11 May 2011

Homemade Dadih


Semalam sempat buat homemade dadih ni sebab semua yang ada dirumah ni suka dadih. Stok dadih yang bawa dari Malaysia pun dah habis jadi ita cuba guna resepi ini untuk buat dadih ni.. tidak mengecewakan, sedap.. rasanya sedap lagi guna resepi ni. Caranyanya pun mudah. hanya resepi ni bila dilihat dari bahan-bahannya agak banyak untuk satu family jadi ita buat 1/2 adunan je, dapat la 14 bekas sebesar dalam gambar ita tu. Mulanya nak buat 2 lapisan macam didapur kak yani ni, tapi fathnin ni memang pengemar warna pink jadia dia kata nak lapiskan warna coklat dan warna pink.. mama ikutkan saja la.. bukan susah pun masukkan pewarna pink dalam adunan satu lagi tu, jadi la lapisan dua warna.

Homemade Dadih
source : Kak Nor myr
diambil dari :deco choco

Bahan-bahan:

  • 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
  • 1 liter susu segar biasa
  • 1 liter susu segar berperisa coklat( ita guna susu biasa je masukkan coklat hershey syrup)
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
  • 1.2 liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
  • 1sudu teh coklat emulco ( ita guna serbuk koko bancuh dengan sedikit air)



Cara-cara
  1. Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
  2. Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
  3. Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
  4. Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
  5. Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
  6. Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.

10 May 2011


Disebabkan Fathnin dan Fateh suka makan nasi Mandhi kelmarin jadi semalam cari lagi resepi nasi-nasi berperisa begini. Tengah diorang ada mood nak makan nasi-nasi gini layan kan je tekaknya.. sambil mamanya boleh juga belajar masak2 menu-menu yang best macam ni..:P nasi lobak merah ni saya pun rasa sedap .. ( semuanya sedap mana tak badan naik.. huhuuhu). Warnanya original tak payah guna perwarna sebab warna oren lobak merah tu turun pada nasi tu. cantik nampaknya.. berselera jadinya ( lagi ayat bahaya). Dalam resepi tu kena parut lobak merah tu tapi saya takde pemarut jadi potong kecil2 dan masuk air sikit jangan banyak lepas tu blender hingga halus. Masak pun mudah hanya kena pastikan air kena mengikut sukatan yang betul supaya nasi nampak cantik dan peroi. Untuk menu ni saya cari didapur kak ummi yang pandai dan rajin masak tu.. kagum saya wanita berkerja pun boleh masak macam2 untuk suami dan anak2 dan update blog.. untuk padanan kali ni saya padankan nasi lobak merah ni dengan ayam bistik, daging tumis bersama sayur kangkung, kerabu mangga dan popadam. Tapi popadam lupa nak interprem plak waktu amik gambo ni.. jadi layan la gambo nasi ni diselitkan gambar anak2 yang nak masuk sekali waktu mama diorang tgh sibuk2 nak ambil gambar nasi..


NASI LOBAK MERAH
Sumber : Ayu Curlybabe's Satisfaction
diambil di : home sweet home

Ingredients:-

  • 1kg beras beriani-(1kg basmathi rice)
  • 6 biji lada hijau dipecah2-(6 green chillies bruised)
  • 1 sudu teh jintan halus-ditumbuk kasar2-(saya gunakan serbuk aje)-(1 tsp cumin, grounded coarsely, I just used powdered ones)
  • 1 cawan minyak kacang-(1 cup cooking oil)
  • 1 sudu besar minyak sapi-(1 tbsp ghee oil)
  • 3 batang lobak diparut -(3 carrots shredded)
  • 300g buah tomato dipotong halus-(300g tomatoes sliced thinly)
  • *6 biji bawang putih ditumbuk halus-(6 garlics minced)
  • *2cm halia ditumbuk halus-(2cm ginger minced)
  • 2 biji bawang besar dihirs-(2 large onions sliced)
  • 4cm kayu manis-(4cm cinammon bark)
  • 3 biji buah pelaga-(3 cloves)
  • 3 biji bunga cengkeh-(3 cardamons)
  • garam-(salt)
Method:-
  1. Sukat air 1,100ml lalu ketepikan dulu.
  2. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang.
  3. Tumiskan bawang besar, bahan2 tumbuk*, lada hijau dan jintan. Kacau sampai garing.
  4. Lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air.
  5. Bila mendidih, masukkan beras dan garam, masaklah hingga tanak-(saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa).

AYAM BISTIK
Sumber: Dayangjack

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong dan digoreng biasa hingga 3/4 masak)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 50 g rempah beriani + 2 sudu makan serbuk cili (dibancuh dgn air)
  • 100 g puri tomato
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • sedikit hirisan daun pudina dan daun sup
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2-3 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan sos cili
  • garam
  • kacang peas - jika suka
Bahan-bahan mesin :
  • 7 biji bawang merah
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
Cara-cara :
  1. Tumis rempah 4 sekawan, serai dan bahan-bahan mesin hingga terbit bau. Kemudian masukkan bancuhan rempah beriani. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan puri tomato, sos cili dan kicap. Kacau lagi.
  3. Setelah itu, masukkan ayam yg sudah digoreng tadi bersama daun pudina dan daun sup. Gaulkan sebati hingga masak. Masukkan tomato dan kacang peas.
  4. Hidangkan.


Kerabu mangga ni nak buat juga sebab jumpa mangga dikedai sayur tempohari. Nak makan begitu je macam masam je. jadi buat la kerabu ni sedap jadinya.



Kerabu mangga

2 biji mangga kecil
3 biji cili api ( mengikut kepedasan masing2)merah dan hijau
2 ulas bawang kecil
segenggam kacang goreng dan ditumbuk
1 sudu udang kering
sedikit garam
sedikit gula
2 sudu sos ikan
4 helai daun limau purut

caranya
1. Potongkan mangga memanjang. Dan hiris semua bahan2 lain
2. masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan gaulkan setelah diperasakan dengan gula dan garam.

09 May 2011


Salam hari isnin.. dah puas tengok gambar daging burger tu..:P hari ni kita tukar menu plak ye.. ini menu minggu lepas juga tapi weekend memang tak sempat nak jenguk blog ni sebab sabtu macam biasa acara lepak2 bersama suami dan anak2 tercinta dan petangnya pergi main badminton. Bila balik masak dinner sekejap pastu lepak2 sekejap dan uruskan apa yang perlu sebelum masuk tidur.. hajat dihati nak makan nasi mandhi sebab memang pernah makan nasi ni waktu kat Mekah dulu waktu buat umrah sedap sungguh nasi ni. jadi cari resepi nya.. Siapkan semua bahan untuk masak nasi ni dan mula la acara memasaknya.. tapi tula tak baca lagi caranya sampai habis baru perasan yang nasi ni perlukan arang.. tapi didapur saya tak de arang jadi teruskan juga masak nasi ni.. hanya mungkin tak de bau-bau arang je la kot.. ihiks.. tapi sedap tau nasi ni.. fathnin dan Fateh pun suka.. tambahan di padankan dengan ayam tandoori, pajeri nenas dan salad.. untuk masak ayam tandoori tu amat mudah saya gunakan rempah tandoori dari india yang dibeli dikedai halal disini, tinggal masukkan yougurt, garam, perahan lemon dan saya blender bawang merah, putih dan sedikit halia.. perap semua sekejap dan bakar.. ok jom kita tgk resepi nasi mandhi.


Nasi Mandhi
sumber :Resepiraidah


4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

06 May 2011

Menu westen style


Selamat malam semua.. hari ni saja nak share disini menu westen style semalam untuk suami yang berpuasa. Suami ita ni sebenarnya kurang sikit makan nasi. Jadi selalu la kena fikirkan menu yang menarik macam ni tambah bila dia berpuasa tentu nak hidangkan menu yang special macam ni.. Seronoknya dijepun ni sempat layan tekak suami nak makan apa.. Di Malaysia nanti kalau dah kerja sempat ke tak.. huhuhhu sedih bila ingatkan...:( Sebelum ni pernah cuba tapi tak letak beberapa bahan yang lain. jadi hari ni kita olah dan letak beberapa bahan yang lain supaya rasa lebih sedap. Jadi makan bersama salad dan labu goreng sebab kentang goreng dah makan hari sebelumnya. Selain tu buat juga pizza tuna dan spegetti peperoncino kegemaran anak-anak.

Bahan-bahan
humburger
250g daging hancur/cincang
150g taufu
1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar-cincang
sedikit oregano
1/2 cawan cheese mozarella
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak

sos humburger
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan air
1 sudu kecil serbuk lada hitam( boleh dikurangkan kalau tak nak pedas)



Cara-cara
1.Masukkan semua bahan-bahan untuk humburger ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati. 2.Bahagikan ke pada 5 bahagian. Buatlah bentuk humburger.
3.Letakkan sedikit minyak di atas kuali. Goreng humburger sehingga masak. Seelok-eloknya gunalah kuali yang tak melekat.
4.Campurkan semua bahan-bahan untuk sos. Kemudian masukkan ke dalam kuali yg diguna untuk goreng humburger tadi. Masak sehingga pekat. Kemudian bolehlah dituangkan ke atas humburger tadi.
5.Akhir sekali letaklah humburger dan sosnya di dalam pinggan. Hiaslah dengan hiasan lain

05 May 2011

Cerita cuti golden week

Sekarang ni cuti golden week bagi kami dijepun.. memang setiap tahun pada bulan 5 ada cuti ni... selalunya ada plan jalan bila cuti-cuti macam ni tapi tahun ni kami tak kemana2.. Papa agak sibuk dengan urusan belajarnya. Hanya hujung minggu lepas kami ada BBQ dengan kawan-kawan di Yokohama ni. Bbq ni pun ramai yang tak dapat join sebab sibuk dengan urusan masing-masing. Jadi alhamdulilah tercapai juga hasrat kami nak berbbq hanya cuaca yang agak berangin membuatkan satu persatu khemah yang dipasang terpaksa dibuka. Tak sempat nak ambil gambar suasana BBQ tu.. rasa menyesal plak.. sibuk sebenarnya menguruskan anak2 bermain sambil bila dah bersembang semuanya lupa.. :).Ini adalah gambar sikit untuk tatapan akan datang.



Semalam lepas asar papa ajak anak2 ke taman berdekatan dengan rumah. Taman ni sebelah Tesco supermarket. Tapi pasaraya tesco ni bukan besar macam kat Malaysia tu.. Barang2 pun tak banyak barang tesco. Taman disini banyak la juga mainannya. Cadangnya sambil anak main, mama dan papanya nak main badminton saja pukul2.. tapi angin kuat. Tak berkesempatan nak main. Bila dah puas main kami pun beredar..




Red velvet kek


Fateh memang pengemar kek. Jadi mama dia ni memang tiap minggu kena bakar kek untuk dia. Selalunya buat kek coklat je senang dan dia suka tapi semalam saja nak cuba Red velvet kek ni sebab ramai yang dah cuba dan gagahkan diri untuk buat tambahan ada lagi lebihan cream cheese dalam peti sejuk. Hanya ralatnya kek kurang gebu sebab saya semalam tak guna mixer pukul pakai tangan jadinya kurang kembang sikit adunan dan biarkan kek sejuk lama dalam acuan dia.. patutnya 10 minit dah kena keluarkan.Sebab tak pakai mixer kononnya tak nak bising sebab takut orang marah .. hihihihi.. lain kali peringatan kalau nak kek cantik dan gebu jangan lupa pakai mixer. pagi ni baru cuba kek ni.. ada kelainan sedikit rasanya tambahan dengan cream cheese sebagai topping nya tu. Resepi ni dari nadiaejat. thanks ye kongsi resepinya.

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda

  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon

  • Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

04 May 2011

Dua tiga harini ada plak mood berblog.. jadi sebelum ia lari baik ita masukkan semua gambar2 yang ada dalam kamera ni sebelum hilang. Entry semalam dan hari ni pun sebenarnya buat auto publish .. sebab bukan ada banyak masa nak mengadap depan laptop je... buat kawan-kawan yang datang blog ni terima kasih sangat sebab sudi baca blog ita ni ( macam ada orang baca je..:) ) maaf ye jangan kata ita sombong plak sebab ada yang tak sempat nak buat kunjungan balas... InsyaAllah ita akan datang bila ada masa yang lapang nanti...

Sebenarnya entry ni dah basi ceritanya tapi disebabkan sayang tengok gambar2 dalam kamera tu takut nanti hilang, jadi paling tidak masukkan dalam blog ni bila rindu-rindu jepun nanti boleh la tengok balik.. mana tak nya ita tak sempat nak masukkan kan entry ni, 2 hari lepas ita balik dari tempat ni terus terjadinya tsunami dijepun ni.. syukur sangat kami dah balik ke rumah waktu tu.. pada awal bulan 3 baru2 ni kami sempat ke karuizawa Prince Grand Resort untuk main salji disini. Ini adalah antara hadiah harijadi ita tahun ni. Terima abang .. alhamdulillah kami diberi peluang untuk main salji disini. memang dah plan nak main salji tahun ni tapi disebabkan ita balik malaysia jadi suami tangguhkan percutian ni dan alhamdulillah kami jumpa pakej yang sesuai dan murah. harga bagi pakej yang kami dapat iaitu 11000 yen seorang, untuk pakej ini termasuk tiket shinkansen pergi balik, penginapan dan tiket skilift untuk bermain snowboard atau ski.


shinkansen Asama nagano


Dalam shinkansen

Bagi penginapan disini kami diberi cottage yang amat selesa. Didalamnya ada 4 katil bujang dan dilengkapi dengan meja makan, peti sejuk, pinggan mangkuk, kettle dan bilik air yang selesa. Untuk bermain ski atau snowboard pun dekat, depan cottage je. Waktu sampai saja di karuizawa ini rasa terpegun sangat dengan ciptaan Allah sebab tak dapat nak digambarkan dengan kata2 cantiknya salji yang memutih. kebetulan waktu ita pergi ni memang salji tengah turun renyai2 jadi seronok sangat main salji yang masih soft dan cantik sangat sebab ia melekat2 pada pokok.


permaindangan sambil tunggu shuttle bus


di lobi hotel


dihadapan cottage


subhanallah cantikkan..





Pada hari pertama kami main salji di depan cottage je dengan bermain sledge. Papa ambil peluang pergi ke tempat menyewa snowboard untuk bermain snowboard. Disebabkan tempat main snowboard pun depan cottage je.. papa pun berlatih main snowboarad dikawasan kami bermain sledge. Ita melayankan fathnin dan fateh yang seronok bermain sledge. .. sampaikan dengan mama diorang juga yang terlebih happy main sledge...:)Dah puas bermain salji dan dah penat kami balik ke cottage dan berehat. pada malamnya pula kami keluar ke karuizawa outlet yang terletak diluar hotel ni dengan menaiki shuttle bus yang disediakan. Memang mudah dan selesa dihotel ini kerana untuk kemana dikawasan outlet dan didalam kawasan hotel ini disediakan shuttle bus dengan percuma.





di outlet..



skilift depan cottage je

Pada keesokkan harinya kami pergi ke kid park disini dikenakan bayaran 1000 yen seorang untuk bermain salji. Seronoknya fathnin dan fateh bermain disini. Pada hari tu jega papa mencuba bermain ski pula... bila papa dah penat papa bagi mama pula cuba.. tak mudah sebenarnya untuk bermain ski ni.. sampai sakit2 kaki dan punggung sebab jatuh banyak kali.. :). setelah penat kami pun beredar ke hotel semula dan menyalin pakaian serta bersedia untuk pulang semula ke Yokohama dengan menaiki shinkansen.




Ada tempat bermain juga disini



Terima kasih abang dengan hadiah yang amat bermakna ini. moga kasih sayang abang hingga ke syurga dan tak lupa juga hadiah harijadi sampingan ini...

03 May 2011

Trifle Istimewa


Trifle adalah antara dessert yang paling ita suka. Gabungan buah-buahan kegemaran, kek, whipping cream, jelly dan kastad membuatkan desert ini amat sedap dan cantik mata memandang. Tempohari ada BBQ jadi ita cuba buat trifle ni.. sebelum ni pernah buat juga tapi guna resepi lain hari ni cuba resepi ini pula.. Thanks to Mat gebu diatas resepi yang memang best ni..


sumber : Mat Gebu

BAHAN KEK SPONGE :-)
( ita guna resepi yang lain untuk kek span)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin.

02 May 2011

Selamat hari jadi papa


Selamat hari jadi papa..Moga sentiasa sihat dan gembira, berada dibawah rahmat Allah sentiasa dan dipermudahkan setiap urusan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan moga menjadi bapa yang baik dan penyayang buat anak2 kita. 30/4 tempohari adalah hari jadi suami ita.. jadi seperti tahun-tahun sebelumnya ita akan cuba untuk membuat kek dan memberi hadiah mengikut kemampuan ita. Setiap tahun ita akan pastikan untuk membuat kek yang agak istimewa dan alhamdulillah dijepun ni tak penah lagi beli kek untuk sambut harijadi anak dan suami... moga kemahiran ni boleh dibawa balik ke Malaysia dan dipraktikan..

Pada mulanya pening juga nak buat kek apa la untuk birthday abang ni.. cari resepi-resepi yang sesuai untuk dibuat kek harijadi. namun tak jumpa juga yang berkenan dihati. Saja jalan2 di website secret recipes dan nampak ada kek baru di website tersebut iaitu choco cheese berries. Cari resepi tak jumpa jadi ita cuba olah resepi dari resepi kek coklat moist dan blueberry cheese kek. sebenarnya ikut kek di secret recipes tu 4 lapis tapi ita buat 3 je.. sebab stok biskut tak de pula waktu tu.. alhamdulillah percubaan berjaya dan ita amat berpuas hati... jadi ini resepinya ita oleh sendiri..



Choco Cheese Berries

Untuk lapisan kek coklat ( lapisan bawah)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1sk baking soda - hana buh baking powder 1/2sk, soda 1/2sk
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan butter@ minyak masak -
  • 1/2 cawan buttermilk@ susu segar -
  • 1sk esen vanila
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/4 cawan susu pekat -

Cara-cara
  • Panaskan oven 170 c. Griskan loyang 7x11inci dengan butter.
  • Ayak tepung dan baking soda@powder ke dalam mangkuk.Ketepikan.
  • Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan buttermilk/susu dan serbuk koko. Kacau sebati.
  • Masukkan air panas dan esen vanila.
  • Akhir sekali masukkan tepung yang di ayak tadi dan mix sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 20-25min atau sehingga kek 3/4 masak.
Untuk lapisan tengah (blueberry cheese cake)
  • 300g cream cheese
  • 300cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 135 g gula
boleh masukkan buah blueberry jika suka

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blender. Mix biar sampai jadi cream
  2. Masukkan ke dalam loyang yang dibawahnya kek coklat yang telah dimasak tadi dan bakar 170 c selama 30-40minit
  3. Setelah hampir masak atau selepas 20 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  4. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap
lapisan ke 3 Blueberry sause

100 g blue berry jam
50 ml air
1/2 sudu serbuk agar-agar.

cara-cara

1. Masukkan semua bahan diatas didalam periuk yang sesuai dan masak dengan api yang perlahan sehingga sebati.
2. setelah kek telah sejuk dan bolehla adunan lapisan ke tiga dituang diatas kek tadi.
3. simpan didalam peti sejuk
4. setelah lapisan 3 nampak keras boleh la dihias dengan hiasan yang sesuai.



Salam .. lama tuan rumah menyepi sampai ada yang tanya kenapa tak update blog..jadi hari ni buat entry masak-masak.. sebenarnya selalu juga masak menu yang baru2 tapi mood nak bergambo itu hilang... tempohari ada buat ayam panggang ala kenny rogers ni .. dan sebenarnya dah 2 -3 kali juga buat sedap ayam ni... memang puas hati.. jadi nak letak resepi ni kat sini supaya senang dirujuk untuk masa akan datang...:)

Resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Sumber: Kak Hamidah

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam –
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran-ganti dengan oregano dan basil kering
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam..
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG