Tengok salmon dalam peti sejuk tu terfikir nak masak apa dengan salmon ni. Selalunya salmon ni ita buat sushi je. Dah boring makan sushi dengan salmon ita cuba Salmon butter lemon ni. Resepi dari kak yani myr.. thanks ya
Bahan-bahan ( 2 orang )
* 2 slices salmon
* 2 + 1 sudu besar olive oil
* 1 sudu besar butter
* 1/2 sudu besar jus lemon
* 4 sudu besar air
* garam secukup rasa
* lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
* daun bawang untuk hiasan( ita tak de guna parsley kering je)
* tepung gandum/ corn starch
Cara-cara
1.Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.
2.Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
3.Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
4. Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.
5. Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
6. Kalau nak lagi sedap, sebelum letak salmon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.
Labels: ikan
Sambil tengok fathnin mewarna ita sempat juga upload gambar ni jap.. kalau hari biasa ajar matematik atau menulis memang tak leh nak mengulat macam ni.. heheh tapi hari ni subjek mewarna boleh la mengulat jap.. heheheh.. ok saja nak share resepi pajeri nenas ni alhamdulilah suka sebab sedap.. hehehehe.. ( masuk bakul angkat sendiri)
Bahan-bahan
1/2 biji nenas
1/2 biji bawang besar*di tumbuk halus
3 ulas bawang kecil*di tumbuk halus
1/2 inci halia*di tumbuk halus
sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis*
1 sudu kerisik
1/2 paket santan
3 sudu besar minyak masak
garam dan gula
2 sudu serbuk kari ikan
Cara-cara
1. panaskan minyak dan tumis bahan bertanda *. hingga naik bau.
2. masukkan serbuk kari dan kacau.
3. masukkan kerisik dan kacau lagi.
4. Masukkan santan dan nenas yang dipotong.
5. setelah itu masukkan garam dan gula
untuk mendapatkan pajeri yang sedap dan cantik minyak kena banyak. selamat mencuba
Labels: sayur
Sebenarnya belum habis lagi cerita jalan-jalan musim panas ni.. Pada hari ahad yang sama ita juga sempat ke Enoshima aquarium di Shonan beach.. Cantik kawasan ni dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan tambahan ita pergi waktu cuti ramai pengunjung yang datang. Cadang nak mandi laut tapi tengok lautnya panas memang tak sesuai rasanya.. tapi japanese suka .. tu patut kalau jalan-jalan waktu summer ni nampak ramai yang kulit nampak "tent".
Labels: tempat dilawati



Labels: tag and award
Nasi jagung menu berbuka hari ni.. Saja buat puasa sunat hari ni untuk biasakan diri berpuasa tambahan jepun sekarang musim panas takut nanti terkejut plak badan. Sedap nasi ni.. makan dengan daging ala thai dan pajeri nenas memang kena.. lepas tu goreng keropok..resepi dari zara kelate. Thanks ye..
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
* 1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
* 4 cawan beras basmathi
* 4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
* ½ cawan susu cair
* ½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
* 2 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* sedikit halia*
* 2 sudu besar mentega
* 2 sudu besar minyak
* 2 helai daun pandan disimpul
* sedikit garam
* kisar bahan yg bertanda *
Cara-cara
1. basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
2. panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
3. masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
4. stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
5. stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.
6. ***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.
Labels: Nasi
Hari Ahad pula kami meneruskan perjalanan kami ke ladang bunga matahari. Bunga matahari ni ada masa musim summer. Bila dia dah besar dan kembang memang cantik. Ramai pengunjung yang datang untuk ambil gambar. Seronok sangat tengok semua bunga tu tengak memandang matahari kerana bila petang dia akan tunduk. Sempat juga ita melihat bagaimana susunan koci didalam bunga matahari.
Labels: tempat dilawati
Setelah penat melihat permandangan kami meneruskan perjalanan untuk Gotemba Premium Outlet. Disini banyak kedai-kedai berjenama dan kawasannya amat luas. Jika datang ke sini waktu jualan murah memang berbaloi. Rambang mata dibuatnya. Waktu ita datang tu tak de jualan murah tapi harganya sesetangah barang memang murah dari barang yang sama di Malaysia. Ita tak beli apa-apa pun untuk ita hanya suami ita dan anak-anak yang berbelanja. Disebabkan nak kejar masa sempat ambil gambar yang ini je.. hihihihi..
Labels: tempat dilawati
Hakone adalah destinasi kedua kami.. Hakone dengan dengan lake yamanaka agak dekat juga hanya mengambil masa 45 minit perjalanan menggunakan kereta. Di hakone ada beberapa tempat yang menarik disini banyak tempat-tempat kawah gunung berapi dan biasanya orang datang kesini untuk melawat atau membuat rawatan perubatan.. kami memilih untuk ke owakudani (great boilng Valley).. Disini banyak kawasan sulfur yang active dan bagi yang mengidap asma atau sakit berkaitan dengan pernafasan tidak di galakkan untuk naik ke kawasan ini dengan lebih jauh. Untuk ke owakudani ni kami memilih untuk menaiki ropeway..
Permandangan dari atas ropeway
setelah sampai owakudani pengunjung akan menghidu bau sulfur yang sangat kuat. Dan dari situ boleh dilihat kawah sulfur yang aktif.
Ita juga sempat melalui jalan yang telah disediakan untuk ke kuro-tamago dimana disini terdapat kolam air panas dan menjual telur yang telah direbus menggunakan air panas ini. Telur yang telah direbus bertukar menjadi hitam kulitnya dan dikatakan jika memakan telur ni akan memanjangkan umur sebanyak 7 tahun lagi..
Labels: tempat dilawati
Salam semua.. Tentu ada dah boring tengok spagetti tu je.. hheeh '
tuan rumah sibuk berjalan sempena cuti musim panas minggu lepas.. Alhamdulilah beberapa tempat menarik dapat dilawati setelah perjalanan yang rancang di saat-saat akhir juga oleh family-family yokohama univ dan aishashaheer.. lokasi kami yang pertama Yamanaka lake.. Lake ni adalah lake yang terbesar diantara 5 lake yg berada di kawasan mt.fuji.. Menariknya lake ni kita boleh tgk mt fuji dengan jelas dan cantik dari sini.. tapi nasib kurang baik waktu ita pergi hari tu agak berkabus jadi kurang nampak dalam gambar mt fuji dengan cantik. lagi satu mt fuji musim panas ni tak de topeng putih salji kat atas dia.. nanti kalau kesempatan nak pergi lagi waktu winter dan tengok dengan lebih dekat lagi insyaAllah.. di lake ni macam2 aktiviti ada.. disebabkan teruja melihat keindahan gambar pun lupa nak ambill.. heeh layan la gambar yang ada ni..
Labels: tempat dilawati
salam semua.. berhabuk ke blog sebab beberapa hari tak tengok blog.. tuan rumah pergi jalan-jalan sempena cuti musim panas sekarang.. Jalan pun tak plan sebab ingat tak jadi nak pergi jalan-jalan.. last2 jadi tu yang agak kelam kabut sikit.. hehehe.. so gambar jalan-jalan tunggu dah settle kerja rumah baru nak upload ni tgk resepi hari ni dulu.. heheeh
Bahan-bahan
300 g spagetti direbus dengan sedikit minyak
4 biji tomato (3 biji diblender, dan 1 biji lagi dipotong dadu)( kalau ada yang tin pun boleh)
3 sudu besar tomato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri)
1/4 biji bwg besar (dicincang halus)
2 biji bwg putih (dincincang halus)
1/4 batang carrot (dipotong dadu memanjang)
2 biji cendawang butang (dipotong dadu)
1 sudu besar minyak zaitun
sedikit oregano
200 g daging cincang
secubit mix spice- jika ada
secubit lada sulah- jika ada
Cara-cara
blender tomato hingga hancur kemudian panaskan minyak. Masukan bawang putih & bawang besar dan masak hingga lembut. masukkan daging cincang setelah itu masukkan carrot, tomato ketchup dan tomato yg didadu tadi, oregano,cendawan butang,mix spice, lada sulah, garam & gula biarkan mendidih. Kemudian perlahankan api dan biarkan reneh dlm 15 minit. kacau sekali sekala. Taburkan parmersan cheese dan daun parsley jika suka.
Labels: mee