Salam kembali.. hehehe.. Nama je cuti tapi kadang curi-curi juga jenguk blog ni ngan blog kawan-kawan heheheeh.. Kadang rasa rindu juga.. hehehehe.. Terima kasih kepada kawan-kawan yang tinggalkan pesan pada ita.. seronok rasa bila ada kawan-kawan yang merindui ku.. hehehe.. ita amat menghargainya... sebagai hadiah nah ambil muffin ni sorang seketul.. eheheh ( sedangkan dah abis dah )..Resepi dari kak hani ( ringgo) thanks ye kak... sedap muffin ni... ita C& P ye..
Bahan-bahan ( 10 biji )
140gm choco chip
100gm cream cheese
80gm butter
2 biji telur size M
60gm gula
100gm tepung gandum
2sk baking powder
Cara-cara
1.Panaskan oven ke 180℃.
2.Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa)
3.Tambah gula dan kacau lagi.
4.Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula.
5.Masukkan kedalam bekas muffin 70% penuh dan bakar selama 20 minit.
Labels: Kek
salam semua.. ita nak rehat dari berblog untuk 2-3 hari .. hehehe macam minta cuti plak.. nasib baik tak de borang cuti.. yela nanti ramai plak yang tertanya-tanya kenapa dapur ku itu tak berasap.. dapur berasap hanya gambarnya je yang tak keluar.. eheheheh.. sebab agak busy uruskan urusan rumahtangga sebenarnya.. nanti dah siap semua insyaAllah akan ke udara seperti biasa.. Jadi jangan la kawan-kawan lupa kan daku ya.. heeheheh.. Matta ne..
Labels: Aktiviti
Dapat tag dari kak yati sheffield.. Dah lama kami tak jumpa.. sejak suaminya sambung belajar dan sebelum dia pergi pun tak sempat bersua.. Bila jumpa dalam blog anaknya Jannah dah besar dah.. itu lah masa cepat sahaja berlalu.. Happy sangat dapat tag dari kak yati ni.. sebab menandakan dia masih ingat ita.. hihihhi
) Copy gambar Islam di atas.
ita dah copy kak yati...
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah.
1. kak suzi
2. ika bangkok
3. kak ieda
4. aishashaheer
5. kak mimi
6. ros tokyo
7. emi
8. kak hana
9. Hasue
10. kakasma
Labels: tag and award
Sebenarnya buat kuih ni sebab tak puas hati.. haritu nak makan kuih lapis tapi tak jadi lembik kuih tu.. guna resepi lain waktu tu.. hari ni godek-godek myr jumpa resepi ni.. Alhamdulilah jadi dan sedap plak tu... resepi dari tulip77.. thanks ye resepinya...maaf la ada juga ita menderhaka sikit kat resepi ni.. hehehe... fathnin ni suka plak kuih ni.. sampai minta bila dah habis.. eheheh.. suka sangat ita bila anak-anak suka makan .. resepi ita ambil dari myresepi ye..
Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk ( ita guna 1 paket je guna susu cair 1/2 cawan)
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air
Cara-cara
1.Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air.
2.Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul.
3.Panaskan air dalam kukusan.
4.Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
5.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
6.Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling.
7.Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
8.Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. 9.Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
10.Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
11.Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi.
Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak
Labels: kuih muih
Hari ni masak simple je udang goreng oat.. ini pun hubby yang request.. Alhamdulillah sedap.. Fathnin pun suka udang goreng ni.. jadi senang bagi makan oat atas udang ni je..
Bahan-bahan
8 ekor udang besar
4 sudu Tepung tempura atau tepung gandum pun boleh
sedikit garam
sedikit kunyit
sedikit paprika jika suka pedas
5 + 2 sudu oat
sedikit air
minyak untuk mengoreng
cara-cara
1. masukkan tepung gandum, garam,kunyit, paprika, 2 sudu oat dan air jangan terlalu cair.
2. panaskan minyak. sambil tu gaulkan udang bersama tepung tadi.
3. kemudiaan goleh udang tadi ke adalam oat pula. jika mahu kan tebal kulitnya ulangi step 2 dan 3 sebanyak 2 kali.
4. Goreng sehingga kekuningan
Labels: seafood

Ini gambar bawang goreng ita buat makan dengan mee kari ita buat hari jumaat baru-baru ni.. sempena majlis baca yassin kat sini.. Gambar mee kari tak dapat nak snap.. heheheh.. hanya sempat ambil gmbar bawang gorengnya je.. sedap bawang goreng ni, tak rugi mencuba resepi ni..cedok resepi rumah ros.. thanks ye.. Ros akak c& P dari rumah Ros tau..
Bawang Goreng Rangup
2 biji bawang besar dihiris nipis
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng
Caranya
1. Potong bawang nipis-nipis dan satukan dengan tepung tadi, gaul sebati ye..pastikan semua bawang disalut dengan tepung.
2. Panaskan minyak dan pastikan minyak betul-betul panas dan masukkan bawang, goreng hingga betul-betul garing dan kekuningan. api jangan terlalu perlahan, jangan terlalu kuat, kira guna api sederhana lah.
3. Sejukkan dan boleh lah disimpan didalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk bawang goreng tahan lama. Selamat Mencuba.
Labels: sayur


Seronoknya dapat kad terima kasih dari kak suzi dan teddy besar dari kak noorma.. thanks ye kak.. suka sangat ita.. Moga persahabatan ini berkekalan..
Labels: tag and award
Ita kalau hujung minggu je memang lambat la tengok blog ni.. mana taknya hujung minggu biasanya kami buat aktiviti kekeluargaan.. hehehe.. abang dah busy dari isnin sampai jumaat biasanya dia akan peruntukkan paling kurang satu hari untuk kami bersama-sama jalan-jalan atau buat aktiviti kekeluargaan yang lain.. Setakat ni hari sabtu memang dah jadi aktiviti wajib pergi main badminton.. Jadi kadang sebelum gi main badminton tu sempat juga jalan-jalan tempat lain dulu sebelum pergi main. so semalam cadang nak jalan-jalan ke pantai ke tapi rasa takut tak cukup masa nak main badminton.. jadi kami pergi area yokohama station saja untuk cari sandal sebab dah masuk musin panas leh jalan pakai sandal je...
ini adalah jalan dari area Joinus ke Tokyu hands.. banyak kedai area tu.. Ada ABC mart, ASBEE, ini adalah kedai-kedai kasut yang glamour di jepun ni.. hehehe.. Tapi biasa la bila nak beli je otak ni kadang asyik nak convert je.. pastu nak cari sandal yang berkenan dihati tu bukan tak jumpa tapi tak sure sebab banyak yang ita berkenan tu meragukan kulitnya.. macam ada bintik 3 je.. jadi tak ambil.. last-last balik main badminton pergi Saty dan bei la sandal kat situ je...
Labels: tempat dilawati
Hari ni cuba buat takoyaki.. Ini pun Aishashaheer yang belikan acuannya.. Thanks aisha dapat juga akak buat takoyaki ni.. Hubby ita sejak berada dinihon ni suka sangat makanan jepun.. so kena la belajar-belajar buat.. heheheh.. Ok la sedap ita guna resepi dari blog aisha juga.. resepi aisha ni ambil dari blog kak za.. thanks ye aisha...
Bahan-bahan-cukup untuk 16 biji takoyaki
150 gram tepung gandum
25 gram potato starch
1 biji telur
200 ml susu segar
200 ml air - tak sampai 200ml guna
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh garam
2 batang lidi sate
**Bancuh semua bahan dan biarkan seketika.
Kobis-cincang halus
Daun bawang-potong
Isi udang/sotong/sosej atau cheese
Bonito flake
Mayonis
Sos kicap
Campuran kicap manis, 1 sudu besar hoisin sos dan seasoning ita guna soso tomato + soso cili + kicap
Cara-cara
1. Bancuh semua bahan dan biarkan seketika.
2. Panaskan acuan takoyaki.Masukken sedikit minyak.
3. Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan.Kemudian amsukkan udang/sotong.
4. Taburkan daun kobis dan daub bawang.
5. Penuhkan acuan dengan adunan tepung,biar hingga melimpah ruah
6. Balikkan adunan dengan 2 batang lidi.
7. Letakkan sedikit minyak ke atas takoyaki,sambil terus memusingkan takoyaki dengan lidi sate hingga masak sekata.
8. Masukkan ke dalam pinggan,tuangkan sos,mayonis dan tabur bonito flake ke atasnya.
Sumber : http://zaliana.blogspot.com/search/label/Makanan%20Jepun
Labels: Westen
Ini pun adalah diantara roti yang ita buat mlm tadi.. hehehe.. tapi intinya adalah pes coklat dan kismis.. Sedap sebab anak-anak ita suka.. pes coklat ni ala-ala nutella. Dalam resepi asal guna kacang merah tapi ita ada mood M sikit nak buat lagi pun kurang laku kacang merah kat rumah ni.. nanti penat je buat... Resepi ni ita guna resepi yang biasa ita buat tapi design ni tgk kat website cookpad japan..
Bahan-bahan
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast
inti
Pes coklat
Kismis hitam
1. Masukkan semua bahan doh ke dalam breadmaker dan tekan butang doh.
2. Setelah siap tumbuk angin dan bahagikan beberapa bahagian. Ikut kebesaran sendii
3. amik satu dan canai memanjang dan letakkan pes coklat dan kismis.
4. tuttup bahagian yang telah diletakkan pes dan kismis tadi.
5. Potong memanjang dua atau 3 bahgian di tengah2 roti tadi..
6. setelah itu pusing.. setelah pusing buat bentuk bulat.
7. siap ..bakar pada suhu 180 selama 15-20 minit..
kalau tak faham tanya ye.. atau leh la gi cook pad...
Labels: roti