Salam semua. Dah hampir seminggu cerita tentang perlawanan badminton yang ita sertai di Tokyo anjuran MSAJ dan ISS. Mana taknya tak sempat-sempat nak pilih gambar sebab banyak gambar yang diambil oleh Fathnin je. Jadinya gambar-gambar tu kena la pilih dan banyak yang tak terang. Alhamdulillah malam ni diberi kesempatan untuk memilih tambahan 2 kanak-kanak itu telah tidur dan mama diorang pun boleh la berblog sambil temankan suami tersayang study.
Alhamdulillah di Jepun ni ita berkongsi minat bersukan yang sama dengan suami iaitu badminton. Hampir tiap minggu kami akan main badminton disini dengan kawan-kawan kami disini. Seronok rasannya terkadang kalau rasa boring-boring tak tahu buat apa pun nak hilangkan tension study suami ita selalu ajak main badminton sebab senang sahaja sistem disini pergi sahaja sport center dan tempah court untuk 2 jam. jadi kalau kami main 2 orang ita kena bawa kelengkapan yan lengkap untuk pastikan anak-anak ita tak kacau waktu ita dan suami main badminton tu.
Ok berbalik pada cerita perlawanan badminton diTokyo. Ini adalah kali pertama diadakan diTokyo sebelum ini selalu perlawanan kami sertai dianjurkan oleh adik-adik dari Yamanashi. Pada kali ini ia digabungkan diantara Malaysia dan indonesia. Kategori yang dipertandingan ada 2 iaitu kategori pertama pasukan kumpulan lelaki dan kategori kedua iaitu bergu campuran. Disebabkan tiada pasukan kumpulan wanita, suami mengajak ita untuk mencuba nasib di kategori kedua iaitu bergu campuran.
Labels: Aktiviti
Salam semua. Semalam ita sempat mencuba resepi yang memang lama dah masuk dalam list untuk dicuba. Selalu asyik telan air liur je tengok Mek jah @ ika buat gyouza ni. Si ika ni amat rajin sampai kadang satu hari dua tiga menu dia akan tayang kat blg dia...:) Dah tu cun plak tu masakan-masakan tu..Di japan ni selalu nampak gouza ni kat pasar raa yang dah siap tapi memang la tak leh makannya.. hanya ada yang kata kulitnya ada yang boleh dibeli tapi ita tak tahu yang mana jadinya baik la ita cuba buat sendiri je. lagi pun tengok resepinya senang je. Suruh cik BM yang uli.. hihiiiihi..
Dah siap semua ikut resepi ika.. perap sejam pastu barula buat proses mencanai. Bab ni memang kena praktis lagi sebab tak puas hati tak dapat nipis sangat.... hhuhuuhuu.. ingat dah nipis dah.. takpe la belajar dari kesilapan. lain kali leh perbaiki. Bila dah siap canai satu lagi part yang mencabar juga iaitu bila nak kelim plak.. Tengok sekejap kat youtube dan tengok orang tu buat macam mudah je kelim.. mula-mula kekok juga.. tapi bila dah tinggal lagi 2-3 ketul yang terakhir baru dapat rentak dia.. jadi abaikan bentuk yang amatur itu ye.. Bila dah siap semua... rasa plak wah sebenarnya sedap rupanya gyouza ni... Tak rugi cuba walaupun lepas buat tu punya la penat dan bertepung baju dan seluar ..:) sampaikan nak ambil gambar gyouza pun jadi malas.. ok la jom kita tgk resepi ni untuk rujukan masa depan.. ita ambil di blog ika.. thanks ye ika.. akak letak kat sini tau...
GYOUZA recipe
sumber : Arah
Ika akak tak edit apa yang ika tulis senang nanti nak rujuk balik ye...
Bahan2
*300g Ground Chicken, please dont use ground beef ya sbb tak sedap!
*1 buku bwg putih, cincang>>kita suke byk2 :D
*2 Sb negi atau leek ambik bhgn putihnyer, cincang
*1/3 cwn Nira> chives bahse melayu tak sure apa dia :D, cincang ( kucai)
*Kobis>cabbage cincang>>kuantiti kobis sama byk atau kurang dgn kuantiti ayam
*1/2 Sk Serbuk lada putih ikut suka nk pedas mcm mana
*1 1/2 sk minyak bijan
*1 sb kicap cair/syoyu
*garam sesedap rasa
*1/2 sk air parutan halia
**sedikit sos tiram optional
Kulit Gyouza
Kulit gyouza>>kalau nk buat sendiri, guna tepung serbaguna campur dgn air panas, gaul dgn menggunakan senduk kayu bila dah suam uli sampai jd doh yg lembut n tak melekat, perap dlm satu jam, selepas tu ambil doh td canai kan jgn sampai terlalu nipis, potong bentuk bulatan dgn menggunakan gelas atau yg sewaktu dgnnyer, taburkan dgn tepung ubi atau jagung setiap lapisan untuk mengelakkan dr melekat.
Cara2
* Satukan sume bhn di atas td kecuali kulit gyouza td dan perasakan mengikut citarasa masing2 tambah serbuk lada sulah atau grm atau minyak bijan jika perlu.
* Untuk keliman gyouza sila rujuk mana2 website guna kan keyword gyouza kat you tube se elok eloknyer.(sblm kelim pastikan keliling atau bhgn tepi kulit gyouza sebelah dlm di sapu dgn air supa tertutup) Buat sampai habis kemudian susunkan gyouza yg sudah siap di kelim ke dalam kuali.
* Masukkan lebh kurang 1sb atau 2sb minyak zaitun dan tuangkan air kedalam kuali lebih kurang suku paras tinggi gyouza tu, tutupkan, dan tunggu sampai air kering atau sehingga bwh gyouza bewarna keperangan. Dipping sauce boleh guna syouyu, atau kicap cair+cuka+minyak lada atau ra-yu sedikit.
Labels: masakan jepun
Salam semua. Moga hari ini membawa keberkatan pada diri kita. Sebenarnya masih belum sempat-sempat nak memilih gambar waktu perlawanan badminton ditokyo kelmarin. Waktu taip entry ni pun berebut dengan Fateh sebab waktu tengah buat entry ni dia terjaga dari tidur. Biasanya ita memang kalau nak masukkan entry kena tunggu dia tidur sebab kalau fateh jumpa laptop mesti nak main starfall atau tgk cerita kegemaran dia kat youtube..:) jadi bila dah tengok laptop alamatnya susah la ita nak suruh dia makan ke apa.. sebab asyik nak mengadap tu je...
Ini menu minum petang semalam. Memang lama dah masuk list nak cuba kuih ni. Tapi belum berkesempatan.. suka sangat tgk kuih ni kat rumah kak ummi, mulus je kejadiannya.. ita punya perlu diperbaiki lagi... ganbatte ne ita.. ita tak buat inti ketayap iaitu inti kelapa.. sebab asyik makan manis je nanti kencing manis plak .. jadinya ita tukar dengan inti serunding.. yummy.. sebab suami ita memang suka kuih yang pedas... kalau jelly tak leh la nak buat pedas ye tak.. hihihi tapi kalau jelly dia suka plak yang manis...:)
ok la mari kita tgk resepinya.. untuk resei ni dapat sikit je tambah amat mencabar nak buat nipis tu yang ita dapat sikit kot... dapat lebih kurang 9 ketul je.. Fathnin yang makan banyak tanpa inti.. sedap dan cantik mama kuih ni dia kata.. ihhihihi.. kembang sekejap mama dia..:) ita simpan disini ye resepinya kak ummi
KUIH KETAYAP POLKADOT WARNA WARNI
Resepi: Kak Wan
Sumber: CT Delima
Diolah tambah : Ummi @ Home Sweet Home
yang tulisan warna merah tu semua tip dari kak ummi ye untuk rujukan ita akan datang..:)
Bahan A
Labels: kuih muih

Salam semua. Terima kasih bagi kawan-kawan yang sudi datang dan jengok blog ita ni. Blog ni hanya sekadar mengisi masa yang ada sambil mengecapi kepuasan diri dalam bidang masakan. Ita tak pandai memasak sebenarnya tapi ita tak pernah malas untuk mencuba resepi baru sambil-sambil ia juga boleh dijadikan hidangan untuk keluarga. Seronok dan puas rasanya bila menu yang dicuba mendapat pujian dari orang yang tersayang dan lelah memasak tu jadi hilang..:) moga perkara2 yang baik sebegini akan sentiasa berkembang dalam dari ita dan masakan yang dihidang akan mengeratkan lagi kasih sayang keluarga ita.. InsyaAllah..
Menu berbuka semalam untuk desertnya ita buatkan puding ni. Ita buat 1/2 adunan je. Fathnin asyik berulang je makan puding ni sampai mamanya kena sorokkan sikit untuk papa dan mamanya buat berbuka. Puding ini kaya dengan rasa coklat dan gabungan diantara sos kastad dan coklat tadi amat sesuai. Sedapnya terasa-rasa ditekak. Puding ni hasil geledah didapur ika.. sebab sebelum pernah nampak ramai juga kawan-kawan yang dah buat. Thanks ika.. akak simpan disini ye...
PUDING COKLAT SOS KASTARD
resipi : Dayang Jack
sumber : Arah
Puding Coklat :
Labels: puding
Salam semua. Badan masih sengal-sengal lagi akibat perlawanan badminton semalam. Nak tahu keputusannya alhamdulillah, bagi acara bergu campuran ita dan suami ada membawa balik hadiah...:) Nak tahu nombor berapa nanti ita ceritakan di lain entry ye sebab badan yang sengal tak abis lagi jadi kita tengok menu yang ita masak hari ni.
Kalau dirumah ita ni menu yang macam ni memang laku. Jadi ita memang suka masak nasi berperisa disebabkan kombinasi lauk dan sayurannya biasanya kita boleh rancang. Jika ita masak nasi putih terkadang sampai pening nak memikirkan lauk apa. Bukan apa bila masak kena juga tengok kesesuaian untuk anak-anak dan suami juga. Bukan saja lauknya untuk sayurnya juga kena fikirkan kesesuaiannya. ..:)
Untuk resepi ini ita geledah di dapur kak hana. Ia seperti nasi ayam biasa hanya tambahkan halba bila nak memasaknya. Bila buka sahaja periuk nasi selepas nasi siap dimasak terus menerkam bau halba tersebut.. sedap baunya. Okla ita simpan disini ye resepinya kak hana.. terima kasih...
AYAM PANGGANG ALA CHINESE
sumber : paty`s kitchen
Dari : hanamemories
Bahan-bahan
* 1 ekor ayam
* 3 sb marjerin/mentega
* 1 sb madu
* 2 sb kicap cair
* 2 ulas bawang putih - parut - hana tambah halia - ita juga
* garam dan lada sulah
Untuk Sos - ini hanya anggaran kasar boleh diadjust mengikut kesesuaian
* 2 sb sos tiram
* 2 sb kicap pekat
* 1 sb kicap cair
* 2 sb air rebusan ayam
* 1 sb madu - hana tambah
* 1 sk minyak bijan
* 1 sb tepung jagung bancuh sedikit dgn air
Cara-cara
* Bersihkan ayam dan keringkan.Satukan kicap, mentega, bawang putih dan madu . Campurkan semua.Lumurkan ke atas ayam dan perap selama 1 jam.Panaskan oven 400F/200C. Panggang ayam selama 15 minit dan kecilkan suhu ketuhar ke 350 dan terus panggang selama 30 minit lagi sehingga ayam masak.
* Untuk sos - Satukan semua bahan kecuali tpg jagung ke dalam kuali/periuk kecil. Kacau hingga mendidih. Kecilkan api. Tuang bancuhan tpg jagung sehingga sos agak pekat.
* Potong ayam dan curahkan sos. Hidangkan dengan nasi ayam.
Labels: Nasi

Salam semua. 2-3 hari lepas nampak ramai kawan-kawan yang dah buat puding tembikai ni. Tergoda ita tengok. Rata-rata yang buat nampak cantik dengan gabungan warna yang dihasilkan macam tembikai betul.Jadinya ita rasa tak sabar plak nak mencubanya. Dari pengalaman kawan-kawan yang dah cuba kata sedap puding ni, lagi la membuak-buak nak cuba..
Bila tengok bahan-bahan semua ada dirumah hanya satu je yang tak de iaitu cincau. Mana nak dapat cincau kat jepun ni. Jadinya ita cuba cari alternatif lain untuk buat. Kalau tak letak biji tak cantik la puding tembikai ni tak macam tembikaikan. Jadinya ita cuba tukar dengan bijan hitam. Nampak macam biji tembikai betul bila dipandang betul-betul sebab bentuk bijan seakan-akan bentuk biji tembikai. Bagi ita walaupun ita tukar bijan dalam puding ni tak rasa pelik pun.. ita tanya juga pendapat suami.. suami kata ok je.. tambahan ita tak letak banyak pun bijannya. Ita nak ucapkan terima kasih juga pada kak Azlita sebab bagi tip untuk pastikan biji bijan/cincau tu tak terapung iaitu dengan buat beberapa lapisan dilapisan warna merah tu. Ita buat 3 lapisan untuk warna merah tu.. tunggu lapisan tu keras satu persatu. Waktu ita buat ni Fathnin tengok ita buat sebab dia memang suka menolong ita didapur dia kata " mama buat watermelon ke"..:)Yela dia memang suka puding-puding ni bila nampak warna pink dan macam tembikai lagi la dia tak sabar nak makan..Bagi yang belum cuba ita cadangkan cuba sebab memang sedap kami sekeluarga makan sekali hadap je... :)
Okla jom kita semak resepi puding tembikai yang sedap dan sedap mata memandang ni.
PUDING TEMBIKAI
Resepi: Kak Long Lyn
sumber: Masam manis
1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm)
2 keping roti gardenia
6 cawan air
1 1/2 cawan gula (kurangkan kalau x suka manis) ita letak 1 1/4 cwn
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau- dipotong kecil (utk dibuat biji tembikai)ita guna bijan hitam
*kalo takde cincau, ambik sikit agar2 tu, warnakan hitam, bila beku, potong kecik2
1.Rebus agar2 ngan air..
2.Bila sudah larut masukkan gula..
3.Apabila mendidih masukkan mentega..
4.Kemudian masukkan susu..
5.Ambil sedikit adunan agar2 ni kemudian blendkan ngan roti sampai sebati..
Kemudian tuang semula kedalam agar2 tadi..kacau rata...
6.Dlm bekas lain bubuh sedikit warna hijau..masuk ke dalam loyang...jangan banyak sangat cukup untuk buat kulit dia je...biar beku skit je jangan beku sangat nnt x melekat pulak bila bubuh warna lain..
7.Lepas tu letak adunan plain untuk buat kulit yang warna putih pulak...biar beku sedikit..
8.Kemudian letak adunan warna merah pulak...
9.Tabur cincau/bijan hitam untuk buat biji tembikai..biar beku betul2...sedap dimakan sejuk2.....
Labels: puding
Selamat berhujung minggu. Hujung minggu macam ni tentu ramai yang mengadakan pelbagai aktiviti. Esok ita akan ke Tokyo untuk menghadiri perlawanan badminton yang dianjurkan oleh MSAJ Malaysia antara warga Malaysia dan Indonesia Di Jepun. Jadi suami ita saja daftarkan nama ita main bergu campuran dengan suami ita.. Pertama kali untuk ita masuk pertandingan badminton bagi bergu campuran ni. Selalu nya perlawanan yang dimasuk tu bergu wanita dan 2 kali dah pengalaman tu di Jepun ni tapi kali ni untuk bergu berkumpulan bagi perempuan tak dipertandingkan jadinya suami ita ajak untuk main beru campuran.Aktiviti badminton sebenarnya kami main hampir setiap minggu disini. Jadinya suami ita saja je ajak ita masuk.. ihiks.. tak mahu menaruh harapan untuk menang pun tapi akan main sebaik yang mungkin, paling tidak dapat pengalaman dan yang paling penting kongsi minat yang sama bersama suami tersayang.Doakan kejayaan kami ye..:)
Hari ni ita nak kongsikan resepi donut yang bagi ita mudah. Sebab tak perlu rehat lama dan lembut sangat. Suka ita dengan resepi ni. Ita buat satu adunan dapat banyak dan boleh frozen lagi.. Senang bila fateh nak donut je terus je buat.Untuk pengetahuan anak-anak ita ni lain-lain kegeramaran. Fateh suka donut dan kek coklat dan fathnin pula suka puding atau jelly. Jadinya setiap minggu kena la mamanya layankan tekak anak-anak ni. Tapi macam donut ni tak rugi pun buat sebab mudah dan boleh difrozenkan. Bila nak makan je ita hanya panaskan sahaja. Resepi ni ita ambil di myresepi oleh hasue. Thanks ye hasue.. ita simpan disini untuk rujukan ita akan datang.. dan akan buat lagi dan lagi.
sumber :myresepi
Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )
* 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
* 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
* 50g Marjerin
* 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
* 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
* 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
* 1 Biji Telur
* 1/2 Sudu Teh Garam
* Gula Halus atau topping kegemaran anda
* 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
1.Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2.Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
3.Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
4.Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5.Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih)
6.Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
7.Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
* ita skip proses 3-6 sebab ita guna breadmaker.
Labels: kuih muih
Salam semua. Sejak akhir-akhir ini cuaca di jepun ni macam tak menentu je.. sekejap panas dan sekejap hujan. Tapi minggu ni hujan je.. Basuh baju pun tak berapa kering. Bila cuaca macam ni kena jaga kesihatan anak-anak sebab dalam keadaan cuaca tak menentu senang je badan tak sihatnya.. Alhamdulilah anak-anak ita sihat hanya Fateh hidung berair sikit. Kelmarin sempat juga melawat anak kawan masuk hospital disini disebabkan demam dan jangkitan paru-paru. Moga keadaan anak kawan ita cepat kembali sihat.
Semalam jalan-jalan dapur izah nampak kek ni. Ramaikan kawan-kawan yang dah cuba. Ita je baru nak cuba. Kek yang warna coklat ni memang kegemaran fateh dan fathnin. Jadi tak rugi cuba. Lagi pun suka kek ni sebab memang moist, senang nak buat dan tak guna telur. Ita buat bentuk cupcake. Saja ubah selera. Boleh juga nak buat bentuk bulat bagi yang gemar.
Untuk resepi ini ita ambil di blog Izah, resepi asal dari dapurku sayang @ dayang jack. Thanks ye . Ita panjangkan disini.
Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack
bahan-bahan : loyang 6-7 inci
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
Labels: Kek
Salam semua. Moga hari ini dan hari seterusnya memberikan keceriaan pada kita semua. Harini ita nak kongsikan bersama resepi puding roti sos kastad yang ita buat kelmarin. Seperti biasa entry-entry yang ita buat ni autopublish jadi tak la siang-siang hari ita sibuk nak mengadap laptop aje. nanti tak jadi kerja sebenarnya.. sebab leka.. Tapi kalau nak jalan-jalan blog orang selalu ita guna iphone je.. kalau siang hari tu banyak urusan yang perlu disiapkan .. dengan nak ajar anak2 dan urusan rumah tangga yang tak selesai2.. jadi biasanya ita masukkan entry bila semua urusan dah siap dan malam bila anak dah tidur baru seronok mengadap laptop.. Ada juga kawan-kawan yang kata rajin ita ke dapur lately ni.. ihiks,.. bukan dulu tak rajin, rajin juga tapi tak rajin ambil gambar.. alhamdulillah lately ni rajin la sikit nak bergambar makanan2 tu.. suami pun galakkan hanya pastikan kerja rumah dan anak-anak beres. tak tahula sampai bila rajinnya ni.. sementara rajin ni baik kita cuba resepi2 yang ita suka nak cuba.. sebab ita tak pandai masak.. tapi suka cuba resepi... mana yang jadi share disini yang tak jadi simpan-simpan sendiri la..:) banyak plak melalut ni..
Okla untuk resepi ni sebenarnya tak plan nak buat. Tapi tetiba tengah kemas-kemas barang di atas dapur nampak roti yang nak expired pada hari ita buat puding ni.. google resepi berasaskan roti jumpa resepi ni.. sebab kalau tak asyik buat agar2 roti je.. hari ni cuba plak resepi ni.. Alhamdulillah sedap puding ni dan ita suka.. rasa serasi bila makan dengan sos kastad tersebut tambah sejuk-sejuk.. ok la untuk resepi ni ita ambil di dapur kak hana dan resepi asal dari maya zakry.. ita panjangkan resepinya disini..
Bahan-bahan
Labels: puding
Salam semua. Sebelum musim strawberry di jepun ni berakhir jadi ita cuba buat resepi jelly ni. Itu pun jumpa strawberry ni di kedai sayur baru-baru ni. Sebab lepas ni tentu susah nak jumpa strawberry yang fresh dah. Harga strawberry ni pun masih murah lagi ingat dah hujung-hujung dah mahal. kalau buat jelly yang pink-pink ni fathnin amat suka. Tambah letak strawberry lagi la laju dimakan. Belum jelly ni keras asyik tanya pukul berapa jelly keras mama. Jenuh juga ita nak menerangkan pukul berapa jelly tu keras :) ita kurangkan sedikit jumlah susu tu sebab ita nak buat agak keras sikit je tak la goyang inul sangat nak dihidang secara terbalik macam dalam gambar tu. resepi asal dari dapur blogger tersohor mat gebu. Thanks mat ita panjang resepinya disini ye.
Sumber : Dapur tanpa sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan air
3/4 camca teh jelly powder (mat guna Konnyaku)
100 gram gula
50 gram coffemate
1 camca teh strawberry emulco
1 bekas yogurt strawberry = 135 gm*
Susu sejat secukupnya*(*dicampur hingga mendapat sukatan 1 cawan)- ita buat 3/4 cawan
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Tuang air ke dalam periuk, masukkan gula dan jelly powder, kacau rata dan masak hingga suam. Masukkan coffemate, kacau hingga larut. Masukkan bahan2 lain, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana.
2. Tuang dalam bekas pilihan, biar beku dan hilang wap panasnya. Simpan dalam peti sejuk hingga dingin. Sedap dihidangkan sejuk....hmmmm...
Labels: puding