Salam semua. Hampir 4 hari tak update blog mana pergi tuan rumah .. sakit perut sampai lupa blog.. Alhamdulillah perut dah baik walaupun belum la sepenuhnya mana taknya dah tahu memang jenis tak boleh kalau tak jumpa nasi jadinya cuba untuk menjauhkan nasi tambahan minggu lepas hubby agak busy dia tak makan dirumah, kalau masak nasi tentunya berlebih banyak sebab anak-anak ita memang kurang makan nasi, suka makan mee je jadinya ita tak masak nasi.. tu yang perut agak meragam masuk angin.. mood nak berblog dan main masak-masak pun hilang...:(Terima kasih bagi yang mendoakan agar ita cepat sembuh ye..:)
Hari ini ita nak share resepi ayam panggang tomato yang ita buat tengahari tadi. Hari ini tak kemana-mana mengahabiskan masa dirumah je. Ita masak ayam panggang tomato ni menggunakan resepi ita sendiri. Ita makan dengan nasi aswan dan dalca daging bersama sayur. Untuk resepi boleh tekan di link yang diberi. Alhamdulillah jadi la menu untuk makan tengahari dan makan malam kami. Bagi yang ingin mencuba boleh la cuba. Ayam panggang tomato ni rasa ala-ala ayam masak merah sikit hanya ita ada tambah beberapa bahan lain untuk bagi rasa yang lebih sesuai dan cara memasak secara pangang.
Untuk ayam ini ita guna ayam yang kecil sahaja iaitu 800g beratnya lebih kurang. bagi yang menggunakan ayam yang besar boleh tambah bahan-bahannya tu.
Ayam Panggang Tomato
Bahan-bahan
Bahan untuk kuahnya
seekor ayam bersaiz 800g
1/2 labu bawang merah sederhana dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
3 inci halia dikisar
1 biji cili hijau dikisar
sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
4 sudu besar tomato dalam tin( atau tomato biasa 2 buji besar)
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil cajun
sedikit rosmary
1 sudu besar madu
sedikit garam
1 sudu besar marjerin
bijan hitam untuk hiasan
Bahan perapan
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
sedikit kunyit
sedikit garam
Cara-cara
- Bersihkan ayam dan lumurkan dengan bahan perapan.
- Sementara itu kisar semua bahan yang perlu dikisar
- masukkan mentega didalam periuk setelah cair dan panas masukkan bahan kisar dan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. tumis sebentar.
- masukkan serbuk cili yang telah dibancuh sedikit air, masak sebentar
- masukkan serbuk cajun, rosemary, tomato.
- setelah itu masukkan madu dan masukkan garam. ingat garam pun ada pada ayam yang diperap jadi hati2 dengan rasanya.
- setelah itu tutup api dan lumur pada ayam yang diperap tadi. taburkan bijan hitam.
- bakar dalam oven 180 selama 20 minit . Kemudian terbalikkan ayam dan letakkan kuah ayam tadi diatas ayam supaya ayam tidak kering.
- bakar lagi 30 minit dengan api 170. jika masih belum perang dan masak boleh tambah masa mengikut oven masing2. siap untuk dihidang.
Assalamualikum ita...
ReplyDeleteita x sihat ker cayang? akak doakan moga ita sihat sejehtera hendaknya selalu... Amin...
wah akak tergoda tgk ayam panggang tomato tu ler ita.. sedaaaapnya.... anak2 n hubby akak mmg suka makan ayam panggang.. nie ayam panggang tomato mesti lebih sedap... nnt nak try gak.. InsyaAllah... sedap3x!
salam ita...
ReplyDeletelama akak x singgah sini..rindu plk dgn masakan ita..terguda nya tgk ayam posing dlm tray tu..rasa lapor tgk ni semua...
salam juwita...
ReplyDeletepadan lah dah lama tak nampak juwita muncul dgn N3 baru... rupanya kurang sihat..
akak doakan semoga ita cepat sembuh
waaa... tergoda dgn ayam tu.. gambar juwita pun semakan cantik! tahniah!
la x sihat rupanya, patutlah lama x bersiaran...pepun pas ni hati2 bila nak skip nasi...hiihii..
ReplyDeleteayam panggan mcm ni ratah panas2 boleh licin...;-)
alahai sedapnya nampak ayam dan nasi tu. Nanti nak terai buat ayam ni sebab ayam memang laku kat rumah bundo..
ReplyDeletesemuga ita dan sehat betul..
hmmm..sedapnya tengok ayam tu..
ReplyDeletemenyelerakan betoii....
wahhh...menu baru ni. sekarang memang suka betul dengan ayam2 panggang ni... boleh cuba nanti
ReplyDeletenampak moist je ayamnya..;)
ReplyDeletesedapnya ayam panggang... cam nk menitik air mata... ops air lioq laa.....heeee....
ReplyDeleteciannyer kat akak
ReplyDeletesama la ngan ayu ni x cihat la
plus adam high fever smlm
today ni agak pening sbb tidur x cukup...
lepas raya mmg x masak hebat mcm ni sbb nak diet...but nk try nnt set nasi gini...ayu suka
sedap ita .. x mo komen2 tang sedap tuu presentation dia punn dah mengiurkannnn :)
ReplyDeleteharap ita beransur sihat..dan terus b'blogging dgn resepi yg best2...nmpk ayam ita ni dh tau dh pasti sedap.....kt sini k'ida lum pernah jumpa lg serbuk cajun la ita..kalau ada bubuh kt apas2 masakan pasti sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah. Agaknya bila nasi n lauk cam gini masuk perut pasti lega rasanya. Semoga cepat pulih seperti biasa.
ReplyDeleteAssalam ita, waduh terliur nya kak tengok ayam ita tuuu..rasa nak capai aje sekor tu..heheh..
ReplyDeleteboleh masuk list ni..sedapnya!!
cop yg peha tu eh..kecur tgk! :)
ReplyDeletekak diana.. thanks kak atas doa tu.. cuba la kak bagi ita sedap ita suka kak..:)
ReplyDeletekak zai.. ye kak.. boleh cuba kak resepi ini mudah je
kak ita.. thanks kak .. moga semuanya ok...
ReplyDeletekak ena.. ye kak ratah pun sedap tapi ita makan dengan nasi.. berselera semua
ibundo.. thanks kak.. ye rumah ni pun suka ayam
ReplyDeletemas.. boleh try mas sedap tau ita suka
cheq sue.. ye boleh cuba sue bagi ita sedap
ReplyDeleteeasy.. alhamdulillah kali ni bakar apainya jaga elok tak la hangus
kak gee.. jangan menitik air mata kak. air liur pun jgan buat je kak.. hihiihi
ReplyDeleteayu odaijini ye..:)tula kak rasa tak selesa perut bila makan nasi baru ok
kak ieda... thank kak. .. cuba kak resepi ni best
ReplyDeletekak ida.. ita pun cajun tu kakak yang pos kat nihon susah sgt jumpa
kak sam.. thanks ye kak.. alhamdulillah beransur sihat
ReplyDeletekak ayu lama tak nampak.. hihihi ye kak masuk list dulu bila free leh buat
del.. ada yang dah cop dulu la .. lambat sampai.. hihiihi
ReplyDeletewahh sedapnyee ayam panggang ni..hee.nntbila2 boleh la try resepi ni..aaa dh try dh buat soba tu..tp xbli pulak wakame tu..taram2 je..ok gk rasa dia..heheee..nxt time boleh la cari wakame tu.heee.thanks eh k.ita 4 da info^^
ReplyDeleteSalam cikgu, nak menangis guling2 tgk ayam tomato cikgu ni,,,,. Rase cam mlm ni gak nak wat. Uwaargh. Sedaaap nampaknyer. T.c cikgu
ReplyDeletePengsan tgk ayam bakar tu thank ku akakkk nanti nk cubalah... Odaijini kak ita...
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteAlhamdulillah kembali sihat...Wahhhh..Ayam itewwww...Sungguh mengguda.....
moga Ita cept sembuh ya.masuk umah Ita, perut terus lapo n terus jatuh cinta gan ayam tu.sat lagi nak selongkar dapur...
ReplyDeleteMak aiiii... nampak sedappp la sangat2
ReplyDeletesmga ita cepat sembuh.. mcm ayam panggang KR jer ita .. sungguh mgoda
ReplyDeleteanum.. ok dah buat ye.. lain kali boleh guna wakame tu lagi terangkat
ReplyDeletefarhana.. tak de website ke boleh saja jalan2 juga.. thanks ye
hanis.. thsnk hanis semakin sihat dah ni..
ReplyDeletesue.. ye dah sihat dah .. tinggal sikit2 je.. sedap cuba la
kenapakah ayam itu nampak sangat sedap????? terliur~~
ReplyDelete