11 August 2009

Roti jala inti sardin



Buat minum petang tadi sedap juga roti jala makan dengan sardin selalu asyik makan dengan kari daging je.. ni pun kes terliur tengok kat rumah kak hana hari tu.. hihihii.. dah berkali2 buat tapi baru sempat nak ambil gambar ...

bahan-bahan ( 20 ketul )

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
4 sudu minyak masak
sedikit garam
sedikit kunyit
2 cawan air ( kalau cair kena tambah tepung sikit)

@@ Inti sardin @@
* 1 tin kecil sardin
* 1/2 biji bawang besar- potong dadu
* 1 sudu kecil jus limau nipis/ kasturi
* sedikit minyak untuk menumis
* garam, gula secukupnya
* 2 sudu besar ss tomato


cara-cara
1.masukkan semua bahan kedalam blender.
2.Putar hingga semuanya sebati dan pekat.
3. panaskan kuali non stick dan jala..
4. setelah kekuningan angkat
untuk inti

0. Utk Inti :
1. Tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan sardin yang telah dilenyek dengan garfu.
3. kemudian masukkan soso tmat
4. Akhir sekali masukkan garam, jus limau . Adjust kan rasanya.
5. Bila dah siap bolehlah tutupkan api.
gulung roti jala dengan meletkan inti sardin didalam nya.. gulung mengikut kesukaan..

Laksa Johor


Saja ubah selera makan laksa hari ni.. buat pun tak banyak cukup untuk kami anak beranak je.. petang nanti nak kena plan masak apa plak nanti.. hehehe.. sedap .. lepas la tekak nak makan laksa johor.. resepi dari freeda..thanks ye

Bahan-bahan ( 12-15 orang )

* 1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
* **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
* Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
* udang basah 100gm
* isi ikan kurau - 20 gram dibakar
* 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
* **Bahan B (dimesin)**
* bawang besar - 3 biji
* cili kering - 15 tangkai
* halia - 2 ibu jari
* lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
* serai - 2 batang diketuk
* asam keping - 2 keping
* santan pekat 1 kotak / lebih
* 1 paket kerisik
* 1 paket kecil rempah kari
* bawang putih -3/4 ulas
* **Bahan Hias**
* limau kasturi belah 2 dan buang biji
* timun di racik halus
* tauge buang ekor (segar)
* jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
* bawang besar hiris halus
* lada merah/lada hijau dihiris
* Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus
* Kicap kipas udang / kicap manis
* ** Sambal Belacan
* -lada merah 5/6 biji
* -Belacan melaka - 30 gram dibakar
* Bawang Merah 1 biji kecil

Cara-cara

1. rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
2. **Penyediaan kuah**
3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
5. masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
6. masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan
7. masukkan asam keping
8. tambah garam dan gula untuk rasa
9. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
10. **Sambal belacan**
11. mesinkan semua bahan dan hidangkan
12. SELAMAT MENCUBA

10 August 2009

Kek Zebra


Salam semua.. sekarang ni mesti semua dah agak ita ni kalau hujung minggu je mesti tak update blog dia.. hihihi.. mana taknya hujung minggu la waktu nak keluar dan beraktiviti.. jadi tak sempat nak update.. Hari ahad plak rasa nak demam mana taknya minum ABC bermangkuk2... heehhehe lama tak jumpa la katakan.. itu pun makan di rumah Aliza sebab ada buat majlis makan-makan... Sekarang ni cuaca tak menentu sekejap panas sekejap hujan... Nak share kek zebra yang ita buat untuk bawa ke rumah kawan ita,Aliza waktu tolong dia cucuk satay hari sabtu tu.. gambar tu tak cun pun sebab ambik kat rumah orang takkan nak posing lebih plak.. mana taknya tak sempat potong pun terus bawa pergi rumah Aliza dengan loyang-loyang terus.. Jadi sampai sana baru potong.. huhuh.. sedap kek ni.. lembut je.. resepi dari sofinar.. thanks ye

Bahan-bahan ( satu loyang )

* 250g butter
* 2 cwn gula kastor
* 3cwn tpg naik sendiri (ita guna tepung gandum dan tambah 1 sudu kecil baking powder)
* 7 bj telor ( kalau blh yang gred A)
* 1 sudu besar overlate
* 7 sudu besar air
* 2 sudu besar coco powder

Cara-cara

1. masak butter hingga cair dan sejukkan
2. campur semua bahan kecuali butter dan coco, putar hingga kembang
3. masukkan butter cair, dan putar lagi hingga sebati
4. bahagi 2 adunan tadi. satu warna asal dan satu lagi campur dengan serbuk koko. kacau sampai sebati
5. lapis2kan berselang seli macam buat kek marble yang lain,
6. kek akan kelihatan seperti badan kuda belang sebab tu nama dia zebra.

cara untuk melapis : satu senduk warna asal diletakkan di tengah loyang kemudian ambil satu senduk lagi dan letakkan di tgh2 warna asal tadi.. dan pastikan tidak menitis. Ulang sehingga habis..

07 August 2009

Roti inti sardin



Buat untuk minum petang hari ni.. lagi pun dah lama BM tu rehat bag la berkerja sikit.. nanti takut liat macam tuan nya plak.. hihhihihi.. sedap dan mengenyangkan. resepi dari biduri myr.. thanks ye..

Bahan-bahan ( 10 biji )

* @@ Doh Roti @@
* 140ml air/ susu segar (suam atau suhu bilik)
* 200g tepung roti
* 8g butter
* 20g gula
* 1 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil dry yeast
* ==============================
* @@ Inti sardin @@
* 1 tin kecil sardin
* 1/2 biji bawang besar- potong dadu
* 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
* 1 sudu kecil jus limau nipis/ kasturi
* ubi kentang- potong dadu dan rebus 2/3 masak (optional)
* sedikit minyak untuk menumis
* garam, gula secukupnya
* ita tambah carrot sebab saja suka carrot rasa yang manis2
* ==============================
* breadcrumbs
* telur
* minyak utk menggoreng penuh

Cara-cara

1. Masukkan tepung, gula dan dry yeast ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula air/ susu dan juga garam. Uli sehingga licin dan tak melekat ditangan.
2. Buat bentuk bulat. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda
3. Tumbuk-tumbuk doh roti untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian
4. Rehatkan roti selama 10-15 minit.
5. Ambik sebiji doh, canaikan. Letakkan inti ditengah-tengah. Kemudian tutup rapat-rapat. Tekan dengan tapak tangan biarkan roti jadi bentuk leper. Buanglah sampai habis.
6. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
7. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul telur dengan garfu biar telur kuning dan putih bercampur.
8. Panaskan minyak. Celup roti dalam telur. Kemudian salut pula dengan breadcrumbs(serbuk roti). Goreng dengan api sederhana sehingga perang.
9. =========================
10. Utk Inti : Tumis bawang besar sehingga layu.
11. Masukkan sardin yang telah dilenyek dengan garfu.
12. kemudian masukkan ubi kentang
13. Akhir sekali masukkan garam, gula, serbuk lada putih, jus limau . Adjust kan rasanya.
14. Bila dah siap bolehlah tutupkan api.

kuih buah melaka


Lama tak makan buah melaka.. Ada yang bagi nama onde-onde kan.. hehehe tapi ita dari kecik dah panggil kuih buah melaka.. heheheh.. sedap sebab bila meletup dalam mulut... heheheh..


Bahan-bahan ( 20 biji )

* 10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
* 2 ketul gula melaka
* 2 cawan tepung pulut
* 1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja
* secubit garam- digaulkan bersama kelapa

kalau tak de pandan yang banyak guna pes pandan dan pewarna hijau pun ok..
Cara-cara

1. Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.(agak2 boleh dicubit)
2. Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
3. masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
4. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm di gaul dgn kelapa

>

Honey Chicken


Sedap ayam ni.. nak masak pun mudah sebab terliur tgk rumah orang lain ada resepi ni.. resepi dari kak hazila... thanks ye...


Bahan bahan

* 3 pcs chicken wing ( tak de wing guna drumstick je )
* 2 ulas bawang putih
* 2 ulas bawang merah
* 2 cm halia
* 1 cm kunyit
* 1 sudu makan kicap pekat
* 1 sudu makan madu
* sedikit garam

Cara cara

* Kisar semua bahan kecuali chicken wing, kicap dan madu.
* Masukkan chicken wings ke dalam bekas, tuangkan bahan kisar tadi.
* Masukkan juga kicap dan madu. Gaul semua bahan hingga sebati. Perapkan selama 1 jam.
* Panaskan minyak dan goreng hingga masak.

06 August 2009

Kerabu sotong



Ita kalau kerabu memang suka.. tak kira kerabu apa .. hari ni try kerabu sotong lama dah masuk list tapi tak terbuat tapi tengok kerabu sotong di rumah kak nor ganu terus buat ... Alhamdulilah sedap sangat.. resepi dari kak dayang yang suka cipta resepi tu.. thanks kak dayang.. nanti ita hantar laporan ye.. hihiih.. minta copy kat sini...


Bahan-bahan
* 3 ekor sotong saiz L/XL (direbus sebentar dan kemudian dihiris)
* 2 sudu makan sos cili
* 1 sudu makan sos tomato
* 2 sudu makan jus limau kasturi/limau nipis/lemon
* gula dan garam secukupnya
* 1 sudu makan sos cili Thai (kalau xde, boleh ganti dgn sedikit cuka makan)
* bahan2 hirisan :cili padi, serai, tomato, kacang panjang, bunga kantan, epal, kapsikum, cili merah, daun ketumbar

**ita tambah taugeh saja nak habis kan stok takut tak sedap plak lama-lama taugeh dalam peti sejuk tu.. ita tak de bunga kantan jadi pakai daun kesum je..
Cara-cara : Gaulkan kesemua bahan di atas dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.



Salam hari khamis... Wah lama asyik tengok daging je.. Minggu ni sibuk ada tetamu tiap hari jadi tak terkejar urusan di komputer dan di dapur.. Jadi tengok la daging tu untuk beberapa hari.. ehheheh.. tak pe doakan la moga lepas ni mood R ambil gambar masakan ni kembali menyinar.. baru la penuh blog ku ni... ehheeh.. ok la ini antara menu buka puasa hari ni.. sebagai pemanis mulut.. hajat dihati nak buat kuih petang nanti tengok la kalau ada ada la.. kalau tak makan bubur je la.. hehehe.. so nama itu ita yang beri sebab masuk jagung dengan sagu....

Bahan-bahan

1/2 cawan biji sagu
1/2 cawan chacha
1/2 cawan jagung
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula putih (ikut kemanisan masing2)
1 cawan santan
sedikit garam
2 helai daun pandai disimpul

Cara-cara
1. Panaskan air dan rebus biji sagu hingga jernih.
2. tapis biji sagu yang telah jernih untuk membuang kanjinya dan rebus kembali bersama sedikit air dan gula melaka dan gula pasir.
3. masukkan bijji chacha..
4. setelah itu masukkan jagung dan daun pandan
5. masukkan santan dan garam kacau sehingga pekat dan masak.
6. siap.

03 August 2009

Daging Ala Thai


Tengok daging ni di dapur kak zana terus masuk list untuk buat.. terliur tgk daging ala thai kak zana.. jadi ita buat untuk majlis baca yassin baru-baru ni.. licin sampai tak cukup.. huhuhu thanks pada jeezy sebab share kat MYR..


Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris

02 August 2009

Hanabi

Semalam hari sabtu hari yang amat penat sampai terbawa-bawa penatnya sampai hari ni.. Mana taknya semalam pergi main badminton pagi tu dari kul 8 pagi sampai 1 petang.. balik dari main badminton lunch kejap dan lepas asar je terus naik bas ke yokohama untuk Hanabi ( tengok bunga api ).. Musim panas kat sini ada upacara hanabi ni.. jadi setiap bandar buat upacara ni.. so ita tengok yang Yokohama punya la.. punya la ramai manusia... train pun penuh ... waktu balik jangan kata la... kami pergi agak awal sebab nak pilih tempat yang sesuai untuk duduk sambil tengok bunga api.. ita pergi dengan 5 family dan 2 adik ynu.. mulanya ros onigiri pun nak datang tapi tetiba tak jadi aisyah kata anaknya demam.. dah 2 kali tak de rezeki nak jumpa ros ni.. harap lain kali boleh jumpa ye ros...


duduk lepak untuk hanabi berlatar belakangkan kapal Asuka ii









ada banyak lagi gambar tapi tengok yang ni je la hihihih

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG