Assalamualaikum.. salam Maulidur Rasul, Selawat dan salam buat Nabi junjungan kita, Moga kita dapat menghayati dan mengikut sunnah baginda dalam kehidupan harian. InsyaAllah. hampir 5 bulan blog ini tidak ita pedulikan, bermula dari sibuk dengan Simple Homemade Cake sehinggalah sibuk dengan urusan pulang ke Malaysia dan sekarang sibuk dengan urusan anak-anak dan ita pun telah mula berkerja. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan untuk pengetahuan semua ita pulang dahulu bersama anak-anak ke Malaysia dan suami masih meneruskan pengajiannya insyaAllah jika semuanya berjalan lancar lagi 1-2 bulan lagi tamatlah pengajiannya dan esok dan minggu depan ada tugasan yang berat buat suami untuk diselesaikan moga dilancarkan lidah, dipermudahkan urusan seterusnya berjaya.. doa-doakan ye..:)
Betapa seronoknya apabila ada rakan blog yang bertanya kenapa ita lama tak update blog. Ada yang bertanya di facebook dan ada yang email risau jika terjadi apa-apa pada ita. Sangat terharu akan persahabatan ini. secara jujurnya ita sayang sangat dengan blog ini sebenarnya sebab ini semua kenangan dan titik tolak akan apa yang ita rasakan sekarang namun batasan waktu dan terkadang 'mood' hilang untuk menulis dek kerana kepenatan. namun jika berkelapangan dan semuanya berjalan lancar dan biasa dengan kehidupan dimalaysia akan cuba untuk menulis disini. Terima kasih semua.
Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan diMalaysia anak-manak makin boleh menyesuaikan diri, Fateh yang dulu asyik dengan mama je dah mula bersekolah dan semakin serasi dengan guru dan rakan. Ita sangat gembira dengan perkembangannya. Fathnin yang agak kesian disebabkan agak berat dan letih dengan tugas dan jadual harian. pagi bersekolah di sekolah kebangsaan dan petang bersekolah agama pula, namun itu semua untuk kebaikannya, tambahan ita tak mahu dia jauh ketinggalan dengan murid2 di Malaysia yang pandai2 belaka.
Cukup dulu ita bercerita tentang ita, sekadaringin kongsikan beberapa info di Hokkaido sewaktu ami kesana pada bulan September 2012. Satu kenangan yang indah dan tidak tergambar dengan lensa kamera keindahan ciptaan Allah disana.
* alamak bateri nak habis sempat nak upload gambar je.. cari bateri tinggal di sekolah plak.. InsyaAllah nanti ita masukkan infonya ye ( mood baru bersemangat nak uadate blog dah bateri nak habis.. huhuhuhu)
Mari kita sambung kembali entry Jalan-jalan yang sudah lama tertunggak.. Banyak sangat sebenarnya gambar dari jalan, dan masak-masak yang tidak sempat untuk kongsikan diblog. memang gagal betul dalam pengurusan masa dan mood untuk berblog dan update pun sangat merudum. Hari ini ita `clear`kan SDcard kamera sebab minggu depan kami akan bercuti ke suatu negeri di Jepun ni.. Harapnya perjalanan kami dipermudahkan..;) sebelum banyak lagi yang terperam baik kita masukkan disini sebagai kenangan dan rujukan bagi yang keinginan dan mencari info jalan2 di Jepun ni.
Kali ni ita ingin kongsikan gambar kami sewaktu kami ke Taman lavender di Kawaguchiko di area Mt Fuji. Nama taman ni Oishi Park. Masuk dan parking percuma. Sebenarnya ita pergi 2 hari ke Mt. Fuji kebetulan ita terus camping disana. Namun ita kongsikan dulu gambar lavender ni untuk tatapan rakan-rakan dan sebagai kenangan. Biarlah gambar yang menceritakan dan ita selitkan sedikit info sebagai rujukan.. Bagi yang ingin ke sini ini adalah linknya.. lavender akan ada dipertengahan bulan Jun sehingga pertengahan bulan Julai..
Waktu kami sampai waktu hujan.. disebabkan ada aktiviti seterusnya.. jadi kami redah juga.. nasib hujan renyai2 je |
Nama taman ni Oishi Park selain lavender ada juga herb yang lain dan bunga2 yang lain |
Waktu ni lavender belum kembang sepenuhnya.. jadi kurang cantik lagi. namun cukup buat pengubat mama yang suka bunga |
sangat cantik.. |
Fathnin dan Lavender... |
papa pegang payung sambil payungkan anak2 |
Fathnin ambilkan gambar mama dengan Lavender.. sangat suka dengan suasana ni |
Bunga-bunga lain yang ada disini |
pelbagai bunga2 yang ada.. subhaAllah cantik2 semuanya |
sepatutnya berlatar belakangkan Mt. Fuji tapi sebab hujan berkabus tak nampak gunung fuji |
Pelbagai bunga yang ada disana.. |
Labels: tempat dilawati
Selamat hari raya semua.. Sudah masuk 6 Syawal baru berkesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua rakan2 dan yang mengenali ita. Raya diperantauan buat ke 4 kali di Jepun dan 5 kali dalam hidup sebagai perantau tidak banyak beza dari tahun sebelumnya. Hari kedua kami sudah menjalani aktiviti seperti biasa.
Assalamualaikum... Apa khabar semua.. Alhamdulillah sudah hampir seminggu kita berpuasa, moga puasa yang kita jalankan diterima dan kita mendapat ganjaran dan keberkatan dibulan yang mulia ini. Terima kasih buat semua kawan-kawan blog yang tidak putus memberi semangat dan memberi kata-kata semangat di ruang komen walaupun ita tak sempat untuk meninggalkan komen di dapur kawan-kawan namun kawan-kawan dengan ikhlas memberi kata-kata semangat buat ita. Terima kasih dan sangat rasa terharu...
Labels: Kek
Assalamualaikum.. Alhamdulillah dah nak masuk 3 hari berpuasa.. moga amalan puasa an kebaikan yang kita lakukan diterima olehNya. Mencari-cari masa yang sesuai untuk menulis disini, namun masih belum berkesempatan, ada resepi baru yang sempat diambil gambar untuk dikongsi disini ada yang di cuba juga tapi tidak sempat untuk diambil gambar.. InsyaAllah dilain kesempatan boleh dikongsikan disini.
Labels: Halal Cake Japan, Kek