19 June 2011



Salam semua. Badan amat la letih mana taknya tak rehat rasa 2 hari ni. Semalam dari pagi sampai malam banyak urusan ingatkan nak buat macam kelmarin sambil teman hubby study leh gak jenguk blog ni tapinya tak boleh buka mata sebab jam 11 sampai rumah dari menguruskan beberapa urusan terus rasa nak tidur. Jadinya dengan hubby2 pun tak study sebab kepenatan. Pagi ni pagi-pagi lagi dah kena masak untuk majlis gathering muslim society kat university suami dan kena pergi awal untuk set up tempat tu.. lagi pun harini tolong tumpangkan kawan suami dan familynya dan ita baru je berkenalan dengan dia dan diorang ni dari mesir.. kesian dia sebab takde kawan-kawan mesir kat sini.

Jadinya tadi pukul 4 baru balik setelah settlekan semua tempat tu dan boleh rehat sekejap. Sambil-sambil suami upload gambar majlis tadi leh la ita berblog jap.. Lagi pun Fateh tidur kepenatan sebab main di majlis tu tadi...

Hari jumaat waktu majlis yassin malam kat rumah adik perempuan kat Yokohama ni ita ada buat karipap. Selalu buat inti sardin dan inti keledek tapi kali ni sebab ada banyak serunding jadinya ita buat inti serunding bersama kentang. Sedap bagi ita tapi satu serunding ita ni pedas sikit jadinya kuih tu malam tu pedas la sikit. Ok la jom kita tengok resepi ni untuk mempelbagaikan inti karipap...:)

Karipap Inti Serunding Bersama Kentang

Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam skit
air

INTI
4 biji kentang sederhana
1/2 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
1/2 sudu serbuk kari
setengah cawan serunding
garam
gula
air 1 cawan

Cara-cara
Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
Hiris bawang besar kecil - kecil bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bahan-bahan tersebut hingga naik bau.Masukkan kerbuk kari tunggu hingga naik minyak sedikit. Masukkan serunding dan kentang. Kemudian masukkan air . masak hingga kentang empuk. dan boleh tambah air jika kentang belum empuk. setelah masak ketepikan.Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

18 June 2011

Light Cheese Cake Marble


Salam semua. 2-3 hari ini akan busy sikit, hari ni pun kena pergi beli barang sebab esok ada majlis perjumpaan dengan muslim international student di Universiti suami jadi suami ada tugasan untuk perjumpaan tu selain ita kena juga masak-masak. Dah 2 malam juga update blog dan blog walking malam sambil tunggu subuh.. sebab disini subuh dalam pukul 2.40 pagi jadinya bila anak-anak dah tidur sambil tunggu subuh tu sempat la blog walking .. tentang blog walking tu bagi ita ia seperti pepatah orang memberi kita merasa.. maksudnya kalau orang dah lawat blog kita dan appreciate kerja kita apa salahnya dengan rasa terima kasih kita datang blog kawan-kawan kita juga.. rasa happykan gitu ..:)

Rasanya ramai dah buat light cheese cake macam kena serang virus plak ye.. hihihi.. ita pun memang nak buat lama dah sejak tengok di blog hasue lagi tapinya bila ingatkan asyik baking kek je tak de siapa nak makan jadinya ia terbantut ( kononnya saya nak diet tau.:) Alhamdulillah semalam ada majlis yassin kat sini jadinya ita buat kek ni selain dapat buat dapat juga jamu orang... sedap kek ni.. tapi ita telah menderhaka sikit la.. ita marblekan kek tu.. Tapi menderhaka2 pun minta izin kat hasue tau... betul tak hasue.. thanks ye share resepi yang bagus ni hasue... sedap kek tu tau.. suami ita pun suka..:)

Hanya bagi orang yang amatur bagi ita ni memang untuk dapat kek yang gebu kena pastikan telur gebu dan satu lagi bila nak marblekan kek ita ni kalau nak dapat jalur yang cantik bagi ita jangan terlalu rapat macam ita buat tu sebab tak berapa jelas sangat.. patutnya ita kena letak 2 senduk kecil bagi loyang 6 inci tu. baru cantik marble dia.. ini untuk panduaan ita supaya lain kali ia tahu apa kelemahan ita waktu baking kek gini. Tapi bagi peminat cheese cake ia adalah resepi yang sedap..:)

Ok la jom kita tengok resepi yang ita ambil di blog hasue.. ita share disini pula ye hasue... moga kita sama-sama mendapat manfaatnya...:)



Light Cheese Cake
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

*Untuk marblekan kek ini bahagi dua adunan dan satu adunan ita masukkan 2 sudu serbuk coklat dan ambil sedikit adunan dari satu bekas yang telah dibahagi tadi dan dicampurkan dengan serbuk coklat tersebut untuk dijadikan pes. Setelah jadi pes masukkan pes tersebut didalam bekas yang telah dibahagi tadi. marblekan secara berselang seli..:)

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Jika kek marble boleh la dimasukkan secara berselang seli.Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja

17 June 2011

Donut Ball


Salam semua. Semalam agak penat sebenarnya sebab ingat nak keluar sekejap je tapi jadi seharian rupanya .. appointment fateh tu jadi lama sebab ramai rupannya dan macam2 benda kena check dengan banyak maklumat yang tak de sebab kamikan alien dijepun ni..:) Lepas habis check up hubby ajak pergi Yodobashi Camera ada benda nak beli lepas tu terus pergi main badminton .. pukul 9 30 malam baru sampai rumah.. baru la dapat mengadap blog sebab anak-anak dah tidur... Banyak rumah ita tak sempat nak BW nanti ita datang ye...InsyaAllah..

Kelmarin tengah buat kuih kaswi tu fateh datang cakap nak donut. Alamak selalu donut dia memang mesti ada dalam peti sejuk tapinya hari tu ita dah goreng semua dan tak buat baru. jadinya kena la suruh cik BM berkerja. Tapi kali ni saja nak cuba donut ball plak sebab belum pernah buat. Lagi satu resepi ni tak perlu tunggu lama sangat nak makan dapat la fateh makan dengan cepat. Tapi tula fateh ni bila dia anggap donut tu bentuk bulat ada lubang ditengah nampak je donut ball ni dia macam kurang berminat.. huhuuhu. kena la mamanya potong2 sikit dan bagi tahu ini memang donut...

Ita buat dua versi satu yang ada inti coklat didalam dan satu biasa je. Lembut donut ni sedap makannya. Ita tak makan banyak pun selebihnya ita frozenkan untuk fateh bila dia nak nanti hanya tinggal goreng untuk panaskan je.... resepi ni ita ambil dirumah izah.. resepi asal kak dayang@ dapur ku sayang...

DONUT BALL
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
2 cawan tepung high protein atau tepung gandum
1 sudu besar marjerin
1 biji telur
1 sudu kecil pelembut doh
1/2 sudu besar yis segera + 1/4 cawan air suam (direndam sehingga berbuih)
90 ml susu segar (-/+)*kurangkan sikit
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
gula icing atau gula halus untuk saduran

Cara-cara :
Kisar/putar semua bahan (kecuali tepung, pelembut doh, yis dan gula saduran) hingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan pelembut doh. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing atau hiaskan dengan topping kesukaan.

16 June 2011

Rojak / Pasembur



Salam semua. Hari ini ita nak keluar sekejap sebab ada check-up Fateh di ward office disini, ward office tu macam pejabat daerah kalau kat Malaysia, ia menguruskan semua urusan tentang penduduk didaerah tersebut. Di Jepun ni setiap kanak-kanak yang berumur 1 tahun 6 bulan dan 3 tahun akan ada check up ni, jadinya temujanjinya hari ni dan temujanji ini telah ditetapkan bukan boleh datang sesuka hati je.

Hari ini nak kongsi resepi rojak yang ita buat semalam. Rasa nak makan rojak ni bermula sejak nampak Kamalia tunju rojak dia lepas tu nampak kak ida plak.. jadinya tak tunggu dah terus beli barang pagi semalam. Petang tu godek-godek didapur untuk makan dinner. Ita selalunya masak waktu petang sebab dah siap mengajar fathnin dan kerja-kerja rumah, jadinya senang sikit nak masak dan biasanya Fateh tidur petang senang sikit tak la terkejar-kejar sangat nak melayan dia.

Resepi ni ita ambil di blog kak noreen@my home cooking blog . Sedap resepi ni. Hanya di cucur lembut tu ita tambah kelapa sikit bagi rasa-rasa lemak sikit suka cucur gitu. Hanya dalam gambar ni tak de telur baru perasan tak masukkan telur..:P

Rojak / Pasembur

Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
2 camt serbuk cili
3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
- kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
- serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
- masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
- selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
- kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
- masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
- kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)
- last sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati

Bahan Sampingan:
tauhu goreng
sengkuang
timun
kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
telur, direbus & dihiris

15 June 2011

Kuih Kaswi


Salam semua. Disebabkan malam kelmarin teman hubby study dan tidur hampir pukul empat pagi dan esoknya fateh jaga awal jadinya waktu siangnya mamanya rasa pening kepala tak cukup tidur. Teringat dulu waktu Fateh dan Fathnin baby bangun menyusukan diorang jadi tak cukup tidur bila nak pergi kerja je mata rasa mengantuk je.. hihihihi.. tapi sekarang ni diorang dah besar mama leh la tidur lena sikit..

Kuih kaswi, mak ita suka buat dan rindu nak makan kuih ni. lagi menambahkan keinginannya bila nampak rumah kak pi, izah buat kuih kaswi ni. Jadinya ita gagahkan diri juga buat. Mulanya takut juga nak buat bukan apa kuih-kuih macam ni tak pernah buat lagi jadinya takut tak makan oleh suami dan anak-anak. Ita buat 1/2 adunan je dapat la dalam 9 acuan kecil tu. Selalunya ita memang kalau kuih2 manis ni ita buat 1/2 adunan je dari biasa sebab kat rumah ni kuih manis ni kurang mendapat sambutan kecuali kalau buat dadih atau jelly. Alhamdulillah fathnin makan juga 2 ketul .. katanya sedap mama.. mempelbagaikan kemahiran membuat kuih-kuih tradisional ni paling tidak dapat pengalaman.

Untuk resepi ni ita ambil disini resepi dari mat gebu. Sedap kuih kaswi ni seperti yang diidamkan nak rasannya... tak rugi mencuba...

Kuih Kaswi

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )

* BAHAN A :-)
* 350 g gula melaka (mat guna 300 g)
* 240 g gula pasir
* 450 ml air
* 2 helai daun pandan, disiat dan simpul
* BAHAN B :-)
* 190 g tepung gandum*
* 120 g tepung ubi*
* 60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
* 900 ml air
* 2 camca besar air abu (alkaline water)- ita tak letak
* 3/4 camca besar air kapur
* 1 camca besar pewarna coklat
* BAHAN C :-)
* 1 cawan kelapa parut putih
* Secubit garam

Cara-cara

1.Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
2.Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
3.Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
4.Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
5. KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel.

Untuk resepi ini ita tak letak air abu tu .. alhamdulillah jadi.. rasanya tetap sedap...


14 June 2011

Kuih keria/ gelang


Salam semua. Semoga hari ini dan hari-hari mendatang membawakan keceriaan buat kita semua. Semalam tak sempat pun nak letak gambar masakan, baca la cerita tentang zoo tu ye.. mana taknya ambil gambar pun tak berapa nak sempat, hanya gambar kuih keria ni je yang sempat ambil gambar sebab hubby ada rumah semalam dia study dirumah je.. lepas tu melayankan menu dia berbuka semalam habis masak kami keluar sekejap.. balik dah malam tak sempat nak bergambar menu semalam.

Selain buat kuih keria buat juga cucur badak tapi inti serunding je. Sedap ita suka kuih cucur badak gini tak sedar dah berapa ketul masuk mulut. ok la tak nak cakap banyak- banyak tengah malam ni sebab ni pun tengah teman hubby study anak-anak pun dah tidur dapat la mama diorang berblog kejap..:) Untuk resepi ni ita guna resepi ita je yang biasa ita buat..

Kuih Keria

Bahan-bahan

10 biji ubi keledek kecil
1 cawan tepung ( sesuaikan mengikut bilangan keledek)
sedikit garam
1 cawan gula
3 sudu air

Cara-cara
1. Rebus ubi keledek sehingga empuk masukkan secibut garam sewaktu merebus.
2. Setelah empuk toskan airnya dan lenyek ubi keledek sewaktu masih panas.
3. Seteah itu biarkan sejuk sebentar dan setelah sejuk masukkan tepung.
4. Uli sehingga senang untuk dibentuk jika masih lembik tambah tepung sedikit demi sedikit.
5. Bentukkan bulat-bulat setelah itu buat lubang ditengah-tengah seperti bentuk gelang.
6.Setelah siap goreng hingga keperangan.
7. Masukkan gula dan sedikit air didalam periuk untuk membuat air gula untuk disalut diluar kuih keria. masak gula hingga agak likat dan masukkan kuih keria yang telah siap digoreng tadi.
8. masak sehingga gula tersalut di kuih tersebut. angkat dan sedia untuk dihidang.

13 June 2011

Nogeyama Zoo

Salam semua. Dua tiga hari ni tak dapat nak jenguk sangat blog ni. Komen pun banyak tak berbalas sebab agak busy bila hujung-hujung minggu. Entry 2 hari yang lepas pun memang autopublish je. Blogwalking rumah kawan pun buat bila ada masa dengan iphone so dapat juga tengok dan jenguk rumah kawan-kawan. Rasa happy sangat. Lepas ni ita free ita datang ye bagi kawan-kawan yang ita belum jenguk.

Hujung minggu baru-baru ni sebenarnya cuaca tak berapa baik. Hari sabtu hujan tapi kami keluar juga lepas zohor lebih kurang jalan ke supermarket je beli barang dapur. Bila malam cadang nak tengok blog tapi penat punya pasal tertido awal plak. Sebenarnya nak tidurkan anak-anak tapi mak diorang yang dulu tertidur.. hihihii

Hari ahad nampak cuaca macam tak hujan tapi mendung je. jadi pagi tu ajak papa bawakan anak-anak ke zoo. Disini ada beberapa zoo jadinya pergi zoo yang free je iaitu Nogeyama Zoo sebab zoo yang bayar berdekatan dengan rumah ni dah pernah pergi dulu. Dari awal pagi dah bersiap2. Lepas je breakfast terus keluar dan sampai je situ macam tak sure kat mana nak parking. Sebenarnya hubby ita dah cari dah area nak parking tapi tak sure yang mana bila set navi nampak yang paling dekat parking dikawasan library berhampiran dengan zoo tu. jadinya kami parking disitu la. parking disini sistemnya bertingkat. jadinya kami kena keluar dulu dari kereta dan baru hubby boleh parking. First time sebenarnya di jepun ni kami guna parking bertingkat macam ni. Dari situ kami berjalan kaki dalam 5 minit dan parking disitu dalam 400 yen bagi jam pertama dan 200 yen bagi 30 minit berikutnya.





Bila sampai je pintu masuk zoo ni rupa-rupanya baru nak buka zoo ni.. Waktu kami sampai didepan pintu zoo tu jam 930 pagi. Terus je masuk dan tengok binatang-binatang pun baru nak mandi..:P Dalam zoo ni tak banyak sangat binatangnya tapi ok la bagi nak kenal binatang bagi kanak-kanak.. lagi satu binatang seperti harimau, singa, zirafah selalunya tengok agak jauh jaraknya tapi ni dekat je.. dapat la menghayati ciptaan Allah ni secara dekat dan anak-anak pun dapat gambarkan secara dekat saiz binatang tersebut.








Yang best juga dizoo ni ada kawasan kanak-kanak boleh pegang arnab, ayam, anak ayam, tikus. Kawasan ini dibuat untuk bagi pengalaman dan kanak- kanak merasai pengalaman bermain dengan binatang-binatang ni. Happy sangat Fathnin dan Fateh walaupun agak geli juga nak pegang binatang-binatang ni. Mama diorang pun terasa gelinya...:) Tambah nak pegang tikus-tikus kecil tu.. Lepas je dah puas pegang-pegang binatang tu disediakan kawasan basuh tangan yang amat selesa. Dijepun ni kebersihan memang dititikberatkan.











Lepas keluar je dari kawasan pegang binatang tu kami ke kawasan penguin. Comel je nampak penguin-penguin ni berenang dan berjalan. pada waktu itu juga nasib kami agak baik ada buruk merak yang berkeliaran sambil menunjukkan bulunya yang cantik tu. Fateh memang suka sangat dengan burung merak sebab ada dalam permainan starfall burung merak ni jadinya bila nampak suka sangat dia. Dapat la snap beberapa gambar dengan burung merak ni..






Setelah puas didalam zoo ni kami pun keluar dan singgah sekejap makan ais krim ditaman berdekatan dengan zoo tersebut. Sempat juga mama amik gambar bunga ajisai ni cantikkan...



12 June 2011

Turkish Pide



Salam semua. Mesti hujung-hujung minggu sebegini ramai yang sibuk berlibur bersama keluarga. Jumaat yang lepas ita sempat untuk mencuba resepi turkish pide ni. Memang dari pandangan pertama saja dah jatuh cinta dengan turkish pide ni dirumah kak Ayu. Tapi simpan dulu sebab cheese tak beli lagi waktu tu, 2-3 hari lepas tu nampak plak dirumah ika pula.. kebetulan petang tu keluar sekejap jadi ambil peluang singgah kedai beli cheese. Alhamdulillah hari jumaat sempat mencuba resepi ni. Sedap rasa seperti pizza versi turki. Tambahan untuk buat turkish pide ni cara lipatan roti dan ada tambahan telur diatasnya membuatkan resepi ini ada kelainan.

Ok la jom kita tengok resepi roti ini ita ambil dari rumah ika dan asalnya ita tengok yang mula dari rumah kak ayu. Ita simpan disini ye kak ayu. Resepi asal adari kak diana.

TURKISH PIDE
Recipe: KAK DIANA
Source: CURLYBABE SATISFACTION KAK AYU

Bahan Doh pide

* 480 g tepung roti
* 375 ml air suam
* 60 ml minyak zaitun
* 1 sudu besar yis
* 1 sudu teh garam,
* secubit gula kastor



Bahan Inti pide

* 250 g daging cincang
* 250 g cheese mozarella, dipotong nipis
* 150 g cheese cheddar, dipotong dadu
* 2 biji tomato, dipotong dadu
* 1 biji bawang dpong dadu
* 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
* 1/2 sudu teh serbuk cayenne
* 1/2 sudu teh serbuk hot cajun
* 1 sudu besar minyak zaitun
* 3 biji telur
* daun sup secukupnya, dipotong halus
* garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka



Bahan sapuan pide

* 50ml susu segar
* 1 biji telur

Cara membuat pide


1. Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
2. .Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
3. Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
4. .Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.

(*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).

Cara Inti Pide

1. Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
2. Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
3. Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.


Cara membuat pide

1. Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
2. Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
3. Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
4. Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu
5. .Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
6. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide,tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
7. Pide pun siap untuk dihidangkan.Enak dimakan panas.

11 June 2011

Puding jelly Oren


Saja ambil gambar baru ni..:)



Salam semua. Selamat berhujung minggu. Semalam ita cuti masak lunch sebab ada kawan bagi set nasi tomato yang sedap.. jadi kami anak beranak makan nasi tomato semalam. Sekali sekala makan air tangan orang masak sedap rasannya, kalau tak asyik makan air tangan sendiri je.. hihiihihi.. jadi petangnya fathnin minta nak jelly.

Ita nampak oren tergolek-golek dalam peti sejuk tu tak tahu nak buat apa. Ita cuba usahakan untuk buat jelly oren ni. Cari punya cari tak jumpa pun yang berkenan dihati jadinya cuba la buat sendiri jelly oren mengikut pengalaman sendiri dah banyak buat puding dan jelly. kalau nak buat jelly kena pastikan kandungan air mesti lebih dari agar-agar sebab ita suka jelly yang lembik-lembik gitu. Tengok dibelakang plastik jelly tu dengan 4g serbuk jelly tu guna 500g air jadinya ita cuba buat ikut sukatan tu... hanya bila nak melapis tu disebabkan jelly ni tak keras macam agar2 kena bersabar kalau nak melapiskan nya secara berselang.. jadi ita buat sikit je secara berselang dalam gambar tu yang lain tu buat 2 lapis je.. hihihihi so terhasil la puding jelly oren yang dibawah ini jom kita tengok resepi..




Puding Jelly Oren

Lapisan Jernih
4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

cara-cara
  • Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
  • Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
  • ketepikan

lapisan puding
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning


Cara-cara
  • Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
  • Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
  • Masak sebentar dan ketepikan
cara-cara untuk melapis.
  • sediakan bekas yang sesuai.
  • masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
  • Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
  • Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.



Saja letak gambar yang baru diambil ni..:)

10 June 2011

Serimuka Durian


Salam semua. Semalam tengah rehat-rehat tengok FB sekejap. Bila buka je baca status kak hani beli durian 980 yen kat Ito yokado. Alamak murah tu.. selalunya durian susah jumpa lepas tu mahal pula. Jadinya bila dah tanya kak hani ito yokado mana dia kata area rumah dia yang dia beli tu.. tapi dikawasan rumah ita ni pun ada Ito yokado juga jadinya suami ita ni memang penggemar durian, ita bagitahu je dia dan dia nak pergi beli. Dah malam dah waktu tu saja katanya kalau ada beli la.. Dipendekkan cerita, dah habis durian yang kami nak beli tu tapi ada durian yang mahal dan besar dalam 2990 yen. Mula tak nak beli sebab mahalkan. Dulu ita pernah beli juga tapi 2500 yen je. Tapi suami kata nanti teringat-ingat nanti tak jumpa lagi susah...( macam orang mengidam plak..:) jadi kami tutup mata dan beli je.

Bila balik apa lagi kenduri durian la. Yang pastinya keputusan beli durian ni memang tepat sebab tak pernah lagi dalam hidup kami berdua ni makan durian yang tebal isi macam tu.. tebal sungguh. Dah la tebal sedap plak tu kami makan 7 ulas je sebelah durian tu dah kenyang... sambung lagi makan esoknya sebab tebal jadi cepat sangat kenyang. Disebabkan tengok rumah kak zana ada tayang serimuka durian ita ambil sikit untuk buat serimuka ni. Ita buat loyang kecil je separuh adunan ni. Buat banyak-banyak pun tak leh sayang durian buat kuih.. hihihihi ..:) jadinya terhasil la serimuka durian ni. Sedap serimuka ni, ita bab serimuka suka tapi tak suka makan banyak-banyak sebab pulut takut angin... jadi la kuih untuk menu berbuka puasa semalam.

Ok kita tengok resepi serimuka ni ye ita ambil dirumah kak zana. Terima kasih kak .. ita simpan disini ye... Alhamdulillah merasa makan serimuka durian.




SERIMUKA DURIAN
sumber asal : Rima
Dari : Inspirasiku

Bahan-bahan

Lapisan Bawah
250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2sk gula - rima tambah

Cara-cara
1. Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati.
2. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar.
(Saya alaskan loyang dengan plastik , kemudian masukkan pulut. santan, daun pandan & garam dalam loyang,kukus 30 min..kemudian keluarkan daun pandan dan tekan pulut supaya padat)- ita buat macam kak zana


Bahan-bahan
Lapisan Atas
150g isi durian
125g gula
3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)
secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
(Saya satukan semua bahan di atas dalam blender n blend hingga sebati dan terus masak sebentar sehingga naik wap kemudian kukus)- ita buat macam kak zana
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.

Tips :
1. Untuk mengeringkan permukaan talam, Selepas kuih masak, jangan tutup api,buka penutup kukus dan biarkan 5-6 minit, kemudian barulah tutup api.
2. Potong gunakan pisau plastik. Seelok2nya biarkan semalaman..





Bunga ni dari kak ummi blogger masak-masak yang ita kagum... ita tempak kat sini ye kak..

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG