02 September 2011

Aidilfitri 2011


Salam semua. Alhamdulillah sudah beberapa hari syawal menjelma tapi mood nak update blog merudum pula. Nak kata sibuk beraya tidak juga hanya hari pertama sahaja rasa suasana itu hari kedua sudah menjalani kehidupan seperti biasa.Kalau di Malaysia tentu sedang sibuk membilang rumah yang ingin dikunjungi tambahan ita dan suami sekampung jadinya banyak rumah saudara mara sebelah ita dan suami yang ingin dikunjungi. Rindunya suasana itu.

Walaupun begitu pada hari raya pertama tahun ini ita dan keluarga sempat ke Kedutaan Malaysia di Tokyo. Seawal 6.30 pagi kami bertolak dan jalan agak sesak disebabkan hari berkerja. Alhamdulillah masih ada parking disekitar kedutaan untuk kami. Di kedutaan ramai kawan-kawan sudah sampai dan bukan rezeki kami baru sahaja masuk ke dewan solat, solat sunat Aidilfitri pun selesai.. Pertama kali terlewat untuk bersama-sama menunaikan solat sunat ini bersama-sama di Jepun ini, bukan rezeki kami nampaknya tahun ini.



Papa..


mama dan Adnin( thanks to mariam atas gambar ini)



Fathnin

Fateh

Selepas habis sahaja solat tengok ramai yang menuju ke atas untuk jamuan hari raya. Tahun ini hidangan yang disediakan ditempah dari kedai pakistan. Semua menu ala-ala menu dikedai pakistan yang kami selalu makan.. iaitu nasi beriayani, samosa, roti nan, kari dan beberapa jenis yang ita tak biasa tengok, dan dihujung deretan makanan itu terselit nasi impit dan kuah kacang. Lupa nak ambil semua makanan tu..


Gambar sekeluarga dipintu masuk kedutaan ( muka menahan panas matahari)


dengan kawan-kawan

Sambil makan sempat bersembang-sembang dengan kawan-kawan disini dan bergambar. Ita dan kawan-kawan disini ada bawa sedikit juadah raya untuk berkongsi bersama rakan lain sekadar memeriahkan suasana raya. Tak banyak gambar yang sempat diambil sebab sibuk bersembang, sambil makan dan layan anak-anak. jadi nya apa yang ada je.. lagi pun banyak gambar ita di kamera orang dari kamera sendiri sebenarnya.


sebahagian yang Aliza bawa


lemang jagung dan nasi impit ita bawa


sebahagian yang adnin bawa

Kami menunggu diKedutaan sehingga selesai solat zohor. Selalunya lepas raya dikedutaan ita dan kawan-kawan ada program yang kami lakukan. Tak seperti raya dimalaysia tentu sibuk untuk menziarahi rumah saudara mara.. disini jika tiada jemputan balik la kerumah masing-masing atau buat apa yang patut bersama kawan-kawan. Tahun ini ita dan kawan-kawan pergi main bowling. memang tiap tahun kami ada je programnya lepas raya di kedutaan ni. Boleh tengok di entry-entry sebelum ni. Selesai main bowling baru pakai balik baju raya dan beraya ke rumah terbuka pertama tahun ini iaitu rumah kak June. Terima kasih kak atas jemputan :)




Fathnin tak dapat main pegang bola pun jadi la..

skor tertinggi kami.:P


Sebelum balik ambil gambar dulu..:P

15 comments:

  1. Meriah jugak kan suasana kt citu
    Baju raya pow lawa...
    Nk main bowling gakkkk (#^.^#)

    ReplyDelete
  2. seronoknya raya di embassy... wahhh best dah lama tak main bowling...

    ReplyDelete
  3. bestnye dpt raya di embassy..kami ni jauh sgt kalau nak pegi..huuuuu

    ReplyDelete
  4. Salam Ita,
    walaupun jauh dari tanahair, bila dapat beraya bersama rakan2 best jugak ye...

    ReplyDelete
  5. wah, ni last raya ita di perantauanla kan. tahun depan leh raya sakan ye ita. hehe

    ReplyDelete
  6. salam ita..
    meriah jugak beraya kat embassy kan..
    cuaca pulak panas.. macam kat m`sia je rasanya.. :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ita... akak pun dah lama x update blog akak.. huhuu...
    seronok akak tgk sambutan raya kat sana yer ita... meriah sungguh...wah p main bowling yer... akak dah bertahun2 x main.. :D

    ReplyDelete
  8. Salam Aidilfitri buat Ita & family..
    Maaf zahir batin sekira ada silap bicara & gurau senda sepanjang perkenalan kita ya..akak ambik kad raya tu thanks dear.

    ReplyDelete
  9. Salam Aidilfitri Puan Ju dan keluarga.

    Maaf, saya akan ke Yokohama pada 10 September ni. Agaknya cuaca macam mana ye? Tk.

    ReplyDelete
  10. Tumpang lalu jap ya. :)

    Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
    Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

    http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

    ReplyDelete
  11. ayu.. meriah la juga ayu.. tapi tak semeriah tahun2 lepas.. ramai akawan akak yang balik dan tak datang

    hanis.. saja je main bowling.. hihihi

    anum.. tula nak gi jauh sangatkan.. tak pe lain kali ada peluang datang ye

    ReplyDelete
  12. kak amie.. ye kak bila berkumpul kawan2 meriah rasa raya

    kak pi.. insyaAllah kak doakan dipermudahkan urusan study Fariz..:)kita merancang Allah yang maha kuasa menentukan.

    mak long.. tula panas... memang macam msia..:)

    ReplyDelete
  13. kak diana.. saja kak orang ajak kita ikut je.. lama gak tak main kak.. so dapat main seronok rasanya

    kak ayu.. selamat hari raya juga

    kak ayu.. terima kasih kak selamat hari raya

    ReplyDelete
  14. en khairi.. maaf lambat membalas. sekarang ni cuacadi yokohama agak tidak menentu.. minggu ni selalu hujan mungkin disebabkan perubahan musim ke musim luruh.. suhu dianggarkan dalam 25-28 darjah celcius dan jika tidak hujan cuaca panas namun ia tidak terik

    ReplyDelete