami pindah ke mana? sebenarnya kami pindah agak jauh dari universiti papa belajar kalau naik kereta dalam 20 minit dan kalau naik bas dalam 30 minit dan papa kena menapak untuk naik bukit dari tempat papa turun bas... kesian papa.. dah jauh dari universiti tapi kenapa pindah?.. banyak alasan yang kami fikirkan dengan sewa yang murah, parking kereta yang dekat dan murah dari rumah, rumah yang luas lebih kurang dengan rumah lama dan kami pindah beramai2 dalam 4 keluarga yang tinggal berdekatan. hanya satu je kurang berkenan rumah ni iaitu rumah ni tingkat 4 dan anak2 tak boleh sesuka hati main dengan berlari macam rumah lama.. sebab takut bising orang bawah marah.. huhuuuhu.. so asyik tegur anak je dalam masa seminggu ni.. sian anak2.. tak bebas pula...

semalam ada makcik duduk tingkat bawah datang rumah ajak pergi bayar duit cuci2 kawasan rumah ni sama2 sambil nak berkenalan.. tapi disebabkan kami tak de sampul surat yang diberi oleh orang yang memungut duit tu.. ita tak pergi sekali semalam.. alhamdulillah baik makcik tu.. tapi dia ada juga tegur tentang bising anak2 melompat.. tapi dia tegur cara baik sebab dia pun ada cucu dia faham.. hanya kita je rasa tak sedap la sebab dah kena tegur.. huhuhuhu.. nak buat macam mana la ni.. sedangkan selalu juga kawal diorang supaya jangan melompat sangat.. tapi org jepun ni memang sensitif bising2 ni.. tu yg kena tegur tu..

setakat ni suka juga rumah ni layout yang lain dari rumah lama dan senang nak bergerak sidai baju ke dan buat urusan rumah tanga.. sekarang ni sakura dah mekar.. seronok sangat.. sebab dalam setahun sakura ni musimnya sekali je.. lepas tu tak lama dalam 2 minggu je lebih kurang.. so kena membuat misi bergambar2 dengan sakura.. kalau papa habis on time ni last sakura kami disini.. huhuhuhu.. jadi ada gambar serba sedikit dengan sakura di kawasan rumah kami ni... selamat menjamu mata..












18 March 2011

Hari ini genap seminggu gempa dan tsunami melanda Jepun. Tak tergambar dengan kata2 perasaan saat2 itu walaupun kedudukan rumah saya bukan dikawasan pusat gempa dan tsunami tersebut. Pengalaman yang tidak terfikir dibenak untuk melaluinya namun ia adalah pengalaman yang akan dikenang sampai bila-bila. Sejak saya menjejakkan kaki diJepun pada tahun 2009, sudah beberapa kali juga saya merasai gegaran gempa bumi ini, namun ia adalah dalam skala yang kecil. Waktu tengah rehat, tengah tidur ia pernah datang dan saya pasti akan tersedar akan gegarannya. Pada pertama kali merasai gentar juga dihati namun setelah beberapa kali ia seperti alah bisa tegar biasa bagi kami. Namun apa yang dilalui pada 11 Mac 2011 adalah sesuatu yang berlainan dan ia amat menakutkan. Sejak dari hari itu setiap kali gempa bumi berlaku hati ini akan sentiasa berdebar.

Sewaktu hari kejadian saya sedang sibuk menbuat kek yang baru pertama kali ingin dicuba. Tambahan permintaan Fathnin untuk membuat kek sempena hari jadi saya yang telah lepas 3 hari dari tarikh hari tersebut kerana pada hari jadi kali ini kami menyambutnya di karuizawa tanpa kek hari jadi. Tengah sibuk memukul telur supaya ia kembang elok saya merasa gegar yang pertama pada pukul 3 petang. Pada mulanya saya sangkakan gegar biasa namun ia bertukar menjadi kuat dan saya terus meninggalkan bancuhan kek tersebut dan terus mencapai iphone sambil memeluk anak2. Lama juga gegar yang saya rasa kali ini lebih dari 3 minit. Rumah bergoyang dan kotak2 yang saya susun untuk urusan berpindah juga beralih kedudukannya. Berdebar dan mengeletar itu yang saya alami waktu itu tambahan saya tidak dapat menghubungi suami kerana line telefon terputus dan tidak dapat dihubungi. Hanya Facebook menjadi hubungan sementara buat saya dan suami serta rakan2 untuk memulihkan debaran tambahan selepas tu terdapat 2 kali gegaran yang kuat yang saya rasai lagi. Saya terus mendapatkan perkembangan terkini dari televisyen Jepun untuk mengetahui situasi sebenar. Amaran tsunami dikeluarkan dan di televisyen jelas kelihatan air telah memenuhi beberapa kawasan dan ia amat menakutkan dan menyayat hati. Tidak lama selepas itu suami saya pun pulang dan ia menghilangkan debar dihati saya dan kami berkemas2 dengan dokumen2 yang penting untuk dibawa bersama jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Sehingga hari ini kami masih berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan. Mungkin gempa dan tsunami telah berakhir namun apa yang kami di Jepun ini sedang risaukan adalah nuclear power plant yang mengalami kerosakan dan pihak berkuasa kerajaan Jepun sedang berusaha gigih untuk mengatasi masalah ini. Ramai juga rakan-rakan Malaysia disini telah pulang ke Malaysia dan kami masih disini. Bukan tidak mahu pulang namun banyak lagi urusan yang amat penting disaat ini untuk diuruskan tambahan kami ingin berpindah dalam masa seminggu ini. Setakat ini keadaan di Yokohama masih terkawal dan kami menjalani kehidupan seperti biasa hanya saya mengurangkan aktiviti diluar rumah untuk tidak terdedah dengan udara luar. Setakat hari ini tahap radiasi semakin berkurang dan ianya tidak merbahayakan kesihatan. Doakan keadaan akan semakin pulih dan kami akan menjalani kehidupan seperti biasa disini sehingga suami menamatkan pengajiannya.

Klik disini ada animasi yang menarik yang telah diterjemahkan dalam bahasa melayu tentang nuclear power plant tersebut dalam bentuk animasi. :)

28 February 2011

Kisah dibulan Februari

Lama sudah tidak menaip disini. Rindu sebenarnya tapi apakan daya masa yang agak terbatas disiang hari sekarang disebabkan beberapa tugasan yang perlu di bereskan memerlukan kekuatan dan keazaman yang tinggi untuk menulis disini. Seperti yang telah dimaklumkan Fathnin tidak bersekolah lagi jadi siang masa yang banyak diperuntukan untuk melayan kedua2 permata hati sambil disulami dengan kerja rumah yang tak habis2 ni.

Dalam dua minggu ini beberapa berita gembira yang kami tunggu-tunggu telah diketahui keputusannya. Diantaranya alhamdulillah permohonan kami untuk masuk ke Danchi (rumah awam) telah diterima dan akan berpindah pada 1 April ini. Walaupun rumah danchi ini jauh dari Universiti suami dan agak kecil tapi harga sewa yang murah membuatkan kami mengambil keputusan untuk berpindah. Selepas ini kami agak sibuk dengan urusan pindah memindah kerana sekarang sesi mengemas rumah telah pun dilakukakan sikit demi sedikit.

Selain daripada keputusan danchi, Fathnin dan Fateh juga di terima masuk ke Hoikuen ( pusat asuhan kanak2) yang diselenggara oleh kerajaan sebab sebelum ini Fathnin bersekolah di sekolah swasta yang mengenakan yuran yang agak mahal sebagai yuran bulanan. Tapi setelah difikir semasak2nya dengan semangat yang diberi oleh suami, mak, kakak dan keluarga sebelah mertua yang menggalakkan Fathnin tidak bersekolah disini kerana silibusnya tidak sama dengan pembelajaran diMalaysia menyebabkan kami menolak tawaran itu. Memang itu adalah janji yang ita cuba kotakan dari malaysia lagi setelah melihat perkembangan Fathnin bersekolah di Prasekolah di Malaysia dan pengalaman dia bersekolah dijepun tahun lepas menyebabkan ita dan suami mengambil keputusan untuk tidak menghantarnya. Terkadang timbul rasa keraguan didalam hati mampu kah ita mengajar Fathnin dan Fateh dirumah dengan baik dengan kerja2 urusan rumahtangga yang tidak habis2 dan adakah betul keputusan ini. Tambahan Fateh pun memerlukan perhatian yang lebih buatnya untuk meningkatkan kemahirannya dalam berkomunikasi. Itu antara suara2 jahat yang terkadang membuatkan semangat ita lemah namun sokongan suami dan kepada Allah tempat mengadu untuk menyatakan keputusan ini adalah keputusan yang terbaik yang harus diambil. Ada kawan-kawan bertanya kenapa tidak dihantar sahaja anak2 ke Hoikuen, terkadang serba salah untuk menjawab kerana setiap orang punya pandangan dan persepsi yang berbeza dalam mendidik anak dan melihat sesuatu perkara itu. semoga keputusan ini adalah keputusan yang terbaik buat kami dan diharap sedikit sebanyak Fathnin mempunyai persediaan untuk melangkah ke alam darjah satu yang kini amat mencabar bagi kanak2 seusianya. Senario dimalaysia yang rata2 kanak2 amat genius dan dengan silibus yang semakin mencabar membuatkan ita tidak mahu Fathnin tertekan dan ketinggalan jika dibiarkan dari sekarang tanpa persediaan awal. Sebagai panduan ita telah membawa buku teks darjah 1 sebagai persediaan untuk dia bersekolah diMalaysia tahun hadapan.

Sebelum berakhir beberapa gambar yang ita ambil pada bulan Februari ini untuk tatapan dimasa akan datang iaitu salji yang agak tebal pada tahun ini di Yokohama dan sekali lagi kami sekeluarga ke Anpanman museum diatas permintaan Fathnin dan Fateh.












;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG