29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Salam semua. Tentu masing-masing sudah sampai ke kampung halaman masing-masing. Seronoknya pengalaman itu. Ibu bapa pun tentu gembira melihat anak cucu berkumpul dan memasak hidangan untuk disajikan dipagi raya bersama-sama. Bagi ita disini InsyaAllah akan beraya di Kedutaan Malaysia diJepun bersama kawan-kawan. Moga hati ini terus tabah, yang penting rasa bersyukur kerana masih dapat berkumpul bersama keluarga kecil ita dan kawan-kawan disini.

Dikesempatan ini Fariz, Ita serta anak-anak Fathnin dan Fateh mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin jika ada keterlanjuran yang dilakukan kepada sesiapa jua. Moga Ramadhan yang bakal berlalu dan Syawal yang bakal menjelma memberikan kita seribu keberkatan dan kebaikan didalam diri kita.





15 comments:

  1. Assalamualaikum ita..
    Salam Aidilfitri buat ita sekeluarga... andai ada salah n silap akak mohon d maafkan yer ita...

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya k.ita.... Maaf zahir & batin.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam aidilfitri dan maaf zahir batin dr akak buat Ita seandainya ada terlanjuran bicara dan terusik rasa.... Salam sayang.. ^__^

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri akak
    wah curlasttt rasa mcm tgk ucapan raya kat tv....

    ReplyDelete
  5. kak Ita, selamat hari raya... 0-0 ye...nampaknya takde rezeki la kak kite nak jumpa kat taishikan raya nie sebab selasa mlm rabu tu nak balik mesia..;-)

    ReplyDelete
  6. Salam Aidilfitri buat Ita sekeluarga, salam kemaafan juga dari akak andai selama ini ada salah dan silap yg sengaja ataupun tidak di sengajakan..Slmt Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya maaf di pinta sekiranya terkasar bahasa semasa berblogging.

    ReplyDelete
  8. buat Kak Ita sekeluarga, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya ita sekeluarga, maaf zahir dan batin ye. Ceria2 selalu

    ReplyDelete
  10. salam kak ita~rase rindu nak komen kat sini..hehe..
    selamat hari raya juge..maap kalo ade salah silap ye..

    sangat cun la kak ita beryukata..:))

    ReplyDelete
  11. Salam Aidilfitri buat kak Ita dan keluarga di Jepun sana... maaf zahir batin jika ada salah atau silap sepanjang mengenali kak Ita... semoga semua pun ceria2 di hari raya :)

    ReplyDelete
  12. wahh bestnyaa siap ade video tuh..hee.comel je fathnin cakap..suare akak pun sedapp...heeeee..buatla more video :)

    ReplyDelete
  13. selamat hari raya buat akak sekeluarga :)

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya.. dari maklong & maira sekali.. buat ita seisi keluarga.. andai ada salah dan silap mohon dimaafkan ye..

    ReplyDelete
  15. salam hari raya buat ita sekleuarga.. fuhlamak cantiknye berbaju jepunggg... teruja kak ilah tengok.. pinjam boleee? masa adik ipar g jepun dia ada beli kimono.. depa buat koleksi utk pakaian pengantin sbb arwah mak mentua kak ilah mak andam..

    ReplyDelete