17 November 2010

Selamat hari raya Aidiladha.. Asyik tengok menu nasi kerabu yang dah seminggu dicerna.. hari ni beraya dirumah je sebab suami agak sibuk dengan tugasan yang perlu dilaksanakan. Jadi tak de la adegan nak gosok baju raya dan sebagai nya sebab hari ni pun Fathnin ke sekolah macam biasa. Mula tak de mood juga nak masak menu ala-ala raya tapi bila tengok orang lain kat facebook macam-macam tulis buat lemang la, ketupat la, kek la.. mood raya tu datang plak.. petang semalam terus bersilat didapur siapkan juadah yang mana ada stok dalam peti ais.. buat yang mudah-mudah je rebus nasi impit, kuah kacang sikit sebab kacang tinggal sikit, soto dan kek coklat. Jadi la menu kami hari ni.. masak pun sikit je sebab itu je stok yang ada...




ok la nak share resepi moist chocolate cake yang tentunya ramai dah cuba.. saja buat kek coklat ni sebab tengok murni, kak pi buat kek coklat jadi ita buat gak la anak-anak dengan mama dan papanya memang suka kek coklat.. Cuba resepi ni pula walaupun agak lebih kurang dengan resepi yang biasa dibuat. resepi ni ambil dari rumah kak hana..

Bahan-bahan ( doublekan adunan untuk loyang 22 cm)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1sk baking soda - hana buh baking powder 1/2sk, soda 1/2sk
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan butter@ minyak masak -
  • 1/2 cawan buttermilk@ susu segar -
  • 1sk esen vanila
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/4 cawan susu pekat -

Cara-cara
  • Panaskan oven 170 c. Griskan loyang 7x11inci dengan butter.
  • Ayak tepung dan baking soda@powder ke dalam mangkuk.Ketepikan.
  • Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan buttermilk/susu dan serbuk koko. Kacau sebati.
  • Masukkan air panas dan esen vanila.
  • Akhir sekali masukkan tepung yang di ayak tadi dan mix sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 30-35min atau sehingga kek masak. - hana kukus.
  • Sejukkan di atas redai dan tuang topping@ganache kegemaran.

09 November 2010

Nasi Kerabu


Hari ni cuba buat nasi kerabu. Sebenarnya lama dah nak cuba resepi ni sebab selalu tahu makan je buat tak pandai.. kalau orang pantai timur tentu pandai buat nasi kerabu.Lagi bersemangat nak buat tengok plak kat blog kak pi buat nasi kerabu jadi apa lagi kuat kan semangat untuk cuba tambahan ada je bahan2 di rumah ni. Alhamdulillah percubaan menjadi bagi tekak ita ni.. buat guna resepi Yani myresepi( nak link myresipi tak leh buka plak) ni memang mudah.. lepas ni leh la buat lagi untuk dapat rasa yang betul2 sedap..

Bahan-bahan untuk 4-5 org makan

* @@ Nasi @@
* 4 cwn beras
* 1 sudu kecil garam
* 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
* 2-3 titik pewarna kuning
* 2-3 helai daun limau purut(optional)
* 1 btg serai-diketuk(optional)-

* @@ Sambal Tumis @@
* 5-10 biji lada kering
* 1/2 biji bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1cm halia
* 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
* 200ml/ 1/2 tin santan pekat
* 2 btg serai
* 2 keping asam gelugur
* 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
* garam dan gula melaka

* @@ Sambal ikan @@
* 1 ekor ikan kembung- saiz besar
* 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
* 2 ulas bawang putih
* 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
* 1 batang serai
* 1cm halia

* @@ Kerabu @@
* kubis
* timun
* taugeh
* daun kesum

* @@ Bahan lain- optional @@
* solok lada
* telur asin
* bawang jeruk
* ayam goreng kunyit
* sambal belacan

Cara-cara

## Sediakan sambal tumis ##
-blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
-Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
- masukkan santan dan budu, garam dan gula.

## Masak nasi ##

Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.

## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
-Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
-Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
-Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
- Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
- Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
- Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.

@@ Kerabu @@
-Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
- Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap

05 November 2010

Apam Dot Dot


Dah lama tak masuk entry masak-masak, asyik entry jalan-jalan je.. bukan tak masak tapi selalunya menu yang dimasak menu yang dah biasa masak pendek kata dah ingat dalam kepala.. so hari ni saja buat eksperimen di dapur dengan menu yang tak pernah masak sambil cari apa yang nak dimakan untuk fathnin dan fateh petang ni. cari punya cari berkenan dengan apam dot dot ni, nampak menarik dan ada blueberry filling dalamnya tentu fathnin dan fateh suka. Alhamdulillah diorang suka tambah rupanya yang menarik tu... rasanya sedap.. serasi rasa apam dengan blueberry tu.. resepi ni ita ambil dari blogger terkenal kak hana dan resepi asal dari lilydvalley.

Bahan-bahan

  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - ita kurangkan 190g sebab blueberry filling dah manis
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. jangan buka api besar kalau tak jadi apam mekar.


01 November 2010

Kita sambung cerita tentang korea semalam belum habis.. sebelum baca panjang lagi bagi yang tak minat nak baca jangan baca ye.. hihihi.. saya tak la rajin nak tulis panjang2 sebenarnya tapi sebab info yang saya cari semasa survey nak ke korea sebelum ni tak banyak membantu membuatkan saya nak tulis juga beberapa perkara supaya orang yang nak ke korea dapat manfaatnya... bukan apa ada yang kata saya tulis panjang di entry yang lepas..:(


Hari ketiga tu lepas sahaja saya shooping sorang di namdaemun market beli brooch saya ikut suami ke Kintex iaitu tempat conference suami berlangsung. Kami pergi pun dah tengahari jadi sampai lbih kurang pukul 2 lebih.. disebabkan suami kena buat presentation paper pukul 350 petang jadi sempat jenguk2 pameran robotik yang berlangsung juga disitu. Dah habis tengok pameran kami main2 di kawasan kintex tu sementara tunggu urusan suami selesai.





Selesai sahaja urusan di Kintex kami ke Jongno sam ga kerana Aliza mengajak untuk makan makanan korea disitu. Pergi pun dah malam jadi terus je dinner disitu dengan keluarga Aliza dan Adnin. Kami pilih restoran seafood dan makanan itu dimasak oleh kita sendiri diatas dapur yang disediakan diatas meja.. kami makan nasi goreng kimchi bersama sotong kurita dan sup makanan laut bersama sayur-sayuran. Disebabkan kimchi ni pedas untuk anak2 kami order nasi putih dan dimakan bersama sup makanan laut tadi. Pertama kali makan kimchi dan sedap rupanya. hanya agak pedas sedikit bagi yang tak biasa makan pedas.. masih teringat2 lagi kesedapan kimchi ini...




Selesai makan kami terus balik ke kawasan hostel tapi sempat juga cuci2 mata di namdaemun market sekejap kerana stesen hoehyeon adalah stesen subway terdekat dihotel yang kami tinggal dan melalui namdaemun jadi singgah la sekejap membeli buah untuk dimakan.

Pada hari ke 4 dari pagi kami ke istana Gyeongbukgung. Hajat dihati nak pakai hanbuk pakaian tradisional korea tapi disebabkan hari sabtu ramai betul pengunjung tak dapat kami nak memakai pakaian tu. Kebetulan pada hari itu juga diadakan pertunjukkan pacaragam raja2 jadi rasa macam berada di zaman raja orang korea dulu2 plak.. sebab selalu tgk cerita korea di TV jepun ni cerita raja2 korea dulu2..




Dah puas berjalan disitu kami terus ke Dongdaemun market tapi kami turun di stesen Dongdaemun hhistory and culture disebabkan diarea itu banyak menjual barang2 sukan.. jadi jalan la kaki dan terus ke Dongdaemun.. sebab areanya bersambung, macam2 ada. Rasa nak tercabut kaki berjalan tak tersempat nak jalan disemua area sebab besar sungguh jadi jalan mana yang sempat je..




Dah lapar kami ke Itaewon pula.. disini adalah tumpuan pelancong asing kerana berada disini tak rasa berada di korea sebab ramai sangat pelancong asing. Yang menariknya di itaewon ada masjid yang dibina pada tahun 1976 dan besar masjidnya. Selain itu pelbagai deretan restoran halal disepanjang jalan ke masjid ini. Sampai pening juga nak memilih yang mana.. tapi berkat sabar untuk memilih biar berpatutan dengan harga dan makanan kami memilih Foreign Restaurant kerana menyediakan hidangan secara buffet. Jadi bila ditanya tidak ada had waktu makan dan boleh makan apa sahaja jadi kami makan disitu. harga yang dikenakan juga amat berpatutan kerana seorang dewasa di kenakan sebanyak 16500 won sahaja termasuk tax. lama kami disitu menikmati makanan timur tengah yang sedap2 antaranya nasi beriani, nan, pelbagai kari, sayur-sayuran, ayam tandoori, kentang goreng,kekacang, salad, pelbagai desert dan buah. Masih teringat2 sampai sekarang kesedapan makanan disitu nasib pergi hari terakhir di seoul kalau tidak tentu esoknya berulang makan disitu juga :)





kami sempat solat di masjid itaewon dan berjumpa dengan beberapa orang rakyat malaysia yang datang melancong ke korea dan sebelum balik sempat membeli roti di kedai salam bakery untuk dibuat sarapan keesokan harinya.





Keesokkannya tak sempat kemana hanya urusan di airport untuk pulang ke Jepun.

31 October 2010

Alhamdulillah dah selamat kembali ke jepun semula setelah beberapa hari mengikut suami ke Conference di Korea selama 5 hari. Asyik jalan je entry kali ni, alhamdulillah papa nak bawa kami sekali kalau dia ada conference jadi dapat la tengok tempat orang kalau tidak tak merasa la.. lagi pun ikut sekali lebih untung sebab semua urusan tempat tinggal ditanggung hanya kena keluar duit tiket tambang je untuk ita dan anak2 jadi kurang la sikit belanjanya... kalau tak tak mampu juga nak pergi... disebabkan ikut pergi atas urusan kerja 5 hari sekejap je masa.. sebab papa ke conference.

Untuk hari pertama tu kami dari Yokohama ke Narita airport menaiki NEX iaitu sejenis keretapi ekspress. Selalunya kami naik bas tapi kali ni cuba naik keretapi ni dan lebih murah dari segi masa sama je sebenarnya.


Sampai je Narita terus check in dan naik kapal terbang kali ni kami naik JAL ( Japan Airlines) sebab itu yang murah waktu suami pilih untuk tambang tu... kena budget juga sebab 4 orang punya tiket mahu lebih 100 ribu yen juga. Tapi bila fikir tak pe la sekali jalan nanti bila pula nak pergi lagi. Sampai je Incheon Airport kami ke seoul dan lebih kurang 1 jam perjalanan ke tempat kami menginap..


Kami pilih Hotel budget je iaitu seoul backpackers.. tapi bagi ita amat strategik sebab dekat sangat dengan Namdaemun market jadi senang kalau nak shooping brooch atau barang yang murah2 kat sini... lagi pun pasar ni malam2 pun buka hanya kedai banyak tutup la.. tapi masih ada yang buka tambah yang berniaga naik motor... bilik pun boleh tahan dan sewa satu malam bagi family room 50000 won sahaja.





Hari kedua tu kami mulakan perjalanan ke Lotte world. Di Korea setahu ita ada 2 taman tema yang menarik satu lotte world dan satu lagi Everland.. mula plan nak pergi Everland tapi disebabkan everland ni agak jauh jadi kami cancel dan pilih Lotte world sebab dekat sikit dengan tempat penginapan. Tapi tak mengecewakan pilihan kami sebab memang happening tambahan cukup lengkap untuk kanak2 dan orang dewasa. Tambahan bagi pelancong asing ada diskaun. Untuk masuk ke Lotte world bagi orang dewasa 33,300 won dan bagi pakej anak yang berumur diatas 5 tahun dan ibu 37,000 won sepasang. Kiranya lotte world ni macam disneyland Korea la sebab ada juga palace macam didisneyland tu dan semua mainan kat sini cute2. Dari pagi pergi layan mainan dan naik semua yang fathnin dan fateh boleh naik bila dah petang anak2 dah penat ita dan suami bergilir main untuk orang dewasa punya... sampai layan parade dan show dia.. berbaloi dan seronok di lotte world.. lagi satu makanan disini pun agak murah berbanding jika beli di Disneyland atau USJ di Japan.







keluar je dari lotte dah malam di Korea lebih kurang jam 8 malam sebelum balik ke hotel sempat juga kami jalan di namdaemun market sebab dekat sangat 3 minit je... kat sini macam2 ada sampai tak tahu nak shooping apa sebab dalam kepala otak ni tahu nak beli brooch je.. tapi kedai brooch jual di satu bangunan ni tapi tutup pukul 5. Jadi jalan tengok2 barang je.. badan pun dah penat balik hotel sebab esok papa kena present paper di conference. Esoknya papa ke conferance tengahari mula tak nak ikut sebab yela nak buat apa nanti sementara papa conferance tapi bila ada plan nak makan dengan family adnin dan Aliza yang pergi sekali jadi tukar plan ita ikut papa ke conferance. Di sebab kan itu, pagi tu minta izin papa keluar ke namdaemun market untuk pergi beli brooch sorang2 sebab nak keluar kalau balik dah malam nanti tak sempat lagi nak pergi. Sebelum tu dah servey kat internet dimana kedai brooch yang murah dan kawan pun ada cakap jadi sampai je ke bangunan tu terus naik tingkat 2 dan cari kedai tu.. tapi disebabkan banyak betul kedai lebih kurang 1000 kedai susah juga nak cari.. kesana sini cari kedai 209 tu ditingkat 2.



Singgah juga ke kedai yang jual brooch di lain sebab dalam 1000 kedai tu tak semua jual brooch ada yang jual klip rambut, rantai, dan aksesori wanita yang lain berklip2. Tapi memang agak mahal sikit dan sombong tau tak mahu kurang lepas tu nak ambil gambar pun tak kasi.. huhuuhu.. rezeki agaknya alhamdulillah jumpa juga kedai 209 jual brooch murah tu. so apa lagi rambang mata... pening pilih semua cantik dan murah berbanding kedai yang pernah singgah sebelum tu.. baik plak makcik tu.. siap tahu dari Malaysia lagi sebab ramai orang malaysia datang kedai dia... Dapat tawar menawar lagi dan bila nak bayar lastu tu pun kalau ada lebih beberapa won tu dia genapkan.. baik la makcik tu.. jadi kalau ke Korea nak beli Brooch datang kedai makcik tu ye.. hihhihii..




selain dari brooch perhiasa anak2 perempuan ni banyak sangat.. sampai rambang mata .. pilih la juga 2,3 untuk fathnin sebab cantik.. ok kita sambung part 2 nanti ye..

22 October 2010

Sukan Sekolah Fathnin

Dah beberapa hari tak update blog.. harini sejuk je.. anak2 dah tertidur kalau ikutkan hari yang sejuk dan mendung je ni.. mama diorang pun leh je join sama.. tapi tak biasa tidur petang ni nanti buat2 tidur mata tetap terkebil2 jugak.. .. jadi apa kata kita update blog ni..

Sukan sekolah Fathnin ni berlangsung 9 Oktober lalu.. baru hari ni mama dia nak cerita dalam blog.. sebelum ia jadi makin basi baik cerita dan masukkan dalam blog.. bukan apa nanti bila dah balik msia bila teringat kisah2 dia sekolah kat Jepun ni leh la buka da tengok ye tak.. Lagi pun ini adalah sukan pertama dalam hidupnya sebagai seorang pelajar sekolah.. bukan main excited lagi...

Sukan ni bermula jam 830 pagi.. pagi tu awal mama fathnin bangun mana taknya kena siapkan bentou untuk di bawa bangun kul 430pagi gitu .. so dah siap2 bentou semua nak kejutkan 2 kanak2 riang tu lagi dan sebagainya memang rasa macam tak cukup masa.. sukan ni dibuat di sekolah rendah yang dekat dengan rumah kami ni.. gi naik basikal je .. sampai2 ramai ibu bapa yang dah sampai siap bentang tikar lagi untuk duduk di tempat yang disukai masing2.. kami ni tak sanggup nak duduk tengah panas jadi carila celah2 pokok yang tempat tu memang strategik sebab betul2 belakang khemah kanak2 sukan ni. Fathnin bukan main excited sekali nak bersukan...



Yang pastinya sukan di sekolah tadika dijepun ni memang lain dengan sukan di msia.. kalau kat msia ibu bapa duk lenggang kangkung datang tapi kat sini macam2 kena prepare sebab tak disediakan jamuan untuk ibu bapa.. lagi satu kalau nak tgk sukan tu semua kena bawa tikar atau kerusi sendiri takde tempat atau khemas ibu babapa, ibu bapa wajib jadi AJK untuk sukan ni, dan banyak betul acara ibu bapa kena sertai dengan anak2.. kalau tak silap 4 acara yang ibu bapa kena masuk itu belum masuk lagi kalau anak2 yang sekolah itu ada adik atau abang sebab acara untuk adik2 dan abang atau kakak pun ada.. huhuhu bayangkan la sukan mula pukul 830 pagi habis pukul 3.00 petang.. papa yang mula ingat abis pukul 1 dah tak sanggup tunggu dah tambahan adik fateh pun dah penat sebab asyik kerja main pasir dan pokok yang ada kat situ.. so mama cari tempat nak solat jap pastu papa balik dengan adik fateh.. so mama la layan fathnin sampai petang... penat memang penat sebab haritu panas terik juga...Dalam pukul 1215 je berenti sekejap untuk lunch masing2 buka la bentou yang dibawa.. yang lawak kami ni.. boleh la plak sambil tgk sukan makan2 hiihihi.. patut la tgk kenapa orang lain tak makan.. rupanya makan waktu lunch tu.. nasib makan pun yang ringan2 je masa tu keropok dan biskut untuk fateh..




so layan la gambar2 sepanjang sukan fathnin ni.. hanya mama ni yang ambil gambar kesana sesini papa jagakan fateh so tak de la gambar mama.. huhuuhu..





Nobuhirukun anak yuka kawan ita yang pandai cakap english tu

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG